Thursday, May 7, 2009

NOSTALGIA BERSAMA PAK BOES

Kalau mencari kader baru:
Tak harap 'mayat bernyawa'

Ketika sama-sama mengendali akhbar tabloid 'Mingguan Bumi', Dato' Ahmad Boestamam (Pak Boes) sekitar awal dekad 1980-an pernah beritahu, tak mungkin aktiviti dadah dijalankan oleh PKM. Apalagi propaganda media menyebut PKM terbabit dalam pengedaran dadah. Teori Pak Boes simple sahaja, iaitu PKM mmerlukan kader-kader baru; justeru tak mungkin PKM mahukan kader-kader mereka dari kalangan 'mayat hidup'. Penjelasan Pak Boes sekitar tahun1980, terjawab dengan aktiviti di perkampungan khas bagi bekas aktivis gerila Melayu seperti dilapor oleh Sdr Mat Amin menerusi blognya.

5 Mei 2009 – Anak-anak remaja Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) telah mengadakan satu aktiviti besar-besaran menentang salah guna dadah. Gerakan ini dianjurkan oleh Ketua Kampung, Saudara Droman Binza dan mendapat sokongan dan bantuan dari Pimpinan Kehormat Kampung, Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani. Seluruh ibu bapa yang pada umumnya adalah bekas perajurit Rejimen Ke-10 ikut memberikan sokongan dan bantuan.

Aktiviti ini dimulai dengan perarakan beramai-ramai dari anak-anak remaja, disusuli dengan kursus-kursus dari pegawai tentera dan penanggungjawab Jawatankuasa Kampung. Sebelah malam diadakan upacara kesenian.Difahamkan gejala salah guna dadah berleluasa di kalangan kaum remaja.
Aktiviti ini diadakan justeru untuk mendidik anak-anak generasi baru supaya mengenal dengan jelas keburukan salah guna dadah kepada diri sendiri dan masyarakat. Hampir 100 orang anak-anak generasi baru dari berbagai peringkat umur menyertai aktiviti tersebut.

No comments: