Wednesday, March 25, 2009

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...


Berebut-rabut Cium Tangan:
Sebaik Sahaja Mendapat Kuasa

Sebermula berkampunglah semuanya anak-anak buah harakah Melayu (UMNO) sejak semalam 27 Rabiulawal 1430 (atau disebut anak cucu fakir 24 Mac 2009) mahu mendengar amanat. Telah diberitahu sekalian orang banyak akan Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kuasa kepada wazirnya Orangkaya Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Syahdan berebut-rebutlah sekalian anak buah mau mendekati Orangkaya Dato' Seri Mohd Najib itu. Arakian Orangkaya Dato' Seri Abdullah itu mengingatkan segala anak buah supaya tak memfitnah, mengata kawan dan melakukan perbuatan buruk menjelang hari pemilihan. Adapun ketika orang banyak berebut-rebut mencium tangan Orangkaya Dato' Seri Mohd Najib, maka mereka tak lagi mendengar kata-kata Dato' Seri Abdullah itu.

Arakian telah datang ketika yang baik, maka anak si penyadap itu pun diarak berkeliling negeri, lalu dikahwinkan dengan Puteri Wi Kesuma. Telah sudah kahwin, maka keduanya pun amat berkasih-kasihan. Maka anak si penyadap itulah menjadi betara Majapahit, bergelar Sang Aji Jaya Ningrat. Setelah Sang Aji Jaya Ningrat menjadi betara Majapahit itu, maka si penyadap itu pun masuk menghadap memohon segala kurnia. Syahdan, bukanlah si penyadap sahaja yang masuk menghadap, bahkan segala hulubalang dan dagang santeri semuanya menghadap dengan mencium tangan hingga bulu roma juga tak sempat tumbuh, akan peri kasihnya sekalian hamba rakyat kepada Sang Aji Jaya Ningrat. Arakian maka raja Tanjung Pura pun terlalu sukacita, maka baginda mengutus surat ke Majapahit kerana anak si penyadap yang tiba-tiba menjadi betara itu memang sah gerangan anak baginda seperti disurat dalam 'Kitab Melayu' oleh:






HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment