SUK ambil alih tugas Speaker:
Sidang DUN Perak selepas 6 bulan
(Petikan kenyataan media Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim, 5 Mei 2009, selepas mempengerusikan mesyuarat komponen Pakatan Rakyat, berkaitan pilihanraya kecil DUN Penanti, di samping membayangkan akan diteruskan pilihanraya kecil satu demi satu)
Tanggal 7 Mei hadapan bakal menyaksikan DUN Negeri Perak akan bersidang, pertama kalinya dalam tempoh enam bulan. Saya kesal dengan tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Polis Negeri yang bertindak mengambil alih tugas YB Speaker Dewan dalam mengawalselia sidang Dewan. Kuasa Speaker ditelanjangkan Umno-BN tanpa mengira peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Kawalan keselamatan seluruh negeri, halangan ke atas media untuk membuat liputan semuanya menggambarkan tindakan opresif Umno-BN untuk mengekang maklumat sebenar sampai ke pengetahuan rakyat.
Bertebaranlah kemungkinan YB M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah akan meletakkan jawatan berikutan kekangan ke atas dirinya yang kini ditahan di bawah akta zalim ISA. Ini pastinya menambah beban di bahu PM baru. Kita komited agar bukan sekadar YB Manoharan, sebaliknya semua tahanan ISA wajar dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.
Mereka sudah dirasuk syaitan!
ReplyDelete