SUARA <<< >>> PRIMA
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)
DARI LAMAN BLOG
KEBERANGAN RAKYAT TERHADAP UMNO:
TAK MEMAHAMI ASPIRASI KALANGAN PROLITAR
Assalamualaikum,
Memetik beberapa laporan akhbar hari ini (8 Februari 2009), saya merujuk kepada banyak SMS yang diterima, berikutan laman blog tak diaktifkan sejak dua hari. Memang tak sempat menaikkan laman blog, disebabkan ke Felda Jenderak Utara semalam (7 Februari 2009). Saya juga diberitahu Pak Rahman, ayah Datin Ruzila Abdul Rahman (isteri Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz) dimasukkan ke Hospital Selayang kerana mengalami penyakit yang kompleks. Mudah-mudahan beliau segera sembuh. Bagaimanapun SMS yang banyak saya terima, persis dengan rungutan ramai penduduk-penduduk di Felda Jenderak Utara yang menemui saya, di samping turut menemui Profesor Dato’ Dr Mohamad Mansor Abdullah dan Yassinsalleh. Mereka mempertikaikan kewajaran UMNO menggunakan kuasa kerajaan Pusat untuk merampas kerajaan negeri Perak.
‘Rakyat Marah’ yang menjadi berita utama akhbar arus perdana hari ini, sebenarnya majoriti rakyat marah kepada UMNO. Kalau pada masa ini dibubarkan Parlimen, kata rakyat yang berang dengan perlakuan UMNO di Perak, nescaya UMNO terkubur di samping hilang dalam lipatan sejarah. Maknanya, akhbar arus perdana tak mampu menghalang keberangan rakyat, sekalipun menuduh pengendali laman blog yang menyibarkan laporan palsu. Justeru, sebenarnya mereka beranggapan demikian disebabkan tak memahami aspirasi rakyat, malah tak pernah turun menemui masyarakat prolitar di kampung-kampung. Apabila pimpinan UMNO sekadar menerima laporan yang molok-molok dari media arus perdana, berlakulah seperti mitos PRU12 iaitu: Wal hasal balik hasil; wal hasil balik hasal, itu pasal tak hasil!
Apalagi Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ‘Hentikan Perbalahan’, sebaliknya yang memulakan perbalahan itu ialah pihak yang kehilangan kuasa. Diikuti oleh Menteri Besar UMNO Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir berjanji mahu ‘jaga kebajikan semua kaum’; secara tak langsung menyifatkan pimpinan Dato’ Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dulu seolah-olah tak ‘jaga kebajikan semua kaum’. Justeru di TV pula, propaganda terus dilancarkan sebagai ‘perang saraf’ bagi membelenggu minda, di samping mengharapkan isu PPSMI yang digerakkan sebagai kepongahan kerajaan sekarang boleh disembunyakan bagaikan ‘bangkai gajah disembunyi di sebalik daun lalang sehelai’. Isu PPSMI lebih penting kepada bangsa Melayu dibandingkan dengan isu kerajaan negeri Perak yang ditumpas, dirampas dan dkebas!
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pula mahu memastikan ‘BN Perak dijamin mesra rakyat’, seolah-olah BN di Perak sebelum ini ‘tak mesra rakyat’. Kadangkala dalam filsafah hidup masyarakat Melayu di masa lalu memang disebut ‘orang dalam kelemasan, dapat berpaut pada ranting pun memadai’. Tak hairanlah calon Ketua Pemuda UMNO yang juga bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo secara sedar mengakui ‘rakyat bosan jika asyik bercakap bagi pihak kerajaan’. Dalam wawancara hari ini Dato’ Seri Dr Khir memberitahu, “Saya lihat tidak ramai ahli pergerakan yang mengenali UMNO, menjadi ahli UMNO tetapi hakikatnya tidak menjiwai UMNO. Tidak ramai ahli Pemuda dapat memberi jawapan tepat apabila ditanya tujuan menyertai UMNO.” Astaga!
- Pak Dharma
INFO HAK ASASI MANUSIA
DIRGAHAYU RAKYAT PERAK PENENTANG:
PENIPU DAN PENIPUAN SERTA KEJAHATAN
Oleh Mohd Affandi Hassan
(Tokoh Pengkritik Sastera Melayu Moden)

Setelah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, UMNO/BN telah berjaya memperkenalkan konsep kejahatan sebagai nilai baru masyarakat yang diberi kedudukan penting dalam membuat keputusan. Menurut nilai baru ini, sesuatu yang jahat (evil, supaya lebih jelas maknanya) adalah benar dan betul jika berlandaskan undang-undang yang dibuat sendiri untuk melindungi kejahatan itu. Undang-undang baru akan dibuat untuk memastikan kejahatan akan diteruskan dalam pelbagai bentuk bagi memastikan kuasa dan kedudukan politik berkekalan dalam tangan mereka. Peristiwa di Perak adalah bukti paling baik dan paling jelas bagaimana kejahatan berlandaskan undang-undang ini dijadikan senjata paling berkesan untuk merebut (lebih tepat merampas) kuasa.
Setelah ditolak oleh rakyat dalam PRU Mac 2008, UMNO/BN sangat marah dan kecewa kerana kejahatan yang mereka lakukan selama ini dalam bentuk pembangunan maya (istilah ini akan dijelaskan dalam tulisan lain) disedari oleh rakyat yang merasa mereka telah dipermainkan dengan kata-kata dan istilah yang menutup kejahatan itu. Sebelum pendedahan besar-besaran berlaku, maka satu tindakan tegas harus dilakukan untuk memastikan kejahatan itu berterusan dalam konteks pembangunan maya tadi. Maka itulah terjadinya rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 itu. Dengan itu apa yang disebut sebagai “ketuanan Melayu” boleh terus digunakan untuk melangsungkan kejahatan sebagai nilai baru masyarakat. Konsep ketuanan Melayu yang dipakai oleh UMNO adalah penjelmaan terbaik nilai dan budaya baru berasaskan kejahatan itu.
Rakyat jelas sedar penipuan ini. Kita lihat dan dengar hampir setiap minit TV dan radio milik kerajaan atau milik syarikat yang memihak kerajaan serta akhbar menyebut betapa utamannya “kepentingan rakyat” itu dijadikan landasan untuk bertindak. Misalnya, apabila harga minyak dinaikkan, maka kita diberitahu keputusan itu dibuat untuk kepentingan rakyat; tetapi apabila harga minyak diturunkan maka itu dilakukan kerana kerajaan amat prihatin terhadap kesusahan rakyat menghadapi kenaikan harga barang yang berpunca daripada keputusan kerajaan sendiri (dengan menaikkan harga minyak secara mendadak). Tetapi apabila rakyat mendesak supaya mereka diberi peluang untuk memilih kerajaan yang mereka mahu setelah terjadi kemelut pilitik akibat kejahatan ahli politik yang telah menipu mereka lebih dari 50 tahun, maka rakyat dinafikan daripada mendapat hak mereka yang kononnya dijamin dalam sistem demokrasi.
Bodohlah jika kita berkata kerajaan yang prihatin kepada rakyat menafikan hak rakyat untuk membuat pilihan. Mereka telah diberi kebebasan memilih itu; tetapi mereka telah salahgunakan kebebasan itu dengan memilih kumpulan lain daripada UMNO/BN. Oleh itu adalah wajar jika kebebasan itu dirampas dari rakyat yang telah salahgunakan kebebasan tadi. Inilah wajah kejahatan politik yang kini dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat Perak yang mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan. Dirgahayu kepada anda semua yang telah memulai episod baru dalam gerakan politik Malaysia. (7 Feb. 2009).
APABILA GURU KENCING BERDIRI:
MURID PASTINYA KENCING BERLARI
Keperongosan kerajaan melaksanakan PPSMI dianggap mahu melestarikan fenomena ‘apabila guru kencing berdiri; murid pastinya kencing berlari’, kata bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM Profesor Dato’ Dr Mohamad Mansor Abdullah. Serentak dengan itu beliau mencabar Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein ‘turun padang’ melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah di kampong pendalaman termasuk Felda, bagi memahami fakta sebenar mengenai pembelajaran di sekolah-sekolah. Profesor Dato’ Dr Mohamad Mansor memberitahu demikian dalam majlis deklamasi puisi menentang PPSMI di Felda Jenderak Utara, Jerantut di Pahang semalam (7 Februari 2009). “Guru yang dihantar mengajar ke sekolah-sekolah tebabit tak faham Bahasa Inggeris, macam mana nak mengajar pelajar-pelajar yang memang tak tahu,” katanya.

