Monday, March 23, 2009
LAPORAN TERKINI...
Halang Perhimpunan UMNO
Perhimpunan Agung UMNO dijangka bermula esok 24 Mac 2009, berhadapan dengan isu krisis perlembagaan, apabila dua orang aktivis UMNO mengambil langkah drastik menyerahkan injuksi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi menghalang ianya diteruskan Dalam satu laporan menyebut, keputusan menyerahkan injuksi itu bagi memastikan UMNO menyelesaikan segala isu berbangkit sebelum persidangan dijalankan. Menurut sumber, Dato' Kadar Shah dan Dato' Mazlan akan ke pejabat ROS esok jam 2.00 petang di Aras 2 Presint 1 Kompleks Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya 62546 WP, tel 03-88863301. Dato' Kadar Shah adalah anak bekas Pengerusi Tetap UMNO Malaysia, Tun Sulaiman Ninam Shah.
Sementara Dato' Mazlan pula ialah anak bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Besar Selangor (1964-1974) Dato' Harun Idris. Sebelum itu mereka berdua pernah membuat sidang media untuk mengambil tindakan terhadap Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual esok 24-28 Mac 2009. Dalam sidang media sebelum ini, Dato' Kadar Shah menganggap Persidangan Agung itu wajar ditangguhkan, bagi memastikan UMNO bersih daripada sebarang dakwaan politik wang dan masalah dalaman yang perlu diselesaikan. Rakan-rakan media termasuk juga pengendali laman web dan laman blog, dijemput hadir ke pejabat ROS jam 2.00 petang esok bagi mendapatkan perkembangan selanjutnya. "Bangsa Melayu perlu bangkit mempertahankan maruah yang tercalar, tercakar dan tercemar!" kata sumber berkenaan.
Penjelasan Pak Ya...
Panel peguam Melayu bersedia membantu sasterawan Haji Yahaya Ismail (Pak Ya) menghadapi tindakan calon Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sekiranya berhadapan dengan kes mahkamah. Mereka juga memberitahu bersedia melancarkan dana bagi mempertahankan hak kebebasan penulis memberikan pandangan dan kritikan. Pak Ya yang juga bekas pensyarah di USM sekitar dekad 1970-an tak terkejut apabila Khairy membuat laporan polis berkaitan dengan buku yang ditulisnya 'Tuah & Sial Khairy Jamaluddin', di samping didakwa mengugut RM100,000 bagi mengelakkan buku berkenaan diterbitkan. "Hanya mereka yang tak tahu bahasa Melayu sahaja tak faham istilah sebenarnya," kata Pak Ya.
Bagaimanapun Pak Ya berasa hairan kerana Khairy tak memberikan penjelasan yang sebenar dalam isu berbangkit. Menurut Pak Ya, beliau diperkenalkan oleh seorang kenalan kepada Khairy dalam pertemuan lebih kurang 30 minit di pejabatnya di Bukit Kirara. Dalam pertemuan tersebut perbincangan berkisar ke atas manuskrip buku mengenai 'Pemuda UMNO', di samping kesediaan Pak Ya menjual 'hakcipta' RM100,000. Selepas 24 jam berlalu, pihak terbabit tak bersetuju untuk membeli hakcipta, justeru beliau menerbitkan sendiri manuskrip buku itu dengan judul sekarang, jelasnya. "Isu sebenar ialah satu deal untuk membeli hakcipta, apabila dia tak mahu, saya ambil semula hakcipta saya," beritahu Pak Ya menambah.APA KATA MOHD AFFANDI HASSAN...
Kekalutan politik tentang ”masalah Melayu” terjadi kerana para pemimpin Melayu menyamakan masalah mereka dalam merebut kuasa sesama mereka sebagai masalah Melayu secara umum. Masalah pemimpin bukan masalah rakyat. Tetapi UMNO menjadikan masalah mereka sebagai masalah rakyat, oleh itu mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan sokongan orang Melayu bagi menguatkan kedudukan politik peribadi mereka. Mereka menakut-nakutkan orang Melayu bahawa masalah mereka adalah masalah Melayu. Perkara ini menjadi lebih keliru apabila satu kumpulan orang-orang terbuang yang menggelar diri mereka anggota PERKASA mengadakan muktamar untuk kononnya membincangkan masalah Melayu.
Sebagai contoh, kumpulan terbuang yang mendakwa mereka mengambil berat tentang “masalah orang Melayu” sebenarnya mengkhianati orang Melayu dengan meminggirkan bahasa Melayu, memandang rendah kemampuan bahasa itu (kerana mereka sendiri sangat lemah dalam bahasa Melayu) untuk membina tamadun sehingga mesti digantikan dengan bahasa Inggeris, lalu mereka mulakan projek penjajahan baru dalam budaya Melayu dengan mewujudkan PPSMI yang sangat mahal harganya itu. Kata mereka, itulah masalah Melayu, tidak mahu maju, mahu terus ketinggalan dalam zaman IT ini dengan menolak penggunaan bahasa Inggeris dalam PPSMI.Contoh lain tentang Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut kumpulan terbuang ini, sekarang wujud gerakan tersusun untuk mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan, dengan menimbulkan masalah penggunaan nama Allah, masalah murtad dan lain-lain yang tidak boleh disentuh, tidak boleh dibincangkan kerana telah dijadikan perkara sensitif. Apakah punca yang disebut “masalah agama Islam” itu? Puncanya ialah para pemimpin UMNO menolak Islam sebagai asas tamadun, oleh itu dengan sengaja meletakkan Islam dalam keadaan yang lemah dan dikelirukan peranannya dalam kehidupan moden, dengan menjadikan Islam hanya satu “ritual” peribadi yang tidak mempunyai fungsi politik dan kemasyarakatan.
Islam tidak memainkan peranan langsung dalam pembangunan masyarakat yang dibentuk begitu rupa untuk menyuburkan maksiat, memberi peluang kepada masyarakat melakukan segala jenis jenayah. Dengan itu rakyat tidak diberi peluang untuk melihat dan menikmati keadilan Islam dalam pembangunan negara. Yang terjadi ialah suburnya pembangunan berbentuk fasad yang dikutuk dalam Islam. Apabila timbul cabaran daripada orang-orang bukan Islam, maka kumpulan pemimpin terbuang dan rakus mengumpul kekayaan peribadi ini, berasa sangat tercabar kedudukannya, oleh itu para pencabar itu dipersalahkan. (
* Mohd Affandi Hassan penulis prolifik sekitar dekad 1970-an dan 1980-an, di samping beberapa kali memenangi hadiah karya sastera, tetapi menolaknya. Pengkritik sastera yang disegani, beliau adalah pesara PTD dan berpengalaman luas dalam pentadbiran negara.)Sunday, March 22, 2009
KOMENTAR
Menyeru Orangkaya Muhyiddin,
Anak-anak Buah Menyokongnya
Sebermula tersebutlah pada suatu ketika Orangkaya Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menyeru ia akan anak-anak buah supaya menyokong harakah Melayu (UMNO) kerana yang bertanding untuk menjadi wazir kepada ketua itu memang dirinya. Arakian sesiapa yang menyokong UMNO itu maknanya adalah menyokong dirinya, heh heh heh! Maka Orangkaya Tan Sri Muhyiddin tak mengaku dirinya bersubahat mahu menjatuhkan lawannya Orangkaya Dato' Seri Mohd Ali Rustam, kerana segala tuduhan itu adalah fitnah semata-mata. Syahdan akan Orangkaya Tan Sri Muhammad Mohd Taib taklah digeruni oleh Orangkaya Tan Sri Muhyiddin. Adapun dikata orang banyak Orangkaya Muhammad itu tak tahu berbahasa Inggeris, maka terlepaslah ia daripada dihukum di negara atas angin pada masa dahulu.
Syahdan istana yang baru dibuat itu terbakar. Maka tatkala itulah segala anak tuan-tuan itu banyak bergelar. Yang pertama masuk itu Tun Isap namanya, ialah menghulu-hulukan orang masuk itu dengan pantasnya, maka beberapa dibawanya harta raja keluar, tetapi sekali juga ia masuk tiada lagi masuk, takut ia; dinamai orang Tun Isap Barakah. (Pada hari kemudian dinamai orang Tan Sri Isa, kerana dikeluarkan ia dari harakah itu). Akan anak bendahara bernama Tun Muhyiddin itu dipanggil orang Tun Mai, hendak masuk takut romanya hangus kerana tubuhnya berbulu belaka; maka dinamai orang Tun Mai Ulat Bulu. Akan Tun Ibrahim hendak masuk takut; sekadar berkeliling istana saja, dinamai orang Tun Ibrahim Pusing Langit Berkeliling seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:

HIDUP BAHASA MELAYU!
Saturday, March 21, 2009
Dari Laman Blog...
Ketika Dato' Seri Dr Rais Yatim berhasil menyampaikan mesej diTV1 malam18 Mac 2009 mengenai dua isu yang menyentuh hati nurani Melayu menjelang Perhimpunan Agung UMNO 24-28 Mac 2009 ini, Dato' Seri Mohd Ali Rustam pula berhadapan dengan 'pak pung pak mustape, ada dule di rumah nye!'. Media hari ini (19 Mac 2009) melaporkan rayuan Ali Rustam ditolak, di samping Dato' Seri Azalina Osman Said dan Dato' Mohd Norza Zakaria masih belum tentu kedudukan mereka. Rais Yatim merumuskan dua perkara yang diperjuangkannya selama ini iaitu Bahasa Melayu dan imuniti raja-raja Melayu, malah beliau sudah bangkit melawan pada 1993, tetapi apa boleh buat. Heh heh heh!
Ketika Tun Dr Mahathir diperleceh, diperlekeh dan diperhegeh - Rais Yatim tak segan silu menghadiri majlis Rumah Terbuka Tun Dr M. PRIMA juga ikut terpanggil mengunjungi Tun Dr M ketika beliau berhadapan dengan fenomena yan dicetuskan oleh pimpinan UMNO sendiri. Bagaimanapun PRIMA tak tahu sama ada Tun Dr M terbabit atau tidak dalam lanskap politik sekarang, tetapi dalam pertemuan singkat pada 15 Ogos 2007 beliau memberi jaminan untuk memulihkan keberantakan negara sebelum PRU12. Segalanya masih terlalu awal untuk diambil kira, tetapi PRIMA percaya Tun Dr M tak mengubah janji beliau dalam pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana dulu, iaitu mahu memulihkan semula keberbrantakan. YASSINSALLEH MENULIS...
Kepongahan UMNO ketara dengan kenyataan media Setiausaha Agungnya Dato' Seri Tengku Adnan Mansor menerusi TV3 semalam (Buletin Utama, 19 Mac 2009)), apabila tak berasa gentar dengan saman sebuah syarikat yang mengendalikan cetak poster, kain rentang dan bahan-bahan lain yang digunakan semasa kempen pilihanraya. Malah Tengku Adnan tak mahu berunding di luar mahkamah berkaitan isu saman berkenaan. Memang UMNO hebat, sebab itu tak gentar. Maklumlah, Dato' Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' tak bimbang apa-apa ketika ditanya Puspawangi fasal peraturan di istana negara Pura Cendana. Klip video Lingam pun UMNO tak gentar, inikan pula saman syarikat berkenaan. Syabas! PARPU KARI MEMBERI KOMEN...
Semalam juga kita sudah tahu akan pendirian Tun ya... Semalam juga kita sudah tahu akan pendirian Tun yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai TPM; Alhamdullillah. Inilah yang saya tunggu-tunggukan ni. Saya nak cakap sikit la, kalau ada penyokong Ali Rustam kat sini, yang datang membaca blog saya yang tak seberapa ini, saya amat bersimpati terhadap apa yang dah terjadi kepAda Dato' Seri Ali Rustam. Tapi tuan-tuan sekalian, anggaplah ini suratan takdir, bukan rezeki dia. Yalah, banyak yang pertikai kenapa beliau saja yang kena, padahal orang dah didapati bersalah pun masih boleh bertanding kan?Itu saya tak tau, kita terima je la keputusan yang telah dibuat...Allah Taala Maha mengetahui dan Allah telah memberi kita akal fikiran. So, pilihlah dengan bijak ya. Ingat! Ini bukan perkara main-main tau! Ini adalah soal masa depan negara. Apa keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan hari esok untuk anak cucu kita. Janganlah kita terpedaya dengan sedikit habuan yang tak bermakna!!! Especially perwakilan UMNO yang berjumlah lebih 2500 tu. Masa depan UMNO terletak di tangan anda, maka undilah dengan bijak dan fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat pengundian. Kepada penyokong Dato' Seri Ali Rustam, janganlah ikut hati, janganlah kerana marah anda, nanti memberi keputusan yang akan disesali di kemudian hari...
Marah, ya saya faham anda marah dan anda merasa benda yang berlaku ini seperti tidak adil kan? Tapi tuan-tuan sekalian, ini adalah surat takdir, tuan-tuan. Terimalah tkadir Allah ni dengan hati yang terbuka dan janganlah anggap apa yang berlaku ini adalah perancangan jahat dari sesetengah pihak. Janganlah kita beremosi, inilah yang hendak ilihat oleh pihak pembangkang. Mereka suka lihat orang-orang UMNO berpecah belah! Yang tak menariknya, semalam saya ada menerima SMS mengatakan bahawasanya penyokong-penyokong Dato' Seri Ali Rustam akan sabotaj Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan sokongan mereka kepada calon yang lagi satu! Yang peliknya, kenapa Tan Sri Muhyiddin dipersalahkan pulak ya? Kenapa? Why? Hmmm...
Tahukah tuan-tuan, kalau tidak disebabkan oleh keberanian dan kelantangan suara Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempercepatkan peralihan kuasa ini, adakah peralihan akan berlaku dengan sebegini cepat? Patutkah tuan-tuan semua marahkan Tan Sri yang sanggup meletakkan lehernya d hujung pedang demi menyelamatkan UMNO terus dari tenggelam? Inikah cara kita membalas budi baik Tan Sri? Dengan mengikut emosi? Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang wira yang sanggup menyampaikan hasrat akar umbi walaupun boleh mengancam kedudukan beliau. Mana wira-wira lain masa tu?
Semuanya membisu seribu bahasa. Ingatlah, jangan lupa akan jasa Tan Sri Muhyiddin kepada UMNO dan negara. Sokonglah beliau tanpa berbelah bagi, beliau adalah partner Dato' Seri Najib yang tebaik! Ini juga diakui oleh Tun Dr Mahathir. Jadi saya mntak pada penyokong-penyokong Ali Rustam supaya fikir masak-masak sebelum pemilihan. Orang tua-tua kata: Ikut hati mati, ikut rasa binasa! Marilah kita menaikkan UMNO semula ke satu tahap yang lebih tinggi. Sekian buat kali ini dan fikir-fikirlkanlah ya! (Parpu Kari)

.jpg)