Thursday, April 30, 2009
YASSINSALLEH BERPUISI
Wednesday, April 29, 2009
KOMENTAR:
Syahdan kecohlah lagi di negeri Terengganu kerana baju untuk diberikan kepada pelajar-pelajar miskin dibeli dari negeri China. Adapun yang berkata-kata itu Orangkaya Hulu Besut, Nawi Mohamad. Tiadalah ia berkata-kata itu ditujukan kepada Orangkaya Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said (gambar), tetapi berasa kecewa kerana membabitkan peruntukan RM7.9 juta. Arakian disebut orang banyak di Terengganu itu sudah sedia ada 32 pusat jahitan Persatuan Ibu Tunggal yang mampu menyediakan 100,000 pakaian seragam sekolah sebulan. Maka dipantunkan oleh orang tua-tua:DARI LAMAN BLOG:
Ketika UMNO hampir tersungkur dalam pilihanraya 1969, diikuti tragedi 13 Mei yang tak pernah dialami oleh kalangan yang menganggap diri mereka serba tahu dalam usia tak menjangkau 45 tahun, Bahasa Melayu tampil menyelamatkan pimpinan politik Melayu termasuk UMNO, PAS mahupun tak berparti. Tun Rahman Yaakob (gambar) mengangkat martabat Bahasa Melayu dengan dilaksanakan dalam surat menyurat jabatan kerajaan, mahkamah malah di Dewan Rakyat. Selaku Menteri Pelajaran, Tun Rahman menjadi kebanggaan Melayu dengan pendekatan beraninya ketika itu.APA KATA DR MANSOR...
Pimpinan UMNO tak seharusnya berasa malu mengakui aura Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih mengkagumkan orang Melayu berbanding dengan pemimpin UMNO sendiri, kata bekas Timbalan Naib Canselor HEP UTM Profesor Dato' Dr Muhamad Mansor Abdullah (gambar kanan). Beliau yang berkunjung ke Sabah minggu lalu diberitahu lebih 70% kakitanagn awam dari Semenanjung yang berkhidmat di negeri itu menganggap Anwar sebagai ikon kepimpinan sekarang. Justeru menurut Profesor Dato' Dr Muhamad Mansur, pimpinan UMNO perlu melonjakkan diri lebih dikagumi daripada Anwar kalau mahu memulihkan semla reputasi UMNO. "Kalau UMNO masih berkhayal dengan kualiti pimpinan mereka sekarang, maknanya mereka menunggu masa menjadi denosour yang akan pupus," beliau menjelaskan.Serentak dengan itu Profesor Dato' Dr Muhammad Mansur yang juga aktivis UMNO meminta pimpinan UMNO tak berasa malu untuk melakukan 'self criticism' dan jangan berkhayal dengan puji-pujian media massa yang memang 'ada udang di sebalik batu'. Pemimpin UMNO tak perlu berselindung apabila tak disambut kedatangan mereka di Sabah, tetapi perlu bermuhasabah diri memperbaiki rekod peribadi, bagi mengatasi populariti Anwar di kalangan orang ramai. Selagi pemimpin UMNO bergantung kepada puji-pujian media massa dengan tak membuat 'self criticism', Anwar dan Pakatan Rakyat akan sentiasa berada di hadapan, menurut Profesor Dato' Dr Muhamad Mansor. "Trend pemikiran masyarakat sekarang sudah jauh berbeza, justeru UMNO jangan membiarkan diri terus menjadi denosour," beriahu beliau selanjutnya.
KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM
Calon PKR di DUN Penanti
(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.
Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.
Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.
Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.
En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.
Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.
Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
Tuesday, April 28, 2009
MOHD AFFANDI MENULIS...
Dua Mitos Agung:
Oleh kerana itu amat sulit hendak membicarakan masalah yang dihadapi oleh Melayu, kerana setiap perbincangan mesti mengambil kira bahawa UMNOlah yang menjadi penyelamat bangsa Melayu. Bagaimana jika sebaliknya yang berlaku, yakni UMNO menjadi masalah kepada bangsa Melayu? Bolehkah kita mengambil pendirian ini sekadar untuk perbincangan, bukan untuk maksud lain-lain? Saya akan uji kejujuran bangsa Melayu seluruhnya, terutama UMNO, untuk mendengar pandangan yang berbeza daripada yang biasa didengar oleh mereka.
Dalam waad pertama, yang dipersetujui oleh Demang Lebar Daun dan Sri Tri Buana, rakyat dilarang mengingkari perintah raja, walaupun salah, manakala raja pula dilarang menghina rakyat, walaupun mereka bersalah. Tetapi dalam amalannya, suara rakyat hilang ghaib. Yang wujud hanya suara raja, yang berkuasa mutlak. Yang boleh menentang hanya orang besar, berasaskan sama ada kepentingan orang besar tadi terjejas atau tidak. Suara rakyat juga hilang. Jadi Waad Sejarah Melayu telah menentukan bahawa pemimpin Melayu hanya berasal dari istana, yakni dari golongan raja dan pembesarnya. Ringkasnya, pemimpin Melayu mestilah dari golongan bangsawan.Jadi dalam konteks ini, UMNO mencipta feudalisme baru berasaskan Waad Malayan Union tadi untuk menyediakan kepemimpinan orang Melayu dari kalangan mereka sahaja. Sesiapa yang menentang, akan dianggap menentang negara dan bangsa Melayu. Sesiapa yang menentang, akan dihukum dengan keras untuk memastikan kelangsungan feudalisme ciptaan UMNO terus kekal, dan UMNO terus berkuasa dalam menentukan sistem politik negara.
Itulah keadaan politik yang ada sekarang, ketika para pembicara diskusi membahaskan masalah orang Melayu. Mereka melihat persoalan itu dalam konteks yang dihuraikan di atas. Oleh itu apapun juga cadangan yang mereka buat, tidak akan terkeluar daripada Mitos Agung Kedua, yakni mitos di sekitar Waad Malayan Union. Walaupun mereka bercakap tentang kebebasan dan sebagainya, maksudnya hanyalah kebebasan dalam konteks Waad Malayan Union tadi. Tidak ada pilihan lain. Bolehkah masalah orang Melayu diselesaikan dalam konteks yang demikian? Saya akan membincangkan persoalan ini dalam siri tulisan berikutnya, jika pandangan yang berbeza boleh dikemukakan dan bersedia didengar.
Petaling Jaya, 22 Mei 2002
(*Mohd Affandi Hassan ialah sasterawan dan pengkritik sastera Melayu tersohor. Beberapa kali memenangi hadiah karya sastera nasional, tetapo menolaknya. Pesara PTD dan bekas pegawai tinggi kementerian, beliau berpengalaman luas dalam penadbiran dan pengurusan negara, di samping menenali rapat pimpinan politik Melayu)Monday, April 27, 2009
YASSINSALLEH BERPUISI
Hari ini hari
Ahad,
aku letak kereta
di tepi jalan
sekejap
masuk duit
mesin bank
bayar hutang
credit card.
Sampai kat kereta
polis tengah
tulis saman
salah parking
dedikasi betul
polis
hari cuti am pun
Sedia
Berkhidmat!
Nak bagi duit kopi
aku takut polis
tu nanti kata
"Encik tak nampak
ke kat dada saya ni?"
aku tengok,
menjerit megah
slogan:
KAMI BENCI
RASUAH
Alhamdullillah!
Aku pun pergi
Chow Kit
gunting rambut
bagi kontot
nanti tak payah
beli syampu,
mahal.
Sampai kat kereta
kono saman lagi den
ayo golo dek eh
jang oi,
padan muko den
gomarlanggar undang-undang
untung tak kono
lokap!
Alhamdullillah
Malaysia bertuah
polisnya amat dedikasi
dan benci rasuah.
Alhamdullillah
polis benci
rasuah
makanya
hukum lojik
merumuskan
justeru polis
benci rasuah
polis akan tangkap
semua orang yang rasuah.
Alhamdulillah
Masya Allah
siapa nanti nak ketuai
kampung dan mukim
sapa pula yang nak jaga
daerah dan wilayah
siapa pula yang
nak luluskan
balak dan AP
softwares dan hardwares
PPSMI
tergendala pula
nayalah anak-anak
nak belajar
nanti tak layak
pula jadi glokal.
Tapi syukurlah juga
takde menteri
yang akan kena
tangkap
kalau salah
parking
drebar
menterilah yang
kena saman
Alhamdullillah
pentadbiran negara
takkan terjejas
kerana polis
tak dapat nak
benci menteri
sebab menteri
tak ambil rasuah
menteri ambil
komisyen je!
Alhamdullillah
what a wonderful
world
-Yassinsalleh
jam 2317
April 09
esok nak motong
kumpul duit
nak bayar
kompaun dua saman
den kono jang oi.
Kalaulah Dalam Mimpi
"Tolong berhenti
nyanyi boleh
tak?"
khianatnyalah
nyanyian itu
mendera
bagaikan
menabur bara
pasir
ke mata fikir
nestapa.
Btapalah ya
mampunya aku
sekadar
menyisir rambutnya
bagaikan angin timur
menunda buih
ke pasiran rindu
yang tak
kesampaian.
Lagu yang kau
tak mau
kedengaran itu
kalaulah dalam
mimpi
itu adalah genta
sepiku
yang tak terbisikkan
itu adalah
rontaan rinduku
membenamkan
gelisah pilu yang singgah
kakinya luka
tertancap
pec ahan kaca
jendela yang
enggan terbuka.
Alahai
kalaulah sekadar
menyanyipun
sudah demikian
kau angkuh
serakah
betapalah gerangan
amarahmu meledak
sekiranya aku minta
pinjam sebiji viagra
dan angsa tua
yang kau tiduri
itu.
-Yassinsalleh
jam 2023
April 27, 09
mencari esok
untuk menempah lusa
yang tak tau
berkata-kata
KOMENTAR:
Sebermula gemparlah orang banyak kerana wabak penyakit selsema babi merebak di negeri-negeri atas angin di Mexico, Amerika Syarikat dan New Zealand. Arakian akan Orangkaya Menteri Kesihatan Dato' Seri Liow Tiong Lai sudah menyuruh bilik gerakan dicergaskan untuk memantau wabak penyakit itu. Adapun sekali persetua wabak penyakit JE disebabkan haiwan babi merebak ia di negeri Melayu, tetapi ladang ternakan babi itu semakin banyak dibuat. Maka fakir pun berfikir di dalam hati, kenapa orang banyak terlalu takut dengan wabak selsema babi, tetapi tak takut mempersenda-senda heh heh heh!
DARI LAMAN BLOG...
Assalamualaikum,
Presiden PAS Dato' Seri Haji Hadi Awang menarik balik saranannya berkaitan 'Kerajaan Perpaduan', tetapi sebelumnya gagasan berkenaan sudah disuarakan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Pergolakan dalam PAS juga sukar dibendung apabila pandangan Hadi Awang mengenai kerajaan campuran bersama UMNO disanggah oleh Dato' Nik Aiz Nik Mat, Mursyidul Am PAS. Malah ura-ura mahu mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden parti Jun 2009 ini mula kedengaran, sekalipun kedua-dua pimpinan terbabit menolak sebarang spekulasi pertandingan jawatan Presiden PAS.
AHMAD NIZAM MENULIS...
Siapa berjasa kepada siapa? UMNO berjasa kepada Melayu atau bangsa Melayu berjasa kepada UMNO? Barangkali yang diungkapkan melalui laman blog http://www.matamin.blogspot.com/ hanya sekelumit perjuangan bangsa Melayu. Apalagi yang berkaitan dengan sumbangan Manap Jepun menyelamatkan nyawa Allahyarham Dato' Hussein Taib; iaitu ayahanda Tun Abdul Razak dan datuk kepada Dato' Seri Najib, Perdana Menteri sekarang. Barangkali juga Dato' Najib tak pernah tahu mengenai Manap Jepun (gambar dengan ihsan muzium sejarah Kampung Chulaborn Patana 12, Thailand) dan Wan Ali tokoh gerila Melayu yang berjuang di sekitar Jerantut, Pahang sekitar dekad 1950-an.Wanita tersebut dikalangan orang Temerloh di panggil Wan Esah. Suaminya Aki Sewang,bekas kelasi kapal.Wan Esah ini berasal dari Jepun berkahwin dengan Aki Sewang dan dibawa menetap di Temerloh.Wan Esah dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat Melayu Temerloh malah khabarnya cukup fasih bercakap loghat Temerloh dengan lidah Jepun.
Suatu kisah yang ironi dan tragiks ialah berkenaan adik ipar Manap Jepun,suami kepada adik perempuannya,Bi,meninggaldunia di tembak gerila PKM di jalan Triang apabila bas yang ditumpanginya kena ambush.
DARI HARAKAHDAILY...
Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa berharap media tempatan dan luar negara menghentikan tindakan memburukkan rumahtangga Tengku Temenggong Kelantan, berikutan laporan hubungan baginda dengan isterinya kelihatan sentiasa mesra sejak berkahwin tahun lalu. Sebelum ini katanya, pasangan diraja tersebut sering hadir pada program anjuran pihak istana dan kerajaan negeri. "Jadi tidak timbul lagi ia berlaku sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini," ujarnya pada majlis kenduri sempena perkahwinan anaknya di sini, semalam (26 April 2009).
Tengku Muhammad Fakhry Petra bersama isteri, Cik Puan Temenggong yang berasal dari Indonesia turut berangkat ke majlis kenduri di rumah Husam di Kampung Kota kira-kira jam 1.30 petang. Kenduri kesyukuran itu diadakan sempena menyambut menantu iaitu isteri kepada anak sulungnya Ahmad Syafi?, 21 - Indah Purnama Sari, 19 juga berasal dari Indonesia.Sebelum ini ibu kepada Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, Daisy Farajina mendakwa sebagaimana disiarkan media di Indonesia anaknya menghadapi masalah rumahtangga.
Sehubungan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS berharap pihak tertentu supaya tidak lagi menyebar berita negatif terhadap pasangan terbabit. "Biarkan pasangan diraja berkenaan hidup dengan aman dan melayari bahtera rumah tangga mereka tanpa campurtangan pihak lain," katanya. Sementara itu, anak Husam dan pasangannya diijabkabul di Banten, Tangrang, Jakarta pada Disember lalu.
INFO ANTARABANGSA...
Malaysia didesak secara sinikal membantu dunia yang cemas seperti dilaporkan akhbar arus perdana hari ini (27 April 2009) menggunakan ISA, OSA atau Akta Polis bagi menghalang virus selesama babi yang mengancam dunia sekarang. Desakan itu dibuat oleh aktivis PAS di Jelebu, Haji Hassan Abdul Rahman ketika menziarahi guru agama di Kampung Teriang, Tuan Haji Abu bin Saat, 93 yang berpulang ke rahmatullah petang ini (26 aPRIL 2009). Katanya, Malaysia tak perlu bimbang dengan selsema babi, kerana ianya lengkap dengan ISA, OSA dan Akta Polis, apabila media elektronik melaporkan ancaman virus berkenaan di Mexico semalam.
Dalam laporan akhbar arus perdana hari ini memperlihatkan petuga lapangan terbang di Mexico City melakukan pemeriksaan ketat terhadap para penumpang bagi mencegah menularnya wabak virus selesema babi. Sehingga semalam, wabak itu telah mengorbankan 81 nyawa, memetik laporan agensi berita AFP. Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang. di seluruh dunia. Di Malaysia, orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada simptom batuk, demam dan sakit badan.Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS mulai hari ini.
ANWAR & BOLA
Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih diberi penghormatan daripada pimpinan kerajaan negeri, apabila tampil menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2009 antara Selangor dan Kelantan. Sama ada secara kebetulan atau disengajakan pihak penganjur seolah-olah bersetuju Anwar menjadi wira sukan bolasepak, hingga kenamaan lain seolah-olah sudah diketepikan. Justeru Anwar melabelkan perlawanan akhir bolasepak itu sebagai acara kemuncak Pakatan Rakyat, seperti diungkapkan beliau menerusi laman blognya. Heh heh heh!
"Sabentar tadi saya hadhir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 antara Selangor dan Kelantan. Antara pimpinan yang hadhir termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, YB Azmin, YB Yaakob Sapari dan saudara Shamsul Iskandar. Kelihatan juga YM Tengku Faris Petra dan juga barisan kepimpinan KAFA di pentas VIP. Turut serta adalah Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Perlawanan ini dikategorikan ‘perlawanan panas’, sehingga memaksa pasukan polis mengerah ratusan anggotanya mengawal keamanan di sekitar stadium.
Pun begitu,profesionalisme kedua-dua belah penyokong jelas terlihat tanpa sebarang insiden provokasi yang keterlaluan.Ada yang bertanya pasukan mana yang saya sokong. Haha! Bukankah kedua-duanya pasukan Pakatan Rakyat? Pun demikian, penentuan menerusi sepakan penalti di penghujung perlawanan telah menobatkan pasukan Selangor sebagai juara Piala FA tahun ini.Tahniah saya ucapkan buat barisan pemain! Semuga kejayaan malam tadi bakal membangkit semangat untuk terus mengukir kecemerlangan."-ANWAR IBRAHIM
Sunday, April 26, 2009
YASSINSALLEH BERPUISI...
Guanne pulok
ganu kite ni
nok jugok merase
se perahu due jeragangserupa selera
pipik ubang
sorang putih
seekor hitamg.
Di Melake
lagilah lahabaunye
dah kene
tangkap curi ayam
masih jugak
boleh jage kandang
hawau betul
bendahara Melake
dulu yang buntingkan
tiang telefon
tak kena apa-apa pun
tapi kelendan roket pulak
yang masuk penjare.
Begitu ramai
jutawan balak di Pahang
yang Lng sorang kena
tanggug aib pikul malu
engkar perintah
mahkamah tu
apasal?
Tokkanloh
Pahang doh tok beduit lalu weh
entoh meneloh koi nok nyorok
muke
bak kato orang
jando baik
buat malu kon ajo
itulah citer ek!
kate pulok
orang Jerantutnye
Care hendollah
awok merentoh weh
lewat amat
samsennye
jueh mulut
orang di pekan sari Temerloh
Ai, takkan tiga
saja citernya?
nak sampai empat
nanti marah pulok
Tan Sri P. Ramlee
satu, banyak-banyak
dua, jarang-jarang
tiga, kad dang-kad dang
bapkpe pulok tige saje tu?
Doh Jeragang Besor
tige sejoli
Dato' Nikoh Kawing
kire sapai tigeloh juge
tok bolehloh
tamboh menamboh
tok comel!
se jantang, se betine
selagi si tue
banke
kelepek weh
belake!
-Yassinsalleh
25 April 2009
jam 0232
di bawah rimbunan
cempaka tinggi
kelopaknya menggapai
awan
KOMENTAR:
Kata sahibul hikayat tersebutlah ceritera Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pergilah ia ke pekan pesara semalam (25 April 2009) di tengah kota. Banyaklah segala hulubalang, juak-juak dan pengawal santeri mengiringi orangkaya itu. Arakian segala penitir-penitir canang pun memberitahu semuanya baik-baik belaka. Adapun kunjungan ke pasara pesara itu sudah menjadi adat turun temurun, kerana bekas Orangkaya Tun (Tabib) Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turun juga mereka ke pasar pesara selepas memegang jawatan, adanya.DARI LAMAN BLOG
Assalamualikum,
Bekas Presiden UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata optimis pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang mampu menjadi pencetus kepada usaha mengembalikan negeri itu ke pangkuan Barisan Nasional (BN).Sambil menyifatkan Ahmad Zahid sebagai pemimpin yang mempunyai keupayaan tersendiri, bekas Perdana Menteri itu menekankan apa yang amat penting untuk merealisasikan hasrat itu ialah permuafakatan ahli UMNO dan parti komponen BN perlu dipertingkatkan.
"Bukan mustahil untuk BN mengambil balik Pulau Pinang. Yang diperlukan ialah bekerja bersungguh-sungguh dan lebih penting ialah perpaduan dan muafakat yang baik bukan hanya di antara ahli UMNO bahkan ahli parti komponen," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia di Stadium Negara, di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.
Bagaimanapun tak mustahil pula, kalau UMNO/BN hilang kuasa di mana-mana kalau sekadar kokok berderai-derai ekor bergelumang taik. Salangkan Pulau Pinang di bawah Perdana Menteri selaku ketua perhubungan boleh wal hasal balik hasil, wal hasil balik hasal, apa sangatlah dengan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi. Parlimen Bagan Datoh pun hampir terjunam ke tangan Pakatan Rakyat, bagaimana mahu ke Pulau Pinang. Kalau kewibawaan Ahmad Zahid mampu membawa Pulau Pinang cemerlang, bukankah baik beliau sendiri dilantik ketua perhubungan negeri Perak yang berhadapan dengan krisis perlembagaan sekarang!
Malah oran tua-tua sentiasa mengingatkan kita: Salangkan bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang. Tetapi untuk 'berhibur-hibur hati' bolehlah Tun Abdullah memberi pandangan akan kemampuan Ahmad Zahid. Setidak-tidaknya Ahmad Zahid yang pernah diperlekeh, diperleceh dan diperhegeh semasa ditahan polis pada penghujung tahun 1998, boleh bangkit dengan keberanian luar biasa. Apalagi polis yang memperlekeh beliau (kalau belum bersara) juga boleh berdiri sambil mengangkat tabik di sisinya. Mudah-mudahan!
- Pak Dharma.
Persepsi Dato' Kamal Amir...
Pimpinan MT UMNO yang diumum presidennya Dato' Seri Najib Tun Razak mengekalkan Pengerusi Perhubungan Negeri Melaka, Dato' Mohd Ali Rustam. Sekalipun Najib menyedari Ali Rustam terbabit dalam 'politik wang', malah dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Lembaga Disiplin UMNO, tetapi beliau seolah-olah tak menghormati keputusan tersebut. Kalau sekadar mahu menghalang Ali Rustam daripada bertanding kerana ianya boleh menjejaskan peluang Tan Sri Muhyiddin Yassin, tak perlulah dikaitkan dengan 'politik wang'. Apabila Najib mengekalkan Ali Rustam memimpin UMNO Melaka, maknanya tak menghormati Lembaga Disiplin yang memutuskan ianya terbabit dalam 'politik wang'.Pelantikan ahli MT menjadi pengerusi perhubungan d beberapa negeri juga memperlihatkan pergolakan d peringkat negeri sukar dibendung. Apalagi Najib seolah-olah mencabar UMNO Perlis, apabila Shahidan Kassim menawarkan jawatan pengerusi perhubungan kepada Muhyiddin, tetapi Dr Mohd Isa Sabu yang dilantik. Di Terengganu wakil MT, Hishamuudin Hussein menjadi pengerusi perhubungan sekadar menyulitkan lagi keadaan yang memudahkan Idris Jusoh membuka gelanggang. Apalagi di Kedah diserahkan kepada Shafie Apdal, bukanlah penyelesaian tetapi lebih mengusaikan. Tunggulah!
Saturday, April 25, 2009
ANALITIKAL KECOH TERENGGANU...
Bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Idris Jusoh dikatakan terbabit dalam kecoh sebelum persidangan DUN, berikutan sumber menyebut polis sedang mengesan bekas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 lepas, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (gambar kiri). Bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh itu dikehendaki membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN baru-baru ini.KENANGAN NIZAM DARI TEMERLOH...
SUARA ANAK LANCANG...
(*L. Mankadir Shamsi ialah aktivis teater dan perfileman. Terbabit sebagai penulis kreatif dengan menghasilkan sajak, skrip pentas dan skrip tv. Pernah memenangi sayembara menulis skrip drama pentas DBP sekitar dekad 1980-an, dan menjadi penolong pengarah beberapa buah filem termasuk 'Anak Tunggal Tujuh Keturunan', 'Langit Petang' dan beberapa lagi) Friday, April 24, 2009
BERPUISI DENGAN YASSINSALLEH...
Nan Gadang
Cuba
dan cuba
dan ku cuba lagiberulang kali
ku cuba mencari
kesan denai-denai laluan
remajaku
memikat balam
di pinggir hutan,
menajur haruan
di tebat pandan
mengutip berangan gugur
bersepahan
menggetah punai
d hujung dahan
melastik tupai
makan putik
durian
sambil menunggu
merbah datang
menyerah
ke pintu jebak
tiang buluh
kulit bertam
yang tengadah.
Aduhai,
bagaimanakah akan tercari
olehku lagi
denai-denau laluan remajaku
yang telah mengajarku
menyayangi alam
dan segala hikmah
kesemulajadiannya
yang telah
mendidikku menghargai
daulah imbangannya
yang mengikatku
ke dahan ingatan
yang tertambat
ke pohon zaman
yang sudah
entah ke mana hilangnya
kenangan tak
berkesan.
Bersama
semalamku
yang tidak lagi
menyambutku pulang
terlentang
sawah dah jadi
belukar
dan mayat
pepohon
pokok-pokok hutan
bergelimpangan
di tengah halaman
rumahINDUK
rumahPUSAKO.
nan gadang
yang lengang.
-Yassinsalleh
jam 1751
April 24, 09
Pelangai
kampungku
lagikah engkau
ini?
KOMENTAR:
Raja Petra enggan jejak kaki:
Di Selangor kerana ia derhaka
Syahdan tersebutlah ceritera Raja Petra Kamaruddin penulis warta (disebut orang di kemudian hari pengendali laman web) engganlah ia datang ke balai panjang nan tinggi berbicara kerana ia tak dibenarkan menjejak kaki di bumi Selangor. Adapun balai panjang nan tinggi itu terletak di negeri Selangor, bahawasanya tempat larangan kerana Raja Petra itu menderhaka. Maka disuruh tangkap oleh orangkaya di balai panjang nan tinggidisebabkan Raja Petra enggan ia hadir berbicara di balai. Arakian Raja Petra itu dituntut membayar RM2 juta oleh seorang anak muda kerana dituduh ianya memfitnah.Sebermula akan Hang Tuah itu difitnah orang. Maka pergilah ia membawa diri ke Pahang. Maka katanya di dalam hati, "Baiklah aku berbuat bakti kepada Yang Dipertuan, tiadalah baginda murka akan daku." Setelah berfikir ia, maka Hang Tuah berbaik-baik dengan Mak Inang yang mnejad penghulu dayang-dayang, kerana kasadnya mahu memiliki anak bendahara bernama Tun Teja itu. Arakian akan Han Tuah sudah diketahuinya raja Melaka terlalu bercinta akan kecantikan Tun Teja. Maka di dalam hatinya, baiklah diserahkan Tun Teja kepada Duli Yang Dipertuan, supaya hilang murka baginda; itulah dibuat orang pantun:
Tun Teja Ratna Benggala
Pandai membelah lada sulah
Jikalau tuan kurang percaya
Mari bersumpah kalam Allah.
Arakian hilanglah murka Raja Melaka akan Hang Tuah yang difitnah itu setelah terpandang kecantikan Tun Teja seperti diturunkan dalam 'Kitab Melayu' daripada:

HIDUP BAHASA MELAYU!
DARI LAMAN BLOG...
Barangkali karya J.K. Rawlings siri Harry Porter dikategorikan buku berkualiti sekalipun dicetak menggunakan kertas 'news print' disebabkan ianya ditulis dalam Bahasa Inggeris; apalagi ianya mampu menjangkau pasaran hingga berjuta naskhah. Malah dengan sebuah buku sahaja Rawlings mampu menghadiahkan rakannya sebuah banglo bernilai 500 ribu pounds. Sebaliknya karya-karya Tok Awang Ngah dan Tamar Jalis tak berkualiti kerana ditulis dalam Bahasa Melayu, sekalipun tak sebuah buku berbahasa Melayu mencapai pasaran melebihi 100 ribu naskhah bagi sebuah karya. Tak pernah pula dibuat kajian ilmiah mengenai karya-karya itu, tetapi ditakrif sebagai khurafat, tahyol dan memesongkan aqidah.
Sebaliknya selepas sahaja Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin bertitah merasmikan Pesta Buku Antarabangsa di PWTC (masih lagi berlangusng sekarang) menyebut mengenai buku yang mengaibkan individu dan buku-buku tak berkualiti, tiba-tiba sahaja pelbagai pihak 'menumpang sekaki' untuk membenarkannya. Mereka yang bersuara pula tak tampil menghasilkan buku berkualiti yang bertaraf antarabangsa, bagi menyahut titah ucapan Raja Muda Perak itu. Tak pernah pla disentuh sama ada 'Dilema Melayu' karya Tun Dr Mahahir Mohamad sebuah karya berkualiti atau sebaliknya.NGOMEL DATO' MANSOR...
(*Profesor Dato' Mohamad Mansor Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor HEP UTM ialah aktivis bahasa dan persuratan d Pahang. Menghasilkan hampir 100 judul buku kanak-kanak, di samping novelis dan cerpenis prolifik sekitar dekad 1980-an. Buku sejarahnya pernah dibahaskan di Parlimen, apabila dianggap menyentuh komuniti lain yang dikatakan berasal dari taik Nabi Adam a.h.)Thursday, April 23, 2009
PANDANGAN ANWAR...
SUARA ANAK LANCANG...
Kecoh yang melanda UMNO sekarang berikutan kepongahan pimpinannya membelakangkan sistem demokrasi dengan menerapkan unsur-unsur 'menghalalkan cara', menurut aktivis teater dan pemuisi dari Temerloh, L.Mankadir Shamsi (gambar kiri). Katanya, beberapa negeri dalam Malaysia terutamnya di Semenanjung sedang berdepan dengan kemelut ancaman era baru dalam politik tanahair apabila membelakangkan demokrasi.Perak adalah negeri pertama dilanda kerakusan pemimpin Umno/Bn dengan merampas mandat rakyat dengan menubuhkan Kerajaan Haram hasil dari tipu muslihat melibatkan pihak berkuasa yang menyalahgunakan kuasa, katanya menerusi laman blog tokperan.
Seterusnya Mankadir memberitahu, Selangor tidak ketinggalan diusik sejak kemenangan PR di PRU 12 2008 dengan gelagat Khir Toyo (Bekas MB yang suka melancung keluar negara) berura-ura menubuhkan Kerajaan Perpaduan PAS/BN.Usaha mengerjakan MB (Khalid Ibrahim) tak sudah-sudah sebagai usaha menyorokkan tembelang busuk Kerajaan BN Selangor yang lalu, beliau menambah. Di samping itu Terengganu juga sudah memulakan rentak di gelanggang yang dipercayai sejak Idris Jusuh ditolak oleh istana untuk menjadi MB selepas PRU 12 lalu. Ahmad Said (gambar kanan) sedang dihujani anak panah ura-ura undi tidak percaya dan taburan bahawa MB tidak mempedulikan geng Deris Jusuh, katanya.Menurut Mankadir lagi, Isa Sabu di Perlis juga terkena tempias kemelut politiik dalam Umno dimana Shahidan Kassim tidak mahu berundur dari mengerjakan MB yang diperkenan oleh istana.Pahang pula beberapa tokoh di belakang Adnan Yaakob (Long Nan) sedang menunggu gelombang Hutang Rm 63 juta. Jika Long Nan lalai sikit bertindak pastilah jejuak yang selama ini membodek dia akan terus menumpe Long Nan ke longkang, ujar Mankadir setersnya.
Beliau juga tak menolak kemungkinan Melaka menanti arus perkembangan politik Najib Rosmah -Mahathir. Ali Rustam belum sejok punggung duduk di kerusi KM Melaka setelah gagal menyertai pertandingan Timbalan Presiden Umno atas pertuduhan rasuah (disebut dalam Umno politik wang) yang lalu.Ini semua berlaku kerana kerakusan pemimpin Umno untuk menerus, menyambung, mengukuhkan kuasa mereka bagi mengikis harta dan mandat rakyat untuk diri sendiri - keluarga - kroni dengan menjeritkan One Malaysia !Adakah kuasa politik dan tadbir negara ini mesti mengikut telunjuk seorang? Siapakah di belakang One Malaysia itu?, tanya Mankadir.
.jpg)



