EMPAT ORANG KEHILANGAN GELARAN
SETELAH DITARIK BALIK SULTAN JOHOR
Assalamualaikum,
Kali ini AW ingin menyentuh kisah empat orang yang ditarik balik pangkat "Datuk" dan "Datin Paduka" oleh Sultan Johor. Mereka yang ditarik balik pangkatnya ialah adik ipar Sultan Johor, Komander Shaftdean Lufty Rusland, wanita pertama yang menjelajah Kutub Utara dan Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Chua Jui Meng dan pengamal undang-undang, Hassan Yunos.
Hal ini disahkan oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
Keputusan itu dibuat berdasarkan laporan yang diterima dan bersetuju menasihatkan Sultan Johor untuk melaksanakan kuasa baginda.Demi melindungi maruah mereka, jumaah tidak mendedahkan sebab penarikan itu dibuat. Menurut kata Abdul Rahim, tiga kriteria dipertimbangkan ketika pengurniaan darjah kebesaran iaitu ketaatan kepada raja, semangat berusaha dan sumbangan terbaik. Menurutnya lag, pihak yang terbabit perlu tanya diri sendiri mengapa penarikan pangkat itu dibuat.
Hai, entahlah!
-ANAK WARISAN...
Saturday, June 12, 2010
Monday, June 7, 2010
ISU SEMASA
PENGALAMAN SUKARELAWAN MALAYSIA
KETIKA MERASAI SENDIRI KEKEJAMAN ISRAEL
Assalamualaikum,
Kali ini AW hanya ingin menulis sedikit sahaja mengenai sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel. Sebelum AW menyentuh mengenai tajuk di atas, AW ingin memberikan pendapat mengenai tahanan dari kapal Rachel Corrie. Semasa menonton Berita Terkini pukul 4.00 petang tadi, AW hanya dapat memanjatkan kesyukuran apabila sukarelawan Malaysia dari kapal Rachel Corrie dijangka tiba di KLIA hari ini. Mereka bernasib baik kerana tidak diapa-apakan. Cuma AW terfikir sendiri, apa yang Israel dapat dengan menahan kapal-kapal yang menghantar bantuan kepada rakyat Gaza dan membunuh sebahagian sukarelawan tersebut?Dunia, dunia!
Berbalik kepada tajuk di atas, AW merasa gentar sedikit ketika membaca pengalaman sukarelawan Malaysia ketika berada di bawah tahanan tentera Israel di Harian Metro. Menurut Ketua Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Shamsuddin, tentera Israel memang berniat untuk membunuh. Hal ini kerana sekumpulan sukarelawan berjaya menangkap tiga orang tentera Israel yang tersilap langkah. Apabila diperiksa, mereka mendapati senarai nama dan gambar individu di atas kapal Mavi Marmara ada pada mereka. Seterusnya mereka mendapati kebanyakan mereka yang terbunuh terdapat dalam senarai itu. Manakala mereka yang terselamat tidak ada dalam senarai itu. Pelikkan?Menurutnya lagi, sepanjang berada di bawah tahanan tentera Israel, mereka diikat hampir 15 jam, tidak dibenarkan ke tandas, tidak diberi makan hampir 24 jam dan sentiasa diacukan senapang. Walaupun misi mereka untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza terbantut, sekurang-kurangnya peristiwa ini telah membuka mata dunia untuk mengecam tindakan Israel. Seperti contoh, masyarakat di Eropah sudah mula melakukan demontrasi mengecam kekejaman Israel yang menghalang misi bantuan ke Gaza dan membunuh sebahagian sukarelawan yang terlibat.
Malaysia akan memfailkan petisyen untuk mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Diharap usaha Malaysia akan berjaya. Kesimpulannya, seluruh masyarakat dunia khususnya umat Islam perlu bersatu padu untuk menunjukkan bahawa Israel semakin dibenci. Israel semakin melampau berikutan kejadian yang menimpa sukarelawan dari kapal Mavi Marmara. Teringat pula kata-kata bonda AW, "Sepatutnya, sukarelawan Malaysia 'tu patut diberi anugerah Datuk ke, disambut dengan kalungan bunga ke sebab dia orang 'tu bertarung nyawa nak sampaikan bantuan, bukannya beri pangkat atau penghormatan pada orang yang tak bagi apa-apa sumbangan pun!"Fikir-fikirkan lah ye.Heh heh heh!-ANAK WARISAN...
Sunday, June 6, 2010
RAGAM DUNIA...
MISI BANTUAN MALAYSIA KE GAZA DITAHAN:
ISRAEL SEMAKIN KEJAM "MENGHIRUP" DARAH!
Assalamualaikum,
Sudah lama AW tidak menulis di sini. Sebenarnya AW sibuk dengan jadual belajar AW. Baru sekarang AW dapat meluangkan masa menaip di blog. Perkara pertama yang AW nak sentuh di sini ialah mengenai kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel ketika ingin menyampaikan bantuan kemanusian ke Semenanjung Gaza.
AW pun tak dapat nak kata apa. Nampaknya Israel semakin kejam.Nasib baik tahanan dari kapal Mavi Marmara sudah dibebaskan, cuma tahanan dari kapal Rachel Corrie sahaja belum dilepaskan lagi, tapi mereka difahamkan dalam keadaan selamat.
Menurut kata wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, beliau terpaksa merangkak dalam darah mangsa yang mengalir akibat ditembak oleh tentera Israel.Ada yang parah, tak kurang juga yang mati.Tambah Ashwad lagi, kapal Mavi Marmara diserang pada lebih kurang pukul 2.45 pagi.Beliau terkejut kerana kapal yang dinaiki hanya membawa mereka yang terlibat dengan misi bantuan itu dan aktivis keamanan.Hai, entahlah!
Selain itu, AW difahamkan kebanyakan mereka yang ditembak berasal dari Turki. Mungkin mereka lebih banyak melawan daripada berdiam diri seperti yang dilakukan oleh rakyat kita yang ditahan oleh Israel.Tangan mereka diikat, ada juga yang ditendang.Betapa kejamnya Israel!Menurut mereka yang ditahan, kesemua barang mereka termasuk pen dirampas.Pihak Israel seolah-olah tidak mahu sebarang rekod mengenai penahanan mereka sama ada secara bertulis atau visual dirakam.Setelah dibebaskan, satu-satunya barang yang dikembalikan adalah, pasport antarabangsa.
Sekurang-kurangnya, rakyat kita tidak "dihirup" darahnya oleh Israel. Mereka dapat kembali kepada keluarga masing-masing dalam "keadaan yang baik". Semoga tahanan dari kapal Rachel Corrie dapat kembali ke tanah air dengan selamat dan diharap, semakin ramai yang akan meluat dengan propaganda Israel yang semakin rakus membunuh rakyat Palestin dan masyarakat global yang lain.Ish Ish Ish...
-ANAK WARISAN...
Assalamualaikum,
Sudah lama AW tidak menulis di sini. Sebenarnya AW sibuk dengan jadual belajar AW. Baru sekarang AW dapat meluangkan masa menaip di blog. Perkara pertama yang AW nak sentuh di sini ialah mengenai kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel ketika ingin menyampaikan bantuan kemanusian ke Semenanjung Gaza.AW pun tak dapat nak kata apa. Nampaknya Israel semakin kejam.Nasib baik tahanan dari kapal Mavi Marmara sudah dibebaskan, cuma tahanan dari kapal Rachel Corrie sahaja belum dilepaskan lagi, tapi mereka difahamkan dalam keadaan selamat.
Menurut kata wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, beliau terpaksa merangkak dalam darah mangsa yang mengalir akibat ditembak oleh tentera Israel.Ada yang parah, tak kurang juga yang mati.Tambah Ashwad lagi, kapal Mavi Marmara diserang pada lebih kurang pukul 2.45 pagi.Beliau terkejut kerana kapal yang dinaiki hanya membawa mereka yang terlibat dengan misi bantuan itu dan aktivis keamanan.Hai, entahlah!
Selain itu, AW difahamkan kebanyakan mereka yang ditembak berasal dari Turki. Mungkin mereka lebih banyak melawan daripada berdiam diri seperti yang dilakukan oleh rakyat kita yang ditahan oleh Israel.Tangan mereka diikat, ada juga yang ditendang.Betapa kejamnya Israel!Menurut mereka yang ditahan, kesemua barang mereka termasuk pen dirampas.Pihak Israel seolah-olah tidak mahu sebarang rekod mengenai penahanan mereka sama ada secara bertulis atau visual dirakam.Setelah dibebaskan, satu-satunya barang yang dikembalikan adalah, pasport antarabangsa.Sekurang-kurangnya, rakyat kita tidak "dihirup" darahnya oleh Israel. Mereka dapat kembali kepada keluarga masing-masing dalam "keadaan yang baik". Semoga tahanan dari kapal Rachel Corrie dapat kembali ke tanah air dengan selamat dan diharap, semakin ramai yang akan meluat dengan propaganda Israel yang semakin rakus membunuh rakyat Palestin dan masyarakat global yang lain.Ish Ish Ish...
-ANAK WARISAN...
Tuesday, March 30, 2010
SAJAK...
HATI SEBUAH KELUARGA
Tiba jua detik itu...
Saat aku membuka kelopak mataku...
Untuk melihat wajah kudus ibuku...
Yang berpenat lelah...
Bertarung nyawa...
Melahirkan aku ke dunia ini...
Sejuk tenang aku di dakapnya...
Dan dibelai, dikucup manja...
Tak tergambar perasaan itu...
Di kotak fikiranku...
Tatkala itu...
Datang seorang lelaki yang mengaku ayahku...
Mendakap erat tubuh merahku...
Menatap mata kuyuku...
Melaungkan iqamat di deria pendengaranku...
Sambil menarikan jari-jemarinya di rambut halusku...
Bertuahnya aku!
Tika itu juga...
Sepasang insan tersenyum padaku...
Berebut untuk memeluk dan mengucup dahi dinginku...
Tersenyum kecil hatiku...
Melihat telatah abang dan kakakku...
Tapi...
Sebak hatiku, amarahnya jiwaku...
Bila terkenangkan ada rakan seperjuanganku...
Tak sempat mengecapi nikmat duniawi...
Menonton panorama indah bumi...
Disebabkan oleh kekejaman manusia...
Yang tak inginkan kewujudan mereka...
Dilihat masyarakat moden...
Mengapa manusia kini makin kejam?
Berdosakah kita jika memberi kesempatan...
Untuk mereka bertatih...
Belajar dan berdikari...
Tak mengapa kawan...
Aku ada di sini...
Diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa...
Untuk hidup dalam kalangan...
Keluarga yang penyayang...
Yang tidak mengherdikku, tidak pula menyeksaku...
Dan jika aku mampu...
Inginku sujud syukur pada-Nya tika ini juga!
Aku berjanji kawan...
Jika aku sempat mengharungi alam dewasa kelak...
Akan ku ajar insan yang tidak pernah mengerti...
Mungkin juga tidak ingin mengerti...
Tentang makna kasih sayang...
Dalam Hati Sebuah Keluarga...
p/s: Sajak ini AW cipta khusus untuk memperingati kematian tragik Arwah Adik Syafia yang didera oleh teman lelaki ibunya sendiri, juga untuk bayi-bayi dan kanak-kanak yang tidak sempat melihat dunia disebabkan kekejaman manusia yang semakin alpa dengan kehidupan serba moden ini.Al-Fatihah...
-ANAK WARISAN

Wednesday, February 10, 2010
ISU SEMASA...
GAJI AMAH INDONESIA MINIMUM RM800
BETUL-BETUL, CUBAAN ATAU PUBLISITI?
Assalamualaikum,
Sudah lama rasanya AW tidak "membebel" di sini. Mungkin kerana disebabkan AW sibuk dengan tugasan harian AW menyebabkan AW tidak sempat meng"updatekan" berita terkini yang berlaku di sekeliling kita. Sebelum AW mengulas mengenai tajuk di atas, AW ingin menyentuh sedikit kisah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari yang makin panas. AW tidak mahu membuat spekulasi sendiri seperti yang dibuat oleh masyarakat sekeliling. Sebaiknya biarlah mahkamah yang memutuskan siapa benar siapa bersalah. Kita tunggu dan lihat sajalah!
Berbalik kepada tajuk di atas, AW hairan kenapa timbulnya isu ini di Buletin Utama (TV3), 10 Februari 2010. AW tidak tahu sejauh mana kebenarannya, namun apa yang pasti, ianya mampu membuat masyarakat yang menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia kecoh seketika. Yang peliknya, rakyat Malaysia yang bekerja sebagai kerani pun gaji tidak sampai RM700.Di mana rasionalnya semua ini?
Mungkin hal ini berbangkit apabila pihak Indonesia mencadangkan amah dari negara mereka diberikan antaranya gaji minimum RM800, cuti sehari dan pasport dipegang sendiri oleh amah. Hal ini disebabkan semakin banyak amah Indonesia didera. Tapi cuba kita fikirkan, berapa banyak kes rompak dan pecah rumah yang didalangi oleh rakyat Indonesia?Berapa banyak anak gadis kita dilarikan ke Lombok?Dan berapa banyak kekecohan yang dilakukan orang Indonesia terhadap negara kita pula?Nasib badan!
Tapi sekiranya hal ini menjadi isu kelak, janganlah pula kita ambil tindakan kurang bijak pula. Cuba kita fikirkan daripada sudut positif, sekiranya hal ini menjadi realiti, ini menandakan kerajaan ingin mengurangkan pengambilan rakyat Indonesia sebagai pekerja di Malaysia. Secara tidak langsung, mata wang kita tidak tertukar kepada Rupiah Indonesia.Heh heh heh!
p/s : Sebelum terlambat, AW ingin mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat diraja Johor dan rakyat Johor di atas pemergian Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail ke rahmatullah pada 22 Januari 2010 yang lalu. Al-Fatihah...

Thursday, December 17, 2009
Sampaikan Salam...
SALAM MAAL HIJRAH 1431 H
DARI KAMI WARGA PRIMA
Assalamualaikum,
Sedar tak sedar, kita sudah di penghujung tahun 1430 H. Banyak peristiwa berlaku seperti gempa bumi di Indonesia, banjir dan paling mengejutkan warga PRIMA mengenai perginya pengasas blog PRIMA ini, Allahyarham Pak Dharma ke rahmatullah. Diharapkan semoga di tahun yang baru ini, lebih banyak limpah kurnia dan rahmat dari-Nya dan semoga semakin kurangnya kejadian ragut yang didalangi oleh remaja kita sehingga menyebabkan nyawa mangsa yang tak berdosa melayang. Dan di kesempatan ini, kami di PRIMA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 H. Sekian, wassalam.

CELOTEH PADANG BOLA...
PENANTIAN 20 TAHUN BERBALAS
EMAS SUDAH DALAM GENGGAMAN!
Assalamualaikum,
Tahniah Malaysia! Itu saja yang mampu AW ucapkan tatkala pengadil meniup wisel penamat pada perlawanan akhir bola sepak di Temasya Sukan SEA di antara Malaysia dan Vietnam.Malaysia berada di hadapan 1-0 menewaskan Vietnam yang sebelum ini menundukkan Malaysia 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan dahulu.Walaupun hanya berbekalkan sorakan kecil daripada rakyat Malaysia yang sanggup datang ke Laos untuk menyokong pasukan kita, itu sudah memadai untuk pasukan pimpinan K. Rajagobal untuk menamatkan kemarau 20 tahun Malaysia.
Pada separuh masa pertama, terdapat persaingan sengit di antara Malaysia dan Vietnam kerana masing-masing inginkan gol untuk berada di hadapan.Walaupun diasak berkali-kali dan mengalami kecederaan, penjaga gol Vietnam tetap dengan semangatnya untuk 'melindungi' gawang gol Vietnam.Pada separuh masa kedua, permainan semakin sengit apabila masing-masing tidak mahu mengalah dan terus berasak sesama sendiri.Tetapi yang membuatkan AW hairan, penjaga gol Vietnam tetap mahu meneruskan permainan walaupun cedera.Bagaimanapun semangat 'membara' penjaga gol Vietnam yang AW tidak berapa ingat namanya memakan dirinya sendiri apabila bola yang ingin ditepisnya terus masuk ke gawang golnya sendiri dan seterusnya memberi laluan mudah untuk Malaysia berada di hadapan dengan 1-0 pada minit 85.
Permainan diteruskan lagi pada masa kecederaan selama 6 minit.Pada minit terakhir, penjaga gol Malaysia, Sharbinee mengalami sedikit kesakitan apabila menerkam bola yang disepak oleh pemain Vietnam dan terjatuh mengakibatkan kesakitan di bahagian rusuk.Tetapi itu tidak menjadi 'kudis' buat Malaysia apabila permainan dapat diteruskan sehingga wisel penamat ditiupkan.Walaupun bukan pemain Malaysia yang menyumbangkan gol kemenangan, tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan K. Rajagobal dan rakyat Malaysia tersenyum puas.Tahniah sekali lagi buat Malaysia dan semoga prestasi pasukan bola sepak Malaysia semakin meningkat.Dan tidak lupa juga ucapan tahniah buat penyumbang pingat untuk Malaysia di Sukan SEA dan ucapan semoga berjaya kepada atlet Malaysia yang lain yang sedang bersedia untuk menghadapi acara yang lain.
-ANAK WARISAN...
EMAS SUDAH DALAM GENGGAMAN!
Assalamualaikum,
Tahniah Malaysia! Itu saja yang mampu AW ucapkan tatkala pengadil meniup wisel penamat pada perlawanan akhir bola sepak di Temasya Sukan SEA di antara Malaysia dan Vietnam.Malaysia berada di hadapan 1-0 menewaskan Vietnam yang sebelum ini menundukkan Malaysia 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan dahulu.Walaupun hanya berbekalkan sorakan kecil daripada rakyat Malaysia yang sanggup datang ke Laos untuk menyokong pasukan kita, itu sudah memadai untuk pasukan pimpinan K. Rajagobal untuk menamatkan kemarau 20 tahun Malaysia.
Pada separuh masa pertama, terdapat persaingan sengit di antara Malaysia dan Vietnam kerana masing-masing inginkan gol untuk berada di hadapan.Walaupun diasak berkali-kali dan mengalami kecederaan, penjaga gol Vietnam tetap dengan semangatnya untuk 'melindungi' gawang gol Vietnam.Pada separuh masa kedua, permainan semakin sengit apabila masing-masing tidak mahu mengalah dan terus berasak sesama sendiri.Tetapi yang membuatkan AW hairan, penjaga gol Vietnam tetap mahu meneruskan permainan walaupun cedera.Bagaimanapun semangat 'membara' penjaga gol Vietnam yang AW tidak berapa ingat namanya memakan dirinya sendiri apabila bola yang ingin ditepisnya terus masuk ke gawang golnya sendiri dan seterusnya memberi laluan mudah untuk Malaysia berada di hadapan dengan 1-0 pada minit 85.
Permainan diteruskan lagi pada masa kecederaan selama 6 minit.Pada minit terakhir, penjaga gol Malaysia, Sharbinee mengalami sedikit kesakitan apabila menerkam bola yang disepak oleh pemain Vietnam dan terjatuh mengakibatkan kesakitan di bahagian rusuk.Tetapi itu tidak menjadi 'kudis' buat Malaysia apabila permainan dapat diteruskan sehingga wisel penamat ditiupkan.Walaupun bukan pemain Malaysia yang menyumbangkan gol kemenangan, tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan K. Rajagobal dan rakyat Malaysia tersenyum puas.Tahniah sekali lagi buat Malaysia dan semoga prestasi pasukan bola sepak Malaysia semakin meningkat.Dan tidak lupa juga ucapan tahniah buat penyumbang pingat untuk Malaysia di Sukan SEA dan ucapan semoga berjaya kepada atlet Malaysia yang lain yang sedang bersedia untuk menghadapi acara yang lain.-ANAK WARISAN...
Subscribe to:
Posts (Atom)