Saturday, May 16, 2009

PUISI

Selamat Sejahtera

Selamat bernyanyian
pada serindit di pucuk meranti
selamat berlompatan
pada belalang di rumpun padi
selamat bermain
pada ikan di sungai
selamat berkembang
pada bunga di taman.

Selamatlah alam tanpa petaka
selamatlah kekasih tanpa nestapa
selamatkah sahabat tanpa sengsara
selamatlah pemimpin tanpa dusta
selamatlah negara tanpa khianat
penanggung jawabnya.

Selamat sejahtera Malaysia tercinta
janganlah dagang lalu
dipeluk dicumbu
adik abang dibiarkan
terdampar di luar kelambu
takut tertikam
keris belida ke jejak kaki
bermusim kelak padi tak menjadi
bertahun pulak ikan tak bermain.

Dan kau dan aku
apalah yang kita cari
selain semalam kita yang hilang
kerana, esok entah d mana
bahara terjanji menimang
mimpi menghitung budi
antara kerakusan dendam
dan keramatnya kemaafan
selamat sejahtera, wak!

-Yassinsalleh
jam 0917
Mei 16, 09.
kelopak cempaka
sudah mula berguguran
dan...

No comments:

Post a Comment