Monday, June 1, 2009

ANALISIS PRK PENANTI...

Langkah SPR mengada-ngada:
UMNO berubah atau rakyat mengubah?

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dr Mansor Othman menang dalam pilihanraya kecil DUN Penanti semalam (31 Mei 2009) akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Rabu ini (3 Jun 2009). Dr Mansor memperoleh 6,052 undi menewaskan tiga calon Bebas, Nai Khan Ari Nai Keow (494 undi), Aminah Abdullah (392 undi) dan Kamarul Ramizu Idris (56 undi) dengan majoriti 5,558 undi. Ketiga-tiga calon Bebas hilang wang peratruhan, di samping peratusan keluar mengundi terlalu rendah sekadar 46.15% dari sejumlah lebih 15 ribu pengundi berdaftar.

Langkah SPR mahu menjalankan penyiasatan berikutan peratusan rendah pengundi keluar membuang undi, dianggap sebagai mengada-ngada kerana tