Saturday, June 13, 2009

DARI LAMAN BLOG


Telunjuk lurus kelengkeng berkait:
Ke arah 'pepat di luar rencong di dalam'!

Assalamualaikum,

Tak semena-mena ramai pula pimpinan UMNO memuji Pesiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang dan timbalannya Ustaz Nasharuddin Mat Isu yang membangkitkan isu 'Kerajaan Perpaduan' di samping menganggapnya berpandangan jauh. Justeru tiba-tiba sahaja pimpinan UMNO yang dilantik menduduki MT menyifatkan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menanam tebu di bibir', sebaliknya orang yang sama juga yang haramkan simbol PAS pada 1978 ketika memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Barangkali 'menanam tebu di bibir' lebih baik daripada 'telunjuk lurus kelengkeng berkait', kerana sikap berkenaan menjurus kepada 'pepat di luar rencong di dalam'.

Harapan memang membumbung tinggi terhadap Hadi Awang, ketika DUN Terengganu semakin goyah, goyang dan goncang. Heh heh heh! Spekulasi menyebut 18 DUN UMNO menyokong Dato' Seri Idris Jusoh, dengan 6 DUN sahaja memihak kepada Menteri Besar Dato' Ahmad Said. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato' Seri Hishamuddin Hussein pula memanggil pimpinan negeri ke Putrajaya (seolah-olah bos memanggil heh heh heh), di samping mendapat jaminan tak akan berlaku undi tak percaya dalam persidangan dijangka Julai atau Ogos ini. Tetapi 18 ADUN terbabit sudah memadai untuk menggugat keputusan bos yang tak turun ke Terengganu untuk berunding.
Dengan 6 sahaja ADUN UMNO termasuk seorang MCA tak mungkin mampu pertahankan Dato' Ahmad Said, justeru pimpinan UMNO memerlukan sokongan 8 ADUN PAS yang diketuai oleh Hadi Awang. Bagaimanapun 8 ADUN PAS terbabit tak mencukupi majoriti untuk pertahankan kerajaan negeri pimpinan MB Dato' Ahmad Said, melainkan pimpinan UMNO terpaksa menerima Idris Jusoh atau barangkali terbentuk kerajaan negeri Bebas yang pertama di Malaysia? Seterusnya sama ada aib, malu dan pilu terpaksa juga menerima kerajaan Bebas kembali menyrtai UMNO. Barangkali!

Apalagi majoriti penyokong MCA sebagai parti komponen terpenting dalam BN sudah memberi signal yang jelas kepada pimpinan UMNO menerusi laman blog Presidennya Dato' Seri Ong Tee Kiat. Ong Tee Kiat yang diangkat oleh UMNO bagi menyingkirkan Dato' Harun Idris pada pilihanraya kecil Ampang Jaya pada 1988, secara terbuka menunjukkan MCA mahu keluar dari BN. Daripada 3084 yang memberi respon pada kaji selidik berkenaan 78.1% atau 2409 mahukan MCA keluar dari BN. Kekalutan ini yang menyebabkan pimpinan UMNO tak berasa malu untuk mengiktiraf Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa berpandangan jauh. Isy isy isy!


-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA


PAS sedia main peranan:
Selesaikan konflik di selatan Thai

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand. Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut. "PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Kami juga mendesak agar siasatan segera dilakukan dan satu tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan serangan ini," tegas Hadi.

Beliau juga menjelaskan, PAS bersedia untuk memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan. PAS, kata Hadi, tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pihak di Selatan Thailand. Selatan Thailand bergolak lagi pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia). Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu. Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka. - ( mns - http://harakahdaily.net/ )

ILTIZAM ANWAR IBRAHIM...

Melakar masa depan gemilang
Memaknai haluan perjuangan bangsa

(Kenyataan media Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat di Kolej Universiti Islam, Selangor pada 13 Jun 2009 dalam isu iltizam mewakili semangat perubahan yang sekian lama didambakan rakyat)

Hari ini, lebih 1000 perwakilan KeADILan hadir ke Kongres Khas di Kolej Universiti Islam Selangor. Hari istimewa ini menjadi asas, insyaallah, dalam melakar masa depan yang gemilang, bukan sahaja untuk memperkasa parti, akan tetapi juga memaknai haluan perjuangan bangsa Malaysia. Para perwakilan pada sebelah petang nanti akan mula membahaskan usul pindaan perlembagaan, yang sekiranya diluluskan, pasti melonjakkan kedudukan parti serta perjuangan kita ke persada amalan demokratik yang tidak tergugat lagi. Anjakan ini mustahak sekali dijayakan kerana ianya menzahirkan iltizam kita untuk mewakili semangat perubahan yang sekian lama didambakan rakyat.

Pentas ini juga menjadi kesempatan terbaik kepada saya untuk mengingatkan anggota parti agar jangan sesekali mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Mandat dari rakyat lah menjadi dian ilham untuk merumuskan makna Ketuanan Rakyat dan berjuang dalam kerangka muafakat Pakatan Rakyat.Sudah tentu kita tidak menghalang perbincangan walau dengan pihak mana sekalipun terutama jikalau ianya isu yang berkait rapat dengan kepentingan nasional. Namun pendirian kita jelas, sebarang perbincangan hanya mampu berhasil sekiranya isu asas menjadi keutamaan; kehakiman mesti bebas dari kongkongan penguasa, suruhanjaya pilihanraya serta suruhanjaya pencegahan rasuah harus dikendalikan secara telus dan krisis Perak hanya mampu diselesaikan melalui pilihanraya.

INFO TERKINI

Ahmadinejad menang p/raya
Presiden Iran penggal kedua

Bekas aktivis pelajar Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihanraya Presiden Iran bagi penggal kedua lapor agensi berita jam 5.00 petang ini (13 Jun 2003). Ahmadinejad yang terbabit dalam tragedi rampasan kedutaan Amerika Syarikat (AS) bersama 52 tebusan di Tehran pada 1980 menerima sokongan majoriti menewaskan lawannya Mir Hossein Mousavi yang mendapatkan sokongan pergerakan belia berorientasi barat. Mousavi dikatakan menerima sokongan meluas daripada pengendali laman web, malah menjadi pengkritik kuat kepada Ahmadinejad yang pro rejim Islamm

INFO LUAR NEGARA

Possible fraud Iran's election:
Mousavi declares himself 'winner'

By ANNA JOHNSON and BRIAN MURPHY
(Associated Press Writers Anna Johnson And
Brian Murphy, Associated Press Writers) – 9 mins ago

TEHRAN, Iran – Iran's interior ministry said Saturday President Mahmoud Ahmadinejad took a commanding lead with nearly 70 percent of all votes counted, but his pro-reform rival countered that he was the clear victor and warned of possible fraud in the election.The dispute rose up even before the votes were counted — sharply boosting tensions after an intense monthlong race between the combative president and his main challenger, Mir Hossein Mousavi, who has the backing of a growing youth-oriented movement.

Mousavi declared himself "definitely the winner" based on "all indications from all over Iran." He also alleged widespread irregularities, including closing polls with voters still waiting - suggesting he was ready to challenge the results. But bringing any showdown into the streets would certainly face a swift backlash from security forces, which have already issued stark warnings against unrest or any threat to the Islamic regime. A series of cyber-strikes — text messaging blackouts, blocks on pro-Mousavi Web sites and widespread Internet disruptions — also raised worried that authorities were prepared to exert further pressures on the communications lifelines of the rejuvenated reformist movement.

The messy and tense outcome capped a long day of voting. It was extended for several hours to accommodate a huge turnout that had people waiting for hours at polling stations in blistering heat and nighttime downpours. Mousavi, a 1980s-era prime minister, had been counting on an outpouring from what's been called his "green tsunami" — the signature color of his campaign and the new banner for reformists seeking wider liberties at home and a gentler face for Iran abroad. He raised hopes that a new leadership might embrace President Barack Obama's invitation.

Friday, June 12, 2009

SUARA HATI DR MAHATHIR

Apa guna sekolah dan sijil:
Anak tak tahu mengenai sejarah


Oleh:
Tun Dr. Mahathir Mohamad;
(Bekas Perdana Menteri Malaysia)
June 12, 2009

1. Seorang tetamu datang berjumpa saya kerana masalah yang dihadapi olehnya. Semasa dia menuju pintu keluar dia berkata, " Saya sedih anak saya yang sedang bersekolah tak tahu langsung sejarah Malaysia."

2. Isterinya yang turut bersama mencelah, "Anak saya tak tahu pun ibukota negeri-negeri. Dulu semasa saya di sekolah saya hafal nama semua ibukota bukan sahaja negeri-negeri di Malaysia, tetapi negara-negara di dunia."

3. Saya baca dalam akhbar bahawa bahasa Inggeris tidak perlu diwajibkan. Jadi apakah yang diwajibkan jika sejarah tak wajib, bahasa Inggeris pun tidak.
4. Saya percaya kita hantar anak ke sekolah supaya dia akan menguasai ilmu. Kita tidak hantar mereka bersekolah untuk dapat sijil tanpa ilmu.

5. Sijil dengan sendirinya tidak akan melayakkan kita untuk apa-apa. Yang melayakkan kita ialah ilmu-ilmu yang sijil berkenaan menyenaraikan telah dikuasai oleh pemegang. Oleh itu jika kita kurangkan ilmu yang diwajibkan supaya kita lulus dengan mudah, catitan dalam sijil tidak punyai makna lagi. Sijil sudah tidak berguna lagi.

6. Mungkin sejarah tak ada kena mengena dengan jenis kerja yang akan dibuat oleh kita. Tetapi tanpa sejarah kita tidak tahu siapa kita, dari mana kita datang dan kenapakah kita berada di sini dan tidak di tempat lain. Apabila kita tidak tahu dari mana kita datang, maka sukar bagi kita menentukan kearah mana kita akan pergi. Mungkin kita percaya kita sedang maju kehadapan tetapi sebaliknya kita sedang undur ke belakang.

7. Semua mata pelajaran susah. Kalau senang apa gunanya kita adakan sekolah, apa perlunya guru yang terlatih. Sebenarnya sekolah mempermudah penguasaan ilmu melalui susunan dan tingkatan, sehingga yang lemah pun boleh belajar, dari satu tingkat ke satu tingkat.

8. Dahulu kita dikehendaki baca dan hafal. Di sesetengah negara Islam masih dilihat kanak-kanak berkumpul di keliling guru (ustaz) di masjid dan membaca Al-Quran dan kitab-kitab dengan suara yang nyaring. Apakah mereka faham atau tidak saya tak tahu. Apakah kelulusan guru dan adakah sijil yang dikeluarkan?

9. Sekarang kita bukan sahaja baca tetapi kita perlu faham apa yang dibaca dan kita tahu relevannya kepada kehidupan masa depan kita.

10. Sesungguhnya cara menyampaikan ilmu telah ditingkatkan sepanjang masa. Demikianlah peningkatan cara menyampaikan ilmu di zaman komputer ini sehingga guru pun akan dapat mempelajari bersama dengan murid.

11. Dalam mempelajari bahasa umpamanya, terdapat software (perisian) yang bersuara dan gambar bergerak yang boleh kita turuti.

12. Jika guru tidak cekap pun, software menerangkan apa yang perlu dibuat untuk mempelajari sesuatu.

13. Tulisan atas skrin akan dibaca oleh pakar dengan sebutan yang baik dan boleh diulangi sehingga sebutan pelajar menjadi cukup baik.

14. Soalan boleh ditanya kepada software dan pelajar boleh banding jawapannya yang ada dalam software. Jika salah jawapan boleh diulangi sehingga pelajar dapat lafazkan jawapan yang baik. Ulangan boleh dibuat berkali-kali.

15. Dinding bilik sekolah boleh diguna sebagai skrin dan ditayang gambar orang yang berkata sesuatu dan perkataan akan tertulis di kaki gambar seperti subtitle yang sering kita lihat.

16. Ia tidak bosan untuk mengulangi berapa kali pun. Pita rakaman boleh dibawa balik untuk mengulangi episod-episod tertentu.

17. Dalam menggunakan software ini guru juga akan mempelajari atau memperbaiki lagi penguasaan bahasa berkenaan.

18. Soal tidak cukup guru tidak timbul. Yang dikehendaki ialah latihan kepada guru bagaimana mengguna software berkenaan. Saya percaya siapa pun boleh belajar cara menggunanya.

19. Sesungguhnya sistem software untuk belajar bahasa amatlah berkesan dan berjaya. Kalau bersungguh-sungguh hanya beberapa hari sahaja yang diperlukan oleh guru atau pelajar untuk menguasai bahasa apa pun.

20. Saya belajar bahasa Perancis secara main-main tetapi saya dapat faham bahasa ini dengan menggunakan hanya piring hitam sebelum ada komputer. Kemudahan di zaman komputer ini jauh lebih baik daripada piring hitam.

21. Seperti bapa dan ibu yang kecewa dengan ilmu yang dipelajari oleh anak mereka, saya juga kecewa dengan desakan supaya dipermudah lagi perolehan sijil sekolah.
22. Jika sijil sudah begitu mudah diperolehi ia tidak akan dihargai lagi, tidak akan berguna untuk dapat kerja dan tak berguna untuk meneruskan pelajaran lebih tinggi juga.

23. Kalau sudah tak berguna, apa perlunya adakan sekolah dan sijil.

INFO SASTERA & BUDAYA

Sejarah buktikan kejayaan saintis:
Fasih BI tak semestinya orang pintar

oleh: Cikgu Fadzli

Fasih berbahasa Inggeris bukan bermakna seseorang itu pandai dan hebat. Begitu juga, tidak semestinya BI membuatkan kita lebih pandai daripada biasa. Sejarah membuktikan yang kejayaan saintis, negara dan apa sahaja perkara di dunia ini tidak bergantung kepada BI. Apabila terbaca mysinchew.com, pandangan orang cina mengenai hal ini juga sama iaitu tidak bersetuju dasar membanggakan BI dalam pendidikan.

Pandangan yang disiarkan di bahagian pendapat oleh TAN POH KHENG, ternyata mempunyai asas yang BI tidak semestinya mencerdikkan rakyat Malaysia. Dalam tulisannya, Tsien Hsue-shen, Luo Huageng, Wilhelm Rontgen (the German physicist who discovered X-ray), French microbiologist Louis Pasteur and Japanese physicist Shoichi Sakata were all educated in their own mother tongues, and later ascended to the pinnacle of science. The overall quality of people in China, Germany, Japan, Korea and France is by no means inferior to that of English speaking countries. As a matter of fact, the wisdom and quality of their people could be more superior than those of Britain or America.

Beliau memberikan contoh-contoh tokoh-tokoh yang sudah memetakan kejayaan penemuan dalam sejarah dunia tidak bergantung kepada BI. Malah dengan semangat inquiry-discovery mereka masih mampu melakukan penemuan yang membawa manfaat serta dogma baru dalam bidang masing-masing. Nama mereka ini terpahat sebagai penyumbang kejayaan masa kini.
Tambah beliau lagi, hanya orang yang mempunyai rasa tidak yakin serta masih mempunyai rasa inferiority complex membanggakan BI.

Mengapa mereka ini tidak bangga dengan bahasa ibunda dan kebangsaan yang lebih senang dimanupulasikan sebagai bahasa ilmu dalam acuan kita sendiri. Membangunkan masyarakat glokal impian pemimpin atasan negara memerlukan komitmen sayangkan bahasa Kebangsaan. Bukan hanya sebagai penyeri majlis rasmi sahaja. - (www.cikgumalaysia.blogspot.com.)