Mangsa dirantai 'along'
Ikut undang-undang rimba
Kata sahibul hikayat sekali persetua anak-anak buah dato' temenggung dibebaskannya tiga orang mangsa 'along' yang dirantai dan dikurung secara kejam dalam dua "kurungan" yang dibina sendiri di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya, di sini, petang tadi. Adapun seorang daripada "banduan" along itu ditahan sejak dua bulan lalu, seorang lebih sebulan manakala seorang lagi kira-kira 10 hari. Ketiga-tiga mangsa diikat dengan rantai balak pada leher, tangan dan kaki; seolah-olah negeri ini tak mempunyai kanun dan peraturannya.
Sebermula semua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Kajang, Gombak dan Segamat, Johor. Maka setiap mangsa hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu, manakala air minuman dari saluran tandas yang dibina khusus untuk tempat kurungan itu, adanya. Mereka ditemui dalam keadaan lemah, ada kesan lebam dan luka akibat dirotan di beberapa bahagian badan.
Adapun pada masa itu ketakutanlah orang banyak kerana penyamun merajalela. Maka dititah oleh Sultan Mansur Shah akan Laksamana Hang Tuah pergi melihatnya. Arakian orang-orang dato' temenggung sudah berkawal, maka diketahui akan Marga Paksi tujuh bersaudara terlalu handal. Biji matanya tahan dipahat; tiadalah ia lut. Maka pergilah Hang Tuah ke tempat Merga Paksi bersembunyi, berpura-pura menjadi sahabat. Pada suatu hari diberi oleh Hang Tuah Marga Paksi minum tuak. Setelah semuanya mabuk maka dipenggal Hang Tuah kepala mereka, kerana itu dibuat orang nyanyi:
Kalau dahulu tak melihat
Mengapa pula mata dibebat
Kalau dah tahu penyamun jahat
Maka kenapa dbuat sahabat?
Maka kenapa dbuat sahabat?
Hatta maka dikarang orang seperti dirawi dalam 'Kitab Melayu' oleh:
HIDUP BAHASA MELAYU!
1 comment:
Begitulah undang-undang rimba dilaksanakan. Termnasuklah ISA!
Post a Comment