Wednesday, March 25, 2009

Sekelumit Dari Dato' Kamal Amir...

Menjurus Kpd Kepentingan Negara:
200 Permit AP Minta Diberi Penjelasan


Isu 200 permit AP yang diterima oleh salah seorang keluarga Lembaga Disiplin UMNO akan terus dipersoal sekiranya tak diberikan penjelasan secara telus, kata bekas Exco Pemuda UMNO sekitar dekad 1980-an Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz. Beliau yang turut ke PWTC pagi semalam (24 Mac 2009) bagi melihat sendiri perkembangan Perhimpunan Agung UMNO, ditanya oleh beberapa aktivis UMNO mengenai isu 200 permit AP itu. Sebelum ini Dato' Kamal Amir sudah memberitahu mengenai isu berkenaan sebaik sahaja keputusan dibuat oleh Lembaga Disiplin menolak rayuan Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden. "Isu sekarang bukan berkaitan peribadi, tetapi menjurus kepada kepentingan negara," menurut Dato' Kamal Amir.


Beliau difahamkan 200 permit AP yang satu ketika menimbulkan keberangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Tan Sri Rafidah Aziz, tetapi kembali menjadi isu yang mengaitkan kepentingan umum. Sekalipun Rafidah tak lagi menjadi menteri kabinet, sebaliknya ia membabitkan kementerian yang sama iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian. Disebabkan ianya membabitkan Lembaga Disiplin, memang wajar perwakilan diberitahu, jelas Dato' Kamal Amir menambah. "Kalau pimpinan UMNO bimbang dengan isu politik wang di peringkat akar umbi, mereka juga perlu membuat penjelasan menenai 200 permit AP yang diberikan kepada keluarga salah seorang daripada mereka," kata Dato' Kamal Amir lagi.


1 comment: