Sunday, April 19, 2009

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...

Belum sampai sepurnama:
Tak mahu Orangkaya membazir
Sebermula Orangkaya Perdana Menteri yang belum sampai sepurnama memerintah sekalian pegawai-pegawai dan hulubalang di balairongseri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak baliklah ia menemui segala anak-anak buah di Pahang. Maka berserulah ia kepada sekalian anak-anak buah tak mahu membazir-bazir mengadakan pilihanraya kecil di Penanti iaitu di negeri Pulau Pinang, adanya. Arakian tercengang-cenganglah sekalian anak buah, kerana selama ini setiap kali pilihanraya kecil diadakan, maka bekoyan-koyan peruntukan disalurkan tak pula disebut membazir-bazir

Syahdan terlalulah marahnya bekas Orangkaya Sungai Siput Dato' Seri S. Samy Vellu apabila mendengar khabar itu. Sekalipun tak menyala-nyala merah mukanya laksana bunga raya yang sedang kembang, tetapi kecewa sangat ia mendengar Orangkaya Perdana Menteri tak mahu membazir-bazir. Sekali persetua bekas Orangkaya Sungai Siput itu sudahlah ia dibuang oleh anak-anak buahnya, tetapi tak mahu ia mengalah. Hatta, biarlah patah sayap, lamun terbang tetaplah ia terbang jua.

Arakian, adapun zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramanya, segala dagang pun berkampung. Maka ari Air Leleh datang ke Kuala Muar pasar tiada berputusan lagi, dari Kampung Keling datang ke Kuala Penajoh itu pun tiada berputusan. Jika orang dari Melaka datang ke Jugra tiada membawa api lai, barang di mana berhenti di sana adalah rumah orang. Syahdan raja Kedah pun makanlah sisa bendahara itu sama-sama dengan Tun Hassan Temenggong, kerana tak mahu ia membazir-bazir, lagipun bendahara itu kerajaan besar daripada Kedah takkan ia menderhaka kepada raja Melayu. Hatta, sekali persetua datang sebuah kapal Feringgi dari Goa seperti disurat dalam 'Kitab Melayu' oleh:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment