Wednesday, April 22, 2009

DARI LAMAN BLOG:


Elakkan laksana olargaki:
Kalau tak mahu demonstrasi
Apabila kita tak mahu dasar kerajaan ditentukan oleh demonstrasi jalanan, maknanya kta juga tak mahu dasar berkenaan dilaksanakan secara olargaki. Justeru demonstrasi jalanan boleh dielakkan, sekiranya pihak yang diberi kuasa tak membuat keputusan secara olargaki yang tak berpaksi kepada kolektif. Misalnya PPSMI tak akan memaksa pejuang-pejuang bahasa terbabit dalam demonstrasi, sekiranya UMNO mengakui kesalahan sendiri. Kekecohan di Perak juga tak akan menular kepada krisis pelembagaan, kalau UMNO menyedari mengheret istana dalam kepentingan politik mereka tak memberi manfaat apa-apa.

Raja-raja Melayu tak akan melupakan dosa UMNO dalam isu dua kali pindaan perlembagaan dibuat hingga 'kekebalan raja-raja' turut dipertaruhkan. Sekarang Bahasa Melayu mahu dipertaruhkan dengan memperbodoh-bodohkan orang Melayu dengan isu bahasa, kerana menyangka masih lagi sekitar dekad 1960-an. Hari ini (22 April 2009) saya ke klinik kerajaan di Gombak Setia (bukan saya berurusan di klinik, sekadar menemankan kawan sahaja), beberapa orang pesakit menatap akhbar. Tak seorang pun yang membaca (maknanya membeli) akhbar-akhbar arus perdana yang heh heh heh!

Seorang lelaki India berusia 40-an membaca akhbar 'The Star', di samping seorang lagi akhbar 'Sinar Harian' di tangannya. Seorang wanita Melayu berusia kira-kira 30-an pula menatap akhbar 'Metro', manakala tak jauh daripadanya seorang wanita Melayu dengan akhbar 'Harakah' di tangannya. Disebabkan sudah menjadi kebiasaan saya membaca 'Berita Harian', saya sekadar memegang sahaja (tak membacanya) bersama akhbar 'Harakah'. Justeru seorang lelaki lebih muda daripada saya meminjam akhbar 'Harakah', dengan tak bertanya pun akhbar 'Berita Harian' di tangan saya.
Di dinding pula tergantung gambar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bersama Yang Di Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Sultan Selangor. Tak ada yang janggal di jabatan kerajaan gambar bukan pemimpin UMNO yang menjadi ketua kerajaan digantung bersama gambar raja-raja Melayu sebagai lambang kedaulatan pemerintahan. Justerus apa lagi yang UMNO mahu mengenai perpaduan rakyat, keharmonian masyarakat dan raja-raja yang berdaulat? Sebenarnya tak ada yang janggal dalam pentadbiran negara, sekiranya UMNO tak hilang kewarasan selepas rakyat semakin meluat, menyampah dan menyumpah!

-Pak Dharma

No comments:

Post a Comment