Tuesday, June 2, 2009

KONTRA MENGENAI MANOHARA...

Marah dikejut solat subuh:
Fitnah suami utk lepas geram

MOHD SOBERI SHAFII: Apabila manusia TIPU TUHAN seperti Dasy Fajarina, maka apa lagi bahasa yang hendak dipakai untuk disamakan dengan manusia itu. Apabila anak turut serta berbohong dihadapan rumah ALLAH, apa perkara yang harus disamakan dengan perbuatan yang terkutuk itu. Apabila Isteri menfitnah suami kerana marah tiap-tiap pagi dikejut untuk sembahyang subuh, apa jenis manusia seperti itu.

Inilah kisah menarik yang saya mahu paparkan untuk diberi perhatian oleh semua peminat berhubung dengan cerita fitnah yang direkayasa oleh manusia yang diberi nama Dasy Fajarina dan bagaimana Tengku Temenggong sayang terhadap isterinya.Cerita di media Indonesia mengatakan bahawa Manoharo berjaya melarikan diri daripada suaminya Tengku Temenggong itu adalah tidak benar.

Sebenarnya TT mengizinkan Manohara ikut ibunya untuk pulang ke Jakarta tanpa dihalang, dalam erti kata TT memberi pilihan kepada Manohara dan apabila Manohara memilih untuk ikut ibunya pulang TT menyerahkan semua barang kepunyaan Manohara untuk dibawa pulang. - (http://www.nikhassanazmi.blospot.com/)

SELOKA YASSINSALLEH

Buat Habis Kredit Je!

Jangan beri sirih pada orang Eskimo
dia tak tahu nak kacip pinang

Jangan beri bunga pada ikan paus
dia tak reti nak isap madu macam kumbang.

Jangan beri gula pada orang kencing manis
kalau di makan nanti kakinya kudung kena potong

Dan janganlah SMS sajak
pada orang yang tak peduli
buat habis kredit je!

-Yassinsalleh
jam 2313
Jun 1, 09
mencari erti persahabatan
di kalangan burung-burung
terbang tinggi
dan ikan-ikan bermain
jauh di dasar malam.

DR M & ISU GAZA


Israel berdegil dgn Palestin:
Zoinisme hanya berusia 100 tahun

oleh
Dr. Mahathir Mohamad

1. Saya berada di London pada bulan Mac bagi menghadiri forum berkenaan dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza oleh tentera Israel.

2. Forum ini diadakan bersama oleh Kementerian Luar Negeri dan KLFCW atau Yayasan Kuala Lumpur untuk menjadikan perang sebagai jenayah. Kementerian diketuai oleh Dato Seri Rais Yatim, yang semasa itu menjawat Menteri Luar Negeri sementara saya sebagai presiden kehormat KLFCW.

3. Peserta yang menyampaikan ucapan terdiri daripada adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, Tony Benn, Bekas Menteri Kerajaan Buruh Britain, Rabbi Cohen dari satu mazhab Hebrew dan Sir Gerald Kaufman, Ahli Parlimen British Zionis keturunan Yaudi dan Duta Besar Palestine ke Britain.
4. Kesemua mereka mengutuk Israel kerana serangan dan keganasan ke atas Gaza. Rabbi Cohen mempertikaikan kewujudan Israel sebagai sebuah Negara Yahudi. Mazhab yang dipimpin olehnya menegaskan sementara Zionisme hanya berusia seratus tahun, agama Hebrew berada lebih daripada dua ribu tahun. Dan agama Hebrew tidak mengizinkan orang Yahudi memiliki negaranya sendiri.

5. Sementara Sir Gerald Kaufman yang mendakwa dia adalah seorang Zionis yang menyokong penubuhan Israel tetapi dia berpendapat Israel sudah langgar sempadannya dengan menubuh bandar-bandar kecil Yahudi dalam Wilayah Palestine dan menyerang dengan amat tidak berperikemanusiaan Wilayah Palestine. Beliau menentang keras dan mengutuk serangan ke atas Gaza.

6. Di antara yang hadir dan membuat soalan terdapat juga orang Yahudi Zionis yang tidak bersetuju dengan cara-cara Kerajaan Israel.

7. Saya telah berbual dengan beberapa orang Arab dan saya dapati mereka tidak mempunyai matlamat atau strategi bagi melawan musuh mereka. Yang mereka utamakan ialah untuk membalas dendam. Tidak ada perancangan untuk menawan balik wilayah mereka. Tidak ada kata sepakat antara kumpulan-kumpulan mereka. Sebaliknya mereka bermusuh sesama sendiri dan ini memberi peluang bagi Israel dan Amerika Syarikat melaga-lagakan mereka.

8. Negara-negara Arab lain tidak berminat untuk membantu rakyat Palestine. Ternampak masalah Palestine ini akan berterusan.

9. Saya telah cadangkan supaya diwujudkan sebuah negara di mana orang Arab Palestine dan orang Yahudi menjadi rakyat bersama seperti yang terdapat sebelum Israel ditubuh.

10. Pendapat umum daripada perbahasan ialah Israel tidak boleh dihapuskan. Ia sudah jadi satu kenyataan (fact) yang tidak lagi boleh diubah barang sedikit pun.

11. Walaupun forum tidak berjaya mencetuskan idea untuk menyelesaikan masalah Palestine, tetapi peserta semua bersetuju yang ianya dapat mendedahkan keganasan Israel di Gaza supaya propaganda Israel tidak lagi boleh diterima.

Monday, June 1, 2009

KATA DUA KPD HISHAM


Terengganu terus bergolak:
Atau singkir MB serta merta
Nab Presiden UMNO Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang dilantik oleh Majlis Tertinggi (MT) selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Terengganu diberi kata dua sama ada meminta Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said meletak jawatan atau menghadapi undi tak percaya apabila DUN bersidang Ogos ini. Kumpulan pendesak 18 ADUN itu mempunyai cukup majoriti untuk lakukan undi tak percaya, menurut sumber yang rapat dengan kumpulan berkenaan. "Penyelesaian krisis di Terengganu ialah Ahmad Said perlu meletakkan jawatan serta merta," beritahu sumber tersebut kepada beberapa laman blog.
Dalam perjumpaan di pejabat Hishamuddin di Putrajaya 20 Mei lalu, kata dua itu sudah disampaikan kepada beliau selaku Pengerusi Perhubunan Negeri Terengganu. Ahmad Said di samping bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh turut hadir dalam perjumpaan tersebut bagi mencari formula menyelesaikan krisis UMNO Terengganu. Keputusan tersebut bukan sahaja memberi kata dua kepada Hishamuddin, malah dilihat sebagai protes dengan pelantikannya selaku pengerusi perhubungan. "Dalam perkembangan ini bekas setiausaha perhubungan, Dato' Rosol Wahid dilihat sebagai ADUN yang mahukan Ahmad meletak jawatan" menurut sumber it menambah.

INFO SASTERA & BUDAYA


PUISI

Citra Wayang Topeng-Topeng

Untuk kesekian kalinya kini
kerabatku Melayu
kian jua membelai pilu
menatang sayu
menimbang untung
menimang malang.

Terasa benar piatunya kita
di tanah pusaka terasa amat
menumpangnya kita
di rumah nan gadang
terasa sekali
hidup bagaikan tak beradat
terasa betapa
adab bagaikan tak berbudaya
terasa amat
aibnya kita melihat
hukum dipersenda
bagaikan raja tak beristana
bagaikan penghulu tak bermukim
bagaikan tok empat tak berkampung
bagaikan buapak tak berlembaga.

Siang mengumpul nista
malam mengulit nestapa
kepuk tak berpadi
antah digesek sajikan bubur
tubuh dah tak berkain
perca dijahit pembalut badan
telaga dah tak berair
embun ditadah
pembasuh luka.

Dan dalam demikian
kita sengsara
dara sunti teteknya dkelar
bagaikan mengukir teras kayu
membuat gasing mainan.

Merajalelanyalah sang putera
membinatangkan syahwat purbanya
di puncak tamadun digital
yang sudah glokal
lalu pak menteri
terkencing sendiri dalam berdiri
celananya basah
dan giginya terkancing.

Dan dalam bisunya itu
masih jua dia
memperbudakkan bijaksana
rakyat jelata
kerana mereka melata
tak bertelinga
tak bermata.

Makanya, belasungkawakah
yang sedang ditempah
oleh suatu bangsa
yang bercanda
dalam seloka
meraikan pemimpinnya
menjenakai tamadun
peradaban warisan
atas nama ketuanan bangsa
dalam citra
wayang topeng-topeng.

-Yassinsalleh
jam 1851
Jun 1, 09
Manek Urai
yang akan melihat
ketamakan kuasa
atau ulangan
percawatan ekor

ANALISIS PRK PENANTI...

Langkah SPR mengada-ngada:
UMNO berubah atau rakyat mengubah?

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dr Mansor Othman menang dalam pilihanraya kecil DUN Penanti semalam (31 Mei 2009) akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Rabu ini (3 Jun 2009). Dr Mansor memperoleh 6,052 undi menewaskan tiga calon Bebas, Nai Khan Ari Nai Keow (494 undi), Aminah Abdullah (392 undi) dan Kamarul Ramizu Idris (56 undi) dengan majoriti 5,558 undi. Ketiga-tiga calon Bebas hilang wang peratruhan, di samping peratusan keluar mengundi terlalu rendah sekadar 46.15% dari sejumlah lebih 15 ribu pengundi berdaftar.

Langkah SPR mahu menjalankan penyiasatan berikutan peratusan rendah pengundi keluar membuang undi, dianggap sebagai mengada-ngada kerana tindakan UMNO tak meletakkan calon. Dalam fenomena berkenaan penyokong-penyokong UMNO sendiri tak keluar mengundi apabila berada dalam keadaan serba salah. Sekiranya penyokong-penyokong UMNO keluar mengundi bermakna mereka mengundi PKR, kerana sia-sia memberikan undi kepada Bebas. Justeru SPR dan UMNO tak perlu bersandiwara; apalagi tempoh 2013 terlalu singkat bagi memulihkan semula keyakinan rakyat, kerana sekarang pilihannya ialah sama ada UMNO berubah atau rakyat mengubah?

LAPORAN DARI JAKARTA:


Episod panjang di Kelantan:
Mano larikan diri balik ke Jakarta

Jakarta - Bak sebuah drama, Manohara Odela Pinot (gelaran di Malaysia, Cik Puan Temenggong Kelantan) merupakan pemeran utama wanita yang baru saja menyelesaikan episode panjangnya di Kesultanan Kelantan. Banyak hikmah yang ia dapatkan, namun yang pasti Mano menyatakan tidak akan kembali lagi ke Malaysia, "Saya tidak mau ke Malaysia lagi," ucapnya.Berikut petikan wawancara bersama Manohara di Markas Laskar Merah Putih, Jalan Biak, Petojo, Jakarta Pusat, Minggu (31/05/09)

Setelah kejadian ini, apakah Anda akan ke Malaysia lagi?

Saya tidak mau ke Malaysia lagi, I don't trust it anymore. Ke Singapore saja saya sudah mulai takut.

Bagaimana kronologis pulang ke Indonesia?

Jadi kita (pihak kerajaan Kelantan) ke sana (Singapura) karena sultan Kelantan ada heart attack (serangan Jantung), mau medical check up. Ketika itu harusnya 5 minggu, tapi ketika pihak kerajaan tau mama mau datang, baru 1 malam kita diminta packing.

Anda tahu Mama mau ke sana?

Ada seorang pihak kerajaan yang baik hati yang saya tidak bisa sebut namanya memberi tahu saya. Lalu saya mencoba mengulur waktu dengan mandi berlama-lama sampai digedor-gedor. Itu kan di lantai 13. Setelah itu ketika kita turun lift, pihak kerajaan kasih tau jangan turun ke bawah karena mama sudah di lobi. Mano mau dibawa ke lantai 3, itu lantai Raja, Mano mau dikunci di sana. Tapi Mano gak mau. Sempat juga mau disuntik.Mano akhirnya pencet-pencet tombol lift, dan datang polisi Singapura. Mano dibawa ke satu kamar dan tidak lama datang Mama. Pas di kamar, ada pihak embassy, saya legaan dikit. Lalu kita dibawa ke Airport.


Apa sebelumnya Anda pernah mencoba kabur dari Kelantan?

Enggak mungkin bisa kabur dari sana, karena kalau ketahuan pasti security-nya ditingkatin. Jadi Mano cari yang possibility nya ada.Kekerasan seperti apa yang selama ini Anda terima?Setiap hari ada kekerasan, yang silet-silet, sexual harassment, mental abuse, it is true.

Tadi Anda bilang disuntik, memang sebelumnya pernah disuntik juga?

Dulu pernah dua kali disuntik. Makanya saya mau cek ke dokter.Sebab pernah ketika keesokan habis disuntik saya muntah darah dan tidak lebih dari 4 hari berat badan saya naik 10kg. Itu kan nggak wajar. Mungkin mereka ingin terlihat saya sering makan atau terkesan hamil.Mano takut makan. Karena pernah sehabis makan langsung tidur dan pernah juga jadi grogi.

Apakah Anda merasakan adanya efek psikis?

Iya, several weeks I have depression. Tapi kalau saya sakit, saya membiarkan mereka menang.

Apa Anda menjadi trauma dengan laki-laki?

Kalau trauma, it means Teuku has killed my life.

Pernah tidak, Anda menanyakan kenapa Fakhry melakukan hal tersebut?

His answer because you are my property.

Apakah sekarang Anda masih cinta dengan Fakhry?

Perasaan definetely udah nggak cinta, tapi kalau perasaan benci Mano pikir itu sama dengan menyakiti diri sendiri saja (Mano tidak ingin memelihara perasaan benci).Menurut Mano, Tengku agak pshyco. Kalau dia lagi stubborn (keras kepala), saya seperti property bagi dia, saya seperti bukan manusia. Kalau orang biasa, pasti tidak akan melakukannya kan?Apa yang akan dilakukan ke depannya?

Apakah akan kembali ke dunia model?

Ke dunia model, why not?Mano juga mau menjadi aktivis. Mano mau make sure masyarakat kita yang ada di luar sana tetap terjaga. Supaya kalau ada yang menelepon (ke Kedubes Indonesia di Malaysia) nggak dibilang libur. Sebab banyak masyarakat Indonesia di sana yang mendapatkan perlakuan serupa. Bahkan banyak warga Malaysia yang ingin pulang tapi tidak diizinkan oleh raja. Most basic human right itu gak didapatkan di sana.Mano juga ingin meminta agar Kedubes RI di Malaysia diganti. Dia (Dubes RI) yang bilang kalau Mano senang-senang di KL (Kuala Lumpur), padahal kan tidak. Jadi harus diganti Kedubes RI di sana.

Apa pernah ada bantuan dari Kedubes RI di Malaysia?

(Ibu Manohara, Daisy Fajarina, menjawab) Enggak ada bantuan dari kedutaan Indonesia di sana, saya hanya dapat bantuan dari Laskar Merah Putih.

Apakah akan ada proses hukum ke depannya?

Mau ada proses hukum. Nanti lebih lanjut akan dibahas oleh lawyer saya.

Mano akan cerai dengan Fakhry (Tengku Muhammad Fakhry)?

Iya mau cerai. Memang dari dulu saya mau cerai.

Kalau di foto, Anda terlihat senang. Itu benar?

Foto itu semua di-plan. Mesti senyum. Kalau tidak diikuti lebih parah konsekuensinya. Abuse nya lebih kasar. PerhiasanItu juga berlian punya raja. Mano hanya dipinjamkan. Pas selesai (acaranya), semuanya dilepas sama bodyguard-nya.

Apa benar di sana Anda digaji?

Terus terang saja, di sana Mano membuat kue. Memang sempat dulu dikasih 3000 Ringgit, tapi nggak pernah dipakai karena sulit harus ada perizinan untuk menggunakannya.Kalau pun saya menggunakannya, saya akan memilih untuk membagi-bagikannya kepada waitresses (pelayan) di sana. Di istana ada semacam waitresses yang satu bulannya hanya digaji 500 Ringgit. Mereka bekerja selama 24 jam. Kalau mereka memecahkan sebuah gelas, mereka harus menggantinya. (http://detiknews.com/) .