Saturday, March 14, 2009

INFO HAK ASASI MANUSIA...

Dato' Kamal Amir Menulis...
UMNO kutuk raja dikira wajar!

Masih adakah lagi immuniti raja-raja setelah ianya lumat dikeronyok oleh pimpinan UMNO 10 tahun lalu. Kalau UMNO kutuk raja-raja Melayu itu dikira wajar, tapi kala rakyat mengkritik, itu kurang ajar dan wajar dipasung heh heh heh. Undang-undang rimba! Cukuplah bangsa Melayu dihina oleh Inggeris, janganlah Melayu juga nak hina Melayu. UMNO hanya wujud pada 1946 sahaja, malah pejuang-pejuang asalnya sudah dicantas. UMNO yang mendabik dada sekarang ialah UMNO 1951, itupun kerana Tunku Abdul Rahman kerabat diraja Kedah tampil menjadi pemimpin. Kalau tak terbabit raja-raja Melayu, dah lama UMNO gulung tikar apabila ia ditinggalkan oleh Dato' Onn Jaafar.

Pasir Salak pada 1876, Dato' Maharajalela Pandak Lam dituduh menderhaka kepada Sultan Perak. Ironinya Sultan Perak, Sultan Abdullah pula dibuang ke Pulau Scyelles di tengah-tengah Lautan Hindi. Sultan Abdullah ditipu kononnya untuk melawat Singapura, justeru bawa sama keluarga naik kapal. Mujurlah pada dekad 1890-an, Sultan Abdullah sempat balik ke Perak. Apabila mangkat baginda dimakamkan di Bukit Candan. Apahal dengan Dato' Maharajalela, Dato' Sagor dan Pandak Edot? British yang eksploit perkataan 'derhaka', macam pejuang-pejuang radikal dituduh komunis. UMNO mahu meneruskan legasi muslihat British ke?


(*Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz, bekas Exco Pemuda UMNO sekita dekad 1980-an dan bekas wartawan Utusan Melayu dan editor di Karangkraf. Sekarang ialah usahawan Melayu, aktivis sosial dan Jrurcakap PRIMA)




1 comment:

  1. Bila rakyat bermaruah, Raja berdaulah! Bila Umno rasuah, Raja jangan dipersalah! Suara rakyat suara keramat!

    ReplyDelete