SAJAK
SARAT FATAMORGANA
Demikianlah
nestapamu berakhir
di satu gurun waktu
di atas hamparan bara pasir
unggun kaktus dinyalakan
dengan rambutmu
dan
parut di mukamu itu
adalah bingkai pamiran
yang menanti pelukisnya
datang menanggalkannya
dari dinding galeri
yang sudah lama
dipadamkan lampunya.
Aduhai
demikianlah kau terselinap
dari catitan sejarah
yang menafikan engkau
dan ratusan lagi yang
terbenam
di kuburan tak bertanda
sepanjang titwangsa.
Dan
di atas tulang belulangmu
mereka kini
menyambut hari merdeka
seserakahnya
Yassinsalleh
1419, 4 Sept 2009
lengangnyalah engkau
kini duhai lubuk kawah
yang keramat.
Friday, September 4, 2009
SAJAK
MEMANG SAHAJA BEGITU ADANYA,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.
Takde apa yang harus dihairankan
bila tiba-tiba orang tak
jawab telefon
tak balas mesej
ni kan bulan puasa
tak lama lagi nak raya
kita kan tengah bangsat
bukannya kawan saja yangtakut nak rapat
malahan termasuklah jugalangau dan lalat.
kita pun nanti mungkin lebih
pukimak dari itu
sekiranya kita kena toto
berjuta
atau tiba-tiba dilantik jadi
senator
Lalu diangkat jadi menteri
atau diupah menulis blog
atau ditugaskan jadi runner
atau jadi wakil tadbir duit
hadiah
bagi pihak anak-anak
haram jadah
yang tidak pernah
mengamalkan rasuah
atau tiba-tiba diumumkan
dalam TV3
kita dilantik SPR jadi
pengerusi
Majlis Pawang Pilihan Raya
Kecil
atau kalau kita dilihat dalam
Bernama TV
mencium tangan macam
Shahidan Kassim
kita pun mungkin
akan jadi lebih teruk
akan jadi lebih pukimak
akan jadi lebih haram jadah.
Makanya
bila langau dan lalat pun
tak mahu hinggap kat kita
yang ketiak busuk ni
Janganlah komplen.
Memang sahaja begitu
adanya
tuan-tuan dan puan-puan!
Yassinsalleh
1537, 3 Sept 2009
Pasar Ramadhan Jalan Raja Alang,
Kg Bharu, Kuala Lumpur.
MEMANG SAHAJA BEGITU ADANYA,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.
Takde apa yang harus dihairankan
bila tiba-tiba orang tak
jawab telefon
tak balas mesej
ni kan bulan puasa
tak lama lagi nak raya
kita kan tengah bangsat
bukannya kawan saja yangtakut nak rapat
malahan termasuklah jugalangau dan lalat.
kita pun nanti mungkin lebih
pukimak dari itu
sekiranya kita kena toto
berjuta
atau tiba-tiba dilantik jadi
senator
Lalu diangkat jadi menteri
atau diupah menulis blog
atau ditugaskan jadi runner
atau jadi wakil tadbir duit
hadiah
bagi pihak anak-anak
haram jadah
yang tidak pernah
mengamalkan rasuah
atau tiba-tiba diumumkan
dalam TV3
kita dilantik SPR jadi
pengerusi
Majlis Pawang Pilihan Raya
Kecil
atau kalau kita dilihat dalam
Bernama TV
mencium tangan macam
Shahidan Kassim
kita pun mungkin
akan jadi lebih teruk
akan jadi lebih pukimak
akan jadi lebih haram jadah.
Makanya
bila langau dan lalat pun
tak mahu hinggap kat kita
yang ketiak busuk ni
Janganlah komplen.
Memang sahaja begitu
adanya
tuan-tuan dan puan-puan!
Yassinsalleh
1537, 3 Sept 2009
Pasar Ramadhan Jalan Raja Alang,
Kg Bharu, Kuala Lumpur.
Thursday, September 3, 2009
SASTERA DAN BUDAYA
Sajak
Menanti Lagu oh Bangau
Perjalanan kian bertambah panjang
dan jalan kian bertambah lengang
soldadu-soldadu mimpi
sudah lama menukar peta
mengalih setia
berterbangan
bagai punai mengejar ara
ranum di pohon rimbun.
"Anjakan paradigma dalam perjuangan",
kata mereka selunaknya
dalam tak pasti
binatang apakah paradigma itu!
Dan
senanglah makan minum
anak-anak mereka,
selesalah hidup isteri dan
bini-bini mereka
sempurnalah hajat
terlaksanalah impian mereka
dengan menjilat kesan
berak di dubur
dan minum kencing
awak-awak sang bendahara.
Cuma sekadar awak-awak
sedemikian sudah upah
basuh beraknya.
Bayangkanlah
minum kencing tuannya
bagaimana pulaklah
agaknya ye!
---Yassinsalleh
0914 hrs Sept 3.09
Menanti Lagu oh Bangau
Perjalanan kian bertambah panjang
dan jalan kian bertambah lengang
soldadu-soldadu mimpi
sudah lama menukar peta
mengalih setia
berterbangan
bagai punai mengejar ara
ranum di pohon rimbun.
"Anjakan paradigma dalam perjuangan",
kata mereka selunaknya
dalam tak pasti
binatang apakah paradigma itu!
Dan
senanglah makan minum
anak-anak mereka,
selesalah hidup isteri dan
bini-bini mereka
sempurnalah hajat
terlaksanalah impian mereka
dengan menjilat kesan
berak di dubur
dan minum kencing
awak-awak sang bendahara.
Cuma sekadar awak-awak
sedemikian sudah upah
basuh beraknya.
Bayangkanlah
minum kencing tuannya
bagaimana pulaklah
agaknya ye!
---Yassinsalleh
0914 hrs Sept 3.09
Wednesday, September 2, 2009
Sajak
Sewaktu Kami Terjun Tarzan
Rimbun hijau daun-daun,
jernih dingin deras air gunung,
riang ria kicau unggas sahutbersahutan,
kilat berkilatan ikan-ikan bermain di pasiran,
Aduhai,
indahnyalah
alam semalamku,
hutan keliling kampung lamanku
yang permai kehijauan
damai dan tenteram.
Alahai,
sungai kampungku kini
lumpur lebih banyak dari air
hutan keliling kampungku
bukitnya terbongkah luka,
Jeritan jentolak dan raungan pohon-pohon
tumbang
silang bersilang
bergelimpangan,
dan unggas tidak lagi punya
tempat mebuat sarang.
Sayupnya laungan Merdeka,
yang dilaungkan di sungai ini
sewaktu kami terjun Tarzan
lima puluh dua tahun dahulu.
-Yassinsalleh
0703, Sept 2 2009
Bentong, Pahang.
Sewaktu Kami Terjun Tarzan
Rimbun hijau daun-daun,
jernih dingin deras air gunung,
riang ria kicau unggas sahutbersahutan,
kilat berkilatan ikan-ikan bermain di pasiran,
Aduhai,
indahnyalah
alam semalamku,
hutan keliling kampung lamanku
yang permai kehijauan
damai dan tenteram.
Alahai,
sungai kampungku kini
lumpur lebih banyak dari air
hutan keliling kampungku
bukitnya terbongkah luka,
Jeritan jentolak dan raungan pohon-pohon
tumbang
silang bersilang
bergelimpangan,
dan unggas tidak lagi punya
tempat mebuat sarang.
Sayupnya laungan Merdeka,
yang dilaungkan di sungai ini
sewaktu kami terjun Tarzan
lima puluh dua tahun dahulu.
-Yassinsalleh
0703, Sept 2 2009
Bentong, Pahang.
Monday, August 31, 2009
SAJAK
KEPALA YANG DI BAWAH
Dulu tanahair ini kita yang
punya
Semenanjung Tanah Melayu
namanya,
bumi warisan turun temurun.
Pusaka tinggalan
nenek moyang zaman berzaman.
Makanya,
nama itu diiktiraf seantero dunia
sebagai permasyhuran
taraf hak milik hakiki
suatu bangsa megah
bernama Melayu
yang gagah dan amat pemurah
yang setia dan tidak pernah
menyanggah.
Sejak Raja Melaka leka
menzinahi
Hang Lipo dalam orgy
syahwat lima ratus dayang-dayang
sogokan
maharaja besar benua besar
armada besar barua besar
maka terjadilah
Melayu itu, dulu, kini dan
akan selamanya
suatu bangsa
yang berfikir
bukan dengan kepala yang
di atas.
Makanya
dalam kealpaan tak mandi
junub
dibiarkanlah hilang Tanah
Melayu
jadi Malaya
direlakanlah Jus Soli
mendakwa hak didendangkanlah
segempita halilintar
menggenta benua
merdunya buluh perindu
menyanyikan Melayu
adalah satu bangsa yang berketuanan.
Aduhai adikku Nahar dan
Akutun Jeram Besu
esuk datang lagi hari merdeka
dan orang Melayu
1Malaysia
kian malu untuk jadi petani
kerana lumpur sawah tidak
pernah menjanjikan
mertabat
suatu bangsa yang berfikir
dengan kepala yang
di bawah.
-Yassinsalleh
2253, Ogos 2009
lebih tinggi lalang
dari berdiri
menanti datangnya lagi
hari merdeka yang
kian tambah jenaka.
KEPALA YANG DI BAWAH
Dulu tanahair ini kita yang
punya
Semenanjung Tanah Melayu
namanya,
bumi warisan turun temurun.
Pusaka tinggalan
nenek moyang zaman berzaman.
Makanya,
nama itu diiktiraf seantero dunia
sebagai permasyhuran
taraf hak milik hakiki
suatu bangsa megah
bernama Melayu
yang gagah dan amat pemurah
yang setia dan tidak pernah
menyanggah.
Sejak Raja Melaka leka
menzinahi
Hang Lipo dalam orgy
syahwat lima ratus dayang-dayang
sogokan
maharaja besar benua besar
armada besar barua besar
maka terjadilah
Melayu itu, dulu, kini dan
akan selamanya
suatu bangsa
yang berfikir
bukan dengan kepala yang
di atas.
Makanya
dalam kealpaan tak mandi
junub
dibiarkanlah hilang Tanah
Melayu
jadi Malaya
direlakanlah Jus Soli
mendakwa hak didendangkanlah
segempita halilintar
menggenta benua
merdunya buluh perindu
menyanyikan Melayu
adalah satu bangsa yang berketuanan.
Aduhai adikku Nahar dan
Akutun Jeram Besu
esuk datang lagi hari merdeka
dan orang Melayu
1Malaysia
kian malu untuk jadi petani
kerana lumpur sawah tidak
pernah menjanjikan
mertabat
suatu bangsa yang berfikir
dengan kepala yang
di bawah.
-Yassinsalleh
2253, Ogos 2009
lebih tinggi lalang
dari berdiri
menanti datangnya lagi
hari merdeka yang
kian tambah jenaka.
Saturday, August 29, 2009
SASTERA DAN BUDAYA
Sajak
Kota yang hilang
Istilah persahabatan
Tiba-tiba kita bagaikan pelayar kematian angin.
Terhenti di tengah samudera.
Salam tak sampai khabar tak tiba
berita tiada
pelabuhan entah
di mana.
Lalu,
bagaikan belibis kehilangan
pasangan kepenatan
menongkah hiliran sungai
aku terapung di atas buih-buih sunyi
yang amat sepi, gelita dan sarat nestapa bertatah
rindu dan pilu
demikianlah hidup mengajar aku
bahawa ukuran kasih
timbangan sayang
adalam sedalam mana
tusukan rindu menikam kalbu.
Aduhai kawan
kemanakah engkau akan
ku cari?
Yassinsalleh,
1225hrs, Ogos 29.09
Kuala Lumpur
Kota yang hilang
Istilah persahabatan
Tiba-tiba kita bagaikan pelayar kematian angin.
Terhenti di tengah samudera.
Salam tak sampai khabar tak tiba
berita tiada
pelabuhan entah
di mana.
Lalu,
bagaikan belibis kehilangan
pasangan kepenatan
menongkah hiliran sungai
aku terapung di atas buih-buih sunyi
yang amat sepi, gelita dan sarat nestapa bertatah
rindu dan pilu
demikianlah hidup mengajar aku
bahawa ukuran kasih
timbangan sayang
adalam sedalam mana
tusukan rindu menikam kalbu.
Aduhai kawan
kemanakah engkau akan
ku cari?
Yassinsalleh,
1225hrs, Ogos 29.09
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2009
BELASUNGKAWA
KEHILANGAN INSAN TERBILANG
PROF. DATUK DR ISMAIL MD. SALLEH
Sedang saya melayari Internet, saya agak terkejut membaca artikel di salah sebuah blog yang menyatakan Senator pertama yang dilantik di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi, 27 Ogos 2009 pada usia 61 tahun akibat serangan jantung di Hospital Besar Singapura semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura untuk lawatan kerja selama dua hari. Mungkin agak terlewat saya menerima berita ini kerana sibuk dengan urusan harian. Allahyarham pada saya seorang yang gigih menimba ilmu walaupun tidak dikurniakan penglihatan. Itulah kelebihan yang saya kagumi dengan Allahyarham walaupun tidak pernah bersua dengannya.Allahyarham dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947 dan banyak menerima anugerah cemerlang. Selain seorang pakar ekonomi, Allahyarham juga adalah warga OKU yang pertama dilantik menjadi Senator, mantan Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings yang juga Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Kecemerlangannya ini terutama sekali di dalam bidang pengajian, telah menganugerahkan beliau sebagai warga cacat penglihatan yang pertama di dunia mendapat Ijazah Doktof Falsafah dari Guiness Book of Records.
Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dari Lapangan Terbang Senai, Johor kira-kira 7.30 malam tadi. Jenazah Allahyarham dimandikan di kediaman keluarganya di Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2 dan selamat dikebumikan pada hari yang sama jam 10.30 malam di tanah perkuburan Islam Sungai Kantan. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Hasnah Wahab dan enam orang anak berumur antara 12 dan 26 tahun. Di sini pihak PRIMA ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga tabah menghadapi dugaan hidup.
p/s: Kehilangan Allahyarham Pak Dharma masih lagi dirasai...
-Waris Pak Dharma
HIDUP BAHASA MELAYU!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)