SAJAK
Doa dan Salute untuk Muluk @ Dharmala NS
Komradku Muluk @ Dharmala NS
demikianlah ketentuan Allah SWT
bahawa sudah sampai
waktunya
engkau dipanggilnya pulang meninggalkan
medan perjuangan tanah airmu
yang telah engkau patuhi
tanggungjawabmu
sepanjang hidupmu penuh berani
dengan kamus tanpa kata
menyerah dan putus asa.
Semoga Allah SWT
menempatkan rohmu
di kalangan mereka yang beriman
setimpal dengan pahalamu
seorang pejuang
yang tulus, telus dan taqwa.
Muluk,
entah esok entah lusa
Apak juga akan dipanggil pulang
Alhamdulillah,
tapi selagi belum tiba waktunya
tahulah kau komradku
perjuangan kita akan tetap
bagaikan juga
sepertinya selama ini
terus akan Apak semarakkan
walaupun betapa kini
lentera demi lentera
terjual sudah
pada harga diskaun 70%.
ada juga
yang ditawar pada 80%.
aduhai!
Muluk @ Dharmala NS,
sejarah riwayatmu
adalah tugu gagah jasamu
berdiri megah kini
di puncak kebanggan kami
balu dan anak-anakmu
cucu dan menantumu
sanak saudara kaum kerabatmu
handai taulan dan peminatmu
dan barisan komrad seperjuangan mu.
Doa dan Salute kami untukmu
duhai komradku
Muluk @ Dharmala NS.
Alfatihah.
--Yassinsalleh, Apakmu.
Jam 1555, Ogos 13
Johor Bharu.
Thursday, August 13, 2009
Belasungkawa
Al-Fatihah (الفاتحة)...
BUDAYAWAN TIADA PENGGANTI
PAK DHARMA KEMBALI KE RAHMATULLAH
Pada pukul 1.45am keadaan Abdul Muluk Daud ataupun lebih dikenali sebagai Pak Dharma sudah bertambah tenat apabila tekanan darah Pak Dharma mula menurun. Ketika itu isteri dan waris-waris Pak Dharma sudah menunggu di wad CCU. Setelah bertarung nyawa beberapa jam, Pak Dharma telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 8.41am pada hari Rabu (12 Ogos 2009).Allahyarham Pak Dharma seorang budayawan dan sasterawan Melayu yang menulis pelbagai genre termasuk novel, cerpen, puisi,rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003. Pak Dharma juga merupakan pengendali blog PRIMA begitu mementingkan Bahasa Melayu sehingga setiap perjuangan yang dilakukan oleh beliau direalisasikan dengan aktiviti-aktiviti bacaan puisi dan sebagainya.
Jenazah Pak Dharma telah dibawa ke kediamannya di Taman Sri Gombak untuk diberi penghormatan terakhir dan kemudian dibawa ke masjid Al-Khiriyah untuk dimandikan dan dikafankan. Tepat pukul 2.15pm jenazah Allahyarham dibawa ke kampung halamannya di Kg Bachang Mantin, Petaling, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dimana jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah wakaf perkuburan Triang, bersebelahan dengan makam anakanda Allahyarham iaitu Allahyarham Ikram Hafiz.
Disini isteri dan waris-waris Allahyarham Pak Dharma ingin menjemput sahabat-sahabat Allahyarham untuk menghadiri kenduri tahlil selama dua hari pada 13 Ogos 2009 (Khamis) dan 14 Ogos 2009 (Jumaat) selepas solat Isyak di kediaman Allahyarham, No 24 Jln SG 9/1 Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Dahulu kehilangan permata hati, kini kehilangan permata kalbu. Semoga roh Allahyarham Pak Dharma dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Amin.
-Waris Pak Dharma
Saturday, August 8, 2009
BACA PUISI 'MANIFESTI RAKYAT'
BACA PUISI 'MANIFESTI RAKYAT' DITANGGUHKAN
Sebagaimana telah dimaklumkan sasterawan dan budayawan Abdul Muluk Daud (Pak Dharma) diserang sakit jantung awal pagi Selasa (4 Ogos 2009) dan masih berada di wad CCU Hospital Selayang. Tok YassinSalleh iaitu bapa saudara kepada Pak Dharma yang menziarahi Pak Dharma petang tadi (Sabtu, 8 Ogos 2009) ada bertanyakan kepada waris Pak Dharma mengenai bacaan puisi 'Manifesti Rakyat'- Menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar. Setelah berbincang dengan penaja utama untuk majlis ini iaitu Dato' Kamal Amir, beliau memberitahu majlis ini terpaksa ditangguhkan.
"Bagi uncle biar Pak Dharma sihat dulu. Kita cuma tangguhkan, bukan dibatalkan," beritahu Dato' Kamal Amir melalui SMS kepada waris Pak Dharma. Sehubungan dengan itu majlis yang seharusnya akan berlangsung pada hari Sabtu (15 Ogos 2009) bertempat di Kelab Golf Perangsang, Temple Park, Selangor ditangguhkan sehingga tarikh baru diberitahu kelak. Kepada pendeklamator dan sesiapa yang mengenali Pak Dharma agar mendoakan kesihatannya beransur sembuh supaya dapat bersama-sama berada dalam majlis yang dirancang oleh beliau dan juga aktivis-aktivis PRIMA.
DOAKAN PAK DHARMA CEPAT SEMBUH
Sebagaimana telah dimaklumkan sasterawan dan budayawan Abdul Muluk Daud (Pak Dharma) diserang sakit jantung awal pagi Selasa (4 Ogos 2009) dan masih berada di wad CCU Hospital Selayang. Tok YassinSalleh iaitu bapa saudara kepada Pak Dharma yang menziarahi Pak Dharma petang tadi (Sabtu, 8 Ogos 2009) ada bertanyakan kepada waris Pak Dharma mengenai bacaan puisi 'Manifesti Rakyat'- Menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar. Setelah berbincang dengan penaja utama untuk majlis ini iaitu Dato' Kamal Amir, beliau memberitahu majlis ini terpaksa ditangguhkan.
"Bagi uncle biar Pak Dharma sihat dulu. Kita cuma tangguhkan, bukan dibatalkan," beritahu Dato' Kamal Amir melalui SMS kepada waris Pak Dharma. Sehubungan dengan itu majlis yang seharusnya akan berlangsung pada hari Sabtu (15 Ogos 2009) bertempat di Kelab Golf Perangsang, Temple Park, Selangor ditangguhkan sehingga tarikh baru diberitahu kelak. Kepada pendeklamator dan sesiapa yang mengenali Pak Dharma agar mendoakan kesihatannya beransur sembuh supaya dapat bersama-sama berada dalam majlis yang dirancang oleh beliau dan juga aktivis-aktivis PRIMA. -Waris Pak Dharma
HIDUP BAHASA MELAYU!!!
Wednesday, August 5, 2009
BERITA
PENGENDALI BLOG PRIMA, ABDUL MULUK DAUD
KRITIKAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG
Sasterawan dan budayawan Abdul Muluk Daud atau lebih dikenali sebagai Pak Dharma diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Gombak, Selasa semalam (4 Ogos). Sementelah itu, Pak Dharma terus dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya dan kini berada di Unit Rawatan Jantung (CCU) tingkat lima hospital Selayang, Selangor. Selepas bersahur Pak Dharma ingin tidur sementara menunggu azan subuh. Tiba-tiba dia mengadu sakit dada dan minta diurutkan. Badannya berpeluh-peluh dan kukunya sudah biru," jelas Puan Adiah, isteri Pak Dharma.
Pak Dharma yang merupakan aktivis dan juga pengendali laman blog PRIMA masih berada dalam kritikal sehingga kini. Aktivis-aktivis PRIMA yang terawal menziarahi Pak Dharma adalah Hj Bakar Ninggal, Sayuti Omar, Yahya Ismail, Rashid, Rozie (isteri Dato Kamal Amir) dan juga YassinSalleh (bapa saudara Pak Dharma). Terima kasih kepada YM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhammad Sharip bin Hj Othman (Undang Luak Rembau) kerana sudi menziarahi Pak Dharma. Rakan-rakan Pak Dharma seperti Norzah Kepol (Pengarang Buletin Rakyat) dan suami, Fadil Tan Sri Samad Idris, Fezal Khan, Liew Ah Kim (mantan Ahli Parlimen Seputeh), sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga, ribuan terima kasih diucapkan. Keluarga Pak Dharma memohon kepada sesiapa yang mengenali Pak Dharma agar mendoakan kesihatannya beransur sembuh dan dapat berkongsi informasi di dalam blog ini. - Waris Pak Dharma
Monday, August 3, 2009
Anwar tuntut ganti rugi RM100 juta...
Muhuyiddin & Utusan Malaysia:
Bakal berhadapan tindakan saman
Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerusi peguamnya C.N.Nair & Partners memberi tempoh tujuh hari kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta maaf secara terbuka, atau tuntutan ganti rugi sejumlah RM100 juta. Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini (3 Ogos 2009), Muhyiddin mendakwa Anwar sebagai pengkhianat ketika menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dakwaan Muhyiddin itu boleh ditafsirkan berniat jahat, apalagi Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri.
Pimpinan UMNO di masa lalu juga pernah menyifatkan Tun Musa Hitam sebagai 'petualang', apabila beliau membuat kritikan terhadap pimpinan kerajaan sekitar dekad 1980-an. Tengku Razaleigh juga ditohmah memakai salib pada pilihanraya 1990, semata-mata bertujuan mahu kemenangan sekalipun menyedari ianya sekadar 'gimmik politik'. Justeru langkah Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap keceluparan pimpinan UMNO, setidak-tidaknya memberi kesedaran supaya pimpinan UMNO memahami tafsiran sebenarnya Bahasa Melayu.
Bakal berhadapan tindakan saman
Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerusi peguamnya C.N.Nair & Partners memberi tempoh tujuh hari kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta maaf secara terbuka, atau tuntutan ganti rugi sejumlah RM100 juta. Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini (3 Ogos 2009), Muhyiddin mendakwa Anwar sebagai pengkhianat ketika menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dakwaan Muhyiddin itu boleh ditafsirkan berniat jahat, apalagi Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri.
Pimpinan UMNO di masa lalu juga pernah menyifatkan Tun Musa Hitam sebagai 'petualang', apabila beliau membuat kritikan terhadap pimpinan kerajaan sekitar dekad 1980-an. Tengku Razaleigh juga ditohmah memakai salib pada pilihanraya 1990, semata-mata bertujuan mahu kemenangan sekalipun menyedari ianya sekadar 'gimmik politik'. Justeru langkah Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap keceluparan pimpinan UMNO, setidak-tidaknya memberi kesedaran supaya pimpinan UMNO memahami tafsiran sebenarnya Bahasa Melayu.
Info media luar negara terhadap demo ISA...
Biggest demo in Malaysia:
KUALA LUMPUR (AFP) - - A Malaysian court on Monday charged 29 people, including a teenage boy, for taking part in a massive weekend protest against internal security laws that saw 589 people arrested.
In the biggest demonstration in Malaysia for nearly two years, police used tear gas and water cannon to disperse thousands of people calling for the abolition of laws that allow for detention without trial.
Among them were five women, including Norlaila Othman whose husband has been held under the Internal Security Act (ISA) for seven years, and a 16-year-old teenager.
"The Abolish ISA Movement is a coalition comprising 83 registered NGOs and political parties," he told the court.
