Saturday, March 14, 2009

SPEKULASI...Yassinsalleh andaikan

Kejutan Sidang Media, Isnin:
Calon Penting Tak Layak Bertanding

Isnin ini (16 Mac 2009) dilaporkan akan berlaku kejutan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 24-28 Mac 2009. Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Pemilihan UMNO, Tengku Ahmad Rithauddin Ismail akan membuat kenyataan media berkaitan 'politik wang'. Malah turut dilaporkan beberapa calon terpenting dalam perebutan akan diproklamir tak layak bertanding berikutan terbabit dalam politik wang. Kalangan pemerhati politik memberitahu antara nama yang disebut-sebut kemungkinan Khiry Jamaluddin, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Dato' Seri Mohd Ali Rustam. Bagaimanapun berdasarkan spekulasi setakat malam ini (14 Mac 2009), kebanyakan mereka yang disebut-sevut terbabit itu mempunyai hubungan rapat dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, termasuk juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Dato' Mohd Norza Zakaria.

Banyak pihak berpendapat insiden 1987 akan berulang, sekiranya lanskap politik sekarang menyaksikan da pihak yang menjadi proksi kepada pihak lain; atau lebih mudah disebut digerak oleh 'dalang'. Berikutan dengan kajian yang dibuat oleh agensi bebas baru-baru ini menyebut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Mukhriz Mahathir dijangka memenangi persaingan, ianya boleh dirujuk kepada kejutan yang akan dibuat pada sidang media Tengku Ahmad Rithauddin, Isnin ini. Apalagi Tun Dr Mahathir dalam blognya awal-awal lagi sudah menjolok, iaitu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tak akan melepaskan jawatan PM selepas Perhimpunan Agung ini. Bagaimanapun tunggulah Isnin ini, apabila Tengku Ahmad Rithauddin tampil membuat kenyataan. Hore hore hore!

INFO SASTERA & BUDAYA....

PUISI


Semalamku Itu


Serindit di pucuk meranti
menyanyikan mentari melarik pelangi.

Dara sunti bersimpuh di batu
menantikan berakhirnya rindu.

Bangau hinggap di ranting mati
mencari kerbau yang hilang.

Belalang berlompatan di batang padi
jatuh berpaut di daun keladi.

Tempua menganyam sarang di daun kelapa
sambil merbah bersahutan panggil memanggil
ajak berkongsi pisang sesisir.

Aduhai, Ponson kampungku
ke manakah hilangnya semalamku itu?

-Yassinsalleh
Mac 09
Kg Ponson, Mancis,
Pahang.

INFO SUARA PROLITAR...

Surat dari mangsa Mat Rempit


Dear all.... This happened to a close friend of mine. So, please be careful. Kok Hoi Dear brothers, Something bad had happened to me. :( On Friday night, 13 Feb2009, I was robbed and slashed by a group of Mat Rempit, more than 15 of them and I was admitted to the hospital. It happened at about 2am at the road side of Arena Green condo in Bukit Jalil when I was entering my car after visiting a problematic student who was staying there. I was sitting at the driver seat in my own car and about to close my car door when a group of Mat Rempit on motorbikes, pull over with parang.

Despite agreeing to give the robber my wallet which was at the back pocket of my trousers, the robber still slashed me on my hand and leg, just because I was too slow in taking out my wallet.. Blood stain was all over the seats and my pants was soaked with blood. I was rushed to the hospital with slash wounds on my hand and leg and received 11 stitches on my knee cap which now I am temporary immobilize. My colleague, 61 year old lady who was walking towards my car was pinned down to the ground and her gold chain was snatched and another colleague of mine, 31 year old who parked his car in front of my car, managed to run on foot to the guard house of the condo and he was chased by the Mat Rempit group.

Another colleague of mine who parked her car behind my car managed to lock her car in time. The Mat Rempit group was also trying to open her car. Luckily, there was an off duty plainclothes policeman riding a motor on his way home, happened to pass by while the robbery in progress and he rammed his motor onto them. They want to charge him with parang as well but the Mat Rempit group sped off when he was about to pull out his pistol. It was a very daring robbery as there was a police road block on that night on the same road opposite direction about 100 meter away and the Mat Rempit group sped off in the presence of the police roadblock. The group of Mat Rempit outnumbered the police on the roadblock.

Those police manning the roadblock only arrived at the crime scene after the Mat Rempit group has sped off. The Mat Rempits are very cruel and inhuman even when I have agreed to give them all they want, they still chopped me with parang.. I was told that they were probably high on syabu drugs when they committed the robbery. Please inform your family members and friends to be careful especially when going out or coming home late at night. Police said that Mat Rempits are active past midnight and they always ride in a group. Thank God I am still alive but traumatized by the whole incident. Now, I am resting at home, can't move around. It takes time to recover. I have lost all of your contact telephone numbers which were inside my phone. Can you please email me your contact telephone number?

Thank you Regards,
Choon Jin

(PRIMA tak menentang Bahasa Inggeris, malah menggalakkan ianya dipelajari, tetepi pendirian PRIMA ialah tak akan menggadaikan Bahasa Melayu kerana kepentingan ringgit dan sen. Justeru kita mengalu-alukan tulisan daripada rakan-rakan bukan Melayu - Pak Dharma)

KOMENTAR: Bersama Pak Parjo...

Seronoknya Naik Ke Kemuncak:
Taman Indah Menunggu Orangkaya


Kata sahibul hikayat seramai lima orang sahaja didakwa kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, apabila berlaku kekecohan di negeri baginda sepurnama yang lalu. Sayugia diingat daripada sejumlah lebih 27 juta rakyat di negeri Melayu itu, hanya lima orang itulah sahaja yang didakwa menghina raja Melayu itu. Arakian akan baginda Sultan Azlan Shah belumlah lagi baginda bertitah mengenai peristiwa kekecohan di negeri baginda, kerana kasihnya baginda akan rakyat jelata sekalian. Pada masa dahulu berkatalah rakyat jelata akan raja-raja Melayu itu terluka hati baginda kerana kemasygholan 'kekebalan' baginda dihapuskan oleh pimpinan harakah Melayu (UMNO) termasuklah Orangkaya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak turut menyokongnya.

Sebermula kata orang yang empunya ceritera semakin hampirlah Orangkaya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak itu menaiki singgahsana tak sampai sepurnama lagi, maka terasa bertambah banyaklah kekecohan yang dibawa ke mahkamah. Syahdan sekalian orang banyak berasa tak selesa dengan kejadian melanda negeri ini menjelang peralihan kuasa itu, adanya. Maka akan anak-anak buah harakah Melayu yang diketahui menyokong Orangkaya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi juga dibawa ke mahkamah. Syahdan sekalian orang banyak gemparlah akan penghuku anak-anak muda di Wilayah Persekutuan Dato' Norza Zakaria itu juga didakwa ke mahkamah kerana dituduh terbabit heh heh heh!

Arakian Tun Mamat pun pergilah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya naik Gunung Ledang. Telah datang had buluh perindu, maka segala orang yang naik itu seperti akan terbang rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup. Maka awan pun dapat dicapai lakunya. Syahdan, bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang pun berhenti mendengar bunyinya, segala mergastua pun heran mendengar dia. Maka Tun Mamat bertemu dengan satu taman, terlalu indah-indah perbuatan taman itu. Maka Tun Mamat pun masuk ke dalam taman itu. Arakian maka dilihat Tun Mamat serba bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan apabila mahu naik ke atas kemuncak, gerangannya keindahan dipuncak-puncak itu yang ditunggu oleh Orangkaya Dato' Seri Najib seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:











HIDUP BAHASA MELAYU!

DARI LAMAN BLOG...

Bahasa Global Di Inggeriskan:
Yang Maju Bukanlah Orang Melayu

Keberangan rakan-rakan seperti L Mankadir Shamsi yang sanggup bertolak dari Lancang di Pahang ke Kuala Lumpur selepas subuh 7 Mac 2009 bagi menyertai perhimpunan 100 ribu rakyat di Istana Negara sukar dipujuk. Mankadir bersama rakan-rakannya Ali Madun, Mohd Zain dan Radzi enggan memaafkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggerakkan PPSMI di bawah pentadbirannya. Memang saya gagal meredakan keberangan keberangan Mankadir ketika bersarapan di restoran mamak di Taman Seri Gombak. Apa pun alasan yang diberi mereka tetap menyalahkan Tun Dr Mahathir, sekalipun PRIMA pernah membuat kunjungan hormat ke Yayasan Pimpinan Perdana, ketika beliau diperlekeh seteruk-teruknya seperti insiden di Kubang pasu pada 2003.

Saya sekadar berpegang kepada pandangan Tun Dr Mahathir dalam kunjungan ke pejabatnya 15 Ogos 2007 iaitu yang bersalah bukan UMNO tetapi orangnya! Mankadir bersama rakan-rakannya tak mahu menerima alasan yang saya kemukakan, seolah-olah saya sengaja mahu berkompromi hingga menjejaskan matlamat PRIMA. Hari ini (14 Mac 2009) membaca laporan media arus perdana, saya tersentak apabila Tun Dr Mahathir mahukan pelaksanaan PPSMI dilestarikan bagi bersaing dengan kemajuan global. Masya Allah! Memang saya tak berhasrat mempertikai Tun Dr Mahathir dengan dasar yang pernah digubalnya sebagai mempertahan kewibawaan beliau, sebaliknya saya juga sukar mahu memberitahu Mankadir mengenai kunjungan ke Yayasan Pimpinan Perdana dulu. Aduhai!

PRIMA tetap dengan pendekatan mendaulatkan Bahasa Melayu, malah menolak saranan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jun 2007, bahasa rasmi ialah Bahasa Malaysia. Kita menolak kerana di England juga mereka tak menggunakan Bahasa England, tetapi bahasa Inggeris; apalagi Israel yang menguasai ekonomi global juga tak menggunakan Bahasa Israel. Malah mereka juga mempertikai al-Quran yang dianggapnya bukan Bahasa Arab tetapi dimomokkan sebagai Bahasa Aramic (bahasa Yahudi Tua). Masya Allah! Apabila kita menganggap Bahasa Inggeris sebagai bahasa global, malah dikembangkan di Korea dan Jepun, kita bukan sahaja tersentak tetapi melongo - apakah nasib Bahasa Melayu yang dihina oleh mereka yang mengaku dirinya Melayu?

Adik angkat saya Ir Adnan Haji Khalid adalah graduan dari Jepun sekitar dekad 1980-an (berikutan dasar pandang ke Timur Tun Dr Mahathir yang kononnya anti Barat) yang menerima ijazah kejuruteraan yang diiktiraf. Sepanjang beliau menuntut di Jepun, bahasa pengantarnya adalah Bahasa Jepun yang tak sepatah pun menggunakan Bahasa Inggeris (kalau Tun Dr Mahathir mahu melawat Jepun, Ir Adnan bersedia menjadi interpriter, dengan tak perlu menggunakan bahasa Inggeris). Bahasa Melayu sudah lama dijadikan bahasa ilmu dalam perundangan menerusi 'Kanun Melaka', atau 'Undang-Undang 20' di Sumatera Barat lebih 2000 tahun dulu (atau sebelum Barat mampu mencipta sistem demokrasi). Sudah menjadi rujukan perubatan menerusi kitab 'Tajul Muluk' dan beberapa lagi yang tak larat nak disenaraikan. Begitulah!

-Pak Dharma

MAJLIS MAULIDIR RASUL...



Maulidir Rasul UMNO Selayang:
Ustaz Akhil Hayy diundang beri ceramah

Majlis Mauldiri Rasul masih disambut di beberapa tempat. UMNO Cawangan Selayang Baru di bawah pimpinan Omar Sudi Abdul Manan menngadakan majlis berkenaan malam kelmarin (13 Mac 2003) di Dewan Orang Ramai di sini. Ustaz Akhil Hayy yang popular menajdi hos beberapa rancangan di TV Astro 106 OAS dijemput menyampaikan ceramah. Atas kapisiti Ketua Cawangan UMNO Selayang Baru, Omar Sudi masih meneruskan aktiviti kemasyarakatan sebagai kesinambungan perjuangan, sekalipun beliau gagal mempertahankan kedudukannya selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak pada November 2008 yang lalu. "Saya akan tetap bersama UMNO dengan tak mengira apa kedudukan saya selepas ini," beritahu Omar Sudi yang juga aktivis drama TV sekitar dekad 1970-an.

Sementara itu isterinya Hajjah Fauziah Raof yang juga Presiden Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) memberitahu, jemputan ke atas Ustaz Akil Hayy bagi menarik minat anak-anak muda menyertai aktiviti bercorak keagamaan. Menurut beliau, tak dinafikan pengaruh Ustaz Akhil Hayy di kalangan anak-anak muda boleh mendorong mereka prihatin kepada aktiviti yang lebih berpaksi kepada dakwah Islamiah. Hajjah Fauziah yang terbabit dengan penerbitan slot animasi di TV sekarang mengakui sedang merangka projek terbarunya. "Majlis Maulidir Rasul dianjurkan oleh UMNO Cawangan Selayang diadakan di Dewan Orang Ramai dengan menjemput Ustaz Akil Hayy menyampaikan ceramah," beritahu Hajjah Fauziah.

INFO HAK ASASI MANUSIA...

Dato' Kamal Amir Menulis...
UMNO kutuk raja dikira wajar!

Masih adakah lagi immuniti raja-raja setelah ianya lumat dikeronyok oleh pimpinan UMNO 10 tahun lalu. Kalau UMNO kutuk raja-raja Melayu itu dikira wajar, tapi kala rakyat mengkritik, itu kurang ajar dan wajar dipasung heh heh heh. Undang-undang rimba! Cukuplah bangsa Melayu dihina oleh Inggeris, janganlah Melayu juga nak hina Melayu. UMNO hanya wujud pada 1946 sahaja, malah pejuang-pejuang asalnya sudah dicantas. UMNO yang mendabik dada sekarang ialah UMNO 1951, itupun kerana Tunku Abdul Rahman kerabat diraja Kedah tampil menjadi pemimpin. Kalau tak terbabit raja-raja Melayu, dah lama UMNO gulung tikar apabila ia ditinggalkan oleh Dato' Onn Jaafar.

Pasir Salak pada 1876, Dato' Maharajalela Pandak Lam dituduh menderhaka kepada Sultan Perak. Ironinya Sultan Perak, Sultan Abdullah pula dibuang ke Pulau Scyelles di tengah-tengah Lautan Hindi. Sultan Abdullah ditipu kononnya untuk melawat Singapura, justeru bawa sama keluarga naik kapal. Mujurlah pada dekad 1890-an, Sultan Abdullah sempat balik ke Perak. Apabila mangkat baginda dimakamkan di Bukit Candan. Apahal dengan Dato' Maharajalela, Dato' Sagor dan Pandak Edot? British yang eksploit perkataan 'derhaka', macam pejuang-pejuang radikal dituduh komunis. UMNO mahu meneruskan legasi muslihat British ke?


(*Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz, bekas Exco Pemuda UMNO sekita dekad 1980-an dan bekas wartawan Utusan Melayu dan editor di Karangkraf. Sekarang ialah usahawan Melayu, aktivis sosial dan Jrurcakap PRIMA)