'PENDAKWAAN POLITIK' KALI KEDUA:
WIBAWA KEHAKIMAN 1999 KEMBALI SEMULA
Mahkamah Sesyen semalam (10 Mac 2009) memindahkan kes perbicaraan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi sekalipun ianya mendapat bantahan keras dari pasukan peguambela Dato' Seri Anwarr. Peguam Sulaiman Abdullah memfailkan bantahan awal memohon keputusan tersebut didengar di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, ironinya ditolak Hakim Rozana Ali Yusoff yang mendengar prosiding di Mahkamah Sesyen atas alasan Komathy dilaporkan bercuti. Peguamcara II, Yusof Zainal Abiden telah memohon supaya kes tersebut dipindahkan selepas hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zabidin Md Diah memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, boleh diterima di bawah Seksyen 418A Kanun Prosedur Jenayah.
Bagaimanapun dalam hujahnya Sulaiman memberitahu di bawah seksyen tersebut, kes berkenaan sepatutnya dijalankan di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).
Sebaliknya Yusof pula berhujah mahkamah harus memindahkan segera kes tersebut kerana Rozana hanya membantu dan mahkamah harus menerima apa juga perintah atau penghakiman yang telah dibuat. Sulaiman yang membantah mengulangi dakwaannya, seksyen berkenaan memberi arahan khusus kes itu disebut di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).
Rozana bagaimanapun menolak bantahan Sulaiman dengan menegaskan perintah telah dibuat, justeru mahkamah tak perlu menunggu Komathy balik bertugas.
Sebaliknya Yusof pula berhujah mahkamah harus memindahkan segera kes tersebut kerana Rozana hanya membantu dan mahkamah harus menerima apa juga perintah atau penghakiman yang telah dibuat. Sulaiman yang membantah mengulangi dakwaannya, seksyen berkenaan memberi arahan khusus kes itu disebut di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).
Rozana bagaimanapun menolak bantahan Sulaiman dengan menegaskan perintah telah dibuat, justeru mahkamah tak perlu menunggu Komathy balik bertugas.
Beliau seterusnya menambah, tak wujud prejudis terhadap kes tersebut jika ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada hari tersebut. Sebaliknya Dato' Seri Anwar melahirkan rasa kecewa di samping mendakwa keputusan tersebut diklasifikasikan sebagai ‘pendakwaan politik’. Menurut beliau, fokus utama Pakatan Rakyat sekarang ialah isu pergolakan politik di Perak serta tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Kata Dato' Seri Anwar, tindakan hakim yang kelihatan cukup terburu-buru untuk memindahkan kes perbicaraan tersebut.
Pada 6 Mac lalu, notis rayuan berhubung keputusan Hakim Zabidin — yang membenarkan permohonan pemindahan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi oleh pasukan pendakwaan – telah difailkan oleh pasukan peguambela Dato' Seri Anwar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan. Malah pada 7 November 2008, Hakim Komathy menolak permohonan untuk memindahkan kes tersebut, dengan menmegaskan, “Kes ini menimbulkan situasi yang unik di mana sebarang pembabitan Abdul Gani Patail dalam kes berkenaan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kehakiman kes jenayah”.
Komathy juga dilapor berkata, terdapat persefahaman bahawa Abdul Gani Patail tidak akan terbabit dalam kes ini. Jaminan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad selepas ditemui Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Abdul Gani masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), ekoran laporan polis yang dibuat oleh Anwar yang mendakwa berlaku pengubahan bahan bukti dalam kes ‘mata lebam’ pada 1988. Perbicaraan ditangguh ke tarikh 1 hingga 24 Julai akan datang dan jaminan bon peribadi dilanjutkan sepanjang prosiding.
Ada 7 spesis di Malaysia yang benar-benar tak boleh dipercayai.
ReplyDelete1) UMNO/BN
2) Najib Rosmah.
3) Polis DiRaja Malaysia.
4) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
5) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
6) Perjabat Peguamn Negara.
7) Mahkamah Malaysia.
Semuanya mengikut telunjuk tertentu untuk selamatkan periok nasi masing-masing. Keadilan dan keselamatan rakyat pergi mampus!
Tapi kalau berpihak kepada pembangkang, maka semua 7 senarai adah paling adil dan saksama? kan kan kan???? aaa belah beb
ReplyDelete