Monday, May 25, 2009

CATATAN ANWAR IBRAHIM...

Pertemuan Anwar-Jusuf Kalla:
Berkisar politik dan ekonomi mutakhir

Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu pertemuan beliau dengan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla semalam (24 Mei 2009) adalah perbincangan berkisar perkembangan politik mutakhir di Indonesia dan Malaysia. Katanya, turut disentuh ialah usaha memperkasakan umat agar tidak terus ketinggalan terutamanya ketika ekonomi dirundung kemelesetan.

Menyentuh plihanraya kecil DUN Penanti, Anwar menegaskan kepada pengundi Penanti bahawa pertarungan masih di antara Pakatan Rakyat dan BN. Perhatikan saja bilamana media UMNO-BN terus mencerca Keadilan dan PR. Bedanya, kali ini mereka mengaku lemah menghadapi tahap kesedaran dan kegigihan rakyat di Permatang Pauh. "Sebelum ini UMNO-BN telah berhempas pulas mengugut dan menghukum rakyat disini dengan menahan banyak projek pembangunan; mencera dan memfitnah saya. Dan kemuncaknya di bulan Ogos tahun lalu, rakyat Permatang Pauh termasuk Penanti telah menghumban mereka," Anwar menambah.

Justeru Anwar mengingatkan, berwaspadalah dengan fitnah dan helah tipudaya mereka. Jentera kita perlu siap siaga, jangan anggap enteng tanpa musuh nyata dan bekerjalah dengan ikhlas dan sekuat daya. "Insya Allah kita akan menobatkan Sdr Mansor sebagai ADUN dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang," kata beliau seterusnya.

1 comment:

  1. Sebelum ini UMNO-BN telah berhempas pulas mengugut dan menghukum rakyat disini dengan menahan banyak projek pembangunan; mencera dan memfitnah saya. Dan kemuncaknya di bulan Ogos tahun lalu, rakyat Permatang Pauh termasuk Penanti telah menghumban mereka," Anwar menambah. Maaf saya hendak mengulas tentang perenggan ini. Rakyat Permatang Pauh memang sudah menghukum BN tapi kemuncaknya bukan bulan Ogos. Permatang Pauh memang dah dijangkan akan menyokong Anwar. Penggunaan dan permainan perkataan memang menjadi mainan Anwar semenjak dulu lagi.

    ReplyDelete