Thursday, July 30, 2009

Janji Tun Razak terhadap ISA..

Tun Razak beri jaminan
ISA hanya untuk komunis
oleh Ahmad Tajdid

GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 1 Ogos ini sempena penyerahan memorandum kepada Istana Negara menggesa supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Tanggal 1 Ogos akan datang juga adalah tahun ke-49 ISA diluluskan Parlimen. Apakah tujuan sebenar ISA diwujudkan? Ikuti sedutan ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Husain ketika Rang Undang-undang ini dibawa ke Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960:

" Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 haribulan Julai. Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.

Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 haribulan Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu. Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera.

Begitu juga oleh sebab musuh masih ada dalam negeri kita yang mana musuh itu disebabkan dan memikirkan yang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaganya dengan cara meresap subversif hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan undang-undang bagi mencegah atau melawan anasir-anasir subversif itu.

Undang-undang atau Rang Undang-undang yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif. "- http://www.lanailestari.blogspot.com/

Anwar ke Istana Negara...

Seri Paduka Baginda YDP AGONG.
oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim


Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung semalam memutuskan antaranya memohon kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan saya bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang mengadap Seri Paduka Baginda. Permohonan untuk mengadap YDPA juga demi untuk menzahirkan kebimbangan kami kerana Suruhanjaya DiRaja gagal menjadi wahana serius menangani permasalahan berbangkit. Kegagalan sebegini memperlihatkan peranan Suruhanjaya DiRaja dengan sengaja diremehkan dan penggunaan nama Di Raja diperalatkan hanya untuk menutup kebobrokan yang berlaku.

Selain itu permintaan agar pertemuan segera diadakan di antara saya, Tuan Guru Haji Hadi dan Sdr Lim Kit Siang dengan Dato’ Sri Najib Razak juga disampaikan sebentar tadi kepada pejabat beliau. Menyedari ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin memuncak, terutamanya, apabila acapkali dikecewakan dengan penjelasan yang seumpama melepas batuk di tangga, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan beberapa perkara yang mendesak kerana ianya membabitkan integriti beberapa institusi kenegaraan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia(PDRM).


Pertemuan juga dijangka membincangkan kontroversi kematian mendiang Teoh Beng Hock dan bidangkuasa suruhanjaya yang terbatas. Turut disentuh di dalam surat kepada perdana menteri ialah, adanya pembabitan agensi kerajaan untuk menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hasrat untuk bertemu Dato’ Sri Najib juga adalah untuk menuntut agar tempoh perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan, terutamanya apabila nama beliau dikaitkan dengan kongsi gelap pelbagai skandal seumpama pembelian Eurocopter. Manakala selari dengan kehendak rakyat dan perkembangan semasa, adalah wajar untuk negara ini memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).

Ayah Ahmad Nizam di IJN...

Selepas rawatan awal di Temerloh:
Ayah Penasihat Undang2 PKR Pahang ke IJN


Pimpinan PRIMA melahirkan rasa berdukacita kepada Penasihat Undang-Undang PKR negeri Pahang dan aktivis masyarakat di sini, Ahmad Nizam Hamid berikutan ayahnya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini (30 Jun 2009). Sebelum ini ayah Ahmd Nizam dimasukkan ke hospital di Temerloh bagi rawatan awal, di samping sentiasa berulang alik menerima doktor di sana. Selepas menerima khidmat nasihat selanjutnya, Ahmad Nizam memasukkan ayahnya ke IJN hari ini. Ketika dihubungi sekretariat PRIMA, beliau memberitahu keadaan ayahnya stabil tetapi memerlukan rawatan lanjut di IJN.

Bagi pihak pimpinan PRIMA saya mendoakan ayah Ahmad Nizam segera sembuh, di samping keluarga beliau sentiasa bersabar. Bagaimanapun Ahmad Nizam tak menjelaskan sama ada pelawat dibenarkan menziarahi ayahnya atau sebaliknya. Disebabkan ayahnya sudah lama menerima rawatan di hospital Temerloh, Ahmad Nizam tak menggalakkan ayahnya dkunjungi sahabat handai dan pelawat-pelawat. "Harap kawan-kawan doakan ayah saya selamat menjalani rawatan, di samping segera sembuh," beritahu Ahmad Nizam.

INFO SASTERA & BUDAYA

PUISI

Kalau Otak Tak
Sampai Segenggam

Ada orang kata
PRIMA anjur deklamasi sajak
sebab nak pecah belahkan Melayu
dia ni ngok ke apa?

Melayu tak payah
siapa nak cuba pecah belahkan
sememang dah pecah
dan punah ranah pun.

Melayu dah lama terbarai
dan terburai
lantaran ngoknya akal
hemah dan budi
orang Melayu otaknya
terletak di buku lali
bahagia jadi haruan
makan anak sendiri.

Demikian para seldadu upahan
bersyahwat melontar tuduhan
dia ni tahu ke
sajak tu apa?

Kalau kail panjang sejengkal
jangan menduga dalamnya lautan
kalau otak tak sampai segenggam
jangan mencabar kafilah pejuang
percuma nanti mandi telanjang.

-Yassinsalleh
jam 1805
Julai 30, 09
Langit Kuala Lumpur
tak berlembayung
sarat jerebu menutup pandang.

info suara prolitar...

PRIMA pelingkup bangsa
Cina, Hindu pariya yg suka

Pandak Akat said...
Awak ni pelingkup bangsa melayu. Cinacina hindu pariya suka orang macam hampa. mereka boleh lanjak orang melayu. - Pandak Akat.

July 30, 2009 8:31 AM
Post a Comment
(mengenai jemputan PRIMA ke majlis baca puisi)

Puisi tak pecah belah Melayu

Tak baca puisi pun orang Melayu dah pecah belah oleh UMNO. Politik wang bukan sahaja dalam pilihanraya, dalam pemilihan UMNO pun pecah belah. Ali Rustam dah sah dijatuhkan hukum 'politik wang', tapi masih kekal jadi KM. Apa dah jadi? - (Yassinsalleh, Puchong, Selangor - SMS, 30 Julai 2009; 18:09:43).

Selama ni Melayu bersatu ke?

Kalau pecah Melayu jangan ada berbalas pantun, jangan ada debat piala perdana menteri, bubarkan semua parti politik. Selama ni Melayu bersatu ke? - (Rozmal Malakan, Seremban, N.S.; SMS, 30 Julai 2009; 17:44:4o).

Siapa tukang komen tu?

Siapa tukang komen yang minda leceh tu? - (Ahmad Nizam; Semantan, Pahang; SMS 30 Julai 2009; 17:36:03)

Berpecah kerana pemimpin tak berfungsi.

Melayu berpecah kerana rebut kerusi, pasal isu basi, pasal makan tak kongsi, pasal pemimpin tak berfungsi, bukan kerana berpuisi- (Zakaria Bidin; Cheras, KL; SMS 30 Julai 2009; 17:46:21 )

Links to this post

BIAQPILA: UMNO PAS: NIK AZIZ MEMANG POWER
AKU TABIK SPRING KAT TG NIK AZIZ...SEKALI DIA CAKAP,PUAK UMNO SEMUANYA MENGGELUPUR BAGI ULASAN.MEMANG POWER LA...MANA TAK POWERNYA,NIK AZIZ DIKATAKAN BOLEH MENGHANCURKAN ORANG MELAYU.KALAH PELURU BERPANDU BEB. ...
Posted byBiaqpila atJuly 30, 2009 11:00 AM

BIAQPILA: Keluarga Teoh Beng Hock Tetap Mahu Suruhanjaya Diraja ...
Walaupun bertemu dan mendengar janji Perdana Menteri , keluarga mendiang Teoh Beng Hock tetap dengan pendirian suruhanjaya diraja mesti menyiasat punca kematian mendiang Beng hock.. Keluarga mendiang Beng Hock mengadakan pertemuan ...
Posted byBiaqpila atJuly 30, 2009 9:00 AM

BIAQPILA: Adun dakwa salah guna dibuat BN
SHAH ALAM: Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, antara tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri, semalam mendedahkan ...
Posted byBiaqpila atJuly 30, 2009 7:00 AM

Create a Link - http://www.biaqpila.blogspot.com/.

Pimpinan UMNO jangan melawak...

Amanah yang dipikul:
Untuk bersihkan parti

Ketua Penerangan UMNO Dato' Ahmad Maslan diingatkan jangan 'melawak' apabila diberi amanah memikul tanggungjawab pimpinan Pusat, kata bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak, Omar Sudi Abdul Manan. Mengulas kenyataan Ahmah Maslan di akhbar Utusan Malaysia hari ini (30 Julai 2009) mahu mendahulukan perkataan 'agama' dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO yang menyebut perjuangan untuk 'bangsa, agama dan negara', Omar Sudi memberitahu segala yang termaktub dalam perlembagaan itu sudah cukup berkesan. "Semuanya diutamakan serentak dalam perjuangan UMNO iaitu bangsa, agama dan negara, tak perlu nak melawak," menurut Omar Sudi.

Ketika keberangan rakyat terhadap UMNO masih belum reda, Ahmad Maslan perlu memahami kelemahan yang wajar diperbaiki iaitu isu 'politik wang' yang menyebabkan perjuangan UMNO tergadai, kata Omar Sudi lagi. Seterusnya beliau menyentuh sikap Ketua Penerangan itu sebelum ini yang mahu mendekati 'orang kampung' dengan menunggang basikal dan berkain pelikat; perbuatan itu juga adalah melawak malah ditertawakan oleh lawan. UMNO perlu membuat perubahan bukannya untuk melawak, jelas beliau. "Kalau UMNO mahu berubah hapuskan terlebih dahulu 'politik wang', dan jangan biarkan jawatan bagi pimpinan di peringkat Cawangan juga boleh dibeli," beritahu Omar Sudi menambah.

H1N1 Semakin Serius Landa Negara

11 kem PLKN pula ditutup:
Rakyat terdedah kpd jangkitan

30/07/2009 1:35pm

PULAU PINANG 30 Julai — Selepas beberapa buah sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup sementara, 11 pula kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di semenanjung diarah tutup setakat ini berikutan pelatihnya menunjukkan tanda-tanda jangkitan influenza A (H1N1). Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penutupan kem itu melibatkan 4,500 pelatih dan kira-kira 200 petugas dan mereka diminta berada di rumah selama seminggu.
Beliau berkata semua aktiviti PLKN akan diadakan semua mengikut modul yang ditetapkan selepas semua pelatih dibenar kembali ke kem. “Kami akan ambil tindakan sama ke atas kem PLKN yang lain jika keadaan yang sama berlaku di kem-kem itu. Terdapat 87 kem di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan petugas kem tentera Tun Razak di Bayan Lepas, di sini. Ditanya jumlah pelatih yang disahkan positif virus itu, Ahmad Zahid berkata:

“Kami tidak pasti berapa ramai yang dijangkiti tapi daripada maklumat yang saya dapat, tiada yang pulang dari dari luar negara, termasuk petugas kami”. Beliau meminta ibu bapa pelatih terlibat supaya tidak panik kerana kementerian akan mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah itu. Ahmad Zahid juga berkata pertandingan akhir kem PLKN terbaik seluruh negara yang dijadual 19 Ogos telah ditunda. — BERNAMA