Thursday, May 14, 2009

INFO DARI SELANGOR:

Kebebasan bersuara dan kuasa:
Khir Toyo hilang kelayakan ADUN?

Saya sangat teruja membaca The New Straits Times hari ini berkenaan dengan kemungkinan saya dan empat lagi rakan ADUN BN, iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali)akan digantung. Keterujaan itu bukan kerana pergantungan yang bakal saya hadapi tetapi kenyataan oleh Speaker DUN Selangor, YB Teng Chan Kim yang antara lain dipetik oleh NST berkata, “I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law.”

Bayangkan jika kata-kata ini diucapkan oleh pimpinan Barisan Nasional. Reaksi yang bagaimana akan muncul di sebahagian blog dan laman web orang-orang muda? Untuk pengetahuan umum juga, saya dan empat lagi ADUN BN didakwa menghina dan mencabar integeriti DUN kerana mengkritik perjalanan Selcat dan Enakmen 2008 di dalam media massa. Orang awam mungkin tidak menyedari bahawa pada tahun lalu kerajaan Selangor telah meluluskan satu Enakmen yang dipanggil Enakmen Penghinaan Dewan 2008. Enakmen ini atara lain dalam Seksyen 3 menyatakan ia boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

(selanjutnya boleh layari laman blog http://www.drkhir.com/)

No comments:

Post a Comment