Monday, March 16, 2009

DARI LAMAN BLOG...

Arahan roboh tugu 'Pokok Demokrasi'
Pegawai Undang-Undang yang tanda tangan

Dengan kepongahan UMNO, tugu peringatan 'pokok demokrasi' di Ipoh dirobohkan menerusi pekerja-pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini (16 Mac 2009). Notis juga tak ditandatangani oleh Dato' Bandar Ipoh, sebaliknya menampilkan arahan dari Pegawai Undang-Undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali. Pimpinan UMNO pun 'cuci tangan' dengan menyangka rakyat Perak akan meluat terhadap MBI, tetapi mereka sudah tahu UMNO yang 'pengecut' sekadar bersembunyi di sebalik tembok undang-undang, seperti keprihalan 'orang tua' dalam 'Pendekar Bujang Lapok' yang beri perintah kepada samseng-samsengnya di penambang. Aktivis UMNO pun terkekeh-kekeh ketawa apabila Pendekar Mustar berkata: "Mereka semua pengampu orang yang ada kuasa, pengampu orangkaya!"

Kebencian orang Melayu terhadap UMNO bukan lagi fantasi, sekalipun persaingan di Bukit Gantang belum diketahui keputusannya. Merobohkan tugu peringatan yang dibina sebagai manifestasi kebencian rakyat terhadap keperongosan, kepongahan dan keberantakan UMNO bukan sekadar di bawah 'pokok demokrasi'. Apalagi yang memberi kenyataan mengenai tindakan MBI itu diminta Exco Kesihatan Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangktuan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Dr Mah Hang Soon. Tak seorang pun pemimpin UMNO yang 'tunjuk muka', kerana menyedari kebencian orang Melayu sudah terlalu meluap-luap; apalagi pada peringkat peralihan kuasa... heh heh heh!

Pembinaan tugu tersebut kononnya menyalahi Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Sepatutnya selepas dirobohkan, PR hendaklah didawa kerana melanggar akta tersebut dan dibicarakan di mahkamah. Mereka yang membuat ubahsuai rumah pun didenda, selain daripada ianya dirobohkan. Nah! laksanakan undang-undang tersebut bagi membolehkan kebencian rakyat terhadap UMNO semakin meningkat suhunya. Pada 1982 saya pernah menemui Almarhom Tunku di kediamannya dalam proses menyiapkan buku '25 Tahun Merdeka' bersama Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris. Tunku tersinggung apabila pimpinan UMNO sendiri mahu merobohkan monomen beliau yang tersergam di hadapan bangunan Parlimen


Kata Tunku, "Kalau depa benci sangat dengan saya, patung saya pindahkan sahaja ke hadapan rumah saya, nak buat patung tu pakai duit kerajaan, duit rakyat, guna tembaga bukan lumpur dalam longkang. Saya tak tahu apa nak jadi dengan UMNO ni." Maknanya, Tunku kecewa dengan sikap aktivis UMNO yang cadang mahu merobohkan patungnya di depan bangunan Parlimen. Begitulah! Memang saya tak peduli dengan apa pun kemelut UMNO, tetapi saya merasakan kepentingan Melayu terjejas akibat kepelahapan UMNO (sekalipun Tun Dr Mahathir mengaku yang salah bukan UMNO, tetapi orangnya). Sebaliknya bagaimana membezakan UMNO dan orangnya itu, kerana 'Musang Berjanggut' dan 'Dato' Nikah Kahwin' juga sukar dibezakan sekali sama-sama menuturkan: SALAH TU MEMANG SALAH, TAPI ITU UNDANG-UNDANG DATO' YANG BIKIN . Aduhai!




-Pak Dharma

No comments:

Post a Comment