Wednesday, April 16, 2008

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG

RAKAN-RAKAN TURUT TERKEJUT:
USAHA MENOLAK PERHAMBAAN MINDA

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menghubungi saya berikutan insiden malam 13 April 2008 di rumah saya (mungkin juga sehari sebelum ‘Black 14’), sebaik sahaja Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz menyibarkan kepada semua rakan-rakan. Malah Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju yang juga seorang peguam, Sdr Wee Choo Keong turut bertanyakan perkembangannya sehingga jam 3.00 pagi, di samping peguam Yahaya Abdul Rahman menemani saya di balai polis hingga jam 3.30 pagi. Alhamdullillah! Saya juga diberitahu oleh ibu bapa remaja yang ditahan polis itu, disebabkan saya ‘berkasar’ insiden tersebut berlaku. Mungkin sahaja ibu bapa terbabit (sebenarnya jiran-jiran di kawasan perumahan) tak memahami, kad pengenalan remaja itu diambil dan saya menghalang mereka diperlakukan begitu.

Apalagi remaja terbabit datang berbual-bual, disebabkan anak saya Ikram Hafiz akan memasuki IPTS pada 3 Mei 2008 ini. Dua daripada remaja berkenaan ialah pelajar Tingkatan 4, dan seorang lagi berusia 17 tahun mahu meneruskan persekolahan selepas gagal dalam peperiksaan lalu. Seorang lagi remaja bukan Melayu (saya kurang memahami latar belakangnya), dikatakan akan memulakan tugas di institusi perbankan bulan ini. Sebelum saya turun ke tingkat bawah, memang anak saya (aktivis pelajar di Unisel, dan pemenang kedua sayembara mengarang novel remaja 50 tahun DBP, 2007) sedang bercuti dan terkejut dengan serbuan tersebut. Justeru beliau sekadar bertanyakan ‘hak’nya sebagai warga negara, dan bersetuju apabila diberi penjelasan ‘pegawai polis’ boleh menggeledah dengan tak perlukan ‘waran’.

Paginya (Ahad, 14 April 2008) Sdr Teng Chang Khim, ADUN Sungai Pinang, Selangor yang juga pimpinan DAP menelefon bertanyakan perkembangan daripada insiden tersebut. Beliau meminta menghubunginya dari semasa ke semasa, bagi memberitahu pekembangannya. Berikutnya pimpinan kanan PRIMA Haji Yahaya Ismail yang baru balik dari Kota Kinabalu, juga turut melahirkan rasa terkejut dengan insiden tersebut. Pengendali laman blog dari Seremban, Sdr Rozmal Malakan menghantar SMS meminta bersabar dengan musibah berkenaan. Malah Presiden Penaja Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Islam Lembah Kelang, Sdr Zainal Abidin Rasidin menelefon dari PWTC (10.30 pagi, 14 April 2008, kerana menghadiri perhimpunan Melayu) melahirkan rasa terkejutnya).

Pakar kaunseling Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah, aktivis teater Sdr L Mankadir Shamsi, bekas wartawan Balai Muhibbah, Jabatan Perdana Menteri Sdr Zakaria Bidin dan penyair Yassinsalleh berulang kali menelefon dalam tempoh sejam sekali, bagi mengetahui perkembangannya. Alhamdullillah! Semuanya selesai dengan baik, sekalipun pihak terbabit masih menganggap ‘saya berkasar’ hingga mendorong insiden tersebut berlaku. Terima kasih juga kepada adik angkat saya Ir Adnan Haji Khalid bersama rakan-rakannya Persaudaraan Nurul Haq yang turut sama sepanjang malam (Sabtu) hingga hari Ahad bagi menyelesaikan insiden yang tak sepatutnya berlaku itu. Aduhai!

-Dharmala N.S.

INFO HAK ASASI MANUSIA


UMNO DI PERINGKAT AKAR UMBI
ANJUR PERJUMPAAN DENGAN KU LI

Gabungan pimpinan UMNO di peringkat akar umbi cawangan-cawangan di Subang, Selangor menganjurkan wacana dan perjumpaan bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, 26 April 2008 ini bermula jam 2.00 petang bertempat di Holliday Villa, Subang Jaya. Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz yang juga bekas Exco Pemuda UMNO memberitahu, inisiatif yang diambil oleh kalangan aktivis UMNO di peringkat akar umbi adalah manifestasi bangsa Melayu terhadap ‘perhambaan minda’ yang mendorong kepada prestasi buruk UMNO pada pilihanraya ke 12, 8 Mac 2008 lalu. “Pimpinan UMNO di bawah Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah diingatkan mengenai bahayanya perhambaan minda,” beritahu Dato’ Kamal Amir.

Disebabkan UMNO di bawah Dato’ Seri Abdullah menggalakkan perhambaan minda, dengan menerima laporan yang ‘molok-molok’ sahaja, menurut Dato’ Kamal Amir, ianya menjadikan pimpinan UMNO dibuai mimpi berterusan. Berikutan pimpinan UMNO di peringkat tinggi dibuai mimpi, mereka enggan menerima pandangan di peringkat akar umbi, yang akhirnya berberantakan pada pilihanraya lalu, kata Dato’ Kamal Amir lagi. Usaha menyekat kebangkitan aktivis UMNO di peringkat akar umbi yang dilakukan oleh media arus perdana, akan mengulangi fenomena seperti sebelum 8 Mac 2008, kerana setiap ahli UMNO menyedari ‘pisang takkan berbuah dua kali’, beritahu beliau. “Tengku Razaleigh hanya memenuhi desakan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi yang mahu memulihkan ‘krisis keyakinan’,” menurut Dato’ Kamal Amir.

KEKUATAN UMNO SEMAKIN GOYAH
AKIBAT MEREBAKNYA WABAK ‘KORUPSI’

Kekuatan UMNO yang menjadi kebanggaan pemimpinnya sejak 50 tahun lalu, tak mampu menyembunyikan era keruntuhannya selepas pilihanraya 8 Mac 2008 lalu, menurut bekas wartawan Sdr Zainal Abidin Rasidin. Beliau yang juga aktivis UMNO di Subang mengakui, era kegemilangan UMNO semakin goyah akibat merebaknya wabak korupsi, kronisme dan nepotisme yang sukar dibendung. Justeru katanya, pimpinan UMNO di bawah Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi harus menerima hakikat, tempoh UMNO menjadi tempat orang Melayu bernaung akan menerima nasib seperti Parti Kongres di India di bawah keluarga Pandit Nehru, begitu juga Parti Nasional di Indonesia di bawah keluarga Sukarno, mahupun Parti Pekerja di Singapura yang dipimpin oleh David Marshall.

“Orang Melayu tak terpengaruh lagi dengan ocehan yang sudah usang iaitu survival mereka di tangan UMNO,” beritahu Sdr Zainal Abidin ketika menghubungi sekretariat PRIMA apabila mengulas lebih 50,000 orang hadir dalam perjumpaan di Ipoh semalam (15 April 2008). Katanya, perjumpaan yang dianjurkan oleh pimpinan kerajaan negeri di Perak di bawah ‘Pakatan Rakyat’ adalah manifestasi rakyat yang mahukan perubahan di samping menolak sebarang sistem ‘perhambaan minda’. Bukan sahaja di Ipoh, malah perjumpaan ‘Black 14’ di Kelab Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur diteruskan dengan semangat perpaduan sekalipun menerima ugutan pihak polis. “Malah sebelumnya perhimpunan rakyat di Stadium Shah Alam tetap memberi mesej bermakna ketika rakyat mahukan perubahan,” beliau menambah.

LAPORAN POLIS SUDAH DIBUAT
INGKAR PATUHI KEPUTUSAN MAHKAMAH

Laporan polis sudah dibuat semalam (15 April 2008) oleh sebuah syarikat pembalakan, berikutan kegagalan kerajaan negeri Pahang di bawah Menteri Besar Dato’ Seri Adnan Yaakob mematuhi keputusan mahkamah yang mengarahkan kerajaan negeri membayar ganti rugi sejumlah RM60 juta kerana membatalkan lesennya, beritahu aktivis masyarakat penyair Yassinsalleh. Ketika menghubungi sekretariat PRIMA, Yassinsalleh mengakui, syarikat pembalakan ‘Seruan Gemilang Sdn Bhd’ dibatalkan oleh kerajaan negeri lesen pembalakannya, di samping menanggung kerugian besar. “Justeru dalam kes mahkamah syarikat terbabit berjaya menerima ganti rugi RM60 juta, tetapi kerajaan negeri enggan mematuhi keputusan mahkamah itu,” kata Yassinsalleh.

Pihak syarikat sudah membuat laporan polis, justeru rakyat mahu melihat ketelusan pihak berkuasa termasuk polis dalam menangani isu berkenaan. Menurut Yassinsalleh lagi media alternatif terpaksa mendedahkan isu berkenaan, disebabkan rakyat Malaysia masih dibelenggu ‘perhambaan minda’ kalau berterusan mengharapkan laporan media arus perdana. Katanya, kalau kerajaan negeri ingkar mematuhi keputusan mahkamah, bermakna sistem kehakiman masih belum pulih, sekalipun simposium sudah dibuat bagi memperkatakan kebokrokan sistem kehakiman di negara ini. “Diharap pihak polis akan bertindak segera selepas laporan dibuat oleh syarikat pembalakan terbabit terhadap kerajaan negeri Pahang,” beritahu Yassinsalleh.

UBAHLAH WAHAI ORANG UMNO!

oleh : Fuad Rahim

BAGI orang-orang Umno, kekalahan yang mereka alami baru-baru ini sudah mahu dilupakan. Dilupakan terus dan dilontar jauh-jauh. Kerana inilah kekalahan yang paling besar dan paling mengaibkan dari sejarah 50 tahun Malaysia.Walaupun, ia masih mengusik hati sanubari, tetapi mereka lebih fokus terhadap pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan tentunya Majlis Tertinggi (MT). Ketika MT mahu memperhalusi istilah dan silap salah yang mengaitkan politik wang, jangan sesekali lupa, fitnah memfitnah juga seharusnya dijadikan ‘undang-undang’ dalaman Umno, supaya tidak ada yang menjadi mangsa!

Contoh paling ketara, di salah satu bahagian di Selangor, disebabkan Menteri Besar (MB) ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor mengwar-warkan semua calon ditapis oleh BPR, Polis dan macam-macam agensi lagi, maka timbul cerita, mereka yang digugurkan ‘tidak melepasi piawaian’ agensi-agensi kerajaan ini.Maka, senang-senang mereka ini (yang digugurkan dari menjadi calon), dikaitkan dengan rasuah, salah laku dan sebagainya!

Antara sms yang dihantar kepada ketua-ketua cawangan, oleh para penyokong calon-calon yang mahu bertanding bagi membunuh saingan, ‘tak kan orang yang berzina dengan isteri orang kita nak pilih’.Satu lagi sms yang sempat dicatatkan, ‘pengundi telah tolak ketiga-tiga mereka, kenapa perlu kita kekalkan di dalam kepimpinan bahagian?’.Ini bermakna, ada ketua, timbalan dan naib ketua bahagian yang terpilih menjadi calon, tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12), 8 Mac lalu yang menyebabkan mereka mahu diganti di peringkat bahagian.Seorang setiausaha Umno bahagian dari Kedah ketika dihubungi mengulas; “Orang Umno tidak pernah mahu berubah. Mereka lebih ‘kuat bekerja’ ketika pemilihan Umno dari bekerja kuat untuk memastikan calon-calon BN menang dalam PRU yang lalu.”Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Perlembagaan Umno hendaklah lebih teliti ketika memperhalusi isu politik wang.

Janganlah menukarkan istilah politik wang kepada rasuah sudah dianggap memadai, sedangkan isu sebenarnya bukan politik wang yang boleh menghancurkan parti, sebaliknya fitnah dan janji-janji habuan dalam bentuk ‘bukan wang’ tetapi habuan yang lebih besar lagi.
Membawa ketua-ketua bahagian, perwakilan dan mereka yang dianggap berpengaruh melancung ke luar negara, umrah dan membiayai jamuan sebenarnya sudah menjadi ‘bahan lelucon’ sebenarnya tetapi mahukan kepimpinan Umno mengakui janji ‘anugerah bintang dan darjah kebesaran’ juga boleh dijadikan sebagai ‘politik wang dan rasuah’ yang cukup menjijikkan?

Politik wang dalam Umno sebenarnya sudah menjadi ‘budaya’. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan perkataan budaya, tetapi siapakah yang mampu untuk menafikan bahawa ‘tidak ada sesiapa yang bersih’ dari melibatkan diri dengan politik wang.Cuma, cara masing-masing berbeza. Ada yang menganggap memberi wang itu adalah politik wang dan ada juga yang menganggap memberi projek itu sebagai politik wang.

Hukuman terhadap politik wang ini juga sebenarnya menjadi topik perbincangan hangat. Ada yang dikenakan hukuman enam tahun atau dua penggal. Ada juga yang dikenakan hukuman sepenggal atau tiga tahun. Lebih menghairankan, ada yang dikenakan hukuman setengah penggal atau setahun setengah dan ramai juga yang hanya dikenakan hukuman amaran, selain dari dilepaskan tanpa apa-apa hukuman setelah disoal siasat.Mereka yang menjadi ‘penyiasat, pendakwa dan hakim’ di dalam banyak kes-kes politik wang adalah dikalangan mereka yang sudah terlalu lama dalam parti, tetapi sudah tidak diterima di peringkat cawangan, bahagian dan MT.

Tetapi mereka ini, masih dikatakan mahu berbakti kepada Umno dengan menjadi ‘penyiasat, pendakwa dan hakim’ yang tidak dihargai dan dihormati langsung. Benarkah mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan ketika menyiasat, mendakwa dan menghukum?
Biasalah! Ada yang terlepas dari dakwaan politik wang dan ada yang terkena. Ada yang diampunkankan sebelum tamat tempoh hukuman. Satu kes yang perlu dijadikan ikhtibar kepada seluruh kepimpinan Umno, dari peringkat MT, hinggalah ke peringkat cawangan – ada juga kes di mana mereka yang dihukum, terlebih tempoh hukumannya. Ini suatu penganiayaan.
MT perlu menyemak dan bertindak dengan penuh tanggungjawab. Kes yang dimaksudkan, melibatkan Allahyarham Datuk Zainol Md Isa (Baling) yang terpaksa melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian dan Exco Kerajaan Negeri Kedah ketika itu.

Apabila nama Allahyarham tidak dilepaskan MT (maknanya tidak surat pelepasan dari MT), Allahyarham tidak boleh dicalonkan untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat cawangan.
Hari demi hari Allahyarham menanti pelepasan, akhirnya ketika hampir selesai persidangan cawangan barulah MT mengumumkan Datuk Zainol dilepaskan dan layak untuk dicalonkan tetapi disebabkan sebahagian besar cawangan sudah menyelesaikan persidangan, maka Allahyarham terlepas peluang untuk menawarkan diri bertanding merebut jawatan ketua bahagian.Jika Setiausaha Eksekutif Umno (SUE) dan Setiausaha Agung SUA) Umno sedar efesensi dan bertanggungjawab adalah penting dalam perkhidmatan, kes seperti ini tidak akan berlaku. Lainlah kalau SUE dan SUA sibuk dengan aktiviti berniaga, memanglah isu seperti ini tidak langsung diambil peduli. Ada dakwaan mengatakan SUA dan SUE sibuk berniaga (lebih-lebih lagi bila sampai musim pilihan raya).Tidak ramai anggota MT yang sanggup ‘memperjuangkan’ nasib kawan-kawan yang dilanda masalah parti. Masing-masing sibuk mencari pencalonan untuk mereka sendiri tetapi mereka tidak akan ambil kisah jika ada kawan-kawan mereka (dari kalangan ketua bahagian) yang mengadu, untuk mendapatkan sedikit pembelaan.Seorang anggota MT yang juga seorang menteri pernah membisikkan ke telinga penulis, ketika ditemui di Masjid Wilayah Persekutuan, sebelum waktu solat Jumaat berkata; “antara kami di kalangan anggota MT tidak ada hubungan kasih sayang. Tidak ada hubungan perjuangan dan tidak ada hubungan persefahaman,”
Penulis faham maksudnya. Tidak ada apa-apa perjuangan membela sesama sendiri, kecuali memperjuangkan nasib diri mereka sendiri. Jika perwakilan yang mengundi mereka bersungut, mereka akan memujuk sungutan itu, setiap kali tempoh berkempen datang.Lebih mudah menjaga hati perwakilan dari menjaga hati pengundi. Perwakilan Umno tidak seramai pengundi. Itulah sebabnya, kakalahan kali ini, atau kemerosotan undi yang diperolehi boleh disifatkan ‘kesan’ dari sikap ‘tak apa’ calon-calon.PRU 11, 21 Mac 2004, BN menang besar. Semua pilihan raya kecil, BN menang. Maka, sikap ‘lega dan terlalu yakin’ sedikit sebanyak menyebabkan kekalahan BN di lima negeri dan gagal mendapat majoriti 2/3 di Parlimen.Mungkin selepas ini, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri akan ‘lebih berhati-hati’ dalam memilih calon kerana populariti calon perlu diambil kira agar parti boleh menjadi semakin kuat hasil dari memilih calon yang tepat.


INFO SASTERA & BUDAYA

ORANG ASLI JEMPUT PRIMA
BACA PUISI DI PENDERAS, PAHANG.

Penduduk-penduduk Orang Asli di Penderas di Kuala Krau akan menyambut tetamu dari PRIMA dalam acara ‘Baca Puisi’ pada 26 April 2008 mulai jam 9.00 malam bagi memartabatkan kesenian tradisional. Penganjur ‘Baca Puisi’ berkenaan Sdr L Mankadir Shamsi memberitahu, di samping acara baca puisi, penduduk-penduduk Orang Asli akan turut mempersembahkan ‘sawai’ dan tarian tradisional mereka bagi meraikan tetamu-tetamu dari PRIMA. Katanya lagi, penduduk-penduduk Orang Asli berasa gembira aapbila PRIMA membawa penyair-penyair seperti Dato’ Ruhanie Ahmad (Ron), Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah, Dato’ Kamal Amir, Yassinsalleh, Dharmala N.S. dan Zakaria Bidin ‘bertandang’ ke perkempungan mereka.

Menurut Sdr Mankadir, penduduk-penduduk Orang Asli di Penderas mula mengenali PRIMA sejak pilihanraya lalu, apabila pendekatan ‘undi calon, bukan undi parti’ mula diperkenalkan. Disebabkan PRIMA digerakkan sebagai kumpulan penulis-penulis Melayu, penduduk-penduduk terbabit mencadangkan persembahan budaya dibuat bagi menjalin kerjasama bagi mengangkat kesenian mereka ke peringkat nasional. Memang kesenian dan kebudayaan Orang Asli tak diberi perhatian oleh kerajaan, sekalipun selama ini sudah diwujudkan kementerian yang khusus memeratabatkan kebudayaan nasional. “Penduduk Orang Asli juga mahukan kesenian tradisional mereka diterima sebagai kebudayaan nasional yang boleh dibanggakan,” kata Mankadir.

DR MANSOR DALAM BICARA PUISI
DISKUSI KARYA ‘ANAK-ANAK INDERAPURA’

Novelis dan penyair Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah dijemput dalam diskusi antologi sajaknya ‘Anak-Anak Inderapura’ di Melaka, 26 April 2008 ini mulai jam 9.00 pagi. Diskusi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu seolah-olah memberi penghormatan kepda Dato’ Dr Mohd Mansor yang juga bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM membicarakan puisi-puisinya. Ketika menghubungi sekretariat PRIMA, Dato’ Dr Mohd Mansor memberitahu, beliau akan menyertai ‘Baca Puisi’ bersama Orang Asli di Pahang jam 9.00 malam, tetapi tak sempat untuk menghadiri perjumpaan dengan Tengku Razaleigh Hamzah di Subang. “Nampaknya 26 April ini, jadual terlalu padat, justeru saya terpaksa membahagikan masa dengan seksama,” katanya dalam nada bergurau.

KOMENTAR
bersama Pak Parjo

PERIHAL PERANAN MASJID
DULU, SEKARANG DAN HEH HEH HEH!

Sebermula disuratkan orang banyak akan memanda Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini (9 Rabiulakhir 1429 atau kata anak cucu fakir 16 April 2008), supaya masjid dijadikan tempat ketenteraman kepada semua yang mengunjungi dan mesti menjadi tarikan kepada orang-orang muda. Gerangannya di masa lalu peranan masjid tak sebegitu, seolah-olah ianya dijadikan tempat beribadat oleh orang tua-tua sahaja adanya. Maka sahabat-sahabat fakir memberitahu suatu ketika dulu, masjid di kampung-kampung tak dikunjungi orang, sekalipun pegawai-pegawai jabatan agama memberikan ceramah secara percuma. Syahdan ada seorang guru agama yang mengajar tasauf, ramailah orang-orang kampung belajar sekalipun dikenakan bayaran $30 sebulan.

Mak diberitahu orang banyak ustaz-ustaz dari jabatan agama itu tak memberikan pengajaran agama, sebaliknya menyebut mengenai kebaikan pemerintahan dengan banyak masjid didirikan dan sekolah-sekolah agama diberi bantuan kewangan. Alahai! Arakian akan anak-anak orang besar sekalian belajarlah agama pada Makhdum Sadar Jahan. Akan Tun Mai itu anak orang besar lagi berkuasa di Melaka dimarahi oleh makhdum kerana sebutan bahasa Arabnya kurang tepat. Maka oleh Tun Mai disuruhnya Makhdum Sadar Jahan menyebut perkataan Melayu seperti ‘kucing’ disebunya ‘kusying’, ‘kunyit’ disebut ‘kunit’, ‘nyiru’ disebut ‘niru’. Berasa malulah makhdum itu diperlakukan oleh anak-anak orang besar yang berkuasa, menyebabkan engganlah dia mengajar akan ilmu agama seperti dipertutur dalam ‘Kitab Melayu’ oleh:


HIDUP BAHASA MELAYU!

Monday, April 14, 2008

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:


MESEJ YANG SUKAR DITAFSIR
NIAT SALAH ATAU SALAH NIAT


Disebabkan urusan keluarga, saya balik ke Bagan Datoh, Perak Sabtu lalu (12 April 2008) sekalipun jam 8.30 pagi,Dato' Dr Mohd Mansor Abdullah menelefon beritahu acara perpaduan Melayu di PWTC. Datin Rozzie pula menelefon isteri saya mengenai Jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz sudah ke Kajang menghadiri majlis bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Anak saya Ikram Hafiz memandu kereta disebabkan saya keletihan, di samping kurang sihat. Kira-kira jam 9.00 malam, saya balik ke Kuala Lumpur, dan tidur sekejap kerana keletihan. Anak saya Ikram Hafiz (pernah ikut sama menemui Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 27 November 1999, jam 3.00 pagi), berbual di luar rumah bersama kawan-kawannya pewaris 'Nurul Haq' (kesinambungan daripada Nasrul Haq yang pernah saya menjadi setiausaha agungnya sekitar dekad 1980-an).

Salah seorang daripadanya seorang remaja bukan Melayu ikut sama bebual.Kira-kira jam 11.45 malam, saya dikejutkan bunyi bising dan turun ke tingkat bawah. Apabila saya keluar, seseorang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis mahu membawa lima remaja yang berbual itu ke balai polis, kononnya menerima aduan daripada jiran-jiran mereka membuat bising. Apabila saya memintanya menghubungi ibu bapa remaja berkenaan, maka pihak polis berkenaan mahu menjalankan ujian air kencing. Remaja bukan Melayu itu didapati positif (kononnya), sementara empat remaja Melayu termasuk anak saya, Ikram Hafiz (yang keletihan kerana memandu kereta balik dari Bagan Datoh-Kuala Lumpur), tak mahu terkencing. Apabila saya hubungi peguam Yahaya Abdul Rahman, Teng Chang Khim dan Wee Choo Keong untuk mengetahui prosedur, maka saya dituduh berkasar.

Anak saya Ikam Hafiz sepanjang hari bersama saya kerana memandu kereta, juga didapati positif hanya dalam tempoh satu jam di rumah. Berikutan insiden itu, rundingan dibuat secara baik-baik (dalam konteks persahabatan, tetapi bukan dengan pihak polis yang menyerbu) remaja yang kononnya positif daripada 'bahan bahaya' kepada 'bahan tak bahaya'. Kononnya lagi kerana saya berkasar, remaja terbabit ditahan (mungkin sahaja sasaran utamanya kepada anak saya). Kalaulah mereka keletihan bertugas 24 jam, saya juga keletihan malah baru sahaja tebangun daripada tidur. Justeru tak salahlah peguam Yahaya Abdul Rahman dan peguam Wee Choo Keong (yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju) meminta pihak polis menggunakan budi bicara, bukan dengan alasan kerana 'mulut saya' remaja-remaja berkenaan ditahan hingga dua tiga kali ditukar tabung ujian air kencing (urine) dikatakan rosak, sebelum disahkan ianya positif (setelah dambil tabung lain dari bonet sebuah kenderaan yang nombor pendaftarannya dalam rekod saya, barulah ianya positif).

Sebenarnya seperti disebut orang tua-tua dahulu, sama ada ianya 'niat salah' atau 'salah niat' apabila kita menolak secara berhemah 'budi bicara'. Kalau mahu dikira 'budi bahasa' pula seharusnya mereka yang lebih muda (boleh dikira anak-anak sahaja) menghormati rumah saya, setidak-tidak meminta izin (walaupun tak perlu waran). Kalau mahu menghormati undang-undang seharusnya pihak polis mengajar orang awam menghormati undang-undang. Begitulah!

Apalagi arwah datuk saya pernah menjadi anggota polis pada period penjajah sekitar dekad 1920-an, diikuti bapa saudara saya antara anggota polis yang pernah menentang pengganas komunis ketika darurat sekitar dekad 1950-an. Ketika saya menjadi Setiausaha Agung Nasrul Haq sekitar dekad 1980-an, ramai pegawai-pegawai polis dari Bukit Aman menjadi sahabat apabila dijemput memberi ceramah 'keselamatan' di Ibu Pejabat Nasrul Haq di Jalan Tun Razak. Tak tahulah apa jadi dengan pegawai-pegawai muda kita sekarang! (Saya sentiasa bekerjasama dengan pihak polis seperti kes Hunter tahun 2000 di mana rumah saya dibenarkan menjadi bilik operasi dengan bil telefon dan bil elektrik saya bayar sendiri!) Begitulah!

-Pak Dharma.





TUBUHKAN SEGERA KUMPULAN
PENDESAK MELAYU KEPADA UMNO
-oleh Dato' Dr Mohd Mansor Abdullah

SUDAH 50 tahun Malaysia kita merdeka. banyak perubahan telah berlaku dan pembangunan juga semakin pesat. Pencapaian anak-anak Melayu juga boleh dibanggakan. Tetapi, apabila berlalunya PRU 12, segala-galanya terbongkar. Nyatalah bahawa kemerdekaan yang kita nikmati itu tidak seimbang sebenarnya. Kita lebih menumpukan perkembangan dan kemajuan fizikan semata-mata tanpa menyedari bahawa hakikatnya minda kita masih terkongkong, terjajah dan tidak hidup berkembang sehahar dengan perkembangan dan kemajuan infrastruktur negara.

Justeru itu pembangunan kita agak tempang sedikit apabila dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di negara ini, khususnya orang-orang China dan India.Oleh kerana tidak adanya golongan pendesak daripada kalangan orang-orang Melayu, maka para pemimpin kita leka berada dalam confort zone. Apabila kita berada dalam zon begitu, lazimnya kita mudah berasa amat selesa dan tidak mahu atau berusaha untuk mengubah paradigma berfikir. Akhirnya 50 tahun berlalu, namun pemikiran orang-orang kita masih seperti kata pepatah Melayu 'sepulh jong masuk, anjing bercawat ekor juga' Atau orang utara kata 'pi mai. pi mai, tang tu jugak' Akhirnya para pemimpimpin kita hanya meneruskan agenda sebagaimana yang terlakar sebelumnya tanpa berani membuat perubahan mengikut kehendak masa dan waktu.

Sepatutnya pemimpin-poemimpin kita tidak hanya bersandar dikerusi empuk sambil menunggu pengaduan yang sedap-sedap didengar daripada sumber-sumber upahan yang tak sepatutnya didengar. Laporan yang hanya molok-molok begini sekadar mahu menyedapkan hati para pemimpin yang sanggup menghulur wang ringgit untuk itu sahaja.Segala beriota, segala maklumat, segala pengaduan yang bercorak sedemikian, adalah bernilai komersial yang tidak tiulen dan jati. Tetapi, pengaduan, laporan dan maklumat-maklumat secara terbuka, daripada pihak bebas yang tidak menaruh apa-apa kepentingan inilah yang murni dan tulen.

Walaupun ada laporan yang pedih telinga, sakit mata dan sakit hati mendengarnya, kita tak perlu marah dan memberang. Sebaliknya kita perlu sabar, dan menilai dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif tanpa dipengaruhi sentimen dan prejudis, barulah dapat melihat sesuatu kebenaran daripada maklumat tersebut. Justeru itu para pemimpin era baru mesti terbuka dan bersedia ke arah itu dan tidak lagi merasakan dirinya serba kekurangan dan perlukan teguran-teguran membina. Selagi pemimpin tidak mahu mengaku kelemahan diri dan masih berlagak sombong dan egois, sikap demikianlah yang akan menjerumuskannya kepada kekalahan.

Saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa jika tidak ada berlakunya sebarang perubahan di dalam UMNO maka banyak lagi perkara yang tidak baik akan terjadi. Seruan ikhlas begini sepatutnya ditimbang terima oleh seluruh ahli-ahli UMNO termasuklah para pemimpin sekali. Untuk mendapatkan perubahan inilah maka perlunya ada kumpulan pendesak Melayu dalam UMNO supaya UMNO boleh bergerak dengan wajah baru. Dan saranan Tan Sri Ismail Hussein, Ketua Satu GAPENA, bahawa penubuhan kumpulan seumpama ini sebenarnya tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Jika kita melihat kepada parti-parti komponen yang lain, mereka sudah lama ada kumpulan penggeraknya yang kita sedari mereka ini banyak sekali membuat desakan-desakan yang menguntungkan parti mereka sendiri.

Apakah para pemimpin kita hanya melihat sebelah mata atau pun tutup telinga dengan kapas sahaja?Kita tidak dapat pula menolak bahawa ada juga pendesak-pendesak Melayu yang berupa NGO tetapi kadang-kadang tidak tersusun rapi, berpecah-pecah ikut kepentingan pertubuhan dan persatuan masing-masing semata-mata. Sepatutnya mereka yang mempunyai kuasa mendesak yang rasional dan praktikal begini dapat disatukan dalam suatu pemuafakatan, rasanya kumpulan pendesak begini boleh menjadi aset penting kepada UMNO dan juga para pemimpinnya.

Hasrat GAPENA ke arah itu sebenarnya sudah lama, tetapi memandangkan tidak ada signal dari pihak UMNO yang dahulunya nampak meminggirkan pertubuhan itu atau memandang tremeh terhadap usaha anak-anak buah GAPENA itu sendiri, maka GAPENA terabai, malah beberapa kali hasrat berkunjung menemui Perdana Menteri pun tak dapat dilaksanakan. Inilah suatu kelemahan punca menyebabkan parti UMNO kalah dan pertubuhan, persatuan dan kumpulan-kumpulan Melayu l.ain tak dapat membantunya.Nampaknya, kekalahan UMNO pada dekad ini kena ambil perhatian daripada semua golongan masyarakat Melayu amnya.

Jika orang Melayu mahu lagi mengakui dirinya berbangsa Melayu, berbahasa Melayu, berajakan Melayu dan bertuanku Melayu, sudah tiba masanya untuk bersatu danm pemikir-pemikir serta cendiakawan Melayu mesti digabungkan, bersatu membantu menyelamatkan pemerintahan Melayu ini. Jika pemerintahan Melayu ini terkubur, maka apa yang ditakut-takui oleh Panglima Hang Tuah dahulu akan benar-benar terjadi, apabial Melayu hilang di dunia. Kongres yang akan berlangsung dfi Johor bahru atas usaha GAPENA dan kerabat-kerabatnya harus dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh para penulis tanah air sebagaimana sebelumnya, tetapi juga orang-orang politik dan para pemimpin yang berani muhasabah diri datanglah sama-sama membincangkannya. Kongres Pemuafakatan Melayu ini bukan hak GAPENA, tetapi hak orang-orang Melayu semua.

PEMIMPIN RABUN
AHLI AKAN RABAN?

APA penyakit yang telah menghinggapi pemimpin agung GAbungan PEmbodek NAsional, tiba-tiba hujan tidak rebas pun tidak, baju beliau kelihatan basah. Agaknya basah kerana berpeluh berjuang di medan menegakkan benang basah aliran pimpinan UMNO yang mulai ruyup merundum dan ini mungkin amat mendukacitakan hati mempedu pemimpin agung (selepas ini aku gelar SI TUA HABAT) yang selama ini bercakap panjang tetapi tidak mempunyai ulas butir yang boleh dijadikan haluan oleh penulis danh sasterawan di zaman serba maju dan berterangan ini.

PRU 11 2004 dulu. PAS, PKR dan DAP kalah teruk! Si Tua Habat ini tidak pula berleter meminta Orang Melayu harus bersatu! Kerana apa? Kerana masa itu UMNO menang besar! PAS, PKR dan DAP ada orang Melayu dalamnya. UMNO ada orang Melayu dalamnya. Kenapa Si Tua Habat ini tidak bersuara untuk Melayu berbagai politik bersatu?. Tiba-tiba UMNO tewas dalam PRU 12 2008, Si Tua Habat ini lantas berleter sambil menyarankan supaya pihak tertentu belajar dengan UMNO dan bertanya kenapa parti-parti lain tidak bersatu dengan UMNO untuk Melayu.

Oiii!!! Maaflah! Aku ni Melayu dari datuk nenek moyang bertelapak di Pagar Royong lagi! Apa UMNO beri pada aku dan keturunan aku? Cubalah Si Tua Habat ini fikirkan secara telus dan terus! Jangan dengan pandangan mata yang rabun (maaf kalau buta) mengeluarkan sokongan pada Pak Lah yang UMNO sendiri nak tumbangkan dia! Bimbang ahli yang ramai akan raban (belajar sikit bahasa kampong aku) Jangan kerana ada budi yang ditabur dan dijanjikan, kejap-kejap tulah mencari hujah kononnya atas dasar ketuanan Melayu (bukan Raja-Raja Melayu) maka orang Melayu mesti bersatu dengan UMNO! Telitilah sikit wahaii Si Tua Habat! UMNOlah yang banyak bukan saja memusnahkan dasar ketuanan Melayu tetapi memusnahkan sendiri kehidupan orang Melayu di bumi ini!

Kalaulah kerana Bahasa Melayu yang dijanjikan oleh pemimpin yang semakin nak rebah membuatkan Si Tua Habat berleter / melatah membodek Pak Lah / UMNO. Rentikanlah Mat Prof! Belajarlah dari sejarah. Siapa yang musnahkan bahasa Melayu dalam pembelajaran matametik dan Sains? UMNO! Pak Lah juga dalam UMNO hingga sekarang ini! Jaga pepatah Melayu: Melepaskan anjing tersepit!

NGAH UDA: Dah lama bersuara dari jauh agar pimpinan GAbungan PEmbodek NAsional ini dikemas kini dan yang dah nyanyok diganti! Melambak lagi yang berwibawa tapi tak membodek melulu!



2 CARA PEMERINTAHAN ZALIM BERKEKALAN

Sesebuah kerajaan yang zalim akan kekal apakala pemimpin kerajaan tersebut mengamalkan 2 cara memerintah rakyat. Pertama: Rakyat yang bodoh dan susah terus bodohkan dan susahkan mereka hingga ke anak cucu. Kedua: Kalau ada rakyat yang cerdik berilmu dipergunakan ilmu mereka dengan imbuhan yang besar.

Pertama: Bila rakyat bodoh dan susah dari nenek moyangnya hingga ke anak cucu cicitnya, mereka bangun pagi-pagi tidak lain dan tidak bukan hanya memikirkan kesusahan dan macam mana nak cari makan dengan belanja dapur untuk mereka hari itu (kais pagi makan pagi kais petang mungkin berhutang). Lantas itu mereka tak peduli alam sekeliling mereka, samada masyarakat, sosial budaya, politik, apa saja selain dari periuk nasi mereka tidak difikirkan. Bila ada orang berbicara tentang hal-hal yang lain dari kepompong periuk nasi mereka. Tidak ada apa yang mereka tahu. Mereka selalu menjawab. “Datuk nenek kami dah macam ni, nak buat apa!” Ini namanya ‘berkarat …..’

Dimasa yang sama si pemerintah yang zalim mengumpul khazanah harta untuk keturunan mereka disamping mengukuhkan kekuatan pengaruh dengan menggunakan subsidi diwaktu-waktu tertentu kepada si susah dan si bodoh yang hidupnya hanya berprinsip “cari makan”. Subsidi ini akan disanjung besar kerana si susah dan si bodoh tidak perlu keluar kerja sehari dua disebabkan ada imbuhan yang meminta pulangan bagi mengukuhkan kedudukan si pemimpin yang zalim ini.

Jika ada rakyat yang cerdik berilmu. Maka si pemerintah yang zalim menggunakan keiluman si rakyat tersebut untuk mempertahankan kepentingan ekonomi dan politik pemerintahannya dengan bayaran yang besar, yang tak disangka oleh si cerdik ini mendapatkannya jika dibandingkan dengan masa yang digunakan. Mereka si cerdik inilah alat besar pemerintah yang zalim membuai dan mendendangkan lagu keilmuan mereka agar si rakyat yang miskin dan bodoh terlena dibuai mimpi enak si pemerintah yang zalim. Si Bodoh dan Si Susah tidak mampu nak melawan pemerintah yang zalim kerana takut subsidi dipotong! Si Cerdik berilmu pula tidak mampu nak melawan kerana takut bayaran yang besar mereka terima dengan masa kerja yang sengkat akan diberhentikan.

Orang-orang suruhan pemerintah yang zalim berada dimana-mana. Dari kota ke desa dengan berbagai nama jabatan dan jawatan untuk memantau jika ada si Bodoh dan Si Susah yang mula nak melawan! Untuk memastikan si cerdik berilmu tidak tersasar hujah hingga menikam si pengupah! Lalu kekallah pemerintahan yang zalim itu berzaman dengan keturunannya kalau pun tidak boleh dibandingkan dengan Firaun!


NGAH UDA: Dari kecil lagi emak abah dah sedarkan tentang perangai si zalim!

Saturday, April 12, 2008

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)




DARI LAMAN BLOG:


INDUSTRI BUKU TERHUTANG BUDI
MAJORITI WANITA MINAT MEMBACA


Assalamualaikum,



Kira-kira jam 10.00 pagi hari ini (11 April 2008), pakar kaunseling Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah menelefon, beritahu mengenai ‘Pesta Buku Antarabangsa’ yang masih berlangsung di PWTC sejak awal April lalu. Beliau mengakui majoriti pembeli buku ialah wanita yang memberi implikasi merekalah golongan minat membaca di kalangan masyarakat Melayu. Justeru Presiden Persatuan Industri Buku Malaysia, Haji Hassan Hamzah boleh membuat rumusan hasil ‘Pesta Buku Antarabangsa’ ini bagaimana di peringkat global juga, komuniti wanita turut mendominan industri buku. Tak hairanlah penulis wanita J.K. Rawlings mampu menjadi jutawan menerusi penulisan buku misteri siri ‘Harry Poter’ yang dianggap di luar biasa. Begitulah!


Haji Hassan bukanlah baru menceburkan diri dalam industri buku di Malaysia, malah sebelumnya sudah berkhidmat dalam profesion wartawan sejak dekad 1970-an, sama ada di Kuala Lumpur mahupun di Kuching, Sarawak. Selepas melanjutkan pengajian di luar negeri, beliau balik ke tanah air bagi melestarikan industri buku yang malap, gelap dan telap sekarang. Sebenarnya sekitar dekad 1970-an penerbit buku-buku remaja ketika itu Dato’ Dr Haji Mustapha Ton (yang juga menerbitkan majalah Variapop, Variasari dan Variafilem) sudah membuat kaji selidik. Memang beliau mengakui ‘kuasa membaca’ adalah di tangan wanita sama ada majalah mahupun buku-buku yang diterbitkannya.


Dato’ Dr Mohd Mansor yang juga bekas profesor dan bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM berasa kagum dengan keprihatinan wanita menjadi tenaga utama ‘kuasa membaca’, kerana setiap mereka yang memasuki dewan ‘Pesta Buku Antarabangsa’ di PWTC sudah pasti keluar membawa beg berisi buku-buku yang dibelinya. Berbeza pula dengan kalangan lelaki sekadar mundar mandir, kemudian duduk di café ‘menjadi ‘kaki temberang’ seolah-olah mengetahui semua isi dunia. Aduhai! Mereka mampu bercakap politik berjam-jam di café, tetapi takut bersuara secara terbuka mengkritik kebobrokan pentadbiran negara. Malah penyair Yassinsalleh menerusi SMS mengakui kalangan bloggers sendiri sudah mula ‘menikam dari belakang’ kawan sendiri, selepas mencium tangan heh heh heh. Tak tahulah!


Yassinsalleh bukan sahaja lebih tua daripada saya, malah beliau adalah bapa saudara saya (ayahnya ialah sepupu nenek saya), mungkin sahaja beliau tak menyedari ramai juga kalangan penulis ini dari kalangan ‘papa kedana’, ‘papa kelana’ dan ‘papa merana’. Tak semua pula mampu bertahan seperti Pak Sako, Pak Boestamam, Pak Aziz Ishak, Pak Nazar Nong, Pak Tajuddin Kahar, Pak Hasnol Hadi, Tan Sri A Samad Ismail, Pak Samad Ahmad atau sekurang-kurangnya Mamak Bandaro (Tan Sri Abdul Samad Idris) dan Tan Sri Senu Abdul Rahman. Memang Tan Sri Abdul Samad Idris mahupun Tan Sri Senu tak mengkritik secara terbuka, tetapi mereka menulis surat kepada menteri-menteri apabila mempersoal polisi kementerian. Begitulah!


-Pak Dharma.



INFO HAK ASASI MANUSIA:


BUKU 70 DALIL KU LI
PENERBIT MAHU CARI PENULIS



Langkah penerbit yang mahu mencari penulis bagi menghasilkan buku mirip ’50 Dalil’ pada 1998 dengan diberi judul ’70 Dalil Ku Li Tak Boleh Jadi Perdana Menteri’ didedahkan oleh Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Menurut beliau baru-baru ini penulis terbabit dihubungi oleh penerbit berkenaan bagi menyiapkan manuskrip buku tersebut, sekalipun Perhimpunan Agung UMNO dijangka Disember 2008. Seterusnya kata beliau, sudah tentulah ada pihak berniat jahat dalam usaha untuk menyerang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menghalang beliau menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO. “Siapa lagi yang mahu hasilkan buku berkenaan, kalau bukan orang yang bimbang dengan penampilan Ku Li,” kata Dato’ Kamal Amir.


Bagaimanapun menurut Dato’ Kamal Amir, pihak yang mahu men’sponser’ penulisan buku itu adalah kalangan yang ‘bangkrap idea’, di samping menjadi ‘petualang bangsa’ yang mahu meneruskan legasi ‘perhambaan minda’. Kalau penaja buku berkenaan berasa ’50 Dalil’ boleh menjatuhkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, usaha berkenaan gagal kerana aura Dato’ Seri Anwar menenggelamkan kewibawaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang, beritahu Dato’ Kamal Amir. Seterusnya kata beliau lagi, disebabkan pihak terbabit ‘bangkrap idea’, justeru ianya menggunakan semula judul tersebut dengan diubahsuai iaitu ’70 Dalil Ku Li Tak Boleh Jadi PM’.



Dato’ Kamal Amir juga mendedahkan penerbit yang menawarkan penulisan buku berkenaan tersilap orang, kerana ditawarkan kepada penulis yang berprinsip. Malah katanya, beliau akan mendedahkan latar belakang penerbit terbabit sekiranya buku berkenaan diterbitkan dengan mengupah penulis lain. Setakat ini menurut Dato’ Kamal Amir, penerbit terbabit belum lagi memberikan bahan-bahan diperlukan bagi menyedia manuskrip kepada penulis yang ditawarkan sekalipun sudah seminggu berlalu. “Pihak PRIMA akan memantau penglibatan penerbit berkenaan yang sentiasa menunggu ‘sponser’, justeru pihak berkenaan akan ‘menggali kubur sendiri’ apabila menerbitkan buku tersebut,” beritahu Dato’ Kamal Amir.



SUMBANGAN ARTIKEL


Oleh: Fuad Rahim



KENAPA SEMUA MARAH PAK LAH, KJ?



KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12),8 Mac lalu, sudah kita ketahui. Lima negeri, (baca: enam sebenarnya jika termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) terlepas ke tangan parti-parti pembangkang, PAS, DAP dan PKR.Barisan Nasional (BN) tersentak! Macam tak percaya apa yang berlaku. Sebenarnya, pembangkang juga tersentak. Tersentak pembangkang sebenarnya lebih teruk dari tersentak BN. Cuma, mereka (pembangkang) tersentak kerana menang manakala BN, tersentak sebab kalah. Ini bezanya. Mereka jadi gembira tidak keruan, BN pula, bersedih dan mula bergaduh sesama sendiri.




Bukan BN tidak pernah kalah. Bukan BN tidak pernah rasa susah. Bukan BN tidak pernah menghadapi tsunami tetapi, disebabkan tidak menduga semua ini, maka – jalan paling mudah, tuding jari menyalahkan orang itu dan orang ini.Sasaran paling utama (baca: mudah), salahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) yang didakwa menjadi penyebab kepada keputusan PRU 12 yang cukup menyedihkan!



Ada dua orang tua yang ‘belum nyanyuk’ tampil garang – mahu menunjukkan kehebatan mereka, ketika Umno dan rakan-rakan lain dalam BN tercari-cari sebab dan penyebab kekalahan di lima buah negeri ini, sekaligus hilang majoriti 2/3 di Parlimen.Kedua-dua orang tua ini, seorang bekas Perdana Menteri, 22 tahun memerintah kononnya pencipta KLCC, KLIA dan Menara Kuala Lumpur – terus menerus mendesak supaya PM berundur bagi memikul tanggungjawab terhadap keputusan PRU 12.



Persoalannya – wajarkah dia yang sering dilukiskan sebagai seorang yang mempunyai ‘hidung tinggi’ melakukan desakan ini? Apakah kerana anaknya, hanya menjadi Anggota Parlimen biasa, tanpa sebarang jawatan – paling tidak Setiausaha Parlimen – post yang sudah dimansuhkan menjadi penyebab kepada serangan-serangannya ini?Tidak adakah sedikit pun kesalahan dan kesilapan yang dia lakukan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, dan kesannya diluahkan pengundi dalam PRU 12 yang lalu, dengan menolak BN?



Tidak insafkah dia dengan apa yang dia lakukan terhadap sistem kehakiman, mencampuri urusan BPR yang dihalang menyiasat seorang ‘orang besar di EPU’, buang tiga Timbalan Perdana Menteri, buang ramai Menteri, Timbalan Menteri dan pecat orang sesuka hati – termasuk menahan mereka dalam ISA?Baik sungguhkah bekas Perdana Menteri ini? Tidak ada apa-apakah yang dia buat untuk selamatkan perniagaan anak-anaknya? Anak-anaknya ‘bersih’? Bersih dari menggunakan namanya ketika ‘mengaut dan memunggah kekayaan’ ketika dia berkuasa dahulu?



Kenapa Pemuda Umno di cawangan-cawangan dalam Bahagian Kubang Pasu menolaknya menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian dalam pemilihan yang lalu? Tentulah ada sebabnya. Anggota Umno, sama ada yang muda, dewasa atau sudah tua – cukuplah dipermain-mainkan orang tua yang ‘belum nyanyuk’ ini. Baca balik buku tulisannya yang pernah diharamkan dalam era Almarhom Tunku Abdul Rahman Putra – Malay Dilemma, betapa dia menghina orang-orang Melayu.



Apakah dalam era kepimpinan dia dahulu tidak ada demontrasi jalanan? Apakah dalam era kepmpinan dia dulu, tidak ada tunjuk perasaan? Adakah dalam era kepimpinan dia dulu, negara kita Malaysia bersih dari amalan rasuah?Sudah betullah kalau Perdana Menteri meminta, seorang lagi orang tua yang tak habis-habis berangan-angan nak jadi Perdana Menteri, sejak 1987 – cerminkan muka dahulu. Sepatutnya, PM Abdullah juga meminta bekas Perdana Menteri yang sudah sepatutnya duduk beribadat kepada Allah, cerminkan muka dahulu.



Satu masalah paling besar yang dihadapi mereka berdua ini – orang-orang tua yang boleh dianggap sebagai ‘taksub kepada fikiran dia sendiri’. Kalau perasaan sedih tak apa, yang susahnya ‘perasan sedih’. Perasaan dengan perasan adalah dua perkara yang berbeza. Jauh sangat bezanya.Tepat kata Anggota MT, Datuk Seri Syed Hamid Albar, bekas Perdana Menteri ini sudah sepatutnya menghentikan kerja-kerja mengganggu Perdana Menteri.



Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula menegur bekas Perdana Menteri ini sebagai ‘gila talak politik’.
Tan Sri Muhammad Muhd Taib pula menyifatkan dia sebagai ‘terlalu kebal’.Tidak cukup dengan membelasah Perdana Menteri, kedua-dua orang tua yang belum boleh dianggap nyanyuk ini – seorang bekas Perdana Menteri dan seorang lagi masih berangan-angan nak jadi Perdana Menteri turut menjadikan Khairy Jamaluddin sebagai sasaran.



Kononnya, Khairy masih mentah. Berapa umur orang tua yang tidak dapat menewaskan Presiden Umno dalam pertandingan tahun 1987 ketika mula-mula bertanding dahulu? Berapa umur dia ketika dilantik di Petronas dahulu? Kalau bekas Perdana Menteri yang memerintah 22 tahun betul-betul nampak, kawannya itu berguna, kenapa dia tidak lantik seperti dia lantik Datuk Seri Rais Yatim jadi Menteri dalam era kepimpinannya dahulu.



Inilah sebenarnya kerja Allah – yang kita tidak dapat membacanya. Bila sudah terasa bersalah, kita nak salahkan orang lain pula.Orang-orang Umno, jangan terus terpedaya dengan permainan yang tidak ada faedahnya kepada bangsa Melayu yang masih memerlukan pembelaan dari pelbagai sudut, ekonomi, pelajaran dan pembangunan.Perdana Menteri boleh teruskan agenda negara. Bangunkan modal insane. Memang ada harga yang perlu dibayar. Jangan pedulikan pengacau. Kerja-kerja pengacau ini adalah kerja syaitan dan iblis.

KECUH UMNO / BN
AHLI & RAKYAT DITUBA

PRU 12 telah berlalu. Banyak yang dapat dimanfaatkan dari peristiwa sejarah 8 Mac 2008 itu. Terutamanya pada mereka yang selama ini berfikiran mudah. Mudah jaga rakyat. Mudah jaga orang susah. Mudah jadi Wakil Rakyat. Mudah jadi ahli politik. Semuanya mudah bagi si pemudah. Lalu yang mudah menjadi payah dan goyah! BN tak dapat 2/3 majoriti Parlimen. Rakyat pula sudah beralih angin. Cerita tentang kemajuan bangunan tinggi mencakar langit. Cerita tentang puluhan pusat pengajian tinggi. Cerita tentang letrik / air paip / jalan raya / balai raya / tanah kubur yang disalurkan pada rakyat hanya cerita lapuk. Rakyat sudah tahu untuk mereka dan keturunan mereka ke pusat pengajian tinggi terbeban dengan hutang. Ini namanya hutang berketurunan.
Rakyat biasa Malaysia satu masa yang terdekat akan menjadi rakyat yang berhutang. Anak-anak orang tertentu yang banyak mengecap laba melalu DEB (tak ramai!) sahaja yang akan terlepas dari berhutang kerana mereka lebih dari kemampuan membiayai keturunan mereka dari kerja mudah mempergunakan rakyat dalam skim subsidi di masa-masa tertentu terutamanya menjelang tahun hampir pilihanraya umum. Rakyat sebenarnya sedang menilai tentang kemampuan kerajaan 50 tahun merdeka (BN) untuk menselesakan kos kehidupan mereka. Harga petrol / harga barangan keperluan / yuran pendidikan (tak mahu berdolak dalik) dari bawah hingga ke menara gading / tempat tinggal termasuk tanah bermilik untuk diwarisi. Kerana itu PRU 12 mereka menolak di beberapa negeri kaya dalam Negara ini dari ditadbiri oleh BN. Lantas pemimpin BN pun menggelupur. Bagaikan ikan dalam lukah yang mulai kekeringan air.
Rakyat mulai melihat apa yang selama ini BN tak buat. Kalau buat pun bagaikan melepas batuk di tangga sahaja. Kerana mereka berfikiran mudah untuk mentadbiri rakyat cukup dengan cakap-cakap / janji-janji / hulur sikit-sikit subsidi. Lantas itu untuk jangan rakyat terutamanya ahli-ahli parti komponan BN beralih arah. Maka diwujudkan berbalah sama sendiri agar yang berpaling menoleh kembali. Yang nak lari berhenti. Yang keluar masuk balik. Yang melatah dah diam. Yang tak sokong dah mula mencari tempat untuk menyokong. Yang mengutuk dah cium tangan. Ahli-ahli komponan BN yang tak suka Pak Lah / Najib menangguhkan lari sekarang kerana Dr. M / Ku Li ada menentang Yang tak suka Khairi menangguhkan lari atau lompat parti kerana Mukhriz / Khir Toyo dah ke depan.
Begitu jugalah sebaliknya. Ertinya apa guna lari atau lompat parti sedangkan rasa tak puas hati ada juara yang menyuarakannya. Tak payah tunggu PKR / DAP / PAS. Bila keadaan sudah reda bagai kata pepatah bidok lalu kiambang bertaut. Berbaiklah kembali mereka setelah semua pekong dalam hati perut masing-masing dibongkar untuk umpan / santapan ahli-ahli yang tak tahu apa itu politik orang yang berpolitik subsidi. Rakyat yang tak tentu arah tuju kembalilah mengikut telunjuk pemimpin dan lupalah apa yang mereka selama ini tidak puas hati kerana diharu-birukan dengan suasana perebutan kerusi pimpinan. Ahli-ahli sudah bagaikan ikan dalam lubuk terpinga-pinga kena tuba perebutan yang dirancang untuk pulihkan kekuatan UMNO / BN. Yang menang atau kalah dalam perebuatan itu terus bersama membuncitkan pundi-pundi ekonomi mereka / keturunannya sambil ketawa berdekah-dekah di belakang tirai setelah bersendiwara dengan ahli UMNO / BN / Rakyat.

NGAH UDA: Tak kan pening. Biasa hidup susah makan umbut pinang malan.



INFO SATERA & BUDAYA:



KEBERANGAN SASTERAWAN NEGARA
DEDAHKAN KEBOBROKAN TADBIR DBP


Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said masih sukar menyembunyikan keberangan terhadap kebobrokan pentadbiran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hingga terpaksa juga mendedahkan kepada media. Timbalan Ketua Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah mengulas laporan media hari ini (11 April 2008) apabila Dato’ A Samad Said sukar berkompromi dengan layanan DBP (yang diberi tugas menjaga kebajikan SN), hingga karya-karyanya dipinggirkan. Menurut Dato’ Dr Mohd Mansor, sebelum ini dilaporkan hasil penulisan SN Profesor Emeritus Dato’ Haji Shahnon Ahmad juga dipendamkan hampir lima tahun oleh DBP. “Kalau kebobrokan di DBP tak dihapuskan, pihak DBP tak layak lagi menjadi sekretariat pemilihan SN,” kata Dato’ Dr Mohd Mansor.


Seterusnya beliau menambah, sekiranya DBP tak bersedia menjadi sekretariat ianya lebih baik dipindahkan ke IPTA, malah tenaga panel penilai SN juga lebih ramai di IPTA bagi melaksanakan tugas berkenaan. Dalam laporan media hari ini, Dato’ A Samad Said yang terbabit mengendalikan gerai beliau di Pesta Buku Antarbangsa di PWTC melahir rasa terkilan dengan pentadbiran DBP yang tak menjawab surat beliau yang meminta menarik balik hakcipta karyanya di DBP. Apalagi surat beliau ditujukan kepada Ketua Pengarah DBP Dato’ Dr Firdaus Abdullah, yang juga kenalan baik beliau dalam gerakan penulis. “Kalau SN seperti Dato’ Dr A Samad Said tak dilayan, bagaimana pula dengan penulis-penulis lain yang bukan berstatus SN,” ujar beliau selanjutnya.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo


JUMLAH WANG DIBAWA KELUAR
TERLALU BESAR DARIPADA BIASA!


Sekali persetua disuratkan orang banyak akan kejadian di pangkalan negara (atau kata anak cucu fakir Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur) semalam (3 Rabiulakhir 1429 atau 10 Mac 2008), menyebabkan orang-orang Temenggung (adapun ianya pada masa sekarang disebut orang ‘Polis Di Raja Malaysia’) berasa terkejut. Adapun jumlah wang yang dibawa keluar di pangkalan itu terlalu besar daripada kebiasaannya iaitu 1.5 juta wang Singapura (S$) atau kira-kira 3.45 juta wang Malaysia (RM). Arakian fakir diberitahu perihal itu seakan-akan kejadian yang berlaku di Australia beberapa tahun lalu yang membabitkan memanda Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Maka diberitahu kepada hamba rakyat hina dina sekalian memanda Menteri Besar itu tak tahu berbahasa orang putih, menyebabkan kurang arif ia akan undang-undang di negeri orang, adanya.



Syahdan pada masa sekarang dikatakan orang memanda menteri itu kononnya turut mengagih-agihkan wang di kementeriannya untuk ketua-ketua kampung di negeri Perak. Tak tahulah fakir sama ada ianya mengikut undang-undang atau tidak, kerana ketua-ketua kampung itu diletakkan di bawah kerajaan negeri, gamaknya. Sebermula berlaku dalam negeri Melaka itu kecurian, menyebabkan rakyat jelata menjadi takut akan kehilangan harta benda mereka. Maka oleh Sultan Alauddin Riayat Shah dikeluarinya bersama dua orang pengawal, lalu dibunuh pencuri yang bermaharajalela. Setelah diberitahu kepada Temenggung Seri Maharaja (Tun Mutahir) akan baginda sendiri mengeluari pencuri itu, maka berkawallah ia bersungguh-sungguh. Arakian siapa sahaja berjalan malam akan dibunuh oleh Temenggung. Maka seorang pencuri diparang oleh Temenggung tangannya lalu putus hingga tersangkut pada alang kedai seperti disebut:






HIDUP BAHASA MELAYU!

Friday, April 11, 2008

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG:



SETENGAH JAM BERBALAS SMS
APABILA PAK MANSAL VS PAK DHARMA



Assalamualaikum,



Seakan-akan lucu pula apabila selepas solat subuh berbalas-balas SMS dengan Penasihat ProWaris Haji Mansor Ahmad hampir setengah jam hari ini (10 April 2008). Apalagi Haji Mansor atau Pak Mansal tak berapa ingat sama ada pernah bertemu atau tidak dengan saya, kerana perbincangan mengenai isu ‘Wilayah Pembangunan Iskandar’ (WPI) di Kampung Baru tak lama dulu, saya lebih banyak berdiam diri berbanding dengan Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Memang dalam beberapa perjumpaan pimpinan PRIMA memberi ruang kepada Dato’ Kamal Amir bersuara atas kapisiti Jurucakap PRIMA. Justeru Pak Mansal lebih mengenali Dato’ Kamal Amir dalam isu diperjuangkan oleh PRIMA. Begitulah!



Sebelumnya pada malam (9 April 2008), aktivis teater di Pahang Sdr L. Mankadir Shamsi mengirimkan skrip TV menerusi emel, minta disampaikan kepada pengurusan syarikat pembikin slot drama TV, Puan Nelly Omar. Kebetulan pula Nelly Omar berada di Ipoh, justeru beliau tak sempat membaca skrip TV yang dikirimkan Sdr Mankadir. Kalaulah segalanya berjalan lancar, Sdr Mankadir diminta menulis skrip mengenai penghibur Sudirman Haji Arshad yang dijadikan slot drama. Tak tahulah dengan drama berkenaan, kerana pada dekad 1980-an pengusaha filem pernah mahu memfilemkan kisah Tan Sri P Ramlee, tetapi semuanya berkecai apabila dihalang oleh heh heh heh!


Bagaimanapun pengusaha filem terbabit sekadar rugi sejumah wang, sebaliknya bangsa Melayu kehilangan dokumentasi bermakna, di samping tiada penghargaan ke atas seniman legenda berkenaan. Malah satu ketika kisah kepahlawanan Leftenan Adnan juga sukar untuk difilemkan apabila dibantah oleh pihak-pihak berkaitan, malah galeri untuk memberi penghargaan kepada Pendeta Zaaba turut menghadapi rintangan. Kalaulah tak disebabkan kebijaksanaan Tan Sri Abdul Samad Idris mencari kos pembiayaan, mungkin sahaja galeri yang dinamakan ‘Teratak Zaaba’ tak menjadi kenyataan. Moga-moga skrip drama “Sudirman” yang ditulis Sdr Mankadir tak akan menghadapi rintangan. Mudah-mudahan!


Sudah menjadi lumrah di kalangan penulis Melayu pula ialah eksploitasi yang tak berkesudahan, sekalipun tugasnya sudah selesai. Maknanya, dengan tak disiapkan skrip mahupun manuskrip novel, proses mendapatkan slot di TV tentulah sukar. Sebaliknya apabila ‘shooting’ dimulakan, pelakon-pelakon dibayar imbuhan terlebih dulu, tetapi si penulis kena tunggu dan tunggu dan tunggu. Lainlah penerbitnya ‘baik hati’! Apabila saya diminta menulis buku autobiografi, penat lelah menyediakan manuskrip tak diberi kepedulian, sebaliknya si penerbit sudah menerima bayaran pendahuluan RM20,000 bagi memulakan proses mencetak. Atau secara mudahnya: Si penerbit tak akan berpeluang mencetak buku sekiranya tak mendapat manuskrip terlebih dahulu. Begitulah!

-Pak Dharma.


INFO HAK ASASI MANUSIA:

PM TUDUH AHLI UMNO BELOT
TAHAP KEJUJURAN KOMPONEN BN?


Menuduh aktivis UMNO belot pada pilihanraya ke 12 (PRU 12), 8 Mac 2008 adalah tak adil, apabila Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi atas kapisiti beliau Pengerusi Barisan Nasional (BN) tak menganggap parti-parti komponen mengambil langkah sama iaitu mensabotaj. Menurut pakar kaunseling Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah yang terbabit membantu calon BN di kawasan Parlimen Pekan pada PRU12 lalu, tak semua aktivis UMNO mensabotaj calon-calon BN. Malah calon UMNO juga tewas di tangan calon bukan Melayu misalnya di Parlimen Nibong Tebal, di Pulau Pinang, beritahu Dato’ Dr Mohd Mansor selanjutnya. “Kenapa salahkan ahli-ahli UMNO sahaja, ketika calon-calon BN ramai tewas di kawasan bandar,” beliau menambah.



Dato’ Dr Mohd Mansor yang juga bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM mengulas desas desus lebih 400 ahli MCA di salah satu bahagian di Selangor menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini (10 April 2008). Menurut beliau lagi, sekiranya desas desus itu benar pihak pimpinan BN perlu meminta penjelasan parti komponen berkenaan yang sudah memberi jaminan untuk memulihkan semula penstruktoran pentadbirannya. Beliau turut mengakui, pada pilihanraya sebelum ini pimpinan Wanita dan Pemuda, seterusnya Puteri UMNO mengambil bahagian aktif membantu kemenangan calon-calon komponen BN di kawasan majoriti bukan Melayu. “Ketika membantu kempen calon-calon UMNO di kawasan Felda di Parlimen Pekan saya menyedari banyak kelemahan sendiri perlu diperbaiki,” kata Dato’ Dr Mohd Mansor.



‘COUNTDOWN’ DI KELAB SULAIMAN
CABARAN KEPADA TAN SRI MUSA HASSAN


Pelancaran ‘countdown’ di Kelab Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur 14 April 2008 ini menjadi cabaran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sama ada beliau membenarkan agenda tersebut diteruskan mahupun sebaliknya, kata Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Beliau memberitahu sekretariat PRIMA pagi ini (10 April 2008) mengenai pakatan pembangkang dijangka menggerakkan malam ‘countdown’ 14 April ini sebagai manifestasi kebangkitan mereka selepas pilihanraya 8 Mac 2008 lalu. Kata Dato’ Kamal Amir, “Pakatan terbabit dilaporkan sudah memohon permit polis, malah dengan mendominasi 11-1 kawasan Parlimen di Lembah Kelang, pihak polis mungkin sukar bagi menolak permohonan tersebut.”

Dato’ Kamal Amir percaya gerakan ‘countdown’ itu mampu melonjak keterampilan Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila tempoh sekatan berpolitik ke atasnya berakhir, justeru cabaran sebenar pimpinan negara di bawah Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula. Menurut Dato’ Kamal Amir PRIMA sudah dihubungi oleh pelbagai pihak yang mahu tahu bagaimana langkah boleh diambil bagi menghalang program ‘countdown’ itu sekalipun di peringkat awal dianggap ianya ‘perhimpunan aman’. Kata Dato’ Kamal Amir lagi, PRIMA sekadar memberikan mesej seperti kempen pilihanraya lalu, sebaliknya langkah susulan adalah di tangan aktivis UMNO sendiri. “Sudah tentu malam ‘countdown’ 14 April ini sebagai manifestasi kebangkitan pakatan pembangkang di bawah Dato’ Seri Anwar,” beritahu Dato’ Kamal Amir.


KOMENTAR:
bersama Pak Parjo


MENCARI KUASA KEHAKIMAN
HILANG BERSAMA SEJARAH SILAM

Syahdan bertitahlah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin dalam persidangan hakim-hakim di negeri Melayu, supaya dikembalikan kuasa kehakiman berikutan sejarah silam yang menggugatnya. Baginda bertitah di hadapan lebih 90 hakim di pelbagai peringkat semalam (2 Rabiulakhir 1429, atau disebut juga oleh anak cucu fakir 9 April 2008). Arakian disebut orang banyaklah akan perihal perbuatan memanda Perdana Menteri terdahulu yang mengusir hakim-hakim tak sehaluan dengannya, disebabkan ia mengingatkan memanda Perdana Menteri sekarang akan pentadbirannya yang serba goyah, goyang dan goncang! Maka berkatalah di dalam hati fakir, kenapa ketika kejadian itu berlaku, tak seorang pun orang-orang besar sekalian menyanggah akan perilaku yang ditunjukkan oleh memanda Perdana Menteri.


Arakian tersebutlah perkataan Raden Kelang anak baginda Sultan Mansor Shah dengan Raden Galoh Cendera Kirana, anak Betara Majapahit itu. Setelah baginda besar maka kasad Sultan Mansor Shah sungguh ada Raja Ahmad, saudara Raja Muhammad, dirajakan di Pahang itu, Raden Kelang hendak dirajakan baginda. Pada suatu hari Raden Kelang bermain ke kampung Keling. Maka orang pun mengamuk, hingga sekalian para pengawal habis lari. Raden Kelang pun menghunus keris menantikan orang mengamuk itu. Apabila orang mengamuk itu datang sama-samalah menikam, seorang rebah ke kiri seorang rebah ke kanan. Segala kejadian itu dipersembahkan kepada sultan. Maka segala orang yang mengiringkan Raden Kelang itu habislah dibunuh baginda mengikut akan kehakiman pada masa itu dalam ‘Kitab Melayu’ yang diceritakan:







HIDUP BAHASA MELAYU!

Thursday, April 10, 2008

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)



DARI LAMAN BLOG:




TAK PRIHATIN KETUANAN MELAYU
GENERASI MUDA TAK FAHAM FUNGSI


Assalamualaikum,


Perjumpaan dengan YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Haji Mohd Sharip Othman hari ini (9 April 2008) turut membangkitkan sejarah perjuangan melawan Inggeris tahun 1883 oleh Dato’ Lela Maharaja Haji Sahil (Undang Luak Rembau ketika itu). Berikutan generasi muda sekarang tak faham fungsi ketuanan Melayu, menyebabkan masyarakat tak prihatin dengan prinsip perluanya ia dipertahankan. Barangkali! Memang saya bersetuju dengan YTM Dato’ Haji Mohd Sharip apabila beliau merungut mengenai murid-murid sekolah di luak (daerah) Rembau tak mengenali dirinya, di samping tak faham institusi ‘Undang Yang Empat’. Apalagi pada period penjajahan Inggeris fungsi ‘Undang Yang Empat’ turut diperlekeh seperti insiden memecat Dato’ Haji Sahil (1883) dan Dato’ Bandar Tunggal di Sungai Ujong (1874).


Menerusi pengalaman saya selaku penyelidik bagi ‘Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan’ sejak 1989, secara historikal ‘Undang Yang Empat’ turut menanda tangan proklamir kemerdekaan bersama Yang Dipertuan Besar bagi pihak Negeri Sembilan. Malah mereka juga terbabit dipaksa oleh Harold Mac Michael ketika menerima ‘Malayan Union’ pada November 1945. Maknanya, pemerintahan Negeri Sembilan tak berfungsi sekiranya sebarang dokumen ditanda tangan oleh Yang Dipertuan Besar secara bersendirian, sebaliknya perlu disertai oleh ‘Undang Yang Empat’ termasuk Tunku Besar Tampin. Ironinya, sekarang di jabatan-jabatan kerajaan di daerah Rembau termasuk di sekolah-sekolah gambar YTM Undang Luak Rembau tak digantung sama seperti Yang Dipertuan Besar, Perdana Menteri dan Menteri Besar. Aduhai!

Apalagi bangsa Melayu terikut-ikut dengan orientalis barat dengan memanggil YTM Undang Yang Empat sebagai ‘Tok Rembau’, ‘Tok Sungai Ujong’, ‘Tok Jelebu’ dan ‘Tok Johol’. Sebelum penjajahan Inggeris, ‘Undang Yang Empat’ dipanggil ‘Orangkaya’ seperti legasi ketuanan Melayu sejak di Melaka. Misalnya, kalau Hang Tuah dipanggil ‘Orangkaya Laksamana’, justeru ‘Undang Yang Empat’ dipanggil sebagai ‘Orangkaya Rembau’, ‘Orangkaya Sungai Ujong’, ‘Orangkaya Jelebu’ dan ‘Orangkaya Johol’ iaitu sebagai panggilan hormat. Ketika istiadat mengadap di balai(rong) juga disebut ‘hamba datuk’ atau ‘ke bawah kaus’ bagi pembesar-pembesar adat membahasakan diri mereka, di samping ‘kami’ digunakan oleh ‘Undang Yang Empat’.


Bagaimanapun selepas ‘pemerintahan rakyat’ (sebenarnya hegemoni kuasa politik), fungsi ‘Undang Yang Empat’ seolah-olah diperlekeh, hingga dianggap pemerintahan ‘raja berperlembagaan’ di Negeri Sembilan diletakkan di tangan Yang Dipertuan Besar sahaja, sekalipun sebarang enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri perlu ditandatangani oleh Yang Dipertuan Besar dan Undang Yang Empat (termasuk Tunku Besar Tampin dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong). Tak hairanlah orang tua-tua juga menyebut: ‘Sekali air bah, sekali pasir berubah; sekali zaman beredar, sekali resam bertukar’. Gamaknya!

-Pak Dharma.



INFO HAK ASASI MANUSIA:


AKTIVIS UMNO SECARA TERBUKA
MAHUKAN PAK LAH SEGERA UNDUR!


Penyair Yassinsalleh dari Pahang sudah menduga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Ahmad Tajuddin Sulaiman meletakkan jawatan hari ini (9 April 2008) berikutan kenyataannya semalam (8 April 2008) mendesak semua MT UMNO meletakkan jawatan. Gesaan Dato’ Ahmad Tajuddin menurut Yassinsalleh adalah jelas membabitkan semua Pengerusi Perhubungan Negeri yang secara automatis termasuk Dato’ Seri Adnan Yaakob (Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang), kerana mereka dilantik oleh MT. “Tetapi berapa ramai aktivis UMNO yang bersedia menerima risiko seperti sikap ‘anak jantan’ yang ditunjukkan oleh Dato’ Ahmad Tajuddin,” ujar Yassinsalleh ketika menghubungi sekretariat PRIMA.




Menurut Yassinsalleh, gesaan yang dibuat oleh Dato’ Ahmad Tajuddin adalah manifestasi sebahagian besar aktivis UMNO yang mahukan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur. Justeru katanya, Dato’ Seri Abdullah sudah jelas menerima signal di peringkat akar umbi supaya berundur, kerana tak ada alasan baginya untuk memulihkan semula UMNO setelah ditolak oleh rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lalu. Seterusnya Yassinsalleh turut mengakui menerima SMS daripada aktivis UMNO di Johor yang memberitahu 9 Bahagian dari 26 Bahagian UMNO turut mendesak Dato’ Seri Abdullah meletakkan jawatan. “Dato’ Seri Abdullah akan dikejutkan dengan keputusan tersebut apabila melawat Johor 11 April 2008 ini,” menurut Yassinsalleh.




INFO SASTERA & BUDAYA:


SANGGAR SAJAK.
Masih Adakah Lagi

Masih adakah lagi
pelacur di kalanganmu
bloggers?= = = = = = =
= = = = = = = = = = = =
= = = = = = = = = Masih
adakah lagi pelacur
di kalanganmu
wahai
bloggers?
Kiranya masih ada
katakanlah supaya senang
aku nak ……..
……..!

Boleh hutangkah?
setahu aku,
pondan kat belakang kowloon
boleh hutang,
tapi
jantan
tua mulut berpekung
tak taulah pula aku
boleh
hutang ke tidak.

Apapun jua
tolonglah beri aku tahu
duhai
para bloggers,
masih adakah lagi
jalang tersembunyi di kalangan
kalian?
aku nak jadi agen
komisyennya heh heh heh!

-yassinsalleh
jam 1551, April 09, 08.


Menafsir Naratif Tiong

Tinggikan vokalmu
lantang di padang lapang
menafsir keberanian sang dewata
di singgahsana warga margastua
di hujung pesisir waktu
angin belantara rindu
& biarkan kepongahan sang tiong
membentak di setiap penjuru
dengan omong yang semakin kosong.

Ah, aku semakin keliru
tak mengenali bayangku
yang retak di bucu batu-batu
mengilir luk pamung sari
mencari semilir angin lelah
di peseban, di balairong, di anjung istana
& kita memencak di sekeliling gelanggang
memerhatikan langkah sumbang.

Tiba-tiba vokalmu
jatuh di tepi jendela
sang tiong berligar mencari kata-kata
dengan lidah tersimpul
pitah berbicara -
& aku semakin pintar berdusta!

Dharmala N.S.
Kuala Lumpur, April 08.


KOMEN DARI UTARA
ASALBAYU CARI "MELAYU MUDAH LUPA"


MELAYU MUDAH LUPA - ANTOLOGI PUISI7 April 2008 - Penulis telah dihubungi oleh pihak akhbar Siasah bertanyakan di mana boleh dapat antologi MELAYU MUDAH LUPA seperti ulasan saya dalam akhbar Siasah 6 - 12 April, bilangan 0092. Khabarnya ada banyak orang bertanya di mana boleh dapat buku berkenaan. Penulis membelinya di sebuah kedai menjual akhbar di Alor Setar beberapa minggu sebelum tibanya tarikh Pilihanraya Umum Ke-12 lalu.Nombor telefonnya tidak terdapat pada naskhah kecuali alamat e-mail : pjbc_kj@yahoo.comAlamat penerbitnya : Putrajaya Bumi Communications Sdn Bhd, 210-Block D Aras 2, Kelana Business Centre, Jalan 7/26, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Penulis pada hari yang sama juga menghubungi seorang sahabat yang ketika itu berada di Kuala Lumpur. Beliau memaklumkan bahawa Ketua Satu Angkatan Sasterawan Nasional Negeri Kedah (ASASI), Sdr. Shaidun Hj Shaari bermaksud meletakkan jawatan kerana tidak sehaluan dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang kini dikuasai oleh PAS. Beliau khabarnya adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Setar. Penulis fikir-fikir tidak menjadi kesalahan jika beliau terus menerjui ASASI kerana organisasi penulis tersebut bukan diwujudkan oleh UMNO atau mana-mana organisasi politik yang sah.

Manakala ahli-ahlinya juga menganut ideologi politik yang berbagai. SN Shahnon Ahmad adalah Ketua Satu yang pertama dan pengasasnya itu pernah jadi Ahli Parlimen atas tiket PAS. Manakala novelis tersohor, Azizi Haji Abdullah pernah bertanding pilihanraya atas tiket PAS kemudian pernah jadi Penasihat ASASI. Entahlah. Malas penulis nak fikir panjang-panjang berkenaan perkara ini.Bagimanapun penulis berpendapat sangat elok jika ada pihak-pihak tertentu mengambil inisiatif mengadakan acara baca puisi MELAYU MUDAH LUPA yang bakal dipenuhi oleh penyampaian/deklamasi sajak-sajak yang termuat dalam antologi ini yang berjumlah 75 buah semuanya itu.



KOMENTAR
bersama Pak Parjo


TUKANG CANANG TERSALAH TITIR
HAMBA RAKYAT PULA TERSALAH FIKIR

Sebermula dipukul canang ke seluruh negeri fasal di Selangor dibenarkan membuka ladang babi di Sepang, Selangor seperti dititir orang hari ini (2 Rabiulakhir 1429 atau disebut anak cucu fakir 9 April 2008). Maka diberitahu kepada fakir oleh orang banyak melambak-lambaklah lembar surat yang disuratkan pemukul canang, oleh kerana meluat hamba rakyat dengan perangai yang tak berubah-ubah. Syahdan ramailah orang-orang besar memanda Perdana Menteri disingkir hamba rakyat kerana perbuatan penyurat-penyurat dan pemukul canang sebelum 30 Safar 1429 (atau 8 Mac 2008), yang menyebab hamba rakyat hina dina meluat-luat. Adapun ladang babi di negeri Selangor itu sudah bertahun rakyat jelata di Rawang menghidu bau busuk disebabkan ladang babi ketika ianya diperintah oleh orang-orang besar memanda Perdana Menteri.

Arakian tersebut akan Sultan Mansur Shah murka akan bendahara, tiga hari tak ditegurnya kerana tak mahu merajakan Sultan Zainal Abidin di Pasai. Maka disuruh panggil laksamana, telah laksamana datang, maka baginda bertanya perihal bendahara sewaktu di Pasai. Maka laksamana berdatang sembah, berjahat bendara. Bertambah murkalah sultan akan bendahara. Setelah esok harinya sultan keluar dihadap segala pegawai, semuanya ada mengadap, melainkan laksamana juga tiada. Maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil bendahara, lalu bertanya akan kelakun laksamana semasa di Pasai. Bendahara berdatang sembah mengabar segala puji-pujian akan laksamana, maka baginda memberi persalin selengkapnya kepada Bendahara Paduka Raja seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ oleh:





HIDUP BAHASA MELAYU!