Friday, May 1, 2009

SEMPENA HARI PEKERJA 1 MEI...


Keringat prolitar dihargai:
Mereka bukan memilih kerja
Hari Pekerja disambut di seluruh dunia setiap 1 Mei menjadi kebanggaan golongan prolitar apabila keringat mereka dihargai. Barangkali! Tetapi pekerja-pekerja di Malaysia dimomok-momokkan dengan isu mereka memilih kerja. Sebelum tragedi 13 Mei 1969, belia-belia Melayu juga ditakrifkan sebagai 'memilih kerja'. Sebaliknya selepas tragedi berkenaan, dengan diberi latihan singkat di Pusat Latihan Belia Dusun Tua di bawah skim 'Belia Pembina Negara', ramai belia-belia berkelulusan Darjah 6 dihantar berkurusus. Apabila tamat kursus tiga bulan mereka dihantar bagi pekerja kolar biru di jabatan-jabatan kerajaan. (gambar kawan-kawan di kampung pada 1960-an, mereka tak memilih kerja)

Tak seorang pun yang menolak (kerana saya banyak memberi surat sokongan kepada belia-belia terbabit atas kapisiti ketua belia) tawaran menjadi buruh JKR, Jabatan Parit Taliair, atendan hospital dan lain-lain. Kalau sekadar alasan mereka tak mahu bekerja di estet, kita sendiri boleh berfikir di kampung pun mereka menoreh getah, mengambil upah di kebun Cina menebas atau membersih kebun. Rakan-rakan yang terbabit menjadi buruh jabatan tersebut sekarang sudah pun pencen, justeru kalau saya balik ke kampung merekalah yang akan belanja teh tarik dan roti canai. (Harap Seladang tak kategorikan sebagai rasuah heh heh heh!)

Di Sweden, Jerman atau Russia memang pekerja dihormati, malah kesatuan sekerja mereka mampu menentukan hala tuju kerajaan. Memang ketika saya ke Stockholms tak lama dulu, majoriti penduduknya lebih berminat bercakap mengenai kesatuan sekerja. Apalagi negara mereka diasaskan oleh 'tukang jahit' yang kononnya kalau tukang jahit tak prihatin, raja yang memerintah juga tak berpakaian. Barangkali ia sekadar simbolisme, tetapi maknanya mereka sentiasa menghargai pekerja tak kira di sektor apa sekalipun. Justeru kita tak seharusnya terikut-ikut bercuti pada 1 Mei, tetapi tenaga pekerja-pekerja terus dieskploitasi! (gambar di Stockholms pada 1996 bersama bekas Presiden MTUC, Ahmad Noor) - PAK DHARMA.

No comments:

Post a Comment