Wednesday, March 11, 2009

Anwar Ibrahim Bersuara...

NAJIB DG PENDEKATAN KEYNESIAN
SEKADAR PAKEJ RANGSANGAN OBAMA!


(Nota Pembukaan Ucapan Membahaskan Rancangan Ransangan Ekonomi Kedua Oleh Ketua Pembangkang Parlimen yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim)


Tuan Yang Di Pertua,


Saya ingin memulakan ucapan saya dengan menegaskan bahawa saya dan rakan-rakan bersedia melakukan apa sahaja demi untuk membela rakyat. Kami menyokong sebarang inisiatif untuk membantu rakyat. Ada di antara kami telah masuk penjara, dipukul dan disembur dengan gas pemedih mata demi memperjuangkan nasib rakyat. Elok kita buat perbandingan dengan apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat. Kerana apa yang dilakukan tidak lain dari mengikut apa yang dilakukan oleh Presiden Obama. Obama mengambil pendekatan Keynesian, maka Menteri Kewangan juga mengambil pendekatan Keynesian.

Ramai yang terpukau dengan begitu besarnya pakej ransangan Obama, berjumlah USD 787 billion (RM 2.91 trillion). Tetapi Paul Krugman, pemenang Hadian Nobel ekonomi, dan ahli ekonomi Keynesian paling terkenal dewasa ini, mengatakan ia mulai “falling behind the curve.” Masalah dan krisis yang berlaku, jauh lebih besar dari pakej ransangan. Jelas sekali pakar ekonomi ini sedar persoalannya bukan sekadar jumlah dana yang besar dan kemudiannya digembar gemburkan oleh media. Persoalan sebenar yang harus diberi perhatian ialah ketelusan dan pertanggungjawaban institusi serta memecahkan tembok psikologi rakyat terbanyak, peniaga juga pelabur agar yakin dengan pengurusan ekonomi negara.


Ini ditegaskan oleh pemenang Hadiah Nobel terkemuka Amartya Sen yang mengutip pandangan Arthur Cecil Pigou, ” One of the problems…arising from financial mismanagement and other transgressions, has become many times magnified by a psychological collapse.”


INSIDEN ANWAR JUMPA PAK LAH:
MAULIDIR RASUL DI HULU LANGAT

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi. Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin. Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!
Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir. Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.

No comments:

Post a Comment