Seterusnya beliau meminta Dato’ Seri Hishamuddin membuat kajian mengenai kejayaan pelajar-pelajar yang tak pernah menerima pelaksanaan PPSMI sebelum menjadi menteri, di samping pencapaian akademik mereka. Justeru beliau memberitahu, sebagai pelajar aliran menengah Melayu terawal pada dekad 1950-an, beliau tak pernah mengikuti PPSMI, tetapi mampu memperoleh PhD dari universiti di Amerika Syarikat. Katanya, pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dicapai dengan baik sekirany pelajar-pelajar diperkemaskan dengan silibas Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris. “Kalau lain yang sakit, lain yang diubat; penyakitnya tak sembuh, ubatnya pula yang semakin tak bermanfaat,” beritahu Profesor Dato’ Dr Mohamad Mansur.
UMNO PERDAYAKAN SULTAN AZLAN:
RAMPASAN KUASA TERANCANG DI PERAK
Perkembangan di Perak memperlihatkan modul politik UMNO yang bangkrap dengan filsafah, mandul keterampilan idea dan tempang intelektualisme pendekatan, beritahu bekas Exco Pemuda UMNO bagi biro antarabangsa Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. UMNO turut memperdaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi melancarkan ‘rampn kuasa terancang’ yang memang bertentangan dengan perlembagaan, mempersenda moral dan menghina martabat Dewan Undangan Negeri, katanya. Menyentuh kenyataan pimpinan UMNO hari ini (8 Februari 2009) berkaitan reaksi rakyat terhadap kebobrokan di negeri Perak Dato’ Kamal Amir secara sinis memberitahu, sepatutnya UMNO berasa malu mendedahkan ‘kebangsatan’ sendiri apabila merampas kuasa yang tak diberikan oleh rakyat Perak pada PRU12. “UMNO sudah berkuasa sejak 1955 di Perak, tetapi ditolak kerana amalan yang pongah,” beliau menjelaskan.
Keberangan rakyat di Perak dianggap oleh pimpinan UMNO sebagai ‘menderhaka’, sekalipun UMNO sendirinya ‘menderhaka’ kerana menjatuhkan kerajaan sah yang ditubuhkan oleh Sultan Azlan Shah selepas PRU12. Bagaimanapun beritahu Dato’ Kamal Amir, rusuhan di Masjid Ubudiah berhampiran Istana Iskandariah di Kuala Kangsar berlaku secara sepontan, malah tak dirancang oleh mana-mana pihak. Rakyat Perak menjadi berang bukan disebabkan Sultan, sebaliknya sebagai menyampaikan mesej kepada baginda mengenai kebobrokan UMNO. “Justeru rakyat tetap taat setia kepada Sultan, tetapi baginda tak seharusnya terikut-ikut perilaku UMNO yang sudah menjadi kebencian rakyat sekarang,” beritahu Dato’ Kamal Amir.
SUHAIMI TAWARKAN KEPADA MP:
RM25-RM30 UNTUK SERTA PEMBANGKANG
Aktivis politik veteran di Pahang, Haji Suhaimi Said menawarkan RM25 hingga RM30 kepada setiap Ahli Parlimen dan ADUN dari UMNO bagi menyertai pembangkang, dalam usaha mengimbangi kerakusan membeli wakil rakyat yang menjadi legasi amalan pimpinan UMNO. Secara sinikal Haji Suhaimi memberitahu, beliau tak mampu untuk menawarkan berjuta-juta, tetapi bersedia menawarkan RM25-RM30 sahaja kepada MP dan ADUN UMNO yang bersedia melompat parti. Disebabkan UMNO memang sudah terkenal dengan amalan ‘poltik wang’, justeru apa salahnya dibuat tawaran yang sama kepada wakil rakyat mereka. “Setiap wakil rakyat UMNO bolehlah menghubungi saya, kalau sudah bersiap sedia untuk melompat parti,” menurut Haji Suhaimi ketika ditemui pada majlis baca puisi PRIMA di Felda Jenderak Utara semalam (7 Februari 2009).

Haji Suhaimi yang juga seorang peguam turut mendeklamasikan puisi pada majlis berkenaan yang dihadiri lebih 200 orang penduduk di situ. Ketika menyampaikan ucapan bagi pihak PKR Kuala Krau, Haji Suhaimi memberitahu, PPSMI bukan sahaja ditentang oleh orang Melayu, malah masyarakat Cina dan India juga menolak pelaksanaan PPSMI yang mahu diteruskan oleh Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein. Beliau juga menarik perhatian ketika melawat Jepun, di samping mengunjungi Fujiyama hamper tenggelam punca, apabila rakyat Jepun tak berbahasa Inggeris sekalipun pencapaian sains dan matematik mengatasi negara-negara barat. Bagaimanapun ketika tinggal berdua di tengah laut sehari semalam, tiba-tiba sahaja seorang lelaki Jepun berbual dengannya menggunakan bahasa Inggeris. “Maknanya orang Jepun tak mahu bercakap bahasa Inggeris, sekalipun mereka fasih kecuali dalam keadaan tertentu,” Haji Suhaimi menjelaskan.
USAHA PENGAJIAN TINGGI MELAYU:
HISHAM DICABAR LAWAN MENTERJEMAH
Aktivis bahasa dan pelajar-pelajar memberikan pengorbanan besar bagi mengangkat martabat pengajian tinggi Melayu sejak dekad 1950-an, tetapi dimusnahkan oleh kepongahan kerajaan pimpinan UMNO mahu melaksanakan PPSMI. Malah pelajar-pelajar sekolah rendah turut menyumbangkan derma ikhlas dari wang saku perbelanjaan harian mereka, bagi pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar dekad 1970-an, menurut bekas pendidik yang juga penyair tersohor Yassinsalleh. Katanya, ketika mengajar di Sekolah Teruntum, Kuantan beliau turut terpanggil menggerakkan usaha mengutip derma untuk tabung pembinaan UKM dengan mengumpulkan RM300 dari pelajar-pelajar. “Kita berusaha mengangkat martabat pengajian tinggi dalam Bahasa Melayu, kenapa terlalu mudah mereka yang tak pernah berjasa mahu membunuhnya menerusi PPSMI,” ujar Yassinsalleh sebelum mendeklamaskan puisinya di Felda Jenderak Utara semalam (7 Februari 2009).

Yassinsalleh yang juga aktivis perfileman Melayu yang memenangi 9 anugerah menerusi filem arahannya ‘Dia Ibuku’ pada Pesta Filem Malaysia dekad 1980-an (malah rekodnya belum dapat diatasi oleh lain-lain pengarah filem menurut L Mankadir Shamsi) mengingatkan Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein, orang Melayu tak akan berkompromi dengan isu PPSMI sama ada ianya dimansuhkan atau UMNO sendiri dimusuhi. Beliau yang juga pelajar awal aliran menengah Melayu dekad 1950-an mampu menguasai Bahasa Inggeris tak menerusi PPSMI, tetapi pengkhususan dalam Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris. “Sekarang saya cabar Hishamuddin untuk membuat terjemahan Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu, untuk membuktikan siapa lebih menguasai Bahasa Inggeris,” beliau menambah.
INFO SATERA & BUDAYA
LEBIH 200 PENEROKA FELDA JENDERAK:
MENYAKSIKAN DEKLAMASI PUISI PPSMI
Sambutan deklamasi puisi menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diluar jangkaan apabila lebih 200 peneroka Felda Jenderak Utara di Jerantut memberikan sokongan, kata aktivis teater di Pahang L. Mankadir Shamsi. Menurut Mankadir, sekalipun majoriti mereka bukan peminat puisi tetapi peneroka-peneroka terbabit menyambut seruan aktivis bahasa menentang PPSMI demi masa depan anak-anak Felda. Seterusnya beritahu Mankadir, siri deklamasi puisi PRIMA akan diteruskan bagi menentang PPSMI, di samping mendesak Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein memansuhkan serta merta. “Kita mahu PPSMI dimansuhkan, rakyat tak mahu PPSMI kerana ia pembunuh Bahasa Melayu,” laung Mankadir diikuti spontan oleh mereka yang hadir.

Majlis deklamasi puisi anjuran PRIMA dengan kerjasama PKR Kuala Krau itu turut menampilkan penyair-penyair Profesor Dato’ Dr M. Ashikin, Dr Seri Intan Mokhtar dari UPM, Yasleh Rita Ayu dari UM, peguam Nizam Haniff, Dato’ Kamal Amir, Yassinsalleh, Pak Dharma, Datin Rozie Rahman, Haji Suhaimi Said, Zainal Rasidin dan Nazri Sham wakil DPMP Temerloh. Mankadir juga memberitahu, baca deklamasi seterusnya akan diadakan di Temerloh, diikuti di Lancang mengikut jadual yang disusun. Sebaliknya tambah beliau, PRIMA juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana gerakan bahasa sama ada dari UMNO, PAS, MCA, MIC atau DAP bagi menganjurkan deklamasi puisi menentang PPSMI. “Dalam mana-mana perjuangan perlukan kerjasama, bersatu teguh bercerai roboh,” kata Mankadir.
GAMAT DENGAN DEKLAMASI PUISI:
KARYA RENDRA SEBUT ALTANTUYA
Lebih 200 orang yang hadir majlis deklamasi puisi PRIMA dengan kerjasama PKR Kuala Krau di Felda Jenderak Utara malam semalam (7 Februari 2009) menjadi gamat apabila peguam Nizam Haniff membacakan puisi karya W.S. Rendra dari Indonesia ‘Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta’. Sebelumnya Nizam yang membacakan puisi karyanya sendiri, tiba-tiba menerima tepukan gemuruh apabila membacakan bait-bait puisi karya penyair Indonesia. Sekalipun Nizam menyampaikan secara bersahaja, tetapi mereka yang hadir berulang kali bersorak menyebut ‘Altantuya’. Sekalipun tak merujuk kepada isu wanita warga negara Mongolia, tetapi mereka yang hadir dalam majlis deklamasi puisi terus bersorak. Nizam yang menerima naskhah antologi berkenaan dari Rendra memberitahu, beliau sekadar mendeklamaskan puisi berkenaan.

Sementara itu penyair DPMP dari Temerloh, Nazri Sham turut menerima tepukan daripada khalayak apabila menedeklamasikan puisinya. Nazri dengan bait-bait puisi mengenai suara kerbau yang menguak, suara lembu yang mengemboh, suara kambing yang mengembik memang menarik perhatian ibu bapa di kalangan peneroka Felda yang menganggap mereka daripada golongan generasi pertama. Kalangan peneroka terbabit yang turut berada di bawah khemah yang disediakan melahirkan rasa gembira dengan usaha yang digerakkan PRIMA menerusi puisi bagi menentang PPSMI. Beberapa orang ibu bapa dilihat mengerumuni Profesor Dato’ Dr Mohamad Mansur Abdullah bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai PPSMI. Di samping itu Haji Suhaimi Said juga memberitahu, sebelumnya di sebelah siang 52 orang peneroka termasuk penyokong UMNO menyerahkan borang keahlian PKR kepadanya.
PUISI LAMA
Pantun Mat Kilau
Ikat rumput jangan berserak
Tebu serumpun di tengah pulau
Anak Jerantut anak Jenderak
Dengarlah pantun Aki Mat Kilau
Pulau Gelanggi jauh di hulu
Kelembai lalu jangan disapa
Kalau Aki pergi dahulu
Bangsa Melayu jangan dilupa.
Kalau ke sawah memotong jerami
Padi segemal jangan dibawa
Pelepah di bawah gugur ke bumi
Pelepah di atas jangan ketawa
Jangan diraut batang senduduk
Mayang pinang sangkut si sidai
Jangan ikut nasib Pak Kaduk
Ayam menang kampung tergadai.
Timbang setahil sayur kangkung
Rencah semusim ikan setatang
Pemerintah adil pasti disokong
Pemerintah zalim mesti ditentang.
Burung tempua terbang berligar
Hinggap bergegar di batang keladi
Jangan kita harapkan pagar
Kalau pagar yang makan padi.
Bekalkan ubi di dalam raga
Angkat sekepal buah berangan
Akal budi tidak dijaga
Ibarat dacing hilang timbangan.
Dari Jenderak hendak ke pulau
Petik dahulu daun suasa
Ingatkan pencak Aki Mat Kilau
Bahasa Melayu menyatukan bangsa!
(Dibacakan oleh Pak Dharma dalam majlis baca puisi menentang PPSMI di Felda Jenderak Utara, Pahang pada 7 Februari 2009).
INFO SUARA PROLITAR
TAAT KPD RAJA ATAU PEMERINTAH:
RAKYAT KELIRU MAKIN TERKELIRU
Agaknya kenapa Mufti Perak (Dato’ Harunssani) sebut kena taat kepada sultan, walhal sultan sama-sama menjatuhkan Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat? Rakyat yang sedia keliru, tambah lagi keliru Tak tahu le, nas mana digunakan. Setahu saya mengikut nas, kenalah taat kepada pemerintah, selagi ianya menjalankan hukum Allah. Pemerintah yang dijatuhkan itu, ialah yang sah; sultan adalah penaung kerajaan yang dijatuhkan. Sudah sah UMNO yang jatuhkan kerajaan itu, dan sultan tertakluk pada pindaan perlembagaan 1991 yang dibuat oleh UMNO. (SMS, 7 Februari 2009; 12:28:05 – Ustaz A.A., Ipoh, Perak).
ITU UNDANG2 DATO’ YG BIKIN:
KEMELUT DI PERAK MALUKAN MELAYU
Apa pandangan kemelut di Perak? Rasanya ikut perlembagaan salah; ikut moral pun salah, tapi ikut nafsu, ok le. Takbir (3 kali). Tapi UMNO yang pinda undang-undang bolehkan sultan disaman, jadi apa salahnya kalau ada pihak nak saman sultan. Inilah nasib Melayu sejak dahulukala, siapa kuat dia berkuasa, macam filem ‘Musang Berjanggut’ P Ramlee (Allahyarham, Tan Sri, Dr) apabila Dato’ Nikah Kawin berkata, “Itu undang-undang Dato’ yang bikin.” Malunya jadi Melayu. Maknanya, pimpinan UMNO sudah diingatkan tapi semuanya masuk telinga kiri,keluar telinga kanan. Pemimpin yang begini sepatutnya, sudah lama dimuziumkan. Mudah-mudahan! - (SMS; 8 Februari 2009; 11:05:00 – Lebai Kampung., Kelebang, Melaka)
KOMENTAR
Bersama Pak Parjo
TAK MAHU DUA HULUBALANG ITU ‘DIADU’:
RAJA SENTIASA DENGAR PANDANGAN RAKYAT
Sebermula tersebutlah ceritera di negeri Melayu itu perihal sekalian penitir canang memuji-muji Orangkaya Dato Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar UMNO di Perak. Maka seorang lagi Menteri Besar ialah dari PR iaitu Orangkaya Ir Mohamad Nizar Jamaluddin. Arakian kata sekalian orang banyak berlakulah di negeri Melayu itu ‘kapal dua nakhoda’. Syahdan Menteri Besar UMNO akan berlumba-lumpa ke pejabat dengan Menteri Besar PR kerana mereka sama-sama sah. Maka akan Orangkaya Dato’ Zamry itu digah-gahkan oleh segala penitir canang, sekalipun sekalian orang banyak tak mahu lagi mendengarnya. Arakian segala surat yang dikarang penitir-peniti canang itu melambak-lambak di pasar pesara, disebabkan sekalian orang banyak yang lalu lalang hanya sekadar menjeling-jeling sahaja.
Syahdan, maka Seri Rana Wira Kerma menyuruh memanggil Badang; maka ia pun datang menghadap. Maka titah baginda, “Esok hari Badang kita adu bermain dengan Benderang.” Maka sembah Badang, “Tuanku, adalah akan Benderang itu, kepada zaman ini pahlawan gagah bukan barang-barang perkasanya teramasyhur pada segala negeri. Jikalau patik alah, tidakkah Duli Yang Dipertuan malu? Pada pikir patik jikalaulah dipanggil dia malam ini, dianugerah ayapan, supaya patik cuba; jikalau dapat patik lawan, dulu tuanku adulah; jikalau tiada dapat patik lawan, duli tuanku tegah patih jangan diberi melawan dia bermain.” Arakian segala kata-kata Badang itu didengarlah oleh baginda kerana tak mahu berlaku ‘dua hulubalang’ itu diadu di khalayak ramai seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:

HIDUP BAHASA MELAYU!
Rupanya bodoh Sultan Azlan Shah ini dalam undang2 hingga Kamal Amir boleh kata dia diperdayakan.
ReplyDeleteMacam mana agaknya sepatut? Apa klausa2 yang sesuai dan dimana Sultan terpedaya?
Pasti yang lebih pakar sahaja boleh mengatakan demikian terhadap Sultan yang bekas Ketua Hakim Negara.