Penitir canang berkeliling negeri:
Mahu menangkan anak buah Orangkaya
Sebermula sekalian orang banyak diberitahu oleh Orangkaya Perdana Menteri yang baru tiga hari sahaja di atas peterana, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawasannya calon Orangkaya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air hendaklah dimenangkan. Arakian segala penitir canang juga pergilah berkeliling negeri memberitahu sekalian orang banyak supaya memilih anak-anak buah Orangkaya Dato' Seri Najib. Maka keesokan hari 11 Rabiulakhir 1430 (7 April 2009) akan turunlah sekalian rakyat jelata di Bukit Gantang (Perak), Bukit Selambau (Kedah) dan di batang Air (Sarawak) memilih Orangkaya masing-masing kerana tiadalah mereka mengetahui Allah SWT itu mempunyai rencana juga, adanya.
Syahdan pada zaman dahulukala sirih daripada puan raja itu terlalu mulia; tiada barang-barang orang dianugerahkan raja; barangsiapa dianugerahi raja sirih daripada puan itu, tanda kurnia akan orang itu. Telah demikian fikir Tun Isap, maka ia pun berbalik ke rumah Tun Dewi, lalu dinaikinya, ditikamnya Tun Ali (gerangannya bukanlah Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan tertinggi harakah Melayu) tengah duduk, kena dadanya lalu mati. Telah Tun Ali sudah mati, maka Tun Isap pun turun menghadap Sultan Mahmud Shah. Maka orang pun gemparlah Tun Ali dibunuh, tetapi tak segempar Ali Rustam dilarang bertanding seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' oleh:
HIDUP BAHASA MELAYU!
No comments:
Post a Comment