Wednesday, April 15, 2009
INFO SASTERA & BUDAYA
PUISI
Aduhai Peniup Nafiri
SYAHDAN tersebutlah
kisah di suatu ketika
betapa raja Melaka
demi menafsui
si Puteri Gunung Ledang
sanggup ia merampas
setiap saga
emas dan perak
rakyat Melaka.
Betapa raja Melaka
menghukum bunuh Hang Tuah
yang amat setia
kerana fitnah Karma Wijaya
betapa raja Melaka
sepenuh-penuh relanya
menjadi penyembah
maharaja benua
menghantar ufti
sembah setia
kerana bukan sekadar
Hang Lipo seorang,
lima ratus dayang jadi tambahan
pemuas nafsu pengasah ulu.
Betapa raja Melaka
lintang pukang
mencawat ekornya
bila Melaka
diserang Feringgi
betapa kedi rajaan Melaka
bersemayam sudah di muzium
kota sejarah singgahsananya.
Betapa Melaka hari ini
sudah menjadi
sebuah kandang babi
menampung selera
sang gembalanya
yang bertakhta
di pulau di hujung anjung.
ARAKIAN kini,
tak siapa peduli
bahawa di Melakalah
terungkapnya kata-kata
'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'
sebagai gembala khinzirkah, mungkin?
Aduhai peniup nafiri
yang kematian angin
janganlah kau buka
pentas sejarah
keaiban ini..!
-Yassinsalleh
jam 20.59.25
14 April 09
hujan mencurah
bagaikan tujuh tempayan
airmata orang-orang
Melaka.
No comments:
Post a Comment