'Kerusi Tun Razak' di UKM
Dr Mansor sedia jika ditawar
Pimpinan negara diingatkan supaya tak mengadaptasi pentadbiran di istana Melaka 500 tahun dulu, apabila meminggirkan cendekiawan semata-mata mahu mempertahankan kedudukan dan kepentingan peribadi, kata bekas Timbalan Naib Canselor HEP UTM, Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah (gambar). Ketika menghubungi sekretariat PRIMA semalam (14 Mei 2009)Profesor Dato' Dr Mohmad memberitahu, "Cendekiawan dan pemikir budaya dipinggirkan dalam institusi pengajian tinggi, sebaliknya kroni-kroni diberi kedudukan sekalipun tak memberi input yang baikkepada anak-anak bangsa."
Serentak dengan itu Pofesor Dato' Dr Mohamad Mansor menjelaskan, beliau bersedia mengisi 'Kerusi Tun Razak' yang dicadangkan di UKM sekiranya ditawarkan. Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor yang membuat kajian mengenai sumbangan Tun Abdul Razak dalam Felda dan pembangunan luar bandar menerusi tesisnya mengakui, sekarang beliau masih meneruskan kerjaya sebagai pensyarah sambilan di UIA dan Unisel. Bagaimanapun katanya IPTA akan rugi sekiranya pemikiran kritis seperti Mohd Affandi Hassan, Yahaya Ismail, Pak Dharma atau lain-lain tak dimanfaatkan.
"Saya difahamkan karyawan tamu di UKM sekarang diisi oleh Profesor Tenas dari Riau, Indonesia dalam masa kita mempunyai pemikir-pemikir budaya yang kritis seperti Mohd Affandi, Yahaya dan Pak Dharma yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak bangsa," jelas Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor. Justeru, beliau mengulangi pendiriannya bersedia untuk mengisi 'Kerusi Tun Razak' di UKM sekiranya menerima tawaran.
No comments:
Post a Comment