bersama Pak Parjo...
Kata orang dahulu kala:
Biarlah seladang dpd anjingKata sahibul hikayat gemparlan sekalian orang banyak mendengar ceritera Manohara Odelia Pinot didera di dalam istana Kelantan. Maka tersibarlah di seluruh pelusuk negeri Indonesia akan keburukan di negeri Melayu itu. Syahdan tersebutlah orang-orang Tengku Temenggong diberitahunya sekalian orang banyak mengenai Manohara itu malas sangat bangun solat subuh, adanya. Adapun Manaohara itu bapanya bukanlah orang Jawa, tetapi bahawasanya berasal dari negeri atas angin. Sebermula kata orang dahulukala di Pahang itu banyak seladang, maka pergilah orang berburu membawa anjing.
Syahdan diberitahu oleh orang banyak anjing itu, kalau sudah biasa makan taik; tak di makan pun diciumnya jua! Maka mengapa pula memelihara anjing, kerana seladang itu biarkan ia menebong di mana-mana. Seladang itu tak akan menyerang manusia kalau ia tak dilukai, kata orang tua-tua. Arakian telah sudah hadir sekaliannya, maka Sultan Mansor Shah pun berangkat ke Majaphit, kerana menjadi kegemaran raja-raja Melayu mencari jodoh ke Jawa sejak dahulu kala. Setelah berapa lamanya di laut sampailah ke Majapahit. Maka kedengaran kepada betara Majapahit, disuruhnya alu-alukan seperti dipantunkan orang:
Disemai benih nan layu
Buah kelapa dibawa-bawaRamai anak gadis Melayu
Maka kenapa dicari ke Jawa
Arakian dikarang sekalian orang banyak seperti disurat dalam 'Kitab Melayu' oleh:
1 comment:
Kalau ke tanah Jawa tahanlah sikit dari ke Monggolia.
Post a Comment