KOMENTAR
bersama Pak Parjo
MEREKA MAHU LUMPUHKAN SULTAN:
ORANGKAYA RAIS KENAL ORANGKAYA HADI
Syahdan akan Orangkaya Menteri Luar Dato' Seri Dr Rais Yatim berkatalah ia semasa berkunjung ke negeri Kelantan semalam 11 Rabiulawal 1430 (8 Mac 2009), pembangkang mahu melumpuhkan kuasa Sultan. Arakian terlupalah Orangkaya Dato' Seri Rais Yatim, negeri Kelantan itu tiadalah ia meminda undang-undang tubuh kerajaan negeri itu pada tahun 1993 untuk menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu. Kata sahibul hikayat, adapun Orangkaya Dato' Seri Rais Yatim itu pada masa dahulu bersahabatlah ia dengan anak-anak buah Orangkaya Dato' Seri Hadi Awang dan Orangkaya Dato' Nik Aziz Nik Mat. Bahawasanya tahulah ia harakah Melayu (UMNO) itulah yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu dahulu. Arakian Dato' Seri Rais bersama-samalah ia dengan anak-anak buah Orangkaya Dato' Seri Hadi Awang dan Orangkaya Dato' Nik Aziz melawan UMNO yang mahu menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu itu dahulu, adanya.
Sebermula pada zamana dahulukala sirih daripada puan raja itu terlalu mulia; tiada barang-barang orang dianugerahkan raja; barangsiapa dianugerah raja sirih daripada puan itu, tanda kurnia akan orang itu. Syahdan telah demikian fikir Tun Isap, maka ia pun berbalik ke rumah Tun Dewi, lalu dinaikinya, ditikamnya Tun Ali tengah duduk, kena dadanya lalu mati. Telah Tun Ali sudah mati, maka Tun Isap pun turun menngadap Sultan Mahmud Shah. Maka orang pun gemparlah mengatakan Tun Ali itu dibunuh oleh Tun Isap. Maka Seri Dewa Raja, anak Bendahara Paduka Raja yang bungsu, diberi orang tahu; kerana Tun Ali itu itu keluarga Seri Dewa Raja. Maka Seri Dewa Raja terlalu marah, disuruhnya adang Tun Isap, hendak dibunuhnya, sekalipun Seri Dewan Raja tahu Tun Isap sekadar menjalan titah sultan sahaja seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAU!
Rais perasan bahawa dialah orangnya yang amat pakar undang-undang dalam negara ini. Sebnenarnya dia hanyal;ah seorang yang bijak berbicara dengan kata-kata bidal membidal demi melabakan dirinya.
ReplyDeleteLagi satu dia pandai meniti titi arang dari kayu jambatan yang telah hangus dibakarnya!