Prime Minister Najib Razak has denounced the protest, saying he has already promised to review the controversial legislation.
But the opposition and rights groups are calling for the colonial-era ISA -- which has been used to detain government opponents as well as suspected terrorists -- to be abolished
Police used tear gas & water cannon
AFP - Tuesday, August 4
AFP - Tuesday, August 4
KUALA LUMPUR (AFP) - - A Malaysian court on Monday charged 29 people, including a teenage boy, for taking part in a massive weekend protest against internal security laws that saw 589 people arrested.In the biggest demonstration in Malaysia for nearly two years, police used tear gas and water cannon to disperse thousands of people calling for the abolition of laws that allow for detention without trial.
Most of those detained were released over the past two days but the 29 still in custody were charged at a Kuala Lumpur court with taking part in an illegal rally or aiding an illegal organisation.
Among them were five women, including Norlaila Othman whose husband has been held under the Internal Security Act (ISA) for seven years, and a 16-year-old teenager.In Malaysia, it is illegal to hold a demonstration without a permit from police, who rarely give the green light.
The 29 all pleaded not guilty and were released on bail. If convicted, they could be jailed for between one and three years, depending on which of the two charges they face.
Defence lawyer Azizul Shariman Mat Yusoff denied the group that mounted the protest was an illegal organisation.
"The Abolish ISA Movement is a coalition comprising 83 registered NGOs and political parties," he told the court.Prime Minister Najib Razak has denounced the protest, saying he has already promised to review the controversial legislation.
But the opposition and rights groups are calling for the colonial-era ISA -- which has been used to detain government opponents as well as suspected terrorists -- to be abolished
Saham 1Malaysia tak sampai ke sasaran
Relevan saham 1Malaysia:
Pimpinan yang mahu perjuangkan nasib bangsa Melayu dipersoal keperihatinan mereka terhadap masalah warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, golongan prolitar dan petani serta nelayan di kampung-kampung. Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak, Omar Sudi Abdul Manan dalam kenyataan medianya hari ini menganggap pemberian saham 1Malaysia kepada pelajar-pelajar tahun satu sebagai tak relevan, kerana lebih ramai warga Malaysia yang seharusnya dibantu. "Kalau pemberian saham berkenaan kepada pelajar-pelajar tahun satu, bagaimana dengan pelajar-pelajar tahun dua dan tahun tiga?" beritahu Omar Sudi menambah.
Pimpinan UMNO dipersoal
Pimpinan yang mahu perjuangkan nasib bangsa Melayu dipersoal keperihatinan mereka terhadap masalah warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, golongan prolitar dan petani serta nelayan di kampung-kampung. Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak, Omar Sudi Abdul Manan dalam kenyataan medianya hari ini menganggap pemberian saham 1Malaysia kepada pelajar-pelajar tahun satu sebagai tak relevan, kerana lebih ramai warga Malaysia yang seharusnya dibantu. "Kalau pemberian saham berkenaan kepada pelajar-pelajar tahun satu, bagaimana dengan pelajar-pelajar tahun dua dan tahun tiga?" beritahu Omar Sudi menambah.Serentak dengan itu beliau mendesak pimpinan di peringkat Pusat menimbangkan pemberian saham 1Malaysia tak dihadkan kepada kelompok tertentu. Katanya masih ramai orang Melayu di kampung-kampung termasuk nelayan, petani, warga emas, OKU dan ibu tunggal yang wajar diabntu oleh kerajaan. Di kalangan pelajar tahun satu yang diberikan saham berkenaan, masih terdapat ibu bapanya golongan korporat, malah berstatus Tan Sri dan Dato', menurut Omar Sudi selanjutnya. "Majoriti orang Melayu di kampung-kampung masih memerlukan bantuan, apalagi sokongan di peringkat akar umbi bagi UMNO adalah di kampung-kampung," kata Omar Sudi lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)