Wednesday, August 15, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG:

AKTIVIS PRIMA TAK SARAPAN
PUASA HINGGA 12 TENGAHARI

Assalamualaikum,

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, Haji Abu Bakar Ninggal mengajak ke Putrajaya dengan bertolak jam 6.30 pagi (15 Ogos 2007) dari Taman Seri Gombak. Beberapa kali pula berhenti untuk bertanya kepada warga Putrajaya jalan ke Presint 8 bagi memghadiri majlis wacana bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana. Memang sampai ke bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana terlalu awal, iaitu sebelum jam 9.00 pagi terasa juga lapar kerana tak sempat sarapan pagi. Bukan sahaja saya dan Haji Abu Bakar tak sempat bersarapan, malah rakan-rakan yang lain termasuk Yahaya Ismail, Dato’ Kamal Amir, Mohd Sayuti Omar, Mohd Radzi Mustapha, Zaid Mat Ariff dan Abdul Rahman Osman juga, begitulah!


Sebelum majlis wacana bermula, saya bersama Yahaya Ismail, Dato’ Kamal Amir, Abdul Rahman Osman dan Mohd Sayuti Omar menemui Tun Dr. M di pejabatnya bagi taklimat ringkas. Secara bergurau pula Tun Dr. M meminta kebenaran untuk bercakap menggunakan Bahasa Perancis dalam majlis berkenaan. Justeru, kami berbangga kerana Tun Dr. M sebenarnya menerima perjuangan dasar PRIMA mahu mendaulatkan Bahasa Melayu, apabila beliau meminta kebenaran mahu bercakap Bahasa Perancis. “Saya nak bercakap bahasa apa dalam majlis ni, bolehkah gunakan Bahasa Perancis?” tuturnya secara sinikal tetapi membawa maknanya yang berlapik-lapik, berlapis-lapis dan bertapis-tapis. Heh heh heh!

-Muluk.

INFO HAK ASASI MANUSIA:

RM200 BOLEH DIBELI UNDI
FRASA KEHANCURAN MELAYU


Bangsa Melayu berhadapan dengan frasa kehancuran, sekiranya boleh menjual maruah dengan harga RM200 sahaja menerusi undi sama ada dalam pilihanraya mahupun ketika pemilihan parti, kata bekas Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam majlis wacana bersama PRIMA di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya. Serentak dengan itu beliau mengakui akan terus setia bersama UMNO, tetapi tak bermakna menyokong aura kepimpinan yang membawa pendekatan ‘politik wang’. Menurut Tun Dr. M lagi ‘politik wang’ digalakkan oleh pimpinan UMNO, justeru yang bersalah bukan ‘UMNO’ tetapi pemimpin terbabit yang perlu dipersalahkan.


Kira-kira 200 aktivis masyarakat, porfesional, pengendali laman web & laman blog dan pihak media menyertai majlis wacana PRIMA bersama bekas Perdana Menteri itu. Turut kelihatan termasuklah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dato’ Paduka Marina Mahathir, Dato’ Ruhanie Ahmad (bekas Ahli Parlimen UMNO), Dato’ Ibrahim Ali (bekas timbalan menteri), Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen PAS) dan Mahfuz Omar (bekas Ahli Parlimen PAS). Ketika sesi soal jawab, Tun Dr M meminta maaf kepada rakyat Malaysia sekiranya membuat pilihan yang salah bagi menggantikannya. “Kenapa awak tak beritahu ketika itu, saya membuat pilihan yang salah,” katanya menjawab soalan Zaharin Mohd Yassin, pengendali laman web disambut gelak ketawa.

YAHAYA SAMPAIKAN KEPADA DR. M
MANUSKRIP ANTOLOGI ‘MELAYU MUDAH LUPA’


Pengkritik sastera tersohor pada dekad 1960-an Yahaya Ismail diberi penghormatan oleh PRIMA menyampaikan manuskrip antologi ‘Melayu Mudah Lupa’ kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Pimpinan PRIMA sasterawan Dharmala N.S. turut diminta naik ke pentas bersama Yahaya sebagai penyelenggara bersama antologi berkenaan. Antologi sajak berkenaan sudah pun dalam proses percetakan dan dijangka terbit sebelum 31 Ogos ini. Dato’ Kamal Amir yang mempengerusikan majlis wacana bersama Tun Dr. M turut juga menjemput Presiden ProWaris, Sdr Feriz Omar bagi menyampaikan ‘buku merah hitam’ yang mengandung 20 Perkara tuntutan berkaitan isu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di selatan Johor.

Tun Dr. M menyifatkan WPI meletakkan orang Melayu dalam ‘dilema baru’ kerana berdasarkan sejarah masa lalu, mereka tak mampu bertahan apabila menerima tawaran tinggi bagi membeli tanah mereka. Menurut beliau, hak milik tanah di sekitar bandar Alor Setar pada period penjajah Inggeris misalnya, memang dikuasai oleh orang Melayu. “Apabila berlaku pembangunan terancang, hakmilik tanah orang Melayu di Alor Setar bertukar tangan, menyebabkan mereka menjadi kuli di tanah air sendiri,” beritahu Tun Dr M dalam keadaan sebak, apabila menjawab soalan wakil ProWaris.

CORAT CORET PUTRAJAYA


Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar melahirkan rasa kesal dengan pelaksanaan Akta 664 Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang dianggapnya tak mengikut prosedur yang betul. Ketika menemui wakil PRIMA di bilik jamuan selepas majlis wacana bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau memberi jaminan PAS akan turut menentang WPI sekiranya merugikan bangsa, agama dan tanahair. Sementara itu Ahli Parlimen PAS, Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengakui akta tersebut memang dibahas di Dewan Rakyat, tetapi Ahli-Ahli Parlimen tak diberi masa yang cukup bagi meneliti kandungan Akta 664.

INFO SASTERA & BUDAYA:

TERKILAN TAK DIJEMPUT
MENYERTAI ANTOLOGI PRIMA

Penyair kelahiran Johor, Dato’ Ruhanie Ahmad terkilan kerana tak diberitahu oleh PRIMA mengenai penerbitan antologi sajak ‘Melayu Mudah Lupa’. Katanya, beliau sudah menghasilkan beberapa sajak yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam antologi tersebut. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Sulong dan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Dewan Rakyat, sentiasa menyokong sebarang usaha yang membabitkan perjuangan bahasa dan kesusasteraan Melayu bagi memartabatkan jatidiri bangsa yang semakin goyah, goyang dan goncang.

“Janganlah pinggirkan saya dalam aktiviti kesusasteraan dan bahasa Melayu,” katanya ketika menemui pimpinan PRIMA.Dato’ Ruhanie atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Ron’ kecewa tak sempat memuatkan sajaknya ke dalam antologi ‘Melayu Mudah Lupa’ yang diselenggara oleh PRIMA disebabkan sudah berada di percetakan. Ron juga mempelawa melayari laman blog yang dikendalinya http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ , bagi mendapat maklumat berkiatan pembabitan beliau dalam perjuangan ketuanan Melayu. Antologi sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ akan diterbitkan sebelum 31 Ogos ini dengan memuatkan puisi-puisi yang menjana pemikiran berterasakan jatidiri Melayu.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo


TUN DR M INGATKAN SEMUA
PENULIS BLOG MESTI BERHEMAH
Dalam majlis wacana di Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amanat kepada pengendali-pengendali laman web dan laman blog sentiasa berhemah dalam penulisan. Katanya, blogger menjadi harapan orang ramai sekarang, justeru kalau menulis secara tak berhemah ianya akan menimbulkan kesangsian orang ramai kepada pengendali laman web dan laman blog. Pengendali laman web ‘Malaysia Today’ Raja Petra Kamaruddin dan isterinya Marina Lee pula diberi perhatian oleh media luar negeri, berikutan menghadapi soal siasat polis baru-baru ini setelah laman webnya dituduh menghina raja-raja Melayu dan agama Islam. Entahlah!
Ketika balik dari Putrajaya, mantan Timbalan Naib Canselor HEP UTM, Dato’ Dr. Mohd Mansor Abdullah pula menelefon dari Johor Bahru kecewa apabila isu seorang pelajar menghina lagu ‘Negaraku’ dan meleceh-lecehkan Malaysia dianggap sudah selesai. Bolehkah isu yang membabitkan maruah negara diinjak-injak hanya dianggap selesai dengan hanya meminta maaf. Alahai! Dalam buku ‘Sejarah Melayu’ juga pernah disebut pada period kesultanan Melaka, perihal pelaut Portugis de Squera menyarung rantai emas ke kepala Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir secara biadap. Bagaimana pun Tun Mutahir ingatkan orang-orang Melayu ‘maafkan’ orang Portugis itu kerana tak faham adat resam Melayu. Dianggap selesailah! Apabila semuanya ‘dianggap selesai’ sekalipun tak pernah selesai, makanya ia semakin kusut masai adalah:










(gambar-gambar dengan ikhsan MSO)

HIDUP BAHASA MELAYU!!!

Tuesday, August 14, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:

YAHAYA ISMAIL AKAN BENTANG
DEKLARASI PUTRAJAYA 10 KEPRIHATINAN.

Assalamualaikum,


Restoran Minangkabau di Desa Pandan menjadi pilihan kawan-kawan bertemu hari ini (14 Ogos 2007). Entah kenapa Jurucakap PRIMA, Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz pula terlambat sampai kerana jam 12.00 tengahari masih lagi di rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail. Sebaliknya Yahaya Ismail (Pak Ya) yag tinggal di Kampung Tunku, lebih awal terjongol di premis berkenaan, di samping Mohd Radzi juga tiba bersama Pak Ya, sebaik sahaja selesai kes di mahkamah Jalan Duta. Dalam kesibukan sebagai peguam, beliau sempat juga menyertai aktiviti PRIMA. Begitu juga Haji Abu Bakar Ninggal sibuk juga sekalipun sekadar menghantar dan menjemput anak ke sekolah. Eh heh heh!



Mohd Sayuti Omar sampai awal sedikit daripada Najib Mohd Noor, kononnya hampir terlupa kerana sedang menyiapkan artikel untuk dateline akhbarnya. Sementara Dato’ Dr. Mohd Mansor Abdullah pula pagi lagi sudah menelefon, memberitahu beliau ke Johor Bahru kerana urusan jawatan. Memang mesyuarat tak rasmi biasanya bukan mementingkan agenda, kerana yang penting ialah bagi memperkukuhkan penyatuan idea untuk persediaan pertemuan di Putrajaya esok, 15 Ogos 2007. Pak Ya pula sudah pun membentangkan ‘Deklarasi Putraya’ dengan ’10 Keprihatinan’, justeru ianya diterima sebulat suara untuk dilancarkan bersama. Alhamdullillah!


-Muluk-


INFO HAK ASASI MANUSIA:

IKUT LANDASAN YANG BETUL
KU LI INGATKAN HAK MELAYU


Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan mereka berjuang untuk memperkukuhkan kertuanan Melayu sentiasa mematuhi landasan yang betul, supaya tak disalah tafsirkan oleh pihak-pihak tertentu. Dalam pertemuan di pejabat Ku Li petang ini (14 Ogos 2007), Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz mengakui, Ahli Parlimen Gua Musang itu sentiasa memberi sokongan moral ke atas setiap perjuangan mempertahan hak ketuanan Melayu. “Ku Li mengucapkan syabas kepada usaha PRIMA mengadakan pertemuan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi hendaklah mematuhi landasan yang betul,” beritahu Kamal.



Kamal membuat kunjungan hormat ke pejabat pemimpin UMNO tersohor itu, bagi memberitahu perkembangan PRIMA dalam perjuangan mempertahan ‘ketuanan Melayu’. Menurut Kamal, Ku Li memberi jaminan akan sentiasa mengikuti perkembangan PRIMA di samping memberikan khidmat nasihat, supaya tak terkeluar dari landasan yang betul atau terbias dari keluhuran perlembagaan. Justeru kata Kamal selanjutnya, kita sentiasa berpegang kepada keluhuran perlembagaan dalam mempertahankan ketuanan Melayu, di samping menolak sebarang campur tangan politik dalam gerakan massa.




MB JOHOR BERI JAMINAN
BINCANG AKTA BERCANGGAH



Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Abdul Ghani Othman dikatakan memberi jaminan akan menerima perwakilan Generasi Profesional & Pewaris Bangsa (ProWaris) bagi membincang akta yang bercanggah seperti disebut dalam memorandum mengenai tuntutan ‘20 Perkara’. Ghani yang ditemui perwakilan ProWaris diketuai presidennya Sdr Feriz Omar dalam Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Takzim anjuran Gabungan Penulis Nasional (Gapena), 11 Ogos 2007 lalu seolah-olah terkejut apabila diberitahu mengenai memorandum berkenaan tak menerima maklumbalas dari pejabat MB.

“Saya ada memberitahu MB Johor bahawa ProWaris telah memanjangkan satu salinan Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN terhadap WPI ke pejabatnya beberapa hari selepas dokumen yang sama diberi kepada PM,” beritahu Feriz selepas pertemuan itu. Selepas diberitahu percanggahan mengenai akta tersebut, Ghani memberi jaminan akan memenuhi temujanji dengan ProWaris. Bagaimanapun, menurut Feriz lagi, MB Johor belum memberikan tarikh pertemuan, tetapi akan mengaturkan mesyuarat tersebut secepat mungkin demi kepentingan rakyat Johor.



RADZI MAHU MENELITI
KANDUNGAN AKTA 664

Peguam dari PRIMA Sdr Mohd Radzi mahu meneliti terlebih dahulu Akta 664 mengenai ‘Wilayah Pembangunan Iskandar’ (WPI) yang dikatakan bercanggah. Ketika dihubungi oleh Presiden ProWaris, Sdr Feriz Omar, beliau mahukan salinan Akta 664 tersebut difaksmili ke pejabatnya, sebelum tindakan susulan boleh difikirkan. Katanya, beliau masih belum melihat Akta 664 itu, setelah ianya dibangkitkan oleh ProWaris menerusi laman blognya, apabila tak diberikan liputan oleh pihak media. “Perkara Akta adalah membabitkan undang-undang dan perlembagaan Melaysia, justeru tak seharusnya dirahsiakan daripada orang ramai,” beritahu Mohd Radzi.


INFO SASTERA DAN BUDAYA:

SEPETANG DI RUMAH PENA
SEDIH, SAYU DAN HIBA PENULIS


Aktivis PRIMA berasa sedih, sayu dan hiba ketika sampai di halaman Rumah PENA (12 Ogos 2007) yang juga sedih, sayu dan hiba menyambut kunjungan sasterawan Dharmala N.S, Dato' Mohd Mansor Abdullah, Mohd Sayuti Omar, Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz, Nurul Salwa dan Adiah Mat Lana. Mereka sekadar disambut oleh Setiausaha Agung PENA sdr S.M Zakir berseorangan ketika semua penulis-penulis muda PENA tak menampakkan kelibat. Mohd Mansor yang juga mantan Timbalan Naib Canselor HEP UTM turut melahirkan rasa kecewa kerana wacana memperkatakan pemikiran Pak Sako tak diberi sambutan.



Justeru sepetang di Rumah PENA meninggalkan kebosanan, kekosongan dan kelompongan dengan sikap penulis-penulis muda terhadap sumbangan pemikiran Pak Sako dalam kesusateraan Melayu. PRIMA merasakan peminggiran terhadap Pak Sako samalah macam "mahu melupakan" perjuangan Pak Sako dalam memartabatkan kesusasteraan dan Bahasa Melayu ketika novel-novel seperti "Putera Gunung Tahan" dan "Anak Mat Lela Gila" diterima oleh pengkaji-pengkaji sastera sebagai transisi novel-novel dedaktik sekitar 1920-an kepada novel-novel satira, kata Dr Mansor.




KOMENTAR
bersama Pak Parjo


WAKIL RAKYAT DAN BAHASA MELAYU
SUKAR ATAU MALU MAHU BERTUTUR


Kabarnya Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dato' Seri Dr Rais Yatim menyarankan wakil-wakil rakyat wajar gunakan Bahasa Melayu yang betul ketika mengambil bahagian dalam perbahasan sama ada di Parlimen mahupun Dewan Undang Negeri. Tak apalah kalau mereka berasa malu mahu bertutur Bahasa Melayu apabila diwawancara media, asal sahaja mampu berbahasa dalam Bahasa Melayu. Setidak-tidaknya sudah 50 tahun merdeka, takkan malu kepada Bahasa Melayu masih juga tak merdeka. Apalagi mereka yang pernah merasai ‘kesengsaraan’ pada period pemerintahan Jepun dulu mengakui, dalam tempoh sebulan sahaja mereka boleh bertutur bahasa ‘arigato’.


Disebabkan pernah berkawan dengan Allahyarham Pak Sako dan Tan Sri Abdul Samad Idris, sedikit sebanyak faham jugalah akan keperihalan period ‘ubi kayu’ yang ditakuti oleh umat Melayu ketika itu. Pak Sako memang fasih berbahasa Jepun, Tan Sri Samad juga tak kurang satu apa. Kalau membaca buku ‘Autobiografi Dato’ Seri Utama Tan Sri Abdul Samad Idris: Angry Young Man Dari Negeri Sembilan’, memang beliau juga turut merasa ‘pelempang Jepun’ ketika mengikuti kurus bahasa Jepun di Seremban selama tiga bulan. Selesai berkursus beliau dilantik menjadi jurubahasa Jepun, di samping pernah mengajar di sekolah Jepun. Kalau dalam masa sebulan boleh fasih bertutur bahasa Jepun kerana ‘pelempang Jepun’, apahal Bahasa Melayu sudah 50 tahun merdeka, kerana yang belajar pepatah petitih Melayu ini,
memang:
HIDUP BAHASA MELAYU!!!

Monday, August 13, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG:

PETANG MINGGU YANG LONGLAI
RUMAH PENA SEPI MENUNGGU TAMU

Assalamualaikum,

Petang minggu 12 Ogos 2007 terasa longlai, apabila aktivis PRIMA tiba di Rumah Pena disebabkan sekitarnya sepi, menyepi dan sunyi. Tak siapapun tetamu hadir ketika Persatuan Penulis Nasional (Pena) anjurkan perbincangan mengenai Allahyarham Pak Sako (Dato’ Dr. Ishak Haji Muhammad). Bukan sehaja ahli-ahli Pena tak nampak kelibat, malah tokoh yang dijemput membicarakan perbincangan mengenai Pak Sako juga tak kunjung tiba. Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz yang tiba lebih awal, merungut-rungut dengan sambutan hambar terhadap majlis bagi mengimbau sumbangan Pak Sako dalam kesusateraan Melayu.

“Saya sudah berusaha mengikut kemampuan bagi mendekatkan penulis-penulis muda kepada pemikiran penulis lama,” beritahu Setiausaha Agung Pena, S.M. Zakir (yang juga anak SN Dr. S. Othman Kelantan) yang berseorangan sahaja menunggu tetamu. Apalagi jawatankuasa yang lain juga bagaikan mengambil sikap ‘tak apa’ dengan aktiviti Pena sendiri. Kalau tak disebabkan Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah menelefon awal pagi, memang saya juga tak berhasrat menghubungi kawan-kawan lain termasuk Mohd Sayuti Omar, Mohd Radzi dan Dato’ Kamal. Memang mereka berminat mahu berkongsi pengalaman apabila membicarakan karya-karya sastera Pak Sako.

Secara spontan pula Dr Mansor memberitahu S.M. Zakir mengenai rakan-rakan Pak Sako termasuk (Tan Sri) Pak Samad Ismail, Subky Latiff dan Dato’ A. Samad Said. Tetapi kata Dr. Mansor anak muda yang sering berpeleseran dengan Pak Sako beliau sendiri, sementara yang mengikutnya bergelandangan (sebenarnya kembara secara hiking) ialah Dharmala N.S. Ironinya, Pena sekadar melihat dari sebalik sebelah tabir yang gelap, sehingga sukar menemukan ‘pembicara’ yang lebih gagah membincangkan pemikiran Pak Sako, hingga menghasilkan karya-karyanya. Disebabkan pertemuan anjuran Pena gagal, akhirnya Dato’ Kamal membelanja makan di Restoran Tupai-Tupai di sebelah Rumah Persatuan Wartawan Melayu berdekatan Rumah Pena.

- Muluk.

INFO HAK ASASI MANUSIA:

UMNO BAHAGIAN GOMBAK
LULUS USUL ‘BAHASA MELAYU’


UMNO Bahagian Gombak meluluskan sebulat suara usul mahukan ‘Bahasa Melayu’ kekal sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan yang diterima pada mesyuarat perwakilan 12 Ogos 2007 di Dewan Perangsang Templer Golf, Taman Templer di sini. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak, Omar Sudi Abdul Manan yang membentangkan usul tersebut turut menolak ‘Bahasa Malaysia’ bagi menggantikan ‘Bahasa Melayu’ sebagai jatidiri bangsa Melayu. Usul pendidikan yang dikemukakan kepada perwakilan turut mendesak pihak pentadbiran Universiti Industrial Selangor (Unisel) mewujudkan ‘Kerusi Dato’ Abu Bakar Baginda’ sebagai pemangkin dalam pembangunan industri di Selangor.

Ketika membahaskan usul berkenaan, wakil dari kawasan DUN Sungai Tua, Azni Kassim usul ‘Bahasa Melayu’ adalah selaras dengan dasar pendidikan yang tak sewajar dipersoal oleh mana-mana pihak. Katanya, majoriti bangsa Melayu malah penyokong-penyokong UMNO di peringkat akar umbi tetap mempertahankan ‘Bahasa Melayu’ hingga ke titisan darah terakhir. Sementara itu perwakilan Pemuda dari DUN Gombak Setia, Cikgu Hafiz menyokong usul tersebut atas sifat bangsa Melayu yang cintakan ‘bahasa ibunda’nya. Cikgu Hafiz juga turut mengakui sudah tiba masanya Dato’ Abu Bakar Baginda, Menteri Besar Selangor pertama pasca merdeka diberi penghormatan dengan mewujudkan ‘kerusi’nya di UNISEL.

UMNO Bahagian Gombak berpendapat, Dato’ Abu Bakar adalah contoh anak Selangor yang prihatin dengan pendidikan, hingga melonjak ke pucak kejayaan sebagai anak Melayu pertama menjadi pegawai tinggi polis. Ketika memegang jawatan Menteri Besar Selangor, Dato’ Abu Bakar melaksanakan blueprint pembangunan bandar satelit Petaling Jaya sebagai alternatif mengatasi kesibukan bandar Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. “Pembangunan industri dan perkilangan di Selangor terutama di Petaling Jaya adalah idea yang diterjemahkan oleh Dato’ Abu Bakar,” menurut Cikgu Hafiz.

MANSOR BERSEDIA JIKA DITAWAR
ISI KEKOSONGAN ‘KERUSI TUN GHAFAR’


Mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dato’ Dr. Mohd Mansor Abdullah bersedia mengisi kekosongan ‘Kerusi Tun Ghafar Baba’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, sekiranya ditawarkan. Dr. Mansor seorang pakar kaunseling sekarang diletakkan sebagai Presiden Kaunseling di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga mengakui sudah diberitahu mengenai kekosongan tersebut sejak setahun lalu. “Bukan sahaja menghargai jasa Tun Ghafar, malah program di bawah ‘Kerusi Tun Ghafar’ mestilah memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Melayu,” beliau menjelaskan.


Beliau juga mengakui pernah bertemu Naib Canselor UPSI Dato’ Dr. Mohd Rais Abdul Karim baru-baru ini, tetapi menafikan berbincang mengenai isu ‘Kerusi Tun Ghafar’. Katanya, beliau ke UPSI bagi menghadiri wacana bersama Sasterawan Negara, di samping bertemu kawan-kawan lama termasuk Profesor Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad, Dato’ Dr. A Samad Said, Dr. S. Othman Kelantan, Dato’ Dr Mohd Yusof Hasaan dan Dr. A Wahab Ali yang hadir sama di UPSI. “Memang saya bersedia untuk mengisi kekosongan ‘Kerusi Tun Ghafar Baba’ yang diabadikan di UPSI sebagai satu penghormatan kepada tokoh besar yang berjasa,” katanya.

PENA AKAN MENYERTAI PERJUMPAAN
ISU ‘PERHAMBAAN MINDA’ PERKARA GLOBAL


Penulis-penulis muda dari Persatuan Penulis Nasional (Pena) dijangka turut menghadiri perjumpaan bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran PRIMA di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya 15 Ogos 2007 ini, mulai jam 9.00 pagi. Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz memberitahu, Setiausaha Agung Pena S.M. Zakir memberi jaminan beberapa orang penulis muda akan turut serta, kerana isu ‘perhambaan minda’ yang diperjuangkan oleh PRIMA adalah perkara global. Kata Kamal seterusnya, PRIMA juga akan memberi kerjasama kepada Pena dalam usaha menganjurkan perbincangan mengenai pemikiran Pak Sako dalam wacana yang lebih meluas skopnya untuk dibicarakan.

Menurut Kamal lagi, perjumpaan tersebut menolak sebarang unsur-unsur politik, kerana ianya tak mahu mempolitikkan isu-isu yang dibangkitkan. Kita sekadar mahu mempersoal isu mengenai peranan media dalam pembebasan ‘perhambaan minda’ yang menyebabkan sebahagian besar masyarakat kita berfikiran jumud. Setakat ini beritahu Kamal, kalangan profesional ramai mendaftar untuk menyertai perjumpaan tersebut, justeru mereka lebih menumpukan kepada isu-isu yang berkaitan profesionalisme.


INFO SASTERA & BUDAYA:

ARTIS TAK SERIK DENGAN SIKAP
MALU GUNAKAN BAHASA MELAYU

Artis yang pernah dikritik apabila menuturkan bahasa Inggeris, ketika pesta filem dulu, masih tak berbangga dengan penggunaan Bahasa Melayu apabila membuat penampilan dikaca TV. Apalagi segelintir pihak mahu pertahankan tabiat ‘tak elok’ kerana menyangka perkara yang ‘tak elok’ itu terlalu elok, lagi elok malah elok seelok-elok kepada dirinya. Perkara yang berlaku itu tak membabit sebahagian besar artis yang peka dengan bahasa Melayu, kerana ramai artis kita tetap berbangga dengan Bahasa Melayu. Misalnya, sekitar dekad 1960-an pernah juga berlaku di kampung-kampung, mereka menganggap sesiapa yang fasih berbahasa Inggeris adalah golongan terpelajar.


Makanya, apabila mereka ke pekan tak bertangguh membeli akhbar berbahasa Inggeris dengan diselitkan di saku belakang seluar. Ketika menaiki bas balik ke kampung, dia lebih suka berdiri sekalipun terdapat tempat duduk yang kosong. Rupa-rupanya dia mahu memperaga surat khabar yang diselit di saku belakang seluar, bagi memperlihatkan dia orang terpelajar. Begitu juga kalangan yang balik dari mengaji ‘pondok’ di Gunung Semanggol atau di Pattani, apabila bercakap dengan rakan-rakan di kampung menukar jatidiri dengan memanggil dirinya ‘ana’, sementara kawannya pula ’ente’.

Begitulah! Mereka yang bersekolah pondok juga berasa malu menyebut ‘saya’ dan ‘awak’ misalnya, apalagi mereka yang menerima pendidikan Inggeris. Amatlah malang, apabila Melayu berasa malu bertutur dalam bahasa Melayu, kerana merasakan termasuk golongan yang tolol, bahlol dan bedul! Tetapi dalam sejarah perfileman Melayu, masih belum tersua tokoh yang berketerampilan setanding dengan Allahyarham seniman Tan Sri P. Ramlee. Karya-karya P. Ramlee memang memberi keutamaan kepada budaya Melayu, di samping sindiran-sindiran tajamnya kepada budaya asing.

Mungkin sahaja filem ‘Sarjan Hassan’ P. Ramlee bertutur dalam bahasa Inggeris, sebalik secara sinis P. Ramlee selaku penulis lakon layar meletakkan watak pegawai tentera Inggeris bercakap menggunakan Bahasa Melayu. Begitu juga dalam filem ‘Nasib Si Labu Labi’ dalam adegan bertarung dengan M. Zain, sengaja di selit perkataan: Kalau kau boxing Siam, nah ini boxing Melayu – lantas beliau membuka pencak silat. Filem-filem P. Ramlee terus diminat selepas hampir 40 tahun beliau meninggal dunia, sekalipun beliau tak mengutamakan budaya asing.

BAKAR BERDIRI LEBIH 2 JAM
GARA-GARA IDOLA P. RAMLEE



Aktivis PRIMA Haji Abu Bakar Ninggal terpaksa berdiri lebih dua jam, gara-gara mahu menonton pertandingan ‘Idola P. Ramlee’ di Istana Budaya baru-baru ini. Beliau yang juga bekas wartawan hiburan di Singapura pada period kegemilangan filem Melayu, memang berbangga dengan usaha memperingatan keunggulan seniman agung itu. Haji Abu Bakar terlewat ke Istana Budaya, disebabkan menghadiri mesyuarat tak rasmi PRIMA terlebih dahulu. Limpahan penonton dan peminat-peminat P. Ramlee membanjiri Istanan Budaya, membuktikan keunggulan seniman agung itu masih sukar ditandingi.

Bagaimanapun seperti keluhan adik Allahyarham Noordin Ahmad dalam slot TV Astro ‘Gemilang Filem Melayu’, seniman itu mula diberi penghormatan selepas meninggal dunia. Ketika hayatnya, seniman itu sekadar dianggap sebagai pelakon biasa sahaja, yang tak pernah difikirkan mengenai jasa dan sumbangannya. Menurut Haji Bakar, ramai tokoh budaya, sastera dan perfileman Melayu dilupakan semasa hayatnya, tetapi cuba dinilai semula setelah mereka meninggal dunia. “P. Ramlee pernah membuat pinjaman untuk membuat filem sendiri, tetapi ditolak oleh institusi kewangan,” beritahu Haji Bakar menambah.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo

PENDATANG ASING BERTAMBAH
SEMPADAN MUDAH DICEROBOH


Statistik Jabatan Imigresen menunjukkan pengambilan pekerja asing bertambah 7,000 setiap bulan dari semasa ke semasa. Apalagi Bahagian Perangkaan Demografi Jabatan Perangkaan Malaysia memperlihatkan sehingga Jun 2007 pekerja asing mencecah hingga 1.91 juta, tak termasuk 400,000 pendatang tanpa izin dan 10,000 lagi tahanan di depoh imigresen. Jumlah pendatang asing pula lebih tinggi daripada masyarakat India yang hanya sejumlah 1.88 juta, malah sebahagiannya pula adalah pengundi-pengundi pada pilihanraya. Bagaimana lebih 400,000 pendatang asing boleh membolosi di sempadan Malaysia, seolah-olah kawalan keselamatan terlalu longgar.

Kalau pendatang asing boleh membolosi sempadan negara hingga melebihi 400,000, maknanya pertahanan Malaysia juga boleh ditembusi musuh yang lengkap bersenjata. Justeru negara tak perlu memerangi pengendali laman web dan laman blog yang tak memiliki apa-apa, tetapi wajib memantau sama ada perairan mahupun persempadanan negara yang mudah dibolosi oleh lebih 400,000 pendatang asing, malah meningkat pula setiap bulan hingga 7,000 berterusan dari semasa ke semasa.Apalagi dari sejumlah 27.17 juta penduduk Malaysia, hanya 13.77 juta Melayu, di samping 2.9 juta Bumiputera lain.


Tak mustahil pula angka pendatang asing akan terus meningkat hingga melebihi Bumiputera lain kalau berdasarkan kemasukan 7,000 setiap bulan. Takat hunus dan cium keris; takat berkokok berdegar-degar ekor gelumang taik atau takat menyusukan kera di hutan eloklah berfikir dua tiga kali, kerana yang suka bangun malam satu ketika dulu bancuhkan susu anak ialah:










HIDUP BAHASA MELAYU!

Saturday, August 11, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:

MESYUARAT TAK RASMI PRIMA
Assalamualaikum,

Cuaca hujan petang Sabtu, 11 Ogos 2007 mejadi panorama kepada aktivis PRIMA bermesyuarat secara tak rasmi di restoran teh tarik mamak di Taman Seri Gombak. Dato’ Dr. Mohd Mansor Abdullah dan Pak Ya (Yahaya Ismail) tak sempat diberitahu, kerana Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz tergesa-gesa mahu menjamah durian. Justeru rakan-rakan yang hadir termasuklah saya sendiri, Dato’ Kamal Amir, Mohd Sayuti Omar, Haji Abu Bakar Ninggal, Abdul Rahman Osman dan Najib Mohd Noor. Mohd Sayuti pula sengaja mengusik Abdul Rahman fasal majlis jamuan yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Batu Caves turut dihadiri oleh Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kabarnya!

Bagaimanapun PRIMA tak condong kepada mana-mana gerakan politik, kerana ianyanya mahukan keprihatinan diberi kepada masalah rakyat. Menjadi kebiasaan sahaja mengusik rakan-rakan fasal isu politik, kerana yang penting ialah mahukan kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah bangsa, agama dan tanah air. Mesyuarat tak rasmi itu bersetuju memberi mandat kepada Dato’ Kamal Amir menjadi jurucakap PRIMA ketika majlis perjumpaan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 15 Ogos 2007, Mohd Sayuti mewakili PRIMA untuk berdialog, di samping Pak Ya dipersetujui menyerahkan naskhah antologi sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
-Muluk-

INFO HAK ASASI MANUSIA:

SOKONGAN PENDUDUK JOHOR
KEPRIHATINAN PROWARIS DIHARGAI


Majoriti penduduk-penduduk di Johor Bahru menghargai keprihatinan Generasi Profesional & Pewaris Bangsa (ProWaris) dalam isu ‘Wilayah Pembangunan Iskandar’ (WPI). Presiden ProWaris, Sdr Feriz Omar ketika menghubungi PRIMA petang ini (11 Ogos 2007) memberitahu, sambutan dalam perjumpaan di Johor Bahru memang amat menggalakkan. Perjumpaan yang berlangsung pada 11 – 12 Ogos 2007, adalah mencari jalan penyelesaian iaitu meminta kerajaan peka dengan aduan yang disampaikan rakyat menerusi memorandum yang sudah diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. “Mereka mahukan Pak Lah memberi penjelasan mengenai 20 Perakara yang dibangkitkan, bukan berdiam diri dalam isu yang membabitkan kepentingan bangsa, agama dan tanah air,” kata Sdr Feriz.
Sikap berdiam diri bukanlah langkah bijak, kerana rakyat perlu membebaskan diri mereka daripada perhambaan minda yang bobrok, jelas Sdr Feriz selanjutnya. Selagi Pak Lah mengambil sikap tak mahu menjawab aduan yang disampaikan oleh rakyat, majoriti penduduk Johor tak akan berpuas hati. Mereka sudah membari jaminan akan berdiri teguh bersama ProWaris mempersoal 20 Perkara yang dibangkitkan, termasuk prosedur mengenai Akta 664 digazetkan pada 13 Februari 2007. “Kita bukan mahu meletakkan Pak Lah dalam dilema, tetapi kita tak mahu Pak Lah sentiasa diselubungi dilema dari semasa ke semasa,” ujar Sdr Feriz.

Sementara itu jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz memberitahu PRIMA sentiasa bersama perjuangan ProWaris. Sekalipun PRIMA tidak sempat turun ke Johor Bahru tetapi mesej ProWaris tetap disalurkan menerusi blog PRIMA. Seterusnya Dato' Kamal juga memberitahu ProWaris akan menghantar 10 perwakilan menghadiri perjumpaan degan Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 15 Ogos ini.

INFO SASTERA & BUDAYA:

MANSOR MAHUKAN SASTERA
KEMBALI PERKASA DI SEKOLAH

Sastera semakin terpinggir di sekolah-sekolah, apabila pelajar-pelajar digalakkan memberi tumpuan kepada sains dan matematik, bagi mencapai kecemerlangan global. Justeru PRIMA mahukan sastera kembali diperkasakan di sekolah-sekolah, malah tak salah sekiranya ‘sastera’ dijadikan mata pelajaran wajib dalam kertas peperiksaan PMR, SPM atau STPM. Mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM, Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah melahirkan rasa kecewa, kerana ‘sastera’ dan ‘agama’ tak dijadikan mata pelajaran wajib, malah pelajar-pelajar yang gagal dalam mata pelajaran berkenaan tak menjejaskan keputusan peperiksaan mereka berbanding sains dan matematik.



Dr Mansor yang juga aktivis PRIMA, memberitahu mata pelajaran sastera perlu diperkasakan di sekolah-sekolah bagi menanamkan jati diri Melayu pelajar-pelajar yang semakin jauh dari kebudayaan dan patriotisme. Katanya, beliau tak menolak pentingnya sains dan matematik dalam persaingan globalisasi, tetapi pengabaian kepada sastera bukan sahaja mendorong pelajar-pelajar jauh dari kebudayaan Melayu dan patriotisme, malah mereka lebih bersifat ‘perutisme’ iaitu mementingkan ‘kebendaaan’ dan ‘duniawi’ yang serba bobrok. “Sastera Melayu perlu diperkasakan di peringkat sekolah, bukan menjadi mata pelajaran sampingan sahaja,” ujar Dr. Mansor selepas menghadiri majlis wacana dengan ‘Sasterawan Negara’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim 9 Ogos lalu.

"TOK SAID" HENTAM BLOG PRIMA

"Assalamualaikum,

Tuan, saya terpanggil untuk mencelah mengenai artikel "PENGUATKUASA VS AHLI MAJLIS GARA-GARA SI PENJUAL DURIAN".Saya cuba berpandangan baik dalam hal ini. Dikatakan Ahli Majlis Perbandaran (AMP) melarang Pegawai Penguatkuasaan (PP) dari mengambil tindakan ke atas penjual durian tapi tidak diendahkan malah dikatakan PP juga tidak mengenali AMP.Saya rasa apabila PP cuba mengambil tindakan sudah tentulah atas undang undang yang dibuat oleh Majlis Perbandaran yang dianggotai oleh AMP tersebut.

Sudah tentunya juga ada sebabnya mereka diambil tindakan seperti kerana menjual tanpa lesen, menjual ditepi jalan sehingga mengganggu kelinciran jalanraya. Bayangkan, sekiranya tiada tindakan diambil keatas mereka, maka akan keluarlah kata kata PP tidak peka, tidak peduli akan keselesaan penduduk dan lebih buruk lagi kata kata mengatakan PP sudah kena suap, sebab itu tiada tindakan diambil. Bagi saya tindakan yang dilakukan oleh AMP tersebut hanyalah sebagai membuli PP dan boleh juga dikatakan menghalang PP dari menjalankan tugas mereka.

Tambahan pula bila meminta PP mengira setiap biji durian agar tiada kurang seolah olah ingin memburukkan nama PP dengan mengandaikan buah buahan itu akan menjadi habuan PP. Samada ini benar atau tidak, ianya adalah akademik sahaja.Meminta PP melakukan budi bicara adalah suatu yang mudah dikata tapi sukar di buta. Bayangkan, sekiranya budi bicara digunakan, tiada tindakan diambil, lalu aduan dibuat oleh penduduk tempatan mengenai mereka ini, menyalahkan PP tidak melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka, adakah AMP tersebut akan membela PP dan mengatakan tiada tindakan diambil kerana budi bicara digunakan atas arahan AMP tersebut.
Potong jari saya berani berkata, tidak. Mengataka agar mereka diberi peluang untuk berniaga kerana ianya "setahun sekali" tidaklah amat tepat. Sekarang ni, kita boleh lihat menjual durian bukanlah senario setahun sekali. malang lagi bila dilihat bahawa majoriti mereka yang menjual ini bukannya penduduk tempatan. Mereka ini dengan sewenang wenangnya mencacakkan khemah di tepi jalan, di selekoh selekoh jalan tanpa menghiraukan kesesakan dan kesukaran yang akan timbul.
Sekiranya AMP tersebut amat prihatin mengenai penjual buahbuahan bangsa "Melayu" tersebut, sepatutnya beliau membawa hal itu ke mesyuarat majlis dan mencari jalan agar disediakan tempat yang sesuai untuk mereka yang mencari makan setahun sekali ini. Sekiranya terlalu mengharapkan budi bicara, takut nanti ianya menjadi kes tutu sebelah mata. Waallahualam"

-Tok Said, Kuala Lumpur (komen: 8 Ogos 2007)-

KOMENTAR
bersama Pak Parjo

PERIHAL BALAK DAN BALA
KETIKA PAK LAH DI SABAH


Ketika lawatan ke Sabah, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ingatkan lesen balak tak dikeluarkan sewenang-wenang. “Kawasan hutan perlu dilindungi dan amanat itu akan dilaksanakan sebaik mungkin.” Begitulah! Bukan di Sabah sahaja lesen balak perlu dikawal hingga tak diberikan sewenang-wenang, tetapi di negeri-negeri lain juga. Al-maklumlah hutan belantara di masa kesultanan Melayu dulu-dulu memang sentiasa dipantau, sekalipun tak pernah diberi lesen, konsisi dan sebagainya. Apalagi dalam sejarah bangsa Melayu, di wilayah pentadbiran penghulu sesiapa sahaja mahu meneroka hutan tak diberi geran, kerana yang menguasai hutan belantar terletak di bawah pentadbiran penghulu-penghulu.


Justeru ketika Inggeris mahu menjajah negeri-negeri Melayu, kalangan penghulu yang mempersoal cukai yang dikenakan Inggeris memberitahu pengikut-pengikutnya: “Kita semua tak akan kebuluran kerana di hutan, kalau lapar kita boleh memakan umbut-umbut dan buah-buah kayu, kalau haus kita boleh minum di anak-anak air dan di jeram-jeram batu.” Tak hairanlah di Negeri Sembilan misalnya, dato’dato’ adat akan menyebut mengenai umbut-umbut dan anak air di hutan sebagai simbolik kuasa mereka. Memang wajar Pak Lah ingatkan begitu, kerana yang memohon lesen balak sudah tentu kalangan korporat-korporat menerusi sokongan pimpinan BN, bukannya kutu belahak yang ‘habuk pun tarak’ seperti keperihalan kaum kerabat:

HIDUP BAHASA MELAYU!

Friday, August 10, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:
PIMPINAN AKAR UMBI UMNO GUSAR
KAWALAN DI PERAIRAN NEGARA LONGGAR

Assalammualaikum,



Kalangan akar umbi UMNO sendiri merungut dengan senario politik sekarang, seolah-olah mereka sudah ‘dikemili’, menyebabkan suara akar umbi tak didengar oleh pimpinan. Kononnya, keputusan yang dibuat di peringkat akar umbi sekadar memenuhi prosedur sahaja, sebaliknya apabila di bawa ke atas segalanya menjadi seperti ‘berlalu di angin lalu’ menurut seorang pimpinan UMNO Bahagian di Selangor. Beliau turut mempersoal kelemahan kawalan keselamatan di perairan negara, menyebabkan jumlah pendatang menyusup masuk ke negara ini melebihi dua juta. “Apa jadi kalau jumlah pendatang luar semakin bertambah, seolah-olah negara ini syurga pendatang tanpa izin,” katanya.


Sekalipun sekadar ngomel di kedai kopi, tetapi suara akar umbi itu mempunyai asas, kalau berdasarkan kemasukan ramai pendatang tak membawa kepada manfaat. Juteru beliau bertanya, wanita-wanita pendatang tanpa izin yang menceroboh masuk semua ‘sundang jalang’, bukannya ‘pelacor’. Pertemuan di sebuah kedai kopi di pinggir bandar Kuala Lumpur petang 10 Ogos 2007, dengan meneguyk teh tarik dan kuih pau memang menarik perhatian saya. Pimpinan UMNO peringkat akar umbi yang sudah bergelar Dato’ itu tak marahkan sesiapa, tetapi tak senang dengan pentadbiran yang lemah, lelah dan tak kisah. Alahai!

-Muluk-


INFO HAK ASASI MANUSIA:

TAK SANGGUP BERPELUK TUBUH
GAPENA AKAN TURUN KE JOHOR BAHRU

Generasi Profesional & Pewaris Bangsa (ProWaris) menerima sokongan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menggerakkan tuntutan 20 Perkara mengenai isu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang tak diberi perhatian. Tempoh 10 hari yang diberi kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak 4 Ogos 2007 akan berkahir pada 14 Ogos ini. Jutseru ProWaris bersama Gapena akan menggerakkan perjumpaan besar-besaran pada 15 Ogos, sekiranya Pak Lah masih mengambil sikap berdiam diri dan ‘tak kisah’, menurut Presiden ProWaris, Sdr Feriz Omar.


“Tempoh 10 hari lagi yang sudah berjumlah 30 hari sekarang, sudah mencukupi sekiranya Pak Lah prihatin terhadap kepentingan rakyat dan negara,” beritahu Sdr Feriz mengenai perjumpaan yang akan diadakan di sebuah hotel di Johor Bahru, 15 Ogos ini. Kesediaan Gapena sebagai penganjur bersama dianggap sebagai kemenangan moral kepada ProWaris, menurutnya lagi. 20 Perkara yang dituntut oleh ProWaris adalah berkaitan dengan Akta 664, Undang-Undang Malaysia termasuk Perkara 19 (1) dan (2) yang meletakkan ‘Pihak Berkuasa’ WIP bebas membuat pelantikan termasuk buka warga negara Malaysia, beliau menjelaskan.


PRIMA DI YAYASAN PERDANA
15 OGOS, CENDEKIAWAN MELAYU

Perjumpaan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 15 Ogos 2007 akan dihadiri kalangan cendekiawan Melayu dan profesional di Malaysia. Setakat ini hampir 200 kalangan cendekiawan Melayu dan profesional Malaysia sudah mendaftar untuk menyertai perjumpaan berkenaan bermula jam 9.00 pagi, beritahu Jurucakap PRIMA, Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Dalam satu kenyataannya, Kamal melahirkan sokongan terhadap perjumpaan ProWaris dan Gapena di Johor Bahru pada tarikh tersebut. “Kalau tak disebabkan PRIMA menganjurkan perjumpaan di Putrajaya, kita akan turun ke Johor Bahru bersama-sama ProWaris dan Gapena,” jelasnya.


Seterusnya Kamal menjelaskan, perjumpaan di Putrajaya sudah dirancang lebih awal sebelum pertemuan dengan ProWaris pada 4 Ogos lalu. Apalagi tarikh 15 Ogos sudah dipersetujui oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi tetamu khas PRIMA. Beliau turut mengakui, pihak PRIMA akan memaklumkan kepada Tun Dr. Mahathir mengenai isu yang dibangkitkan ProWaris dalam perjumpaan di Putrajaya. “Kita tak bermaksud mahu berkonfrantasi dengan kerajaan, tetapi sekadar memohon diberi pehatian setiap masalah rakyat, apalagi membabitkan kepentingan negara,” beritahu Kamal selanjutnya.

PKR SAMBUT ANWAR DI BATU CAVES
JAMUAN SATE UNTUK PENYOKONG


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Gombak menyambut kunjungan penasihat parti berkenaan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan jamuan sateh di dewan sekolah Cina di Batu Caves besok (11 Ogos 2007). Naib Ketua PKR Bahagian Gombak, Sdr Mazlan menjemput penyokong-penyokong parti di sekitar Batu Caves menghadiri majlis itu di samping beramah mesra dengan Anwar. Ketika menghubungi laman blog PRIMA, Sdr Mazlan memberitahu, perjumpaan tersebut bagi merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan penyokong-penyokong PKR dan masyarakat tempatan.




INFO SASTERA & BUDAYA:


PROFESSOR YUSOF GESA
CONTOHI OTHMAN KELANTAN

Timbalan Penyelaras ‘Wacana Pemikiran Global Sasterawan Negara Malaysia’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Ogos 2007, Dato’ Profesor Mohd Yusof Hassan menggesa pelajar-pelajar IPTA mencontohi kegigihan Sasterawan Negara Dr. S. Othman Kelantan ‘melonjak ke puncak kejayaan’ seperti disaran Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Katanya, S. Othman yang dianugerah SN ke 9 adalah guru berpendidikan sekolah rendah (yang ditafsir ‘menepi’ kerana menuju ke ‘menengah’) Melayu, yang tak memiliki pendidikan peringkat menengah.

“Beliau mengambil peperiksaan ‘Qualifying Test’ bagi melepasi SPM dan STPM bagi memasuki universiti,” beritahu Mohd Yusoff ketika memperkenalkan S. Othman kepada pelajar-pelajar yang menghadiri wacana berkenaan. S. Othman memperoleh BA dan MA di USM, Pulau Pinang dan meneruskan ke peringkat PhD di UKM. Antara novel-novel hebat dihasilkan oleh S. Othman termasuklah ‘Pengertian’, ‘Pertentangan’, ‘Perjudian’, ‘Perwira’, ‘Ruang Perjalanan’, ‘Angin Timur Laut’, ‘Wajah Seorang Wanita’, ‘Angin Timur Laut’ dan beberapa lagi.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo

LAWATAN KE AFRIKA SELATAN
MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG


Kabarnya semua Ketua Bahagian UMNO dalam sebuah negeri, dibawa melawat ke Afrika Selatan selepas tamat mesyuarat perwakilan masing-masing. Semua Ketua Bahagian terbabit akan bertolak pada 11 Ogos 2007 ini, sekalipun terdapat Bahagian yang akan mengadakan mesyuarat perwakilan pada 12 Ogos 2007. Maknanya Ketua Bahagian yang mesyuarat perwakilan pada 12 Ogos, terpaksalah lewat sehari bertolak ke Afrika Selatan, yang dikatakan ramai ‘Melayu Afrika’ yang sudah beberapa kali pula dikunjungi oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena). Gerangannya, Ketua-Ketua Bahagian itu mahu melihat ‘Table Mountain’ atau matahari turun di hujung laut tatkala senja dengan warna ke merah-merahan di ufuk barat.


Gamaknya, menteri besar yang mengetuai perhubungan negeri berkenaan tak bimbang melakukan lawatan ke Afrika Selatan, kerana Perhimpunan Agung UMNO kali ini tak berlaku pemilihan seperti keperihalan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada 2004. Justeru tak memberi kesan apa-apa dengan lawatan ke Afrika Selatan, sekalipun datin-datin akan mengurut dada juga. Al-maklumlah bagi mereka yang pernah ke Afrika Selatan terutama Gapena, memang mengakui wanita-wanita Melayu Afrika, berdebar hati juga apabila berjabat tangan dengan lelaki-lelaki Melayu dari Malaysia, sambil bergoncang-goncang tangan. Lainlah kalau berjabat tangan tak pernah bergoncang-goncang hingga tersentak dan berdebar dada ialah:

HIDUP BAHASA MELAYU

Thursday, August 9, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia keapda manusia)

DARI LAMAN BLOG:


CORAT CORET DI TANJUNG MALIM
DR MANSOR SESAT ‘DI RUMAH SENDIRI’

Assalammualaikum,


Belumpun masuk subuh, Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah sudah menelefon, kerana sudah berjanji mewakili PRIMA ke majlis ‘Wacana Pemikiran Global Sasterawan Negara Malaysia’ di UPSI, Tanjung Malim hari ini (9 Ogos 2007). Tak disangka pula Dato’ Mansor membawa bersama isterinya yang ramah, hingga sentiasa banyak bahan berbual sepanjang perjalanan. Kalau beliau beritahu fasal membawa isterinya bersama, saya pun ingin juga couple dengan isteri yang sentiasa banyak modal berbual. Lainlah saya lebih banyak mendengar daripada bercakap, hingga kadangkala dianggap ‘sombong’ oleh rakan-rakan. Begitulah!



Dato’ Mansor yang pernah menuntut di Tanjong Malim satu ketika dulu, seolah-olah rusa masuk kampung apabila tersesat di kawasan UPSI yang tak sebesar mana. USM di Pulau Pinang yang luas terbentang pun tak pernah tersesat, tapi di Tanjung Malim dikira ‘rumah sendiri’ Dato’ Mansor boleh tersesat. Isterinya pula tak lepas peluang mengusik Dato’ Mansor yang tersesat di Tanjong Malim, salangkan di luar negeri tak tersesat. Bagaimanapun tak senasib dengan Dr. S. Othman Kelantan yang masuk ke rumah rihat, pelajar di situ tak tahu kiblat untuk solat. Ketika bertemu Dato’ Profesor Yusof Hassan, jenakanya masih segar. Dr. A. Wahab Ali pun boleh tahan juga cerianya ketika makan, kerana sentiasa banyak ‘modal’ untuk berbual. Memang sekali sekala bertemu kawan penulis, mereka semakin banyak ‘modal’ untuk berbual tetapi saya terus juag mengunci bicara. Entahlah!

-Muluk-

INFO HAK ASASI MANUSIA:


PEMBANGKANG JADI RAHMAT
SUBURKAN AMALAN DEMOKRASI

Mantan Ahli Parlimen Sik, Profesor Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad mengingatkan pihak berkuasa (kerajaan Barisan Nasional), pembabitan parti-parti pembangkang sepatutnya adalah menjadi rahmat kepada negara, bukan dimusuhi sebagai seteru politik. Malah, menurut Dato’ Shahnon seterusnya, parti-parti pembangkang menyuburkan amalan demokrasi di dalam sesebuah negara, kerana mereka menjadi pengkritik yang membantu kerajaan mentadbir dengan baik. “Sebaliknya fungsi parti pembangkang dipandang serong oleh kalangan ahli politik yang berfikiran dangkal sehingga memusuhi mereka di puak pembangkang,” katanya.

Dato’ Shahnon diberi sambutan meriah oleh pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tanjung Malim ketika memberikan pandangan dalam ‘Wacana Pemikiran Global Sasterawan Negara Malaysia’ di Dewan Budaya IPTA berkenaan hari ini (9 Ogos 2007). Tiga orang Sasterawan Negara yang diundang bagi menyampaikan pandangan masing-masing dalam wacana tersebut di samping Dato’ Shahnon, ialah Dato’ Dr A. Samad Said dan Dr. S. Othman Kelantan. Bagaimanapun Dato’ Shahnon tak berasa kecewa dengan pembabitan beliau menyertai pembangkang yang terlalu banyak memberi pengalaman mengenali watak manusia.

“Sekarang saya lebih senang bercakap dengan bukit bukau, gunung ganang dan hutan belantara,” beritahu Shahnon sambil mengumumkan wasiatnya menyerahkan sebahagian buku-buku miliknya yang berjumlah hampir 2,000 naskhah kepada UPSI. Pengumuman Dato’ Shahnon itu disambut dengan tepuk gemuruh, di samping mengakui manuskrip novel terbarunya berjudul ‘Durian Di Hujung Julai’, sudah diserahkan kepada pengerusi wacana, Dato’ Profesor Dr. Mohd Yusof Hassan. (Selepas jamuan makan, Pengarah Urusan ‘Goal Inteligent Publishing Sdn Bhd’, Syed Salim kelihatan berbincang sesuatu dengan Dato’ Shahnon).

DI TEMURAMAH MENGENAI ISU BAHASA
SEPATAH PUN TAK DISIARKAN MAJALAH


Sasterawan Negara, Dato’ Dr A. Samad Said tetap mempertahankan Bahasa Melayu, sekalipun mengakui beliau menerima pendidikan aliran Inggeris. Di samping itu Dato’ A Samad yang lebih mesra dipanggil Pak Samad mendedahkan novel ‘Salina’ ditolak oleh panel penilai daripada sayembara novel kemerdekaan yang dianggap ‘melanggar’ syarat pertandingan. Ketika menyampaikan wacanannya di UPSI bersama dua orang lagi rakan Sasterawan Negara, Pak Samad menerima pujukan Allahayarham Kris Mas membenar ‘Salina’ menyertai sayembara sebagai mewakili ‘Asas 50’, di samping ianya memenangi hadiah sagu hati sahaja.


Beliau yang tak bersetuju dengan penampilan karya-karya Melayu diselit dengan Bahasa Inggeris yang di Melayukan, tetapi menyerahkan kepada pusat pengajian bahasa di ITPA dan ITPS bagi memartabatkan Bahasa Melayu. Katanya, beliau percaya dalam karya sastera ianya perlu berfungsi, sekalipun kadangkala dianggap ‘propaganda’; dalam penulisan sastera pula ianya perlukan ‘tata bahasa’. “Kalau tak berfungsi dan tak bertata bahasa, bukanlah sebuah karya sastera,” menurut Pak Samad. Bagaimanapun dalam isu ‘Bahasa Melayu’ beliau pernah ditemuramah oleh wartawan majalah, tetapi tak pernah disiarkan kerana beliau ehem ehem!


HANYA BANGSA KULI SAHAJA
MEMANG TAK MEMILIKI BAHASA


Bangsa yang tak memiliki bahasa adalah ‘bangsa kuli’ yang tak bermartabat, menurut Sasterawan Negara Dr. Syed Othman Syed Omar yang lebih dikenali dengan nama pena S. Othman Kelantan. Dalam majlis ‘Wacana Pemikiran Global Sasterawan Negara Malaysia’ di UPSI hari ini, S. Othman menyebut bangsa Melayu perlu mempertahankan ‘Bahasa Melayu’, kalau tak mahu menjadi ‘bangsa kuli’ (bukan Ku Li), disambut gelak ketawa oleh pelajar-pelajar sastera di UPSI. Majlis wacana berkenaan dirasmikan oleh Naib Canselor UPSI, Dato’ Muhammad Rais Abdul Karim, dengan penyelarasnya Dato’ Dr. Mohd Rosli Saluddin.

“Kalau Bahasa Melayu sudah tak ada, bangsa Melayu pun tak ada, sebab itu jadilah kita ‘bangsa kuli’,” beritahu S. Othman yang menyampaikan wacananya sentiasa sahaja menimbulkan gelak ketawa. Menurutnya lagi, sebagai sasterawan beliau tak peduli sama ada karyanya dianggap ‘tak bermutu’ atau sebaliknya oleh pengkaji-pengkaji sastera. Menjawab soalan peserta, S. Othman mengakui beliau tidak pernah kering ilham dalam sebarang suasana, sekalipun di tengah hiruk pikuk keluarga. Katanya, ketika menyiapkan novel ‘Angin Timur Laut’ ianya dihasilkan sambil menonton TV.
INFO SASTERA & BUDAYA:


ANTOLOGI PUISI KEMANUSIAAN
‘MERAUT AIR LIMPAH’ DARI UPSI



Dengan memuatkan 77 buah sajak menerusi antologi ‘Meraut Air Limpah’ oleh Penerbitan Profesional baharu, Tanjung Malim ianya seolah-olah mewakili pernyataan UPSI dalam mesej kemanusiaan. Mungkin sahaja sebahagian besar penyair-penyair terbabit di kalangan pelajar-pelajar UPSI, tetapi penyelenggaranya Abdul Halim Ali turut memuatkan sajak penyair-penyair tersohor seperti Kemala (Hujan, Air), Wan A. Rafar (Musim Tengkujuh: Sebuah Lanskap), Leo A.W.S. (Cengkerama Si Katak Gomok, Nazam Banjir Lima Rangkap) Talib Samat (Gelombang Kedua Banjir Besar Di Johor, Johor Negeriku Dilanda Banjir Besar) dan Naapie Mat (Banjir: Satu Musibah 1, Di Kala Menghadapi Derita, Banjir: Satu Musibah 11).



Sebagai penyelenggara Abdul Halim turut memuatkan dua sajakanya (Meraut Air Limpah, Biarkan Banjir Begitu). Abdul Halim membawa mesej kemanusiaannya iaitu berikutan banjir besar di Johor tak lama dulu menerusi ‘Meraut Air Limpah’ dengan mengungkapkan: Kini kita mesti segera mengerti/menjadi lebih insaf dari kesedaran dahulu/tentang indah dan kasih sayang Tuhan/tersembunyi di sebalik himpunan/ lumpur, sampah sarap, pasir, kelodak dan air limpah/yang kau deritai dan tangiskan. UPSI mengambil sikap peka dengan kehidupan manusia yang berhadapan dengan musibah, menerusi antologi sajak ‘Meraut Air Limpah’nya ini.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo

WABAK DEMAM PILIHANRAYA
BOMOH POLITIK MAKIN POPULAR

Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan dakwat khas dari India menanda jari pengundi pada pilihanraya umum (akan datang), sudah dirasakan wabak demam pilihanraya semakin menular hingga lebih dahsyat daripada denggi, JE, selsema burung atau HIV. Gamaknya! Kalau tak disebabkan wabak demam pilihanraya sudah menular, takkan Majlis Fatwa Kebangsaan dipanggil membuat kenyataan supaya ianya tak keliru, tak haru biru dan tak bercelaru! Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa pun turut bersuara, fasal partinya driamalkan menang besar kalau pilihanraya diadakan tahun ini. Mudah-mudahan!




Khabarnya parti-parti komponen BN pula tak selesa, sekiranya pilihanraya umum mahu diadakan juga tahun ini. Sebelum itu dikatakan Ogos 2007 ilham pilihanraya sudah tiba, tetapi parti-parti komponen membantah kerana berdasarkan ‘trim card’ pengundi-pengundi Cina ianya ‘cak boh liau’ kepada pihak lawan. Apalagi kerusi Parlimen Taiping mahu diambil semula dari PPP, hingga Dato’ M. Kyveas pun tersinggung. MCA yang kononnya mahu digabungkan dengan Parti Gerakan pun, sudah senyap sepi, senyap sunyi dan senyap berapi. Justeru pilihanraya terpaksa juga ditangguh, setidak-tidaknya selepas semua parti-parti komponen tak berkecamuk seperti keprihalan yang tertunggu-tunggu buah durian di hujung julai yang tak jatuh-jatuh ialah:










HIDUP BAHASA MELAYU!!!!!!