Kalau Tabung Haji terseksa:
Hapuskan saja sistem monopoli
Ura-ura Tabung Haji (TH) di bawah menteri yang baru kabinet Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menaikkan tambang 11 peratus mulai tahun ini mengecewakan banyak pihak, beritahu bekas Timbalan Naib Canselor HEP UTM Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah. Dalam kenyataannya semalam pihak TH mengumumkan kadar bayaran tambang tahun ini akan dinaikkan sebanyak 11 pratus berikutan peningkatan kos yang tidak dapat dielakkan.
"TH perlu kemukakan secara detail mengenai kos yang berkaitan dengan tambang jemaah haji, kerana kos makan selama 42 hari di Mekah berasingan dari kos tambang," menurut Profesor Dato' Dr Mansor. Kenaikan kadar kos berkenaan kata Profesor Dato' Dr Mansor bermakna bakal jemaah akan dikenakan bayaran sebanyak RM9,980 seorang berbanding RM8,973 ketika ini. Apalagi dalam masa kedudukan eonomi global dikatakan terjejas, TH seharusnya memikirkan kebajikan jemaah haji terbabit. "Kalau TH berasa terseksa, bukakan peluang pihak lain uruskan jemaah dengan tak berlaku sistem monopoli seperti sekarang" beliau mejelaskan
2 comments:
Kalau tidak menyusahkan rakyat bukannya pemimpin Umno/Bn!
Dato blh hubungi saya di alanood@hotmail.my.cuba hubungi dato tak berjaya.
Post a Comment