Wednesday, January 21, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
S U A R A < < < > > > P R I M A
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG:

Assalamualaikum,

LANGKAH GENCATAN SENJATA ISRAEL:
BUSH TAK BERKUASA DI RUMAH PUTIH

Kepongahan Ehud Olmert melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 27 Disember 2008, adalah mencari kesempatan dengan tempoh kekuasaan George W Bush di Rumah Putih sehingga hari ini (20 Januari 2009). Justeru apabila ‘keldai peliharaan’nya Bush tak berkuasa lagi di Rumah Putih, regim Zionis pun mengambil langkah mengadakan ‘gencatan senjata’. Dengan langkah menguatkuasakan gencatan senjata selepas kejayaan membunuh orang awam Palestin ‘beramai-ramai’, sekalipun tewas kepada serang balas Hamas, regim Zionis sengaja mendabik dada menerusi propaganda terancang bagi memelihara moral negaranya

Bilangan besar kemusnahan pihak Israel yang disokong Amerika Syarikat, bukan sahaja tak menjejaskan Hamas, malah kedua-dua ‘bangsat’ itu dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Hari ini (20 januari 2009) Israel terpaksa menguatkuasakan gencatan senjata berikutan tamat tempoh penggal perkhidmatan Bush di Rumah Putih, kerana perjuangan panjang akan melebarkan lagi kemusnahan bagi pihak Tel Aviv. Kejayaan Israel hanya memusnahkan prasarana dan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam, tetapi adalah mustahil 13 orang sahaja pihak Yahudi terkorban termasuk tiga orang awam dalam tempoh 22 hari bertempur. Propaganda Yahudi dan AS menunjukkan mereka menang, tetapi hakikatnya mereka mengalami kekalahan fizikal dan mental.

Laporan akhbar ‘The Observer’ di London semalam (19 Januari 2009) juga mengakui rejim Zinois berkenaan gagal membebaskan tenteranya, Gilad Shalit yang ditawan oleh Hamas yang menjadi punca serangan dilancarkan. Apalagi pimpinan Hamas, Ismail Haniyeh turut mengakui pihaknya sebagai ‘kemenangan hebat’, sekalipun agensi berita Yahudi melaporkan 1,300 rakyat Palestin terbunuh di Gaza. Sebaliknya seorang Ahli Parlimen Israel, Yisrael Katz secara terbuka semalam (19 Januari 2009) mengakui beratus-ratus tentera Yahudi terbunuh dan tercedera dalam pertempuran 22 hari itu. Logiknya, Yahudi tak akan menghentikan serangan kalau sekadar ‘keldainya’ Si Bush tamat tempoh perkhidmatan, tetapi kemusnahan tenteranya mendorong mereka segera menghentikan serangan.

“Israel tak mencapai matlamatnya dalam pertempuran yang mengakibatkan ratusan askar Israel cedera,” beritahu Katz kepada agensi berita AFP. Kehancuran moral regim Zionis di Israel menambahkan lagi kebangsatan George Bush yang meninggalkan Rumah Putih sebagai ‘kutu belahak’ yang tak berguna. George Bush tak akan dikenang seperti keperihalan George Washington, Abraham Lincoln atau John F Kennedy, tetapi diingat dengan insiden ‘kasut terbang’ di Iraq. Pemulauan barang-barang keluaran AS mungkin sahaja tak membawa banyak implikasi kepada pembangunan ekonomi negara berkenaan, tetapi pemindahan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari New York ke negara lain lebih bermakna kepada keamanan dunia. Apalagi AS tak layak menjadi lokasi ibu pejabat PBB dengan rekod jenayah perangnya lebih dahsyat daripada Jerman mahupun Jepun pada dekad 1940-an.

-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA

TREND PEMIKIRAN PENGUNDI MUDA:
TAK MENYUMBANG KEKALAHAN UMNO

Kekalahan UMNO dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari 2009, bukan disumbangkan oleh trend pemikiran pengundi muda, sebaliknya kebobrokan UMNO yang sukar dibendung, menurut bekas Exco Pemuda UMNO Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Katanya, adalah tak munasabah dalam tempoh tak sampai setahun daripada tarikh PRU12 (8 Mac 2008), trend pemikiran tersebut mampu mengubah senario politik sekarang. Kalau pada PRU12 UMNO menang di Kuala Terengganu menerusi pengundi yang sama, justeru tak perlu menyalahkan pengundi muda dengan kekalahan yang dialami akibat kebobrokan UMNO yang teruk. “UMNO menyangka propaganda media arus perdana dan mencurahkan peruntukan berjuta-juta ke Terengganu mampu dilestarikan, tetapi taktik berkenaan sudah ketinggalan masa,” jelas Dato’ Kamal Amir.

Seterusnya beritahu Dato’ Kamal Amir, UMNO perlu membawa pendekatan baru menerusi propaganda berhemah, menghapuskan ‘politik wang’ dengan pemborosan ketara dan tak membodohkan orang Melayu, kalau mahu terus dihormati. Calon UMNO Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga bukanlah menyumbangkan kepada kekalahan tersebut, sebaliknya UMNO dikalahkan oleh bayang-bayangnya sendiri menerusi siri propaganda melaga-lagakan komponen pihak lawan. Kata Dato’ Kamal Amir lagi, mesej amat jelas ditujukan kepada pimpinan UMNO sekarang sama ada mahu berundur secara terhormat atau di’sejarah’kan oleh bangsa Melayu. “Perubahan politik sekarang semakin ketara iaitu calon menjadi pilihan bukannya parti, kerana yang melakukan kesalahan ialah ‘orang’ bukannya ‘parti’,” kata Dato’ Kamal Amir menambah.

PENAMPILAN ‘MAT REMPIT’ KAMPUNG:
‘ANAK MUDA’ BUAT WARGA EMAS BENGANG

Lumba haram yang dipopularkan ‘Mat Rempit’ bukan sahaja membingungkan pasukan polis di kota, malah membengangkan warga emas di desa, beritahu Pakcu Roseli Deraus, 60 dari Jelebu, Negeri Sembilan. Memberitahu sekretariat PRIMA, Pakcu Roseli kecewa dengan gelagat anak-anak muda terbabit dengan lumba haram di daerah ini. Katanya, ‘Mat Rempit’ terbabit memilih malam Ahad iaitu melewati jam 12 malam, bagi setiap perlumbaan haram bermula di Bukit Tangga hingga ke Kampung Chennah melalui pekan dan balai polis Kuala Kelawang. “Bagaimanapun tak diketahui sama ada mempunyai pertaruhan atau tidak, tetapi memang merunsingkan warga emas dengan gelagat anak muda Melayu sekarang,” beritahu Pakcu Roseli.

Sementara di Batang Berjuntai, Selangor dilaporkan ‘Mat Rempit’ mengadakan lumba haram di kawasan estet kelapa sawit yang turut membabitkan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi swasta berdekatan. Menurut sumber penduduk di sini, lumba haram terbabit memang mempunyai pertaruhan termasuk juga wang dan ganja setiap kali ‘Mat Rempit’ itu mengadakan perlumbaan. Kata mereka, lumba haram tersebut dijalankan pada waktu malam dengan lokasinya di jalan tak berturap minyak tar di tengah kawasan estet kelapa sawit. Pembabitan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi swasta dalam aktiviti ‘Mat Rempit’ mudah dikesan, apabila dilaporkan beberapa insiden kemalangan jalanraya dilaporkan berlaku berhampiran estet terbabit. “Anak-anak muda ‘Mat Rempit’ merasakan nyawa sudah tak berharga lagi,” menurut seorang penduduk tempatan.

INFO SASTERA & BUDAYA

BACA PUISI PASIR SALAK DITUNDA:
PROTES PPSMI TETAP AKAN DITERUSKAN

Majlis deklamasi puisi di Pasir Salak yang dijangka 24 & 25 Januari 2009 ditunda tarikhnya ke satu masa yang belum ditetapkan, berikutan masalah teknikal beritahu penyelarasnya Haji Yahaya Ismail (Pak Ya) semalam (19 Januari 2009). Bagaimanapun Pak Ya tak memberitahu masalah tenikal berkenaan, sebaliknya pihak penganjur sendiri meminta ianya ditangguhkan. Sebelum ini deklamasi puisi berkenaan yang dinamakan penganjurnya ‘SimfoniPUISI Pasir Salak’ dengan kerjasama PRIMA sudah menghubungi rakan-rakan penyair bagi menjayakannya. Majlis berkenaan yang disasarkan sebagai mesej dalam menentang PPSMI sudah menerima respons rakan-rakan penyair yang peka dengan isu yang menjejaskan kedaulatan Bahasa Melayu.

Justeru hari ini (20 Januari 2009) pihak sekretariat penyelenggara majlis deklamasi berkenaan, Yassinsalleh menghubungi PRIMA menyampaikan keputusan tersebut bagi pihak penganjur. Yassinsalleh dalam SMS kepada sekretariat PRIMA menjelaskan, “SimfoniPUISI Pasir Salak ditunda ke tarikh lain. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak penganjur majlis tersebut di atas telah memutuskan menunda majlis itu ke tarikh lain yang belum ditentukan. Oleh yang demikian majlis yang asalnya dijadualkan pada 24 & 25 Januari 2009 telah dibatalkan. Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Bagi pihak penganjur kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesediaan saudara untuk bersama menjayakan majlis itu. Kami juga memohon maaf di atas sebarangn kesulitan yang timbul kerananya.”

Sementara itu aktivis budaya di Pahang L Mankadir Shamsi memberi jaminan protes terhadap pelaksanaan PPMSI tetap akan diteruskan, sekalipun Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein memberitahu ianya akan ditangguhkan kepada tahun depan. Kata Mankadir, penangguhan baca puisi di Pasir Salak tak bermakna segalanya sudah berakhir, kerana di Semantan suara rakyat tetap bergema. Beliau seterusnya menambah, penangguhan di Pasir Salak akan menjadi simbolik dengan kebangkitan di Semantan apabila Dato’ Maharajalela gugur pada 1876 ianya disambut oleh penampilan Dato’ Bahaman pula pada 1891. “Kita akan membawa majlis baca puisi ke Semantan sebagai manifestasi rakyat yang terus berkesinambungan meneruskan perjuangan,” Mankadir menjelaskan seterusnya.

INFO SUARA PROLITAR

ANAK BEKAS WARTAWAN DI IJN:
SIMPATI RAKAN PENULIS & BLOGGER

Anak bekas wartawan Hussein Yaakob yang juga pengendali laman blog Hashim Hussein Yaakob http://www.bigdog.blogspot.com/ dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 17 Januari 2009, kata aktivis masyarakat Sallehuddin Hashim. Ketika menghubungi sekretariat PRIMA, Sallehuddin memberitahu Hashim selamat menjalani pembedahan tetapi dimasukkan ke ICU pada 17 Januari 2009, berikutan tekanan darahnya (H/P) turun. Bagaimanapun menurut Sallehuddin, pengendali laman blog itu tetap ceria malah bersemangat untuk menulis di samping melestarikan laman blognya. “Namun dia kelihatan agak bertenaga dan tetap bersemangat, dan petang dipindahkan ke HDU bagi rawatan rapi,” kata Sallehuddin menambah selanjutnya.

Hashim yang lebih dikenali dengan ‘Prof’ turut meminta rakan-rakan pengendali blog mendoakan beliau semoga segera sembuh. Bagaimanapun Sallehuddin bagi pihak keluarga Hashim menggesa rakan-rakan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarganya. Sallehuddin juga berharap rakan-rakan blogger dapat meluangkan masa untuk menziarahinya di wad IJN, bagi memberi semangat kepadanya ketika berhadapan cabaran getir sekarang. “Saya menyeru rakan-rakan sudi menghulurkan bantuan kepada Hashim, di samping mohon doa rakan-rakan penulis dan blogger,” jelas Sallehuddin yang sempat menziarahi Hashim di IJN pada 18 Januari 2008. Mereka yang ingin memberi sumbangan kepada Hashim bolehlah menghubungi blog ‘bigdog’ atau terus menelefon Sallehuddin di talian 013-3022 627.

PERSAINGAN GOLONGAN MUDA & TUA:
TANAH PERKUBURAN YANG JADI MANGSA

Trend pemikiran yang membawa persaingan antara golongan muda dan tua, bukan sahaja membabitkan senario politik apabila pengundi-pengundi muda menolak gerakan politik konvensional, malah terikut-ikut di kalangan masyarakat. Di daerah Jelebu, Negeri Sembilan misalnya pengurusan tanah perkuburan Islam di Kampung Bacang Manting turut menjadi mangsa persaingan trend pemikiran ini, apabila golongan muda yang menguasai pengurusan memutuskan arah kiblat sebelum ini tak menepati kompas yang ditetapkan oleh pejabat agama. Berikutan keputusan tersebut berlaku insiden penggali kubur enggan meneruskan kerja-kerjanya pada Ogos 2007 lalu, kerana dianggap berlawanan dengan arah kiblat yang diguna pakai di tanah perkuburan yang sudah diasas pada 1820-an. Arah kiblat yang ditetapkan oleh golongan muda menyerong 15 darjah dari petunjuk arah kiblat sebelum ini.

Sepuluh tahun sebelum ini berlaku juga kekecohan mengenai arah kiblat bagi Masjid ar-Rahimah di Taman Greenwood, Gombak apabila golongan muda mempertikai arah kiblat masjid yang sudah dibina lebih 10 tahun sebelum berdasarkan petunjuk arah kiblat yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Justeru berdasarkan permuafakatan golongan muda, arah kiblat Masjid ar-Rahimah diserongkan 9 darjah ke kiri apabila ianya digunakan kompas yang lebih tepat. Kononnya! Bagaimanapun pakar meteorologi juga mengakui peredaran cakerewala akan berubah, tetapi tak bermakna arah kiblat turut berubah. Dengan peredaran cakerewala berubah tak semestinya petunjuk arah kiblat berasaskan kepada kedudukan matahari seperti keperihalan tanah perkuburan Islam di Kampung Bacang Manting di Jelebu, diserongkan ke kanan hingga 15 darjah.

Peredaran cakerawala boleh dikesan kepada kedudukan matahari di lokasi Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor apabila bayang rumah di Jalan SG 9/1 akan memanjang menutupi jalan dalam tempoh tiga bulan iaitu Oktober membawa kepada Disember setiap tahun. Bayang berkenaan akan memendek pada Januari hingga April menyebabkan jalan berkenaan terdedah kepada cahaya matahari, tetapi akan kembali sederhana pada Mei membawa kepada September iaitu sebahagian sahaja jalan tersebut ditutupi bayang rumah. Fenomena berkenaan mungkin kurang diselusuri oleh golongan muda terbabit sekalipun mereka memang peka dengan kepentingan agama. Sebaliknya apabila berlaku perpecahan di kalangan masyarakat dengan trend pemikiran yang terlalu ekstrim, ianya memerlukan pendekatan yang lebih rasional. Barangkali!

KOMENTAR
bersama Pak Parjo

MASALAH IKTISAD & PERALIHAN KUASA:
PERGILAH ORANGKAYA KE NEGERI ARAB

Sebermula pergilah Orangkaya Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke negeri Arab iaitu Baharin kerana mahu mempertingkatkan perdagangan. Bertemulah Orangkaya Dato’ Seri Abdullah dengan Putera Mahkota negeri itu, Sheikh Salman Hamad Isa al-Khalifa kerana urusan perdagangan, ketika masalah iktisad di dunia kian sukar, khabarnya! Syahdan kelihatan juga Orangkaya Menteri Luar Dato’ Seri Rais Yatim ikut sama dalam rombongan perdagangan; apalagi tersebutlah Orangkaya Menteri Perdagangan Antarabangsa Tan Sri Muhyiddin Yassin khabarnya ke negeri Arab itu. Arakian tinggallah Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meratapi kekalahan harakah Melayu (UMNO) dalam pilihanraya di Kuala Terengganu 21 Muharam 1430 (17 Januari 2009) yang lalu.

Syahdan maka Raja Muhammad diserahkan baginda pada Seri Bija Diraja, disuruh rajakan di Pahang. Maka Tun Hamzah menantu Seri Amar Diraja, digelar baginda Seri Amar Diraja, maka dijadikan bendahara Pahang dan diberi yang layak jadi penghulu bendahari, dan yang patut jadi temenggung, maka itulah yang dinamakan peralihan kuasa pada masa itu, adanya. Telah itu maka Seri Bija Diraja kembali ke Melaka. Maka negeri Melaka makin makmurlah, masyhorlah peri kebesaran Melaka itu dari atas angin datang ke bawah angin. Sebermula oleh segala Arab dinamainya Malakat, tempat perhimpunan segala dagang. Adapun zaman itu sebuah negeri pun tiada menyamai Melaka, melainkan Pasai dan Haru, tiga buah negeri itu juga sama besarnya. Oleh itu tiadalah ia berlaku peralihan kuasa, kerana ia berdagang dengan negeri Arab seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ oleh:











HIDUP BAHASA MELAYU!

Saturday, January 17, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
S U A R A < < < > > > P R I M A
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:


SOLAT HAJAT UMAT ISLAM
ISU PALESTIN MENCEMAR KESUCIAN

Assalamualaikum,


Sudah berturut-turut Jumaat hari ini (16 Januari 2009), jemaah setia di Masjid al-Khairiyyah, Taman Seri Gombak mengadakan solat hajat selepas selesai solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT menyelamatkan umat Islam Palestin. Memang tak diberi sebarang publisiti kerana solat hajat di samping derma yang dihulurkan wajar dilestarikan ‘tangan kanan memberi, tangan kiri juga tak tahu’. Begitulah! Keberangan umat Islam terhadap Israel sekadar disampaikan menerusi mesej, disebabkan buat masa sekarang ‘hari dia’ yang diperkuatkan dengan senjata dan militan Amerika Syarikat (AS). Justeru isu Palestin perlu dilihat sebagai lanjutan ‘Perang Salib’ Salehhuddin al-Ayubi, bukan sekadar berkaitan politik al-Fatah dan Hamas!

Dana membantu rakyat Palestin terutama perubatan, kemanusiaan dan pakar-pakar kedoktoran seperti digerakkan oleh Mercy Malaysia atau Aman Malaysia, adalah perkara yang berbeza daripada solat hajat. Bantuan secara fizikal memang berbeza dengan yang berbentuk spritual, malah tak kelihatan di media massa, publisiti atau hurah hurah hurah! Justeru sumbangan jemaah Masjid al-Khairiyyah berturut-turut Jumaat mengadakan solat hajat tak diketahui oleh penduduk Palestin mahupun PBB. Mudah-mudahan Ehud Olmert atau George W Bush (satu ketika dulu tercekik biskut) akan mengulangi pula nasib Ehud Barak yang berbulan-bulan koma dalam keadaannya ‘hidup segan mati tak mahu’. Insya Allah!

Apabila bakal Presiden AS pertama daripada kulit hitam Barrack Hussein Obama mendakwa Osama Laden masih musuh nombor satu negaranya, umat Islam juga harus mengambil pendekatan bersama AS dan Yahudi adalah musuh nombor satu umat Islam. PBB juga tak boleh diharapkan selagi sekretariatnya berpusat di AS, kerana negara Yahudi itu sendiri diwujudkan oleh PBB menerusi Resolusi 181 pada November 1947. AS dan PBB seolah-olah mahu memaksa negara-negara Islam mengiktiraf Israel, justeru gerakan ketenteraan disasarkan kepada Iraq dan Afghanistan bagi menakut-nakutkan umat Islam. Apalagi Mahmoud Abbas yang kalah dalam pilihanraya Palestin dijadikan boneka Yahudi dan AS di Palestin yang kononnya mahukan perdamaian. Bagi Yahudi dan AS, perdamaian ialah mematuhi segala kemahuan mereka dengan menjadikan Mahmoud Abbas boneka di Palestin.

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU
TERUSKAN ‘PILIH CALON BUKAN PILIH PARTI’

Pengundi-pengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu wajar untuk meneruskan motto bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu pilih calon bukan pilih parti. Sebelum PRU12 lagi Tun Dr Mahathir sudah mengingatkan rakyat Malaysia supaya memilih calon bagi memastikan mereka diwakili oleh pimpinan yang perihatin dengan masalah rakyat. PRIMA menyokong mesej yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir, bagi mengajak pengundi-pengundi keluar dari kepompong ‘kebangsatan’ di samping menolak perhambaan minda. Justeru pengundi-pengundi tak perlu terikat dengan sumbangan UMNO di masa lalu, kalau calonnya tak mencerminkan perjuangan UMNO yang diasaskan untuk kepentingan Melayu.

Langkah mencurahkan peruntukan ke Terengganu yang diklasifikasikan bukan rasuah atau bertujuan memancing undi, sebaliknya sudah dirancang beberapa tahun sebelum ini adalah jelas meneruskan tradisi ‘perhambaan minda’. Rakyat di Sarawak yang diganggu bencana banjir, lebih wajar diberikan peruntukan sekarang berbanding Terengganu. Atau peruntukan tersebut boleh disalurkan sebelum pilihanraya kecil, kerana pimpinan UMNO sendiri menyedari ‘rasuah politik’ hampir memusnahkan mereka. Tun Dr Mahathir turut mengakui hanya dengan RM200 seorang disogokkan kepada perwakilan di Bahagian Kubang Pasu, beliau sekadar memperoleh undi kesembilan bagi memenuhi kouta tujuh delegasi untuk ke Perhimpunan Agung UMNO. Heh heh heh!

-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA:

BABI MASUK KE KAWASAN MASJID
RAHSIAKAN SUPAYA TAK TERSEBAR

Umat Islam yang mencari perlindungan di masjid ketika berhadapan mala petaka, tetapi melupakan semula selepas terlepas bencana dianggap lebih teruk daripada regim Zionis di Israel, kata pendakwah Ustaz Rizal ketika menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid al-Khairiyyah, Taman Seri Gombak hari ini (16 Januari 2009). Serentak dengan itu beliau menarik perhatian kepada insiden yang berlaku di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini apabila babi memasuki masjid berikutan spesies haiwan berkenaan terancam oleh pembangunan di persekiataran. “Babi pun tahu mencari perlindungan di masjid ketika spesiesnya terancam, menyebabkan orang ramai menjadi panik dengan kehadiran haiwan itu,” beritahu Ustaz Rizal.

Beliau mendedahkan isu babi masuk ke masjid sekalipun cuba dirahsiakan oleh pihak jawatankuasa masjid terbabit, bagi menjadi iktibar kepada umat Islam yang berebut-rebut ke masjid ketika berlaku malam petaka. Menurutnya, selepas tragedi tsunami banyak masjid di Selangor terutama sekitar Shah Alam menjadi tumpuan untuk beribadat, tetapi sekarang suasana di masjid-masjid kembali seperti sebelum tragedi tsunami, ujar beliau menambah. Seterusnya dengan tragedi pencerobohan regim Zionis ke Gaza sekarang, masjid menjadi tumpuan umat Islam bagi mengadakan solat hajat di samping mengutip dana membantu Palestin. “Janganlah selepas keadaan di Palestin reda, umat Islam kembali rileks dan tak pedulikan lagi masjid,” menurut beliau selanjutnya.

HASSAN ALI PIMPIN QIAMULAIL
JEMAAH DIGESA KE MASJID 4 PAGI

Exco Selangor Dato’ Haji Hassan Mohd Ali memimpin qiamulail di Masjid al-Khairiyyah dengan mengajak jemaah ke masjid mulai jam 4.00 pagi, Sabtu 17 Januari 2009. Beliau seterusnya memberikan kuliah subuh kepada jemaah sebagai gerakan memakmurkan masjid yang sebelumnya didominan oleh pimpinan UMNO. Dato’ Haji Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) kawasan Gombak Setia mengambil inisiatif turun padang menggerakkan qiamulail di masjid berkenaan. Bagaimanapun menurut bekas nazir masjid terbabit Haji Ahmad Radzi, aktiviti bagi memakmurkan masjid memang menjadi agenda terancang apabila pembinaan masjid siap dilaksanakan pada 2006. Program qiamulail, kuliah subuh, tazkirah Jumaat dan semua majlis ilmu digerakkan secara tersusun di Masjid al-Khairiyyah.

MENGALAMI GANGGUAN MINI-STROK
ABANG ENGKU DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia Syed Nor Adnan Dato’ Syed Abdullah (Abang Engku) dimasukkan ke Hospital Daerah Mentakab akibat gangguan mini-strok semalam (15 Januari 2009), kata aktivis sosial di Pahang L. Mankadir Shamsi. Abang Engku yang sentiasa bersama aktiviti PRIMA sebelum ini menelefon sekretariat yang mengakui beliau terjatuh di rumahnya di Lancang. Bagaimanapun Abang Engku dibenar pulang selepas menerima rawatan beberapa hari. Sebaliknya kata Mankadir malam ini (16 Januari 2009) beliau dihubungi oleh isteri Abang Engku memberitahu ia dimasukkan semula ke hospital. Disebabkan Mankadir masih di Kuala Terengganu membantu calon PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, beliau masih belum tahu lagi mengenai perkembangan Abang Engku.

INFO SASTERA & BUDAYA:

DALAM MELESTARI PIMPINAN DBP
JAUHKAN BUDAYA BURUNG TEKUKUR

Struktor pembangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bukan sekadar mahukan identiti Melayu menjana keperkasaannya, malah perlu dilestarikan dalam pimpinannya di samping menjauhkan ianya dikuasai ‘budaya burung tekukur’. Golongan yang dianggap antagonis budaya sebenarnya mempunyai kecintaan yang besar terhadap pembangunan Bahasa Melayu seperti pernah dilestarikan oleh Tun Syed Nasir Ismail dan Profesor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid. Bagi mengelakkan DBP dikuasai ‘budaya burung tekukur’ ianya perlu dipisahkan daripada momentum Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang sebenarnya terlalu daif dalam perjuangan ormas. Justeru pimpinan DBP juga memerlukan kelainan pendekatan terutama yang membabitkan jatidiri bangsa setanding dengan keberanian Tun Syed Nasir dan Ungku Aziz.

Mungkin sahaja DBP memerlukan aktivis budaya dari kalangan yang berpengalaman dalam pentadbiran awam bagi jawatan pengerusinya seperti Dato’ Abdul Aziz Deraman (bekas Ketua Pengarah DBP) atau Mohd Affandi Hassan (bekas pengarah di beberapa kementerian) mahupun Dato’ Tengku Alauddin Abdul Majid (bekas KSU di kementerian kebudayaan, pelancongan dan kesenian). Dari kalangan pimpinan politik bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo juga antara tokoh yang cenderung dalam kebudayaan Melayu sesuai untuk jawatan Pengerusi DBP. Ketangkasan mereka disusuli beberapa nama yang layak menduduki kerusi Ketua Pengarah DBP seperti Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah (bekas Timbalan Naib Canselor HEP UTM) atau Drs A.F. Yassin (bekas editor pengurus di Penerbitan Fajar Bakti), mahupun Dato’ Chamil Wariya antara wartawan yang berpengalaman.

INFO SUARA PROLITAR:

BANTERAS PEMBOROSAN UMNO
JANGAN UNDI CALON DI TERENGGANU

Sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh Ogos 2008 terlalu banyak peruntukan dihantar ke kawasan berkenaan. Pengundi-pengundi di Permatang Pauh juga berasa bingung dengan kemurahan hati kerajaan pimpinan UMNO yang boros apabila pilihanraya. Sekarang kerajaan pimpinan UMNO memboroskan wang rakyat di Kuala Terengganu, dengan macam-macam peruntukan. Pakatlah semua rakyat dan adik kakak yang jadi pengundi di Kuala Terengganu, janganlah undi UMNO yang boros tak tentu fasal setiap kali menjelang pilihanraya. Jadikan Kuala Terengganu sebagai bermula protes membanteras pemborosan UMNO – (SMS; 16 Januari 2009; 21:36:14 – Nik Lah, pengundi DUN Ladang).

KOMENTAR
Bersama Pak Parjo

UMAT ISLAM BERPECAH BELAH
RAJA MUDA TERLALU BERDUKACITA

Syahdan terlalu dukacitalah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah akan nasib umat Islam di negeri ini kononnya berpecah belah, adanya. Baginda bertitah pada majlis penutup Perhimpunan Iktisad Islam Ketiga (KEI 3) di Kuala Lumpur semalam, 18 Muharam 1430 (15 Januari 2009). Arakian terlalulah gembira Orangkaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mendengar titah baginda itu, kerana merasakan dirinya sudahlah menjadi wira KEI 3 sekalipun sekalian orang banyak mengetahui akan kokoknya sahaja berderai-derai, ekor bergelumang taik jua. Maka baginda pun bertitah di depan orang banyak, “Sifat umah yang lebih taksub dan lebih setia kepada kumpulan masing-masing mengalihkan mereka daripada menuju kiblat yang sama.” Astaga!

Sebermula telah Maharaja Jaya melihat Tun Demang mati, maka baginda pun terlalu marah, segera menampilkan gajahnya, mengusir Seri Nara Diraja. Maka oleh Seri Nara Diraja ditikamnya dengan lembingnya, kena dada Maharaja Jaya, lalu mati. Telah dilihat segala orang Kampar, Maharaja Jaya dan Tun Demang sudah mati, maka segala orang Kampar pun pecahlah (tak pula disebut dalam ‘Kitab Melayu’ pecah belah). Maka diperikut oleh segala orang Melaka, sambil dibunuhnya lalu dimasukinya ke dalam kota sekali. Maka segala orang Melaka pun merampas, terlalu banyak beroleh rampasan. Syahdan gajah kenaikan Maharaja Jaya pun dapat dibawanya kembali ke Melaka. Maka kata segala orang banyak, kalau tak taksub dan setia kepada kumpulan masing-masing akan berlakulah seperti perihal orang Kampar dibunuh serta harta benda dirampas orang Melaka yang termaktub dalam ‘Kitab Melayu’ disebut oleh:


HIDUP BAHASA MELAYU!!!

Wednesday, January 14, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
S U A R A < < < > > > P R I M A
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG

MATLAMAT HANCUR UMAT ISLAM:
PROPAGANDA PERANG SARAF YAHUDI

Assalamualaikum,

Dalam tempoh 18 hari (14 Januari 2009) sejak selepas hari Natal, regim Zionis di Israel menggempur Gaza dengan matlamat untuk menghancurkan umat Islam di Palestin. Serangan yang digerakkan oleh Perdana Menterinya Ehud Olmert bagaimanapun gagal menembusi pertahanan Gaza, sebaliknya berundur juga akibat bedilan roket dan moter Hamas. Tetapi Israel menafikan kelengkapan perang mereka dimusnahkan oleh Hamas iaitu sebagai propaganda bagi mempertingkatkan semangat tenteranya. Memang Yahudi berbangga dengan taktik propaganda perang sarafnya, yang dianggap oleh pengkaji-pengkaji tasauf sebagai sifat-sifat ‘syaitan’kerana ianya berunsur ‘psaikologi’. Bagi pengkaji-pengkaji tasauf kaedah ilmu psaikologi adalah berkait rapat dengan ciri-ciri syaitan. Begitulah!

Fizikal Ehud Olmert dengan hidung besarnya memang menampakkan ciri-ciri syaitan, di samping rakan sekongkolnya George W Bush berhidung bengkok, lengkap sebagai khadam kepada regim Zionis itu. Apalagi Ehud Olmert sendiri mengakui memberi arahan kepada khadamnya Bush bagi menolak sebarang resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi tekanan kepada Yahudi. Sekalipun Ehud Olmert mampu memperkuda Bush dan PBB, tetapi dalam tempoh 18 hari berperang regim Zionis itu juga mengalami kerugian besar. Bukan sahaja kemusnahan kelengkapan perang atau naratif kehilangan jiwa tenteranya disembunyikan, malah mereka juga turut kerugian harta benda dan kerosakan prasarana.

Sekiranya tiada sebarang tentangan daripada Hamas, masakan regim Zionis masih lagi berligar-ligar di sempadan dalam tempoh 18 hari, dengan tak merempuh terus ke bandar Gaza sebagai penakluk? AS sendiri gagal menjadi penakluk di Iraq dan Afghanistan kalau tak dibantu oleh 28 negara-negara ‘bangsat’ termasuk dari Asia yang sanggup menyumbangkan tentera dan sumber kewangan. Jepun misalnya, yang bersetuju memberi bantuan dana kewangan dibenarkan semula mempertingkatkan kekuatan tentera selepas dihadkan berikutan kalah perang pada 1945. Korea Selatan pula diberi ganjaran dengan tokoh diplomatnya Bun Ki-mun dilantik menjadi Setiausaha Agung PBB, di sebalik muslihat AS dan Zionis yang boleh ‘membeli’ dan ‘menjual’ manusia. Aduhai!

Keputusan yang diambil kumpulan hak asasi manusia di Geneva hari ini (14 Januari 2009) mendesak masyarakat dunia menghadapkan ‘bapa pengganas’ Ehud Olmert ke mahkamah antarabangsa atas kesalahan ‘jenayah perang’ adalah mesej jelas ibu pejabat PBB harus dipindahkan ke Geneva. Pemulauan ke atas barang-barang produk AS wajar dilaksanakan dengan tak perlu merujuk kepada kerugian peniaga-peniaga seperti disebut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Shahrir Samad. Mereka wajar menerima risiko kerana mempromosi barangan produk AS, sekalipun dikatakan turut menyalurkan dana kepada rakyat Palestin.

-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA

HUKUM HUDUD DIGEMBAR GEMBUR:
MEDIA PERDANA CUBA ‘BANGANGKAN’ DIRI

Bekas Exco Pemuda UMNO bagi biro hal ehwal antarabangsa Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz melahirkan rasa kesal terhadap media arus perdana yang tak hiraukan saranan Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir mahukan UMNO dan PAS menerima ‘genjatan senjata’ 24 jam dalam kempen piihanraya kecil Kuala Terengganu bagi menggerakkan protes terhadap keganasan Israel ke atas Gaza. Katanya, cara media arus perdana mengeksploit isu ‘hukum hudud’ bukan sahaja bertujuan memecah belah Pakatan Rakyat, sebaliknya turut memecah belah orang Melayu. Justeru media terbabit menurutnya, turut ‘membangangkan’ diri sendiri yang mungkin sudah sedia bangang, bengang dan bingung. “Hukum hudud hanya dipolitikkan kerana pelaksanaannya perlu memansuhkan Perlembagaan Persekutuan sekarang,” beliau menambah.

Dato’ Kamal Amir yang juga Jurucakap PRIMA memberitahu, isu sebenarnya yang ditentang oleh pihak tertentu bukan ‘hukum hudud’, tetapi pelaksanannya yang tak boleh ‘ditempel’ atau ‘dipinda’ pada Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya lagi, sekiranya ‘hukum hudud’ mahu dilaksanakan ianya mestilah memansuhkan sepenuhnya struktor Perlembagaan Persekutuan sama seperti menebang pokok bagi digantikan dengan pokok yang baru. Sebaliknya parti pembangkang yang menentang ‘hukum hudud’ tak akan mampu menghalang kalau ianya dijadikan alternatif kepada Perlembagaan Persekutuan. “Justeru untuk berlaku adil lebih baik media arus perdana tak menggembar gemburkan isu berkenaan untuk kepentingan politik peribadi,” katanya lagi.

WIBAWA SYED HAMID DI BAWAH 0%:
GESA ANWAR MENGHINA PM MALAYSIA

Menteri Luar Dato’ Seri Syed Abdul Hamid Syed Jaafar Albar secara tak langsung mengiktiraf Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim lebih berwibawa daripada pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pun bakal Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Menyentuh saranan Dato’ Seri Syed Hamid meminta Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengaruhi pimpinan Amerika Syarikat (AS) menghentikan serangan Israel ke atas Palestin memperlihatkan wibawa beliau sebagai menteri kabinet jatuh di bawah paras kosong peratus, kata bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah. “Meletakkan Anwar lebih berpengaruh dari pimpinan UMNO, maknanya Hamid Albar tak yakin dengan Perdana Menteri, Pak Lah,” jelas Dato’ Dr Mohd Mansor.

Dalam laporan TV hari ini (14 Januari 2008), Dato’ Seri Syed Hamid Albar mencabar Dato’ Seri Anwar menggunakan pengaruhnya di kalangan pimpinan AS bagi meminta mereka mendesak Israel memberhentikan serangan ke atas Palestin. Selaku menteri kabinet, Dato’ Seri Syed Hamid Albar perlu yakin dengan kemampuan Perdana Menteri menanngani isu berkenaan, apalagi Dato’ Seri Abdullah sudah mengemukakan 10 usul yang diluluskan Parlimen, Isnin lalu sebagai deraf awal mendesak Kongres AS dan negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Sekiranya Dato’ Seri Syed Hamid Albar tak yakin dengan pimpinan PM, beliau wajar meletakkan jawatan dari kabinet,” beritahu Dato’ Dr Mohd Mansor selanjutnya.

INFO SASTERA & BUDAYA

AFFANDI YANG TAK BERKOMPROMI:
MEMINTA PERDEBATAN SIHAT SASTERA

Memang penampilan kritikan sastera Mohd Affandi Hassan sarat dengan idea yang kadangkala menimbulkan keberangan karyawan apabila kurang menelusuri secara bijaksana. Malah kebanyakan karyawan mudah ‘melenting’, asal sahaja diterjah oleh Mohd Affandi Hassan dengan teori-teori sastera yang dianggap arogan. Tetapi Mohd Affandi kekal dengan penampilannya yang tak berkompromi meminta perdebatan yang sihat secara intelektualisme setiap kali menyampaikan pandangannya yang kritis, mengetis dan memantis. Aduhai! Justeru buku ilmiah yang dihasilkan Mohd Affandi Hassan ‘Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan Penerapan’ terbitan Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM, Bangi (2008) semacam menuntut satu perdebatan ilmiah dari kalangan sarjana-sarjana sastera yang berketerampilan.

Mungkin sahaja Mohd Affandi tak disenangi oleh segelintir kalangan sarjana sastera, malah kalangan birokrasi dengan kritikan-kritikan keras yang dianggap radikal, tetapi tak semua menunggu beliau menerjah karya-karya mereka. Sekitar dekad 1960-an, memang Mohd Affandi dianggap pengkritik sastera yang konsisten melimparkan ideanya sama seperti Yahaya Ismail dan Hang Tuah Arshad. Kritikan keras terhadap ‘Sejarah Melayu’ diungkapkan secara berani oleh Mohd Affandi dalam frasa ‘Dua Mitos Agung’ dengan menyebut: “Pengarang hikayat ini tidak memberitahu kita berterus terang bahawa yang diidamkan perlente Tamil/Keling ini ialah anak dara Demang Lebar Daun yang cantik jelita tidak ada tandingannya itu.”

INFO SUARA PROLITAR

BERAS NASIONAL SUBSIDI K’JAAN:
PILIHAN PEKERJA BANGLA DAN INDON

Beras subsidi yang dikenali ‘kampit beras nasional’ harganya RM17.00 bagi 10 kilo. Bagaimanapun campuran dengan 15% beras hancur. Di pasaraya NSK Selayang pula, beras jenama Fadzilah mempunyai dua harga iaitu RM23.00 bagi ‘harga ahli’ dan RM24.00 bagi harga biasa. Campuran beras hancurnya hanya 5% sahaja. Bagi orang ramai, mereka memilih campuran 5% atau 10% beras hancur. Tak hairanlah beras subsidi itu kebanyakan diborong oleh peniaga nasi lemak dan pekerja Bangla. Maknanya, beras subsidi itu menjadi pilihan Bangla dan Indon. Atau dalam istilah lain beras nasional itu disubsidi oleh kerajaan untuk Bangla dan Indon. – (SMS; 14 Januari 2009; 10:37:22 – Man Cincai, Selayang, Selangor).

KOMENTAR
Bersama Pak Parjo

MENITIR CANANG PADA ORANG BANYAK:
KEIKHLASAN NAJIB BANGUNKAN TERENGGANU

Sebermula tersebutlah alkisah di sebuah negeri Melayu bernama Terengganu yang akan mengadakan pemilihan Orangkaya Kuala Terengganu pada 19 Muharam 1430 (atau 17 Januari 2009) ini. Syahdan berkatalah Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, kerajaannya ikhlas mahu membangunkan Terengganu menjadi negeri maju. Maka terfikirlah fakir bersama rakan-rakan yang lain selama ini gerangannya Orangkaya Dato’ Seri Mohd Najib tak ikhlas sangat mahu memajukan negeri Terengganu itu. Maka berkain sarung dan berbaju teluk belanga ia bersama sepupunya Orangkaya Dato’ Seri Hishamuddin Hussein ke rumah abang Dato’ Razali Ismail (bekas Orangkaya Kuala Terengganu, Allahyarham) bernama Mohamad Ismail di Batu Burok untuk menitir canang kepada orang banyak. Aduhai!

Arakian setelah Seri Maharaja jadi bendahara maka negeri Melaka pun makin makmur lagi dengan ramainya, kerana Bendahara Seri Maharaja terlalau saksama adil dengan murahnya, dan baik budi pekertinya pada membawa hati orang, terlalu sangat pada memeliharakan segala dagang. Begitulah dititir canang oleh anak cucu Melayu mengenai bendahara itu, adanya. Adapun adat kapal dari atas angin, apabila akan ke Melaka, serta membongkar sauh maka salawat mualimnya, disahut nakhoda dan saudagar sekalian, ‘Bandar Melaka, pisang jarum, air Bukit Cina, Bendahara Seri Maharaja.’ Sahut kelasi sekalian, ‘Orang berbayu tok, orang berbayu’ (maksudnya ialah orang Melayu), kerana kalua tak dititir canang tahulah orang banyak bendahara itu cucu Mani Purindam dari negeri Pahili di benua Keling seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ oleh:


HIDUP BAHASA MELAYU

Sunday, January 11, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
S U A R A < < < > > > P R I M A

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG

DASAR KEBINATANGAN AS & ISRAEL
ANCAM KEAMANAN MASYARAKAT DUNIA.

Assalamualaikum,

Laporan berita di radio Klasik Nasional tengahari ini (11 Januari 2009) menyebut Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir meminta ‘genjatan senjata’ 24 jam dalam siri kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bagi menunjukkan simpati kepada penderitaan rakyat Palestin dibuli oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS). Terpulanglah pada UMNO, PAS dan Bebas sama ada mahu menyahut seruan Dato’ Mukhriz atau pun sebaliknya. Kalau mahu melancarkan ‘genjatan senjata’ wajarlah ianya dimulakan oleh UMNO sendiri, dengan tak memperalatkan media perdana dan media elektronik untuk memprovok PAS; apalagi Bebas tak menjadi sasaran UMNO kerana dianggap tak beri persaingan apa-apa. Barangkali.

Malam semalam (10 Januari 2009), YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip Haji Othman, Undang Luak Rembau mempelawa makan malam di sebuah hotel terkemuka di Bukit Bintang dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur. YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip juga turut melahirkan simpati dengan tragedi berdarah yang menimpa penduduk di Semenanjung Gaza apabila menerima serangan bertali arus Israel sejak awal tahun baru. Bagaimanapun sebagai pemerintah dalam institusi beraja di Negeri Sembilan YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip sekadar mampu melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan rakyat Palestin, disebabkan YTM terikat dengan etika yang disebut dalam perbilangannya: ‘Tangan terikat ke langit, kaki terpasak ke bumi’.

Tetapi rakyat Malaysia tak mengira agama dan kepercayaan, tetap tak berkompromi dengan Israel dan AS yang menggerakkan ‘kebinatangan’ terhadap rakyat Palestin di Gaza. Malah secara pongah Israel menggunakan pesawat menggugur risalah propaganda pagi ini (11 Januari 2009) menyebut ‘Israel masih dahagakan darah rakyat Palestin’. Justeru janji bakal Presiden AS Barrack Hussein Obama untuk menangani isu Palestin selepas 20 Januari 2009, sekadar fantasi dongeng kerana pentadbiran AS tak mampu tunduk dengan kemahuan Israel. Golongan minoriti Yahudi di AS sudah tersebati sebagai kuasa mutlak di Rumah Putih, sekalipun siapa saya menduduki kerusi Presiden sama ada Parti Demokrat mahupun Parti Konservatif.

Penyelesaian terbaik demi keamanan dunia ialah perlunya wujud perimbangan kuasa di kalangan negara-negara yang mempunyai kekuatan militan bagi memantau AS dan Israel melaksanakan dasar ‘kebinatangan’. Dengan kekuatan tentera AS, tak hairanlah Israel menolak sebarang resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan dana pentadbirannya ditunjangi korporat-korporat Israel yang berselindung di sebalik kuasa ekonomi AS. Sebaliknya saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahukan urusniaga antarabangsa bertukar dari dolar AS kepada dinar Islam sukar diterima oleh pelabur-pelabur besar dunia. Tak tahulah kalau saranan Dato’ Mukhriz mahukan UMNO dan PAS menggerakkan ‘genjatan senjata’ di Kuala Terengganu boleh diterima secara telus, tulus dan turus. Heh heh heh!

-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA

MALAYSIA DIGESA AMBIL INISIATIF:
PINDAHKAN IBU PEJABAT PBB KE GENEVA

Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz menggesa kerajaan Malaysia mengambil inisiatif menggerakkan usaha memindahkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari AS ke Geneva sebagai langkah alternatif menangani isu Palestin. Menurut Dato’ Kamal Amir yang juga bekas Exco Pemuda UMNO Biro Antarabangsa, Geneva wajar dipilih sebagai lokasi baru PBB disebabkan resolusi di bandar berkenaan yang mewujudkan PBB dulu. Selagi ibu pejabat PBB masih di AS, ianya adalah harta milik AS dan Israel, hingga setiap resolusi yang diputuskan menjadi sampah yang sesuai dicampakkan ke longkang. “Dunia tak akan aman selagi ibu pejabat PBB di AS,” tegas Dato’ Kamal Amir.

INFO SASTERA & BUDAYA

SAYUTI PENULIS BUKU PROLIFIK:
SETELAH DUA KALI NAJIB BERJANJI.

Koleksi 46 buah rencana Haji Mohd Sayuti Omar termuat dalam bukunya ‘Perang Salib: Najib-Anwar’, iaitu himpunan penulisan yang dikutip menerusi laman blognya http//:http://www.msomelayu,blogspot.com/ di samping beberapa artikel yang tersiar di akhbar tabloid Siasah sejak Jun higga Oktober 2008. Memang Haji Mohd Sayuti antara penulis buku politik yang prolifik, malah sentiasa mendahului beberapa isu semasa menerusi inisiatifnya mencari sendiri secara eksklusif. ‘Perang Salib: Najib-Anwar’ sekadar menyingkap lanskap politik Malaysia selepas PRU12, bukan memfokuskan krisis terbuka Najib-Anwar dalam persaingan masing-masing mahu mencapai sasaran ke kerusi Perdana Menteri. Malah pada Bab 10, Haji Mohd Sayuti secara sinikal menempelak sumpah yang pernah dilafazkan oleh Najib.

Haji Mohd Sayuti bukan sahaja meragui sumpah (muhabalah), malah menyebut: “Dua kali timbalannya Mohd Najib Razak berjanji akan bersetia kepadanya. Sebaik dilantik menjadi TPM Najib melafazkan janji tidak akan menikam Abdullah dari belakang. Dan ketika termetrainya pelan peralihan kuasa beberap bulan lepas sekali lagi Najib berikrar akan bersetia dan berkerjasama bersama Abdullah.” Buku berkenaan dibahagikan kepada empat bahagian, tak memfokuskan kepada Najib mahupun Anwar sahaja. Dengan jumlah 223 halaman, ianya dijual RM20.00 senaskah; justeru boleh dipesan terus kepada penerbitnya TINTA MERAH, 55 Jalan Wangsa Siaga 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur atau telefon 019 2336996.

PEMERINTAH MEMANG TAK TEGAS:
DAULATKAN AGAMA, BANGSA & TANAH AIR

Lebih 50 tahun Malaysia merdeka namun rakyatnya gagal berkomunikasi dalam bahasa rasmi kerana itu Menteri Penerangan (Dato’ Ahmad Shaberey Cheek) masih menggunakan bahasa lain komunikasi, dan lebih 50 tahun jugalah tiada usaha pemerintah untuk tegas mendaulatkan perlembagaan negara, perjuangan agama, bangsa dan tanah air tercinta – (SMS; 11 Januari 2009; 14:44:43 – Dato’ Kamal Amir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur)

INFO SUARA PROLITAR

INFORMATIF DAN CETUSKAN MINAT
INSTITUSI BERAJA & KETUANAN MELAYU

Memang hebat sahabat. Sangat informatif dan mencetuskan minat. Selingan saudara tentang kaitan institusi beraja dan ketuanan Melayu sangat menarik. Kerana masyarakat kurang faham. Terutamanya Cina dan India. Mereka perlu tahu selagi ada raja – Melayu ada tuan. – (SMS; 10 Januari 2009; 00:39:59 – Dr Wahid Mohd Suhaimi, Batu Caves, Selangor).

TERINGAT CERITA LAMA SEORANG KAWAN
APABILA MENONTON PAK DHARMA DI TV

Sdr. Dharmala NS yang dihormati, Saya baru habis menonton Hello Malaysia Bernama TV. Bila lihat sdr. bicara pasal ketuanan Melayu NS, saya teringat cerita lama daripada seorang kawan yang bilang sama saya sdr. sepatutnya dilantik salah seorang undang, sekiranya tidak ada mainan politik. Tak tahulah sama ada teman itu hanya bergurau atau apa. Saya tak kisah, tapi saya gembira sdr. aktif kembali menulis. Tolong beri alamat rumah/pejabat untuk saya kirim buku saya terbaru Gagasan Persuratan Baru (2008). Selain itu, saya juga mohon buku yang disebut dalam program Hello Malaysia itu. Insha Allah jika ada peluang, saya ingin bersembang dengan sdr. di mana2 yang sesuai untuk mengetahui lanjut tentang ketuanan Melahyu ini. Saya harap sdr. tidak terganggu dengan e-mail ini. – (E-mail; 10 Januari 2009; 12:45:35 ­ – Saudara Mohd. Affandi)

KOMENTAR
bersama Pak Parjo

KALAU PERUNTUKAN BUKAN RASUAH:
GERANGAN APA PULA MAHU DIKATAKAN

Syahdan tersebutlah ceritera akan Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pergilah ia ke Kuala Terengganu. Maka Orangkaya itu tak semena-mena memberi peruntukan beribu-ribu ringgit seperti perihal di Permatang Pauh tempoh hari. Arakian ia memberitahu orang banyak pemberian itu bukanlah rasuah, tetapi adalah peruntukan. Maka berkatalah orang banyak, adapun dalam harakah Melayu (UMNO) itu pemberian juga peruntukan kepada cawangan dan Bahagian untuk mereka bermesyuarat. Sebermula tak dikira rasuah gerangannya oleh pengerusi tata tertib bekas Orangkaya Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddin. Syahdan ramailah orang-orang UMNO itu dilepaskan oleh pengerusi tata tertib kerana peruntukan bukanlah dikira rasuah. Maka peruntukan yang di Permatang Pauh dulu sudahlah senyap sekarang ini.

Arakian, maka tiada berapa lamanya, dengan takdir Allah Taala mahligai itu pun terbakar, tiba-tiba di atas kemuncak mahligai itu api. Maka Sultan Mansor Shah dan Raja Perempuan dan segala dayang-dayang habis turun dari istana itu ke istana lain; suatu pun tiada harta raja lepas; sekaliannya tinggal di dalam istana itu. Maka orang banyak pun datang hendak berlepas harta itu, terlalu sukar kerana timah atap istana itu hancur, turun seperti hujan yang lebat. Maka seorang pun tiada berani masuk mengambil harta raja itu. Maka bendahara pun berdiri menyuruh berlepas harta raja. Maka segala anak tuan-tuan berfikirlah dalam hatinya perihal istana itu dibina dengan keringat rakyat melalui macam-macam peruntukan yang dikatakan bukanlah rasuah seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:


HIDUP BAHASA MELAYU!

Friday, January 9, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
S U A R A < < < > > > P R I M A

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:

ISU PALESTIN ‘KEBINATANGAN’ YAHUDI
RUMAH PUTIH & PBB SALAHKAN HAMAS

Assalamualaikum,

Bantahan masyarakat antarabangsa terhadap ‘kebinatangan’ regim Zionis di Israel, di samping ‘kebangsatan’ pendekatan George W Bush dalam isu Gaza dan rakyat Palestin sejak awal tahun ini, seolah-olah mencurahkan air ke padang pasir yang kering kontang. Bukan sahaja ‘kebinatangan’ Yahudi berterusan hingga dalam tempoh 11 hari dianggar 683 terbunuh, dengan Presiden Mahmoud Abbas terus bersekongkol dengan regim Bush. Harapan perdamaian yang ditunggu dari AS, hanya selepas 20 Januari 2009 apabila Barrack Hussein Obama mengambil kedudukannya di Rumah Putih. Justeru Zionis tentu menunggu sehingga 20 Januari 2009 melancarkan ‘kebinatangan’nya, disebabkan kuasa kekebalan Bush masih berfungsi.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Bun-Kemoon dilihat sebagai boneka AS dengan mempersalahkan Hamas, di samping menggesa pertubuhan itu menghentikan pelancaran roket ke Israel. Ironinya, Bun-Kemoon yang kononnya membawa suara Asia, sebaliknya menjadi duri dalam daging kepada negara-negara Asia. Berbeza dengan mendiang U Thant yang menjadi Setiausaha Agung PBB sekitar dekad 1960-an apabila membawa suara Asia, negaranya Myanmar juga berberantakan selepas junta tentera merampas kuasa. Sebaliknya Bun-Kemoon seolah-olah mengikut telunjuk Bush, disebabkan kedudukan negaranya Korea Selatan diancam pembangunan nuklear di Korea Utara. Barangkali!


Sudah terlalu banyak resolusi diluluskan oleh PBB; apalagi mahu menggerakkan Resolusi 377A (V) iaitu ‘Perpaduan Untuk Keamanan’, sudah boleh diduga ianya hanya memihak kepada Israel. ‘Kebinatangan’ Israel akan dilindungkan oleh Bush, selagi beliau menduduki Rumah Putih, sekalipun menyedari selepas 20 Januari 2009, beliau adalah ‘kutu belahak’ berstatus ‘bangsat’. Rakyat AS sendiri akan mengutuknya sama seperti keperihalan pendedahan ke atas moral semua bekas Presiden AS termasuk Bill Clinton, Ronald Reagon, Gerald Ford, Bush Sr, Richard Nixon, Jimmy Carter mahupun Lynden Johnson dan John F Kennedy.

Masyarakat antarabangsa bukan sahaja wajar menyambut saranan untuk memulaukan barangan produk, industri perhotelan dan segala kepentingan AS dan Israel, malah media mereka juga tak perlu diberi tempat. Filem-flem Hollywood tak perlu ditayangkan di TV semua negara-negara di seluruh dunia sebagai tindakan protes bersepadu. Disebabkan media dikuasai sepenuhnya oleh Zionis dan korporat di AS, laporan mereka lebih mirip kepada perang serap bagi melemahkan mentaliti masyarakat Islam. Dengan pendedahan beratus-ratus rakyat Gaza terbunuh, di samping tak seorang pun Yahudi terbunuh, amatlah jelas seperti disebut dalam al-Quran, Yahudi adalah kaum yang menjadi perosak di muka bumi. Astaga!


-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA:

KEBERANGAN TERHADAP ZIONIS
BOIKOT BARANG PRODUK AS & ISRAEL

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak masyarakat antarabangsa memulaukan barang-barang produk Amerika Syarikat dan Israel sebagai mesej kepada sikap ‘kebinatangan’ melancarkan serangan tak berperi kemanusiaan kepada penduduk awam Palestin. Pendirian pongah bakal ‘kutu belahak’ AS George W Bush mempertahan Israel sebagai sekutunya dengan melabelkan HAMAS sebagai ‘pengganas’ juga memang memperlihat ‘kebinatangan’ yang seharusnya dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. “Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di negara ini tidak akan bertolesrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin,” menurut aktivis PPIM Sujari Mohd Ehsan dalam emelnya kepada sekretariat PRIMA.

Sementara itu Mercy Malaysia turut menyeru rakyat Malaysia memboikot barangan produk AS dan Israel sebagai protes keberangan terhadap dua negara yang menjadi perosak keamanan dunia. Satu perhimpunan raksasa akan digerakkan di Stadium Melawati, Shah Alam Sabtu ini (10 Januari 2009) bagi mengutip dana ‘Palestine Relief Fun’, beritahu aktivis Mercy Malaysia Hajjah Hashimah menerusi emel Puan Ramlah Ithnin kepada seretariat PRIMA. Presiden Mercy Malaysia Dr Jemilah Mahmood dan Exconya Norazam Ab Samah dijangka akan Palestin bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan ke negara berkenaan. Rakyat Malaysia boleh menyampaikan bantuan kepada dana Mercy Malaysia menerusi akaun CIMB 1424-000-6561053.

PPSMI DIMANSUHKAN SECARA RETORIK
BUKAN DITANGGUH KE TAHUN HADAPAN

Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein diminta tak berdolak dalih dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tak perlu ditangguh pelaksanaannya ke tahun hadapan, tetapi harus dimansuhkan secara retorik, kata bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM Dato’ Dr Muhammad Mansor Abdullah. Mengulas kenyataan Dato’ Seri Hishamuddin hari ini (8 Januari 2009) yang mahu membuat kajian teliti serta pertimbangan mendalam, Dato’ Dr Muhammad Mansor memberitahu, PRU12 sudah cukup mengajar UMNO mengenai perasaan bangsa Melayu yang terguris dengan kerenah pimpinan UMNO. “Pelaksanaan PPSMI adalah dosa besar Hisham kepada bangsa Melayu hingga tujuh keturunan,” beliau mengingatkan.

Sebagai bekas pendidik, Dato’ Dr Muhammad Mansor menasihatkan Dato’ Seri Hishamuddin, dengan kekuatan politik yang tinggal sedikit itu pergunakanlah untuk memelihara kedaulatan Bahasa Melayu, bukan menjadi pembunuh yang menjijikkan. Seterusnya Dato’ Dr Muhammad Mansor tak menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang mempelopori dasar berkenaan, disebabkan beliau menerima laporan yang salah dari penasihat-penasihat di kelilingnya. Justeru bagi memperbetulkan kesilapan tersebut, Dato’ Seri Hishamuddin boleh melaksanakannya dengan tak perlu merujuk kepada Tun Dr Mahathir. “Janganlah disebabkan lonjak kupiah pesuk; janganlah disebabkan lenggang baju koyak,” Dato’ Dr Muhammad Mansor menambah.

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU
UMNO SEMAKIN TAK DISENANGI PENGUNDI

Pekerja-pekerja parti UMNO dari Selangor yang dikerah ke Kuala Terengganu bagi mengarak calon mereka ke stadium penamaan calon dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu 6 Januari 2009 lalu, mengakui parti itu kurang disenangi pengundi. Malah mereka meramalkan persaingan UMNO dengan lawannya PAS adalah 4-5. Salah seorang aktivis yang baru balik dari Kuala Terengganu memberitahu, sikap pimpinan UMNO tak berubah seperti ditunjukkan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh. Menurutnya tak sampai lima peratus penyokong tempatan berarak pada hari penamaan calon, sebaliknya penyokong-penyokong dari luar yang diangkut dengan bas. “Penyokong luar tak akan membawa makna pada hari pengundian 17 Januari 2009 nanti,” katanya.

Beliau juga turut mendedah insiden pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, pekerja-pekerja parti yang bertungkus lumus diminta berkorban apa sahaja ketika pimpinan lain dalam UMNO berlagak seperti ‘tauke’. Seterusnya beliau menambah, ketika di Permatang Pauh kawasan DUN yang di bawah pengawasannya hanya dihidang dengan makanan nasi berkuahkan ikan sardin yang sudah tak berisi lagi. Peruntukan yang diberi ke kem mereka dilaporkan beribu-ribu, tetapi sebahagian besar pekerja dibekalkan dengan makanan yang tak sepatutnya kepada sebuah parti yang memerintah negara. “Kalau insiden di Permatang Pauh berulang, tak mustahil ianya akan melihat UMNO juga kehilangan maruah di Kuala Terengganu,” beliau memberitahu.

Dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu UMNO mencalonkan Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang akan ditentang oleh PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan Bebas, Azharuddin Mamat @ Adam. Kalangan pemerhati politik meramalkan peluang calon UMNO untuk memenangi pilihanraya kecil ini bergantung kepada undi pos kira-kira 1,001 daripada anggota polis dan 27 anggota tentera. Sekiranya kedudukan undi awam 50-50, peluang memang kepada calon UMNO yang mengharapkan sokongan padu undi pos. Sebaliknya dengan fenomena keberangan rakyat dalam senario politik sekarang tak berubah undi orang awam dijangka 40-60, menurut pemerhati-pemerhati politik.

INFO SASTERA & BUDAYA:

PAHANG TUA TAMADUN MELAYU
SEGERA BETULKAN PERSEPSI MASYARAKAT

Aktivis perfileman dekad 1980-an Yassinsalleh menganggap sarjana sejarah di negara ini terlalai apabila mencadangkan Unesco memproklamir George Town di Pulau Pinang sebagai ‘bandar warisan sejarah’. Pemikir sejarah perlu membetulkan segera persepsi masyarakat terhadap nilai sebenarnya bandar berkenaan. Di samping menganggap kota Melaka sebagai pemilihan yang tepat, Yassinsalleh yang pernah dinobat pengarah terbaik Pesta Filem Malaysia dekad 1980-an menerusi filem ‘Dia Ibuku’ berkata, Pulau Pinang sekadar ditemui oleh Francis Light pada 1776. Bandar warisan sejarah yang sama membangun bersama tamadun Melaka ialah Pahang Tua atau sekarang daerah Pekan. “Sarjana sejarah sepatutnya memberi laporan yang tepat kepada Unsesco, bukan kerana kepentingan politik,” menurut Yassinsalleh.

Seterusnya kata Yassinsalleh ahli pelayaran Cina, Ma Huan pada abad ke 12 juga pernah berkunjung ke Sungai Tembeling di Pahang, di samping mengakui sejarah tamadun bangsa sudah dicatatkan. Justeru Yassinsalleh yang juga terbabit dengan ormas (organisasi massa) di Pahang bersama Zakaria Hitam (Pak Zek) sekitar dekad 1970-an meminta bandar diraja Pekan juga dicadangkan menjadi bandar warisan sejarah kepada Unesco. Bukan sahaja makam raja-raja pada period pemerintahan Melaka, kesan-kesan artifak yang perlu di pelihara, malah lokasi bandar berkenaan sesuai dibangunkan sebagai industri pelancongan. “Warisan sejarah yang lebih penting diberi keprihatinan ialah kerajaan Pahang Tua, kerajaan Beruas (Gangga Negara) di Perak atau Langkasuka di Kedah, bukannya Pulau Pinang,” ujar Yassinsalleh.

PUISI

Hunuskan Kerismu

Mari hunuskan kerismu, Pemuda
gagah yang tak menggerunkan
di pentas sandiwara, nah!
kita bunuh Bahasa Melayu
dengan sinikal ketuanan
perhatikan butir-butir amarah
terbenam di hujung pusara
burung-burung camar hilang
di bawah elus angin senja.

Ku termangu memerhati
kilau mata kerismu memancar
jatuh ke sisi tirai malam
aku membaluti luka Si Jebat
dengan keluh & rusuh
kau tak tertikam dadaku
kerana yang kau bunuh, saudara
bahasa nenek moyangmu!

-Nurul Salwa
Batu Caves, Selangor
6 Jan 09.


INFO SUARA PROLITAR:

‘KEJANTANAN’ GAPENA HILANG
KECEWA HASSAN MEMANG BERASAS

Memang wajar bekas Ketua Pengarah DBP Dato’ Dr Hassan Ahmad kecewa kerana GAPENA tak memiliki ‘kejantanan’ lagi. Tetapi bukan tugas aktivis penulis, bahasa dan budaya untuk ‘menjantankan’ Gapena. Kalau UMNO sudah berlaku pelan peralihan kuasa, kenapa kerabat Gapena masih membiarkan ‘kepondanan’ untuk meneruskan legasi pimpinan. Mustahil di kalangan kerabat Gapena tak seorang pun menampilkan pimpinan yang berciri ‘kejantanan’. Gapena boleh ‘dijantankan’ semula oleh kerabatanya. – (SMS; 7 Januari 09; 20:37:22 – Man Cincai, Selayang, Selangor).

KUASA PENGGUNA PERLU DIGUNAKAN
MENGAJAR KEGANASAN ISRAEL TERHADAP ISLAM

PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) mendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyeranng Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu. Boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di palestin. Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa-kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.

Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di dunia. Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar syarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di negara ini tidak akan bertoleransi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin. Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya.

Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka. Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam. Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih. Maklumat lanjut berhubung produk kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman Israel boleh dilayari di laman web PPIM. – (Sujari Mohd Ehsan; PPIM, Kuala Lumpur).

KEGASAN ZIONIS DI GAZA:
APA SUMBANGAN KITA?
Oleh
: Asalbayu

Sejak 1967 zionis Yahudi @ Israel memperkasakan pembunuhan dan kemudian merobohkan premis dengan melaksanakan peperangan yang tidak pernah diharamkan oleh PBB. Sekutu rapatnya yang menaja dana ialah Amerika. Cuba bayangkan, masyarakat zionis tu bukannya ada kerja selain berperang. Kita warga Malaysia juga turut hulurkan dana dengan melanggan produk keluaran sekutu zionis antaranya Nestle, Johnson & Johnson, Kraft, Coca Cola, Pepsi Cola, Colgate dan banyak lagi terutamanya pewangi serta kosmetik. Produk yang paling banyak ialah rokok/tembakau. Andainya sebatang rokok menyumbang 10 sen ke dalam tabung perang zionis, hitunglah berapa jumlah yang disumbangkan?

Pada 3 Januari 2009 lalu semasa menghadiri kenduri di rumah seorang kawan di Alor Setar saya sempat berbual singkat dengan Ed Lazim dan membayangkan dengan hal tersebut.

Ed Lazim adalah warga istimewa yang hanya sebelah mata sahaja berfungsi sekitar 50% sahaja. Manakala sebelah mata lagi menurut katanya, langsung tidak berfungsi.

Saya mengkagumi anak muda ini kerana keupayaannya bermain muzik (gitar) sambil menyampaikan lagu terutamanya lagu puisi dengan baik. Beliau berupaya menggubah lagu dengan pantas; jika diberikan puisi pada waktu pagi, pada sebelah petang beliau sudah boleh menyampaikannya dengan begitu baik.

Berbalik kepada butir-butir perbualan di rumah kenduri berkenaan. Saya meluahkan pandangan begini:

Jika diperhatikan bukan sedikit puisi/sajak dicipta lalu disiarkan oleh pelbagai media melahirkan luahan kemarahan terhadap zionis Yahudi yang membantai warga Palestin yang kini telah menjangkau hamper 500 jiwa.

Warga dunia begitu geram dengan keangkuhan Amerika mengeluarkan kenyataan yang menuding jari menyalahkan Hammas lalu mengatakan bertanggungjawab atas apa yang berlaku!

Saya menyampaikan pendapat mengatakan puisi-puisi yang ditulis akan hanya tinggal kaku dalam buku atau berlonggok di esastera. Persoalannya ialah mengapa tiada mana-mana pihak yang mahu merakamkan lagu-lagu atau deklamasi dalam bentuk CD atau kaset kemudian dipasarkan. Sebahgian kutipan jualannya bolehlah disumbangkan kepada tabung bantuan rakyat Palestin. Barangkali ia boleh dilaksanakan.


KOMENTAR
Bersama Pak Parjo

PERIHAL DUA ORANGKAYA KE NEGERI ARAB
PERIHAL DUA ORANGKAYA KE BENUA KELING!

Sebermula tersebutlah ceritera akan Orangkaya Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pergilah ia ke negeri Syam di Damsyik kerana urusan dagang. Sejak dahulukala memang nenek moyang fakir juga berdagang ke Damsyik, menerusi pedagang-pedagang Arab di Melaka. Adapun Orangkaya Dato’ Seri Abdullah itu berkata ia jumlah perdagangan yang dilabur dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2007 sudah mencapai AS$174.6 juta (RM611.6 juta). Arakian akan Orangkaya Permatang Pauh Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga pergilah ia ke negeri-negeri Arab. Syahdan tertanya-tanyalah sekalian orang banyak perihal dua Orangkaya itu ke negeri-negeri Arab pada masa yang sama.

Hatta, maka Sultan Mahmud, raja Melaka, hendak menyuruh ke benua Keling kerana banyaklah saudagar-saudagar Arab berniaga di situ. Adapun Sultan Mahmud mahu membeli kain serasah empat puluh bagai, pada suatu bagai empat puluh helai, pada sehelai empat puluh perkara bunganya. Maka Hang Nadim dititahkan baginda ke benua Keling membeli kain itu, kerana Hang Nadim itu sedia asal anak Melaka, keluarga juga pada Bendahara Seri Maharaja, menantu pada laksamana. Maka Hang Nadim pergilah naik kapal Hang Isap, kerana pada masa itu orang Melaka ratalah berkapal belaka (yakni kaya-kaya belaka, bukanlah haprak sangat seperti dikatakan oleh orang bijak pandai sekarang). Maka belayarlah kedua-dua Orangkaya itu ke nenua Keling seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:

HIDUP BAHASA MELAYU!!!