Tunggu SPRM buat pendedahan:
Termasuk libatkan sindiket rasuah
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi, kata Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes-kes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh. "Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah," katanya kepada pemberita pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah, di pejabat SPRM di sini hari ini.
Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Idrus Jaafar kini menyandang jawatan Pengarah SPRM Kedah, mengambil alih tugas daripada Nooraziah Abdul Manaf yang ditukarkan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menjawat jawatan baru sebagai Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM. Mohd Jamidan berkata berkata hasil perisikan yang dibuat berdasarkan maklumat orang ramai, pihaknya telah dapat menembusi sindiket tertentu dan mendapati ada kes yang perlu didedahkan. "Walaupun ada kes yang sukar untuk dibuktikan tetapi SPRM mempunyai sistem, keupayaan, kepakaran dan kebijaksanaan menembusi sindiket terbabit dan dapat mengatasi kebijaksanaan mereka.
"Saya berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan kami bagi membanteras rasuah atau sebarang penyelewengan," katanya. Katanya, menerusi kerjasama orang ramai, SPRM mencapai banyak kejayaan tahun lepas antaranya kes rasuah yang melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sindiket rasuh yang melibatkan Jabatan Hutan Sabah dan sindiket mencuri besi di Pahang. Idrus pula berkata enam penjawat awam dalam kumpulan sokongan di Kedah adalah antara 19 orang yang ditahan oleh SPRM sejak Januari lalu yang membabitkan rampasan wang sogokan keseluruhan berjumlah RM20,518. Katanya enam ahli politik turut disiasat yang turut melibatkan politik wang. - Bernama
Tuesday, June 30, 2009
SANTAI BERSAMA LESUNGBATU...
Video dalam lesungbatu:
Jangan percaya lampu hijau
Selamat bertemu lagi sahabat sekelian, Dalam www.lesungbatu.webs.com ada saya baru saya masukan satu video baru untuk ditonton berjodol JANGAN PERCAYA LAMPU HIJAU. Video ini juga boleh ditonton melalui youtube. Selamat menonton. Salam hormat dariAbang Zek
See all the ways you can stay connected to friends and family Reply Reply to all Forward
Reply Rizuan Ahamad to zakaria, adri, azlina, datuk, DATUK, datuk, datuk, feruddin2, hafizi, kassim, mazuki, me, muhammad, nashua, nasrihat, nazrol, Nomi, Nurilyana, penulis, pmansor, Rahim, rahman, ramlahghani, ramli, razak show details 6:22 PM (18 hours ago) Reply
Abang Zek baca pulak saya punya ya, jangan tak baca pula, asyik kami jer baca artikel Abang Zek:-
Layari ya Abang Zek:-
www.parrembau.blogspot.comwww.rembau.net.my
INFO SASTERA & BUDAYA
PUISI
Nok Ngarut Gapo Pulok
Tulis janji atas pasir
ombak datang
semuanya terpadam.
Lafaz janji pilihanraya
habis mengundi
semuanya dibohongkan.
Cakap eksyen sebelum debat
kalau kalah nak berhenti
jadi menteri.
Sampai sekarang
tak henti pun
sang menteri mulut berbuih.
Cakap lawa di Penanti
"Nak jimat duit rakyat
kami tak tamak kuasa!"
Dan, di Manek Urai
nok ngarut gapo pulok
puok-puok ni?
-Yassinsalleh
jam 1355
Jun 29, 09
menanti sahabat
di Manek Urai
bersalam-salaman.
Nok Ngarut Gapo Pulok
Tulis janji atas pasir
ombak datang
semuanya terpadam.
Lafaz janji pilihanraya
habis mengundi
semuanya dibohongkan.
Cakap eksyen sebelum debat
kalau kalah nak berhenti
jadi menteri.
Sampai sekarang
tak henti pun
sang menteri mulut berbuih.
Cakap lawa di Penanti
"Nak jimat duit rakyat
kami tak tamak kuasa!"
Dan, di Manek Urai
nok ngarut gapo pulok
puok-puok ni?
-Yassinsalleh
jam 1355
Jun 29, 09
menanti sahabat
di Manek Urai
bersalam-salaman.
INFO ANTARABANGSA
Arabs fear Kurdish grab after
US pullout from Kirkuk Buzz Up
by Mohammad Ibrahim Mohammad Ibrahim – AFP
KIRKUK, Iraq (AFP) – The Arabs and Turkmen of Kirkuk fear the Kurds will seize control of the northern oil hub after the US pullout from Iraqi urban areas unless their power in the security services is curbed. "The Arabs of Kirkuk fear that the province's security services who work for political parties will take control of the city after American forces withdraw," said Mohammad Khalil al-Juburi, head of the city's "Arab Bloc." He was referring to the 8,000 "asaysh," or security personnel, who are linked to the main Kurdish parties and dominant in several districts of the city of 550,000 residents.
"Even if the situation is stable today from the point of view of security, there is no equitable participation (by the different Kirkuk communities) in this sector, and that's what worries us," Juburi told AFP. He said that Arab residents wanted the US military, before its pullout due to be completed on Tuesday, to cut back the Kurdish participation and allow for a fairer shareout of responsibility for security duties. Rich in black gold, the Kirkuk province of some 900,000 people is a microcosm of Iraq's problems.
It has several communities vying for power: the Kurds who want to attach Kirkuk to Iraqi Kurdistan, the Turkmen with historical claims to the area, Christians and Arabs, many of whom were settled in the province under ousted dictator Saddam Hussein's policy of Arabisation.
On June 24, Iraq's autonomous Kurdish region approved a new constitution in which it formally laid claim to Kirkuk province.
US pullout from Kirkuk Buzz Up
by Mohammad Ibrahim Mohammad Ibrahim – AFP
KIRKUK, Iraq (AFP) – The Arabs and Turkmen of Kirkuk fear the Kurds will seize control of the northern oil hub after the US pullout from Iraqi urban areas unless their power in the security services is curbed. "The Arabs of Kirkuk fear that the province's security services who work for political parties will take control of the city after American forces withdraw," said Mohammad Khalil al-Juburi, head of the city's "Arab Bloc." He was referring to the 8,000 "asaysh," or security personnel, who are linked to the main Kurdish parties and dominant in several districts of the city of 550,000 residents.
"Even if the situation is stable today from the point of view of security, there is no equitable participation (by the different Kirkuk communities) in this sector, and that's what worries us," Juburi told AFP. He said that Arab residents wanted the US military, before its pullout due to be completed on Tuesday, to cut back the Kurdish participation and allow for a fairer shareout of responsibility for security duties. Rich in black gold, the Kirkuk province of some 900,000 people is a microcosm of Iraq's problems.
It has several communities vying for power: the Kurds who want to attach Kirkuk to Iraqi Kurdistan, the Turkmen with historical claims to the area, Christians and Arabs, many of whom were settled in the province under ousted dictator Saddam Hussein's policy of Arabisation.
On June 24, Iraq's autonomous Kurdish region approved a new constitution in which it formally laid claim to Kirkuk province.
SEKALI PERSETUA...
Pindaan kanun tukar agama ditangguh
Peroleh dulu Majlis Agama Islam Negeri
Sebermula Majlis Raja-Raja semalam (29 Jun 2009, mengikut tarikh anak cucu fakir) menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang mencetuskan perbalahan kerana dikatakan bercanggah dengan hukum syarak. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan menjelaskan, mesyuarat khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dulu berhubung cadangan berkenaan. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke mesyuarat selama dua setengah jam itu yang dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Arakian pada 22 April lalu, jemaah menteri memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama, kerana ramai ahli jemaah tak beragama Islam, gerangannya. Syahdan, maka Paduka Bubunnya terlalu marah kerana Siam tak dapat mengalahkan Melaka. Maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka. Adapun seorang anak Paduka Bubunnya bernama Chau Pandan, ia bercakap mahu menyerang Melaka, sembahnya, "Duli Pra Chau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu." Maka oleh sekalian orang banyak diperbuat mereka pantun:
Chau Pandan anak Bubunnya
Hendak menyerang ke Melaka
Ada dendam kerana rabunnya
Apabila Islam berkembang belaka.
Syahdan itulah disurat orang dalam 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAYU!
SEKILAS PANDANG...
K'jaan UMNO curi minyak:
Perlu ketelusan beri penjelasan
Assalamualaikum,
Isu royalti minyak Kelantan akan menguji ketelusan UMNO apabila menafikan wujudnya sumber minyak dan gas di negeri itu. Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.”Kebetulan saya dududuk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas disitu,”dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,” jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai, di Kampung Manek Urai Lama (28 Jun 2009). (Gambar - Saifudin menunjukkan buku perangkaan kerajaan Malaysia kepada Presiden PAS).
Justeru menurut Haji Hadi, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian diantara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975. Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO/BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Beliau berkata demikian kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.
”Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen,”hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,” tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.Katanya UMNO/BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda ‘Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan’, sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.
Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon UMNO/BN pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.”Rakyati di dahulukan, Manek Urai di utamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihanraya),”tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, UMNO tak bayar royalty minyak, ”Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (UMNO/BN) pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 haribulan nanti,”katanya. Bagaimanapun secara hukum karma, UMNO boleh dikategorikan 'mencuri' hasil mahsol negeri Kelantan, sekiranya tak telus memberikan penjelasan. Heh heh heh!
-Pak Dharma
HUBUNGAN DUA HALA
Elakkan permainan politik licik:
Pertingkat hubungan Malaysia-Indonesia
Menteri Luar Dato' Anifah Aman digesa mempertingkatkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia bagi mengelakkan terperangkap dengan interigue politik Singapura yang mahu merenggangkan persefahaman serantau, kata Jurucakap Prima Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz (gambar kiri). Beliau yang bau balik dari Jakarta ketika pilihanraya Presiden baru-baru ini, menerima maklum balas dari rakan-rakan di Indonesia mengenai percubaan merenggangkan hubungan dua hala berkenaan. "Kementerian luar perlu memainkan peranan memperingkatkan hubungan tersebut, ketika Singapura tak mahu melihat Malaysia-Indonesia menjalin persahabatan," katanya.
Isu yang dibangkitkan mengenai pembantu rumah sekadar permainan politik, kerana kita perlu menangani hubungan dua hala yang lebih penting kepada kedua-dua negara, menurut Dato' Kamal Amir. Ketika di Jakarta, beliau sempat menerima pandangan rakan-rakan di Indonesia mengenai kelicikan politik Singapura yang tak mahu melihat hubungan dua hala itu dipertingkat demi kepentingan negara berkenaan. "Jangan terperangkap dengan permainan politik mereka, justeru kementerian luar waja mempertingkatkan hubungan tersebut," ujar Dato' Kamal menambah selanjutnya.