Sunday, November 25, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:


SELAMAT MENUNAIKAN HAJI
PERHIMPUNAN DI MASJIDIL-HARAM

Assalamualaikum,



Mesyuarat tak rasmi PRIMA menerusi ‘sembang teh tarik’ di Taman Seri Gombak, Khamis lalu (22 November 2007) turut mengucapkan selamat bertolak ke Mekah al-Mukarramah bagi menunaikan ibadat haji kepada dua aktivis iaitu Mohd Radzi Mustapha dan Mohd Sayuti Omar. Bagaimanapun Mohd Radzi sudah bertolak pada 20 November 2007, sementara Mohd Sayuti pula pada 8 Disember 2007, bagi menyertai lebih dua juta umat Islam di seluruh dunia dalam perhimpunan mega di Masjidil-Haram (ianya bukan perhimpunan haram). Mudah-mudahan Mohd Radzi dan Mohd Sayuti memperoleh haji yang mabrur, di samping selamat kembali ke tanah air bagi meneruskan kesinambungan perjuangan terhadap keprihatinan kepada bahasa dan bangsa Melayu.


Menyentuh artikel dalam akhbar arus perdana (Brita Harian) baru-baru ini yang mengeksploit isu ‘perhimpunan haram’ sebagai berlawanan dengan Islam, PRIMA merasakan persepsi yang dibuat bukan berdasarkan kajian ilmiah. Sekalipun penulisnya mempunyai motif tertentu, tetapi pada dasarnya memang keganasan berlawanan dengan Islam, sebaliknya ‘perhimpunan’ sukar ditafsirkan sama ada ianya haram atau sebaliknya. Kalau fakta ‘perhimpunan haram’ tak mendapat permit polis, justeru secara logik ‘permit polis’ pula perkara yang lain malah tak wajar dikaitkan Islam. Misalnya, ‘perhimpunan’ di Hudaibiyah dalam sejarah Islam ketika ‘isu pembukaan Mekah’ oleh Rasullullah tak pernah menerima permit polis (atau pihak berkuasa di Mekah). Begitulah!.



Penulis artikel terbabit berhak membuat rumusan apabila memberikan pandangan, tetapi sewajarnya mengelak daripada membuat eksploitasi yang mendorong kepada ‘perhambaan minda’ berterusan kepada bangsa Melayu. Kalau mahu membabitkan ‘jabatan agama’, saya juga pernah terbabit dalam mesyuarat ‘Majlis Agama Islam Negeri Sembilan’ 2003/2004, bagi membincangkan isu kenaikan ‘mas kahwin’. Berdasarkan keputusan minit mesyuarat 30 Oktober 2003 dan pekeliling jemputan mesyuarat Bil. (20) dlm PANS 196(04)482/1 bertarikh 19 Mac 2004/27 Muharram 1425H jelas menyebut Perkara 3 (c) dan (d) iaitu:



"c)....Pandangan ini dikuatkan pula oleh Dharmala N.S. yang menyatakan Raja Ibadat adalah Mufti. Soal agama orang agama yang memutuskannya. (d) Mengenai mahar janda dan dara, mesyuarat dimaklumkan tiada beza antara mahar janda dan dara. (Rujuk surah an-Nisak)." Disebabkan keputusan sebulat suara dalam minit mesyuarat tak diketahui umum, justeru kerajaan negeri Negeri Sembilan di bawah Menteri Besar Dato’ Seri Muhamad Hassan, masih mengekalkan perbezaan mas kahwin bagi ‘janda’ dan ‘anak dara’ seperti diamalkan di Negeri Sembilan sebelum ini, sekalipun ayat 4 surah an-Nisa’ memperjelaskan:


Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan [tafsirnya: Pemberian itu ialah mas kahwin yang besar kecilnya ditetapkan atas persetujuan kedua pihak, kerana pemberian itu harus dilakukan dengan ihlas]. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”. Maknanya, jangan eksploitasi perkara yang diputuskan oleh Islam sama ada melalui mesyuawarah apalagi al-Quran semata-mata mahu he heh heh!


-Pak Dharma.


INFO HAK ASASI MANUSIA:

MENUNTUT PAMPASAN 4 TRILLION
MELAMBANGKAN KURANG MATANG


Langkah memfail saman menuntut pampasan 4 trillion Pound Sterling (RM27.7 trillion) daripada kerajaan British oleh Pasukan Tindakan Hak-Hak Hindu (Hindraft) dianggap tak logik, malah melambangkan ianya kurang matang, menurut Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Mengulas perhimpunan di hadapan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini (25 November 2007) Dato’ Kamal Amir menyifatkan langkah tersebut seolah-olah masyarakat terbabit tak berminat menjadi warga negara Malaysia, ketika generasi sebelumnya bersusah payah memohon kerakyatan menerusi borang C, E mahupun G.



Generasi sebelum mereka bertungkus lumus memohon kerakyatan sekalipun menerusi borang G, semata-mata mahu menjamin masa depan generasi berikut di dalam sebuah negara berbilang kaum di Malysia,” kata Dato’ Kamal Amir menerusi telefon kepada sekretariat PRIMA. Katanya lagi, sekitar awal dekad 1970-an masih ramai yang belum memiliki kerakyatan, terutama kalangan imigran yang dilahirkan di negara asal mereka. Bagi menjamin masa depan generasi mereka, kalangan imigran yang sudah menetap di Malaysia melebih 10 tahun memohon kerakyatan menggunakan borang G, kerana tak mempunyai dokumen yang boleh menyokong permohonan tersebut.



Seterusnya beritahu Dato’ Kamal Amir, adalah sia-sia pengorbanan generasi sebelum ini memohon kerakyatan apabila segelintir masyarakat mengungkit langkah kerajaan dan Raja Great Britain (British) mejadikan mereka warga negara Malaysia. Beliau menarik perhatian kepada tindakan drastik kerajaan Uganda di bawah Ide Amin satu ketika dulu, yang mengusir etnik Asia yang dibawa oleh Inggeris menjadi imigran di negara tersebut. “Disebabkan Ide Amin mengusir etnik dari Asia kerana tak menerima menjadi warga Uganda, justeru British terpaksa membawa mereka ke England dengan kerakyatan negara berkenaan,” jelas Dato’ Kamal Amir selanjutnya.


SEMBANG BERSAMA KU LI
‘DEKLARASI PERDANA’ AKAN DISERAH


Aktivis PRIMA Sdr Mohd Sayuti Omar (MSO) memberitahu, ‘Sembang Bersama Ku Li’ akan digerakkan pada Jumaat ini (30 November 2007) di No 31 Langgak Golf, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur, di samping menyerahkan rumusan ‘Deklarasi Perdana’ yang mengandungi ’10 Keprihatinan’. Katanya, pimpinan PRIMA akan menemui Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mulai jam 3.00 petang bagi menyerahkan ‘Deklarasi Perdana’ sebelum diteruskan dengan ‘Sembang Bersama Ku Li’. “Di samping PRIMA, aktivis masyarakat juga dijemput hadir bersama dalam sembang itu sebagai menggalakkan percambahan minda,” menurut Sdr MSO.



Rumusan ‘Deklarasi Perdana’ yang diterima pada wacana bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 15 Ogos 2007 akan diserahkan sepenuhnya kepada semua pemimpin-pemimpin Melayu selewat-lewatnya Januari 2008, beritahu Sdr MSO. Buat masa ini katanya, sekretariat PRIMA sudah menghubungi pemimpin-pemimpin Melayu bagi mengadakan temu janji, sekiranya tiada temu janji teks ‘Deklarasi Perdana’ akan dikirimkan melalui pos berdaftar secepat mungkin. “Insya Allah teks ‘Deklarasi Perdana’ akan diserahkan kepada semua pemimpin-pemimpin Melayu,” ujar Sdr MSO menambah.


INFO SASTERA & BUDAYA:

PULANGKAN UMNO KEPADA ALLAH
MEMBINCANG KEBOBROKAN PIMPINAN


Kebobrokan dalam pimpinan sudah acapkali dibincangkan, tetapi buku ‘Pulangkan UMNO Kepada Allah’ yang dihasilkan oleh penulis politik wanita prolifik Norzah Kepol melihat dari perspektif golongan wanita. Dalam pengenalannya Norzah menulis: ‘Apapun masa depan Melayu 50 tahun akan datang bergantung kepada kepimpinan pada hari ini. Jika kepincangan dalam UMNO menjadi kerajaan pada hari ini tidak dibendung maka berderailah air mata anak cucu kita akan datang menyesali perjuangan pemimpin hari ini. Jangan semangat Melayu itu rebah oleh politik kepentingan diri. Jangan Islam itu kecundang kerana kealpaan berjihad untuk kepentingan Alllah’.



Buku setebal 384 halaman yang dijual pada harga RM25.00 itu diterbitkan oleh Parismatic Printing Services, sudah berada di pasaran sejak November 2007. Dalam beberapa bab buku berkenaan, Norzah turut mengupas kepimpinan Puteri UMNO, di samping kebobrokan yang dilalui Pergerakan Wanita di bawah Dato’ Seri Rafidah Aziz. Malah pada bab 17, pengarang buku ini mendedahkan persaingan antara Dato’ Seri Rafidah dan bekas Ketua Puteri Dato’ Azalina Othman Said dengan menampil tajuknya: RAFIDAH, AZALINA MUSUH BERPENJANGAN’. Sekalipun kritikan Norzah berdasarkan pandangan peribadi, tetapi ianya mempunyai fakta dari rungut di peringkat akar umbi. Begitulah!



Bagi pembaca yang inginkan penulisan buku politik dari penulis wanita, ‘Pulangkan UMNO Kepada Allah’ dikira sesuai dibaca bagi menggerakkan percambahan minda. Dalam kata pendahuluannya juga Norzah mengungkapkan: ‘Dewasa ini secara terang-terangan sesetengah pemimpin UMNO melonggokkan harta kekayaan berlimpah ruah. Tidak kurang menampakkan kekayaan di segi fizikal antaranya menggunakan kereta berjenama mewah dan mendirikan rumah bagaikan istana. Ada juga pemimpin UMNO kaya mengejut dan mendapat peluang tidak disangka-sangka dan sebagainya. Semua inilah membuat rakyat yang cintakan ilmu Allah dan berpegang kepada iman sentiasa memikirkan apa akan terjadi kepada bangsa kita jika memiliki pemimpin begitu?’.


KOMENTAR
Bersama Pak Parjo

KAJI SELIDIK YANG INDAH-INDAH
FAKTOR SOKONGAN BAWA PADAH


Sebermula diberitahu kepada fakir mengenai kaji selidik ‘Merdeka Centre’ iaitu sebuah pusat penyelidikan tempatan melaporkan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Barisan Nasional (BN) sejak Oktober 2006, menerima sokongan purata 71 peratus. Berkatalah Pengarah firma ‘Merdeka Centre’, Ibrahim Suffian, faktor yang meningkatkan tahap kepercayaan umum ialah kebolehan serta kepemimpinan Dato’ Seri Abdullah (Pak Lah). Alhamdulillah! Gamaknya, perdana menteri sebelum ini tahap kebolehan dan kepemimpinannya tak cemerlang, gemilang dan terbilang menyebabkan pilihanraya 1959, 1969, 1978, 1986, 1990 dan 1999 macam pakai kain singkat, ditarik ke bawah kepala terdedah; di tark ke atas ponggong terbonggeng. Waduh duh duh!

Kata sahibul hikayat akan laporan penganalisis politik pro UMNO pada dekad 1960-an menyebut, pilihanraya 1969 akan menguburkan beberapa buah parti pembangkang, malah Allahyarham Tun Dr Ismail juga mengakui ‘DAP akan gulung tikar’. Fakta ketika itu ialah kemenangan mutlak pada 1964, di samping perpecahan pakatan Parti Rakyat dan Parti Buroh dalam Sosialis Front (sebelum UMNO membuat National Front) pada 1965. Diikuti pula Parti Buroh memulaukan pilihanraya, PAP yang diusir ke Singapura terpaksa pula membentuk DAP yang serba goyah, goyang dan goncang. Begitu jugalah laporan sebelum pilihanraya 1999 dari Japan Network Broadcasting dalam tinjauan yang dibuat semuanya alahai, alahai, alahai!


Syahdan diberitahu oleh nenek moyang fakir dahulukala mengenai Sultan Abu Syahid yang dikuasai oleh Raja Rekan, keadaan di Melaka aman tenteram sekalipun meamanda Bendahara Seri Wak Raja mengakui rakyat tak puas hati dengan institusi istana. Sebermula Raja Rekan itu menerima laporan daripada kroni-kroninya, akan semua rakyat Melaka sentiasalah taat setia kepada rajanya. Hinggalah kepada suatu malam Bendahara Seri Wak Raja kononnya diminta menaiki gajah yang ditunggang raja, tapi tak diketahuinya Raja Kassim bersama Seri Nara Diraja Tun Ali mahu melanggar istana kira-kita tahun 1446, seperti disurat ‘Kitab Melayu’ yang diketahui oleh:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: