Thursday, April 2, 2009

Sah Najib PM...

Najib angkat sumpah jawatan
Sah PM ke 6 di istana Negara esok:



Sah. Presiden UMNO Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di Istana Negara besok 3 April 2009, beritahu ahli Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Abu Zahar Dato' Nika Ujang, ketika merasmikan seminar penulisan autobiografi di Sekolah Dato' Razak, Sungai Gadut, Seremban hari ini 2 April 2009. Tan Sri Abu Zahar yang juga Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Sembilan menjelaskan, pelan peralihan kuasa tersebut mengikut prosedur undang-undang di samping diterima oleh semua pihak, jelas Tan Sri Abu Zahar. "Justeru yang penting ialah rakyat Malaysia perlu memelihara perpaduan di kalangan kaum bagi meneruskan kesinambungan sokongan kepada Dato' Seri Najib seperti sejarah bangsa kita," beliau menambah.

Seminar yang dihadiri oleh guru-guru sejarah di sekolah menengah seluruh Negeri Sembilan itu dihadiri hampir 200 peserta dengan pembentang kertas kerjanya Haji Jaafar Kassim, Pak Dharma dan Hajjah Mahaya Yassin. Menyentuh penulisan autobiografi tokoh-tokoh Negeri Sembilan, Tan Sri Abu Zahar menyarankan tokoh-tokoh pentiang seperti Dr Rashdan Baba, Raja Alias dan beberapa lagi wajar diberi prioriti. Katanya, Raja Alias adalah tokoh yang memain peranan di belakang kejayaan Tun Abdul Razak melaksanakan rancangan Felda. "Penulisan autobiografi perlulah berdasarkan komitmen tokoh terbabit dalam pembangunan negara serta sumbangannya kepada pemikiran bangsa," Tan Sri Abu Zahar menjelaskan.

Seminar Penulisan Autobiografi...



Perserta berasa hairan:
Pak Dharma bukan penulis NS?


Pimpinan PRIMA Pak Dharma yang dijemput memberikan ceramah pada seminar penulisan autobiografi ditakrif bukan penulis Negeri Sembilan. Seminar yang dianjurkan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Sembilan itu berlangsung hari ini 2 April 2009 di Sekolah Dato' Razak, Sungai Gadut, Seremban diberikan tugasan memilih senarai tokoh yang disediakan bagi menulis autobiografi. Persatuan Sejarah dikatakan menerima senarai berkenaan daripada Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) ialah Allahyarham Dato' Kamaruzzaman Kadir, A Latiff Moheidin, Haji Ismail Hadi dan Hajjah Mahaya Yassin. "Bukan sahaja peserta, kalangan penulis di Kuala Lumpur juga berasa hairan apabila nama Pak Dharma tak disentuh oleh PEN dan Persatuan Sejarah," kata penyair prolifik Yassinsalleh.

Yassinsalleh penyair seangkatan dengan Kamaruzzaman Kadir dan Latiff Moheidin memberitahu, Pak Dharma memenangi lapan kali sayembara sastera, malah rekod paling tinggi dibandingkan penulis-penulis yang disenaraikan. Pak Dharma turut menulis dalam semua genre yang sukar ditandingi oleh semua penulis-penulis di negeri Sembilan, beritahu Yassinsalleh yang juga pengarah terbaik dalam Pesta Filem Malaysia 1980-an menerusi filem 'Dia Ibuku'. Beliau juga menjelaskan Pak Dharma sudah menghasilkan hampir 20 buah buku autobiografi termasuk tokoh dari Negeri Sembilan 'Tan Sri A Samad Idris'. "Antara penulis Negeri Sembilan yang lebih berwibawa termasuk Kala Dewata, A.F. Yassin, Drs Ramli Isin, Dr Anuar Noor Arai. Dr Noordin Selat, Ali Majod dan Dr Zakaria Ali," menurut Yassinsalleh menambah.

Tan Sri Abu Zahar Nafi...



Tak berlaku pemberian permit
Isu 200 AP untuk cemar lembaga


Isu membabitkan 200 permit AP kepada keluarga Lembaga Disiplin UMNO dinafikan oleh Tan Sri Abu Zahar Dato' Nika Ujang. Beliau yang juga ahli Lembaga Disiplin UMNO memberitahu selepas merasmikan Seminar Penulisan Autobiografi di Sekolah Dato' Razak, Sungai Gadut di Seremban hari ini, 2 April 2009. Tan Sri Abu Zahar yang juga Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan kecewa, apabila didakwa berat sebelah dalam isu yang membabitkan pimpinan UMNO berkaitan 'politik wang'. "Kalau tak ada perubahan mulai esok 3 April 2009, UMNO akan hancur lebu kerana 'politik wang' berlaku secara terang-terangan dan tak berhemah lagi," menurut Tan Sri Abu Zahar.


Justeru beliau menafikan Lembaga Disiplin terbabit dengan pemberian 200 permit AP, malah menolak berlakunya konspirasi bagi menghalang Dato' Seri Mohd Ali Rustam bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Katanya, tuduhan berkenaan dibuat disebabkan beliau kelihatan bermain golf bersama Dato' Seri Megat Najamuddin Megat Khas. Beliau memberitahu, secara kebetulan memang beliau sudah lama tak bermain golf. Apabila dilihat bersama Megat Najamuddin di lokasi berkenaan, justeru tuduhan tersebut dilimparkan. Seterusnya kata Tan Sri Abu Zahar, keputusan yang dibuat secara tiga peringkat dan oleh orang yang berlainan iaitu menilai pertuduhan, menjatuhkan keputusan dan menerima rayuan. "Tak berlaku konspirasi atau keputusan berat sebelah," beritahu Tan Sri Abu Zahar.

Wednesday, April 1, 2009

PUISI YASSINSALLEH...

Memang Saja Begitu Adanya

Setakat ini
belum ada
berita baik
untuk disiarkan
malah
kalau adapun
nak siarkan kat
mana
semua surat khabar
dah tutup
sebab tak laku.

Yang laku
telah lama
diharamkan
kerana
menyiarkan kebenaran
diharamkan
kerana tidak
menyiarkan
fitnah
diharamkan
kerana
menyiarkan
gambar pokok
balairongseri
rakyat
diharamkan
kerana naskhahnya
diguna rakyat
melindungi mata
bila ditembak
gas
dan dipancut air
asid gatal
diharamkan
kerana bila
membacanya
yang buta boleh
melihat
yang tuli boleh
mendengar
yang bisu boleh
berkata-kata.

Makanya,
hari ini tiada
berita baik
untuk disiar dan
disibar kerana
ahkbar dah tak
laku
yang laku dah
lama haram.

Memang saja
begitu adanya
encik-encik dan
tuan-tuan.

-Yassinsalleh
jam 2047
April 1, 09
ditiupan bayu rindu.


Yang Ada Padaku

Yang ada
padaku hanya
sajak
aku takde duit
harta lagilah
pulaknya
takde gelaran
juga
nak beli macam
mana
jadi
SMS sajak
sajalah yang
aku termampu
itupun tak boleh
hantar ramai-ramai
kredit topup dah
nak abis
tapi untunglah
aku tak ramai
kawan tak
macam dulu-dulu
makanya
penyair tak
ramai kawan
jangan mengadu
sesak pada
orang-orang
tuliskan sajalah
kebangsatannya
tamaddun
pengkelasan
orang-orang
via ringgit
Malaysia
via ketinggian
kuasa yang naik
tak bertangga
jika terjun
gaungnya tak
berdasar.

Demikianlah
hidup
mengajarkan
erti
persahabatan
menurut ukuran
matrik.

-Yassinsalleh
jam 2310
April 1, 09.
kilat sabung menyabung.

Zack & Suara UMNO...

Tugas Getir Hadap PRK:
Beri Peluru Kpd Pembangkang

Kita sebenarnya memang akur dengan tindakan yang telah diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO Malaysia baru baru ini yang telah mencetuskan kontroversi di kalangan ahli-ahli UMNO. Disamping itu kita merasakan apa yang dibuat lembaga disiplin UMNO tidak membawa kebaikan kepada UMNO sebaliknya merosakkan Imej UMNO itu sendiri apabila kita membuka pekung di dada dan akhirnya kita mengharapkan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Apa yang dinayatakan oleh Tan Sri Najmuddin Megat Khas dalam kenyataan akhbar baru baru ini seolah-olah memberikan peluru kepada pihak pembangkang ketika Kita sedang menghadapi tugas getir di tiga pilihan raya kecil. Apa yang dicetuskan oleh Tan Sri Megat Najmuddin disifatkan silap masa dan beliau boleh membuat kenyataan akhbar berkenaan selepas pilihan raya kecil pada 7 hb April yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Ramai ahli UMNO yang agak kesal dengan kenyataan beliau ketika sedang sibuk berkempen di tiga kawasan pilihan raya kecil ini seolah-olah ianya menempelak mereka yang sedang sibuk berkempen. Apakah sebenarnya yang mahu disampaikan oleh Tan Sri Megat Najmuddin dan apakah sebenarnya yang mahu dibuktikan sehingga tidak sabar dan tiada sensitiviti akan kesan sampingan dari kenyataan beliau. Yang paling menarik sekali beliau bercakap mengenai perkara yang beliau sendiri tidak pasti Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno sedang disiasat berhubung amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata seorang ahli Lembaga Disiplin Umno.

"Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat. Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya).

"Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak," Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dipetik berkata hari ini.Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung itu berakhir Sabtu lepas, lapor Bernama.

"Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang," katanya. Jelasnya, beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai anggota lembaga disiplin, mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekali gus.

Jika beliau tidak terbabit mengapa beliau merasakan beliau berhak untuk bercakap mengenai sesuatu yang samar yang beliau sendiri tidak tahu mana hujung pangkalnya dan hanya mendengar sahaja.

Rakyat agak kecewa kerana harapan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi bahawa akan berubah dalam kepimpinan baru ini masih tidak berubah dan masih berada di takuk yang lama.UMNO sepatutnya menghukum Tan Sri Megat Najmuddin yang tidak perihatin akan sensitiviti semasa di mana ada yang menyifatkan Tan Sri Megat Najumuddin seolah olah sedang berkempen untuk pembangkang melalui media.


(*Zack ialah bekas editorial 'Balai Muhibbah' di Jabatan Perdana Menteri pada dekad 1970-an. Beliau juga bekas ketua editor akhbar 'Ekspres', dan penulis buku-buku politik sensasi)

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...


Maka dibuat orang pantun:
Sampai ia ke Bukit Gantang dan...

Syahdan Orangkaya Dato' (Tabib) Zambry Kadir dibawa segala penitir canang bercakap ia di TV502 malam ini (5 Rabiulakhir 1430), mengaku akan dirinya betul sebetul-betulnya. Maka diberitahu sekali orang banyak, Orangkaya Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin itulah yang bersalah, kerana tak mengkui dirinya Orangbesar Perak. Sebermula akan orang di atas angin J.W.W. Birch juga marahlah ia kerana rakyat jelata di Perak tak mahu menerimanya menjadi Orangbesar Perak. Arakian dibunuh oranglah ia di Pasir Salak. Adapun orang atas angin dibawanya segala perajurit dengan lengkap istinggar dan lela, maka diusirnya Sultan Abdullah ke Pulau Sycelles. Maka oleh orang atas angin dituduhnya Dato' Maharajalela Pandak Lam itu yang mendehaka kepada Sultan Perak.

Hatta setelah dilihat oleh segala mereka yang di sampan itu akan Raja Abdullah telah tertangkap oleh Feringgi maka hendak dinaikinya. Maka oleh anak Feringgi ditembaknya dengan bedil pekatu lalu undurlah mendapatkan segala pegawai Kampar mengatakan Raja Abdullah telag dilarikan Feringgi, maka masing-masing hendak mengikut Feringgi itu. Arakian maka oleh Feringgi ditembaknya dengan buah anggor meriam. Maka sebuah pun tiada boleh berani mendekati. Maka lalu semuanya kembali itu. Maka diperbuat orang pantun:

Ketua-ketua raja duduk
Jangan ditimpa papan;
Diketahui ganja itu mabuk
apakah sebab maka dimakan


Adapun akan Raja Abdullah setelah datang ke Melaka dicereiterakan orang disuruhkan oleh kapitan Feringgi hantar ke Goa. Arakian pantun itu dinyanyikan orang turun temurun hingga ke Bukit Gantang, ke Bukit Selambau dan ke batang Air seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

UNDILAH UNTUK ANDA...

Pilhanraya Kecil 29 mac - 7 April 2009



Parlimen Bukit Gantang (Perak)



DUN Bukit Selambau (Kedah)


DUN Batang Air (Sarawak)







BN!




PKR!






PAS!
UNDI CALON, BUKAN UNDI PARTI