Orangkaya Berlapan tak lagi:
Dikehendaki duduk menjadi menteri
Sebermula orang banyak diberitahu, Orangkaya Berlapan yang gagah perkasa memencak memepertahankan bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tak lagi dikehendaki memanggul alat-alat kebesaran diraja. Adapun Orangkaya Berlapan itu Dato' Seri Syed Hamid Albar seorang namanya, Tan Sri Muhamamad Mohd Taib seorang namanya, Dato' Seri Azallina Othman Said seorang namanya, Dato' Seri Zulhasnan Rafique seorang namanya, Dato' Mohd Zin Mohamaed seorang namanya, Dato' Shahrir Samad seorang namanya Dato' Ong Ka Chuan seorang namanya, Dato' Amirsham A Aziz seorang namanya.
Arakian Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menamakan sekalian menteri-menteri itu 'Jemaah Rakyat', kerana Orangkaya Berlapan yang diganti itu tak dipilih masuk ke balairong seri, tetapi dilantiklah ia menduduki balairong. Shahdan akan Orangkaya Johor Bahru bernama Dato' Shahrir sudah diketahui dirinya tak disukai orang yang berdiri di sebalik pintu seperti perihal Sultan Mahmud memilih bendahara Melaka. Adapun ketika Bendahara Putih mati, disuruh sembilan sekali Orangbesar berdiri di halaman, maka raja tua bonda Sultan Mahmud duduk ia di sebalik pintu.
Hatta, setelah berapa lamanya, maka isteri Sang Sura pun bermukah dengan Sang Guna. Maka Sang Sura pun tahu; maka Sang Guna diadang oleh Sang Sura. Adapun Sang Guna itu baik sikapnya, tegap sasa tubuhnya, akan Sang Sura kecil tubuhnya, rincing mersik. Telah didengar oleh Sultan Mahmud, maka baginda terlalu sayang akan Sang Guna, kerana Sang Guna pada ketika itu bukan barang-barang orang, ialah yang pertama membuat keris tempa Melaka, panjang tengah tiga jengkal. Tetapi Sultan Mahmud sangat kasih akan Sang Sura, maka tidaklah terbicara oleh baginda macam perihal Orangkaya Dato' Seri Najib dengan Orangkaya Berlapan itu seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAYU!
1 comment:
Kena badi harakah dan suara keadilan agaknya!
Post a Comment