Baru keluar kerabang
Cuba nak terbang tinggi
Sikap individu yang menganggap penulis Melayu tak dihormati di luar negara kerana menolak PPSMI disifatkan sebagai 'baru keluar kerabang, cuba nak terbang tinggi' menurut aktivis budaya di Pahang, L. Mankadir Shamsi. Menyentuh sikap beberapa pendukung PPSMI yang berbangga menulis dalam Bahasa Inggeris, Mankadir berkata ianya sekadar boleh menulis sahaja. "Tahap penulisannya tak sampai kepada gaya Bahasa Inggeris standard seperti Tun Ghazali Shafie, Dr Syed Hussin Ali, Yassinsalleh, Dr Muhammad Haji Salleh, Ainon Mohd yang dikenali dengan keindahan bahasa penulisan mereka," beliau menambah.
Mankadir juga kesal apabila individu terbabit mempersoal penghormatan terhadap penulis Melayu, kerana karya-karya Dato' A Samad Said, Dato' Shahnon Ahmad malah Pak Dharma sudah diterjemah ke bahasa Inggeris, Russia dan Cina (Mandarin). Kalau dirujuk ke perpustakaan di unversiti Ohio, Amerika Syarikat beberapa karya penulis Melayu termasuk Shahnon, Mohd Mansor Abdullah dan Pak Dharma tersimpan di peprustakaan berkenaan. "Anehnya, penulis yang sekadar mampu membuat komen di blog dengan tak menghasilkan sebarang karya nak bercakap fasal penhormatan kepada penulis Melayu," jelasnya.
Seterusnya beritahu Mankadir yang pernah memenangi penulisan skrip drama pentas anjuran DBP, sebuah buku biografi penulis-penulis Malaysia dalam Bahasa Mandarin tak tercatat pun nama individu terbabit. Sebaliknya menurut Mankadir, daripada 20 penulis Malaysia yang dicatat biografinya, dua penulis Melayu yang terpilih ialah Pak Sako dan Pak Dharma (gambar buku biografi 20 penulis Malaysia dalam Mandarin). Buku berkenaan dicetak di Singapura dan disibar ke Hongkong, Taiwan dan Republik Rakyat China, Singapura selain daripada Malaysia. "Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga," kata Mankadir menambah.
No comments:
Post a Comment