Saturday, August 1, 2009

SEKILAS PANDANG...

Kalau UMNO tak tertekan'
Kenapa janji RM7j jambatan baru?




UMNO tidak pernah merasa tertekan sehingga terpaksa mencari titik pertemuan dengan seteru politiknya untuk membentuk kerajaan campuran seperti digambarkan pembangkang, kata Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, lapor Utusan Malaysia hari ini (1 Ogos 2009). Heh heh heh! Takkan Najib mahu mengaku 'UMNO tertekan', apalagi orang tua-tua Melayu dahulukala sering juga mengungkapkan pepatah petitih 'tak siapa mahu mengaku berak di tengah jalan'. Kalau tertekan pun pura-puralah 'tak tertekan' - sementelahan 'bangkai gajah, takkan boleh ditutup dengan daun sehelai'. RM7 juta untuk jambatan baru di Manek Urai, tak tertekankah? Tak bertanding PRK Penanti, tak tertekankah? Guna kekuatan FRU dan polis hari ini (1 Ogos 2009), tak tertekankah?

Perkara menafikan sesuatu isu perkara mudah seperti juga perihal 'politik wang', tetapi adakah ianya bolehkah orang ramai mempercayainya? Kalaulah Najib berasa UMNO serba hebat, mengapa berasa malu untuk mengakui idea 'kerajaan campuran' adalah dari Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bukannya Presiden PAS Dato' Seri Hadi Awang. Apabila Tengku Razaleigh berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO, beliau berjanji melaksanakan 'kerajaan perpaduan'. Sepatutnya Najib tak berasa malu untuk mengakui Tengku Razaleigh mampu mencorakkan UMNO mengikut acuan 'kerajaan perpaduan' bukan 'kerajaan 1Malaysia'.

Barangkali Najib boleh memberi pelbagai alasan, termasuk untuk menyertai PRK di Permatang Pasir, sekalipun jauh di lipatan hatinya tak mahu lagi PRK. Justeru, Najib terus bertahan dengan DUN Perak daripada dibubarkan bagi pilihanraya yang menentukan survival UMNO di Perak, tetapi ketentuan-Nya sukar dihalang. PRK satu demi satu tak mampu dihalang menerusi ketentuan-Nya; apalagi H1N1 yang menjadi ketakutan sekarang adalah sukar di heh heh heh, macam demonstrasi 1 Ogos 2009 yang boleh dikerah segala kekuatan polis mengawalnya. Seorang aktivis UMNO di Selangor yang pernah dilantik menjadi nazir masjid pernah membisikkan kepada saya unsur-unsur angin, api, air dan tanah - tak siapa boleh menghalang.

Bagaimanapun saya tak sampai ke tahan pemikiran beliau; apalagi kekuatan senjata dan pasukan keselamatan juga tak mampu membendung unsur-unsur berkenaan termasuk juga H1N1. Firaun juga tak pernah mengaku dirinya tertekan dengan penampilan Musa Kalamullah A.H.; begitu juga Sultan Mansor Shah apabila Hang Jebat menaiki istana. Setelah satu demi satu hulubalangnya tumbang, barulah berulang kali menyebut nama Hang Tuah. Malangnya UMNO berasa malu untuk mengakui Hang Tuah berulang kali menyebut 'Tak Melayu hilang di dunia!', sebaliknya memberang memarahi 'Jebat derhaka, Jebat derhaka!'. Soalnya, marah kepada Jebat, atau marah kepada diri sendiri?


-Pak Dharma

Dari laman blog Ku Li...




Surat jawapan Ku Li:
Kepada Surat Nik Aziz


Below is my answer, which was hand-delivered to the Menteri Besar this morning.

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9
30hb Julai, 2009.
8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan,
Pejabat Menteri Besar,
Blok 1, Tingkat 1,
Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga.

Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.
Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia.

Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

Dari hati ke hati:
Petronas & royalti minyak


Barangkali surat YBM Tengku Razalegih Hamzah ini boleh membuka minda pimpinan muda UMNO yang selama ini terlalu mementingkan 'perhambaan minda' bagi mendominasi kebangsatan bangsanya. Mudah-mudahan mereka menyedari YBM Tengku Razaleigh yang diperlekehkan selama ini, adalah orang yang bertanggungjawab terhadap pembangunan Petronas yang menjadi kebanggaan UMNO sekarang (bukan kebanggaan negara) - Pak Dharma.

INFO SASTERA & BUDAYA


PUISI

Anjing Tak Boleh
Mungkir Janji

Kalau orang bagi
daging panggang
letak atas bara
mintak kicap
mintak lada
mintak juga ajinomoto
makan biar selera
bila lagi nak makan
belanja menteri.

Kalau orang buat janji
pegang, bawa kat loyar
buat agremen
siap tanda tangan
lengkap dengan saksi
dan mustain billahkan
dengan cop setem sekali,
jangan ambik mudah
buat biar sempurna.

Kalau orang bagi duit
ambik, lepas tu pergi
tanya kat ketua
gerombolan pembeli unta
berapa duit yang dibagi
pada ejen yang itu
untuk dibagi kat awak.

Kalau ejen tu tipu
londehkan seluar dia
kibarkan buat bendera
tapi, ingat
jangan pandang panau
kat punggung
dan kurap kat
celah kangkang dia, suei!

Nanti awak beli toto
tak kena,
ngorat artis tak dapat
kalau bertunang
cincicn jatuh jambat
boleh jadi bini pun lari
ikut bangla.

Tapi ingat,
bila dah ambik duit
mesti undi macam dijanji
awak jangan tak undi
sebab, anjing
tak boleh mungkir janji
manusia saja
yang berhak untuk
mungkir janji
sebab, manusia
bukan anjing.

-Yassinsalleh
jam 1830
Ogos 1, 09
dah lama tak makan
pacak daging
cicah kicap lada.

Pasir Masuk Ke Mata

Kalau kerbau boleh sembelih
buat rendang
makan dengan lemang, sedap
kalau lembuboleh perah susu
buat dadih, lazat
kalau kambing
kulit boleh buat kompang, meriah

Tapi katak puru nak buat apa?
geli geleman
biawak nak buat apa pulak?
suei semedang,
ular apatah lagi
lidah bercabang
takut habis orang.

Jadi, macam mana
nak menang?
jawabnya d Permatang Pasir
jangan bagi pegi
si katak puru
dan biawak kengkang
dan ular makan telur.

Nanti percuma malu lagi
kat belalang dan kelkatu
macam kat Manek Urai dulu,
aku ni bukan apa
sekadar teringatkan
Kampung Pria di Manek Urai
yang masih berjembatan lama
jangan nanti bila dah nangis
katakan pulak
pasir masuk ke mata.

-Yassinsalleh
jam 1730
Ogos 1, 09
tengah fikir nak tumpang
mercedes sapa
ke Permatang Pasir.

Malangnyalah Nanti
Pak Pandir

Ada kain buat bendera
ada gambar buat poster
ada dakwat tulis sepanduk
ada idea buat slogan
ada strategi buat muslihat
ada maikrofon buat lawak
buat janji buat sumpah.

Ada duit beli orang
ada orang bayar sikit
ada lima bagi satu
empat lagi masuk saku
Tokpa kata dah beli
tujuh ribu
buncitnyalah perut katak puru
makan kelkatu.

Itu dulu,
Permatang Pasir loni
kalau salah tafsir
banyak orang kena buasir
lidah bercabang terjelir-jelir
hujan lebat sawah tak berair
ramai akan jadi pandir
bila juragan tersalah sifir.

Aduhai, malangnyalah nanti
Pak Pandir di Permatang Pasir!

-Yassinsalleh
jam 1126
Ogos 1, 09
nak hafiz sifir
pak pandir.

Polis bersenjata lawan orang awam tak bersenjata...

Pro tak bermakna disukai rakyat
Kerajaan akan ditentukan undi rakyat

Sabtu, 1 Ogos 2009

Terkini: 438 ditahan termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak...

Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam melaporkan, sejumlah 438 demonstrator ditahan termasuk 37 wanita dan 38 remaja dalam insiden polis bersenjata menggempur orang awam tak bersenjata. Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pula berkata, mereka yang terbabit dalam demonstrasi sudah dinasihati jangan
teruskan demo. Maknanya, kalau ikut cakap UMNO walaupun ianya 'dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap UMNO terjun masuk lubuk!'.

Pro UMNO nak menunjuk-nunjukkan apa?
Sementara itu pro UMNO mendabik dada kerana berjaya sampaikan memo kepada baginda YDP Agong... ISA - Pro-ISA legal adviser Mohd Khairul Azamdin walks through police blockade at Istana Negara to hand memo to King. about an hour ago . Posted by Firdaus Omar. Dapat hantar memo sahaja. Kalau sekadar nak berheh heh heh, apa salahnya. 'Enam Jahanam' filem Tan Sri Dr P Ramlee, tentu orang pro UMNO tak faham apa-apa. Penyamun pun boleh bermuka-muka untuk jadi huh huh huh, orang ramai sokong kerana huh huh huh juga!

Lebih 20,000 orang berdemo...200 orang ditahan. Dr. Hatta dibelasah...Pejabat Agong PAS disembur water cannon..
Dr Hatta Ramli pimpinan PAS yang juga Ahli Parlimen, turut dibelasah. Alahai. Kalau Timbalan Perdana Menteri boleh lebam mata ketika dalam tahanan polis pada 1998, apa sangatlah dengan isy isy isy! Justeru rakyat perlu bersatu untuk menukar regim yang pongah, bobrok dan perongos.

Polis tunjuk kekuatan kepada siapa?
Mereka yang terbabit dalam demonstrasi, bukan golongan militan yang lengkap bersenjata. Tetapi sekadar menuntut menghapuskan perhambaan minda, sehingga sebahagian besar rakyat terus mewarisi kebangsatan sejak kolonial British, sekalipun sudah 52 tahun merdeka. Barangkali di tengah kumpulan demonstrator itu tak kelihatan Noordin Mat Top yang mampu menggegar, menggetar dan membebar!


Menjatuhkan imej negara:

TV3 mengakhiri Buletin Utama jam 9.00 malam menyebut, demonstrasi memberi imej buruk kepada negara; bukannya sistem kehakiman seperti video Linggam; bukannya kes kematian Teoh Beng Hock ketika dalam siasatan di pejabat PSRM, bukannya rampasa kuasa DUN Perak, bukannya janji jambatan di Manek Urai, bukannya kes wanita warga Mongolia dan dan dan...!

Mudah-mudahan FRU tingkatkan kebencian rakyat kpd UMNO

KL Medan tempur FRU
Lawan orang tak bersenjata

Kuala Lumpur menjadi medan tempur FRU melawan orang-orang tak bersenjata, sama seperti keperihalan di Semenanjung Gaza, hari ini 1 Ogos 2009. Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat, demikian lapor harakahdaily.Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.


o Gambar yang dirakam pengendalai beberapa laman blog, tak nampak seorang pun aktivis yang bersenjata. Beberapa orang sekadar memegang telefon tangan. Tak tahulah mengapa FRU perlu menggempur mereka yang tak bersenjata, seolah-olah mirip dengan pasukan bersenjata sebuah negara yang disokong Amerika Syarikat menggempur rakyat Palestin yang tak bersenjata di Semenanjung Gaza.

o Tak mungkin d kalangan aktivis di Jalan Tuanku Abdul Rahman disertai Noordin Mat Top. Malah mereka sekadar membawa beg di belakang, barangkali untuk mengisi kamera, letop mahupun telefon tangan. Sebaliknya FRU yang bersiap sedia seolah-olah mahu bertempur dengan kawan-kawan Noordin Mat Top di kota Jakarta. Bernasib baiklah FRU dan polis di Malaysia, kerana di kalangan aktivis masyarakat di negara ini, tak lahir seorang pun seperti Noordin Mat Top.


o Gas pemedih mata ditembakkan ke arah aktivis demonstrasi, seolah-olah bahan berkenaan diberi percuma. Kerajaan terpaksa berbelanja menggunakan 'wang rakyat' untuk melengkapkan FRU dan polis dengan segala peruntukan melawan mereka tak bersenjata di Kuala Lumpur 1 Ogos 2009. Seperti juga keberangan rakyat di Filipina satu ketika tak mampu dhalang berjaya menggulingkan diktator Marcos. Hari ini pimpinan rakyat Corazon Aquino meninggal dunia, tetapi tetap memberi aspirasi kepada rakyatMalaysia menentang kezaliman ala diktator itu.

Info demo - kronolgi 3.00 pm - 3.45 pm

Amukan FRU menentang:
Aktivis yang tak bersenjata




3.45pm Kira-kira 2,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.
3.38pm Timbalan Pengerusi Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.

3.35pm Kira-kira 2,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ. Mereka turut melaungkan 'Mansuhkan ISA'.

3.30pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ikut sama.3.29pm: Manakala dua penyokong anti-ISA dapat melepasi kawalan polis untuk sampai ke Istana Negara tetapi kemudiannya ditahan polis

3.25pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air.

3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang bhimpun semula berdekatan Sogo.3pm Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Info demo mansuhkan ISA

Anwar turun padang di Sogo
Kronologi 2.30 hingga 2.53 pm

Ogos 1, 09

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.33 pm - Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut elakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.37 pm - Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.39 pm - Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka seddang mendengar ucapan ringkas.

2.41 pm - Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.42 pm - Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2.50 pm - Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.53 pm - Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuh ISA (GMI) berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara menyerahkan 'deklarasi rakyat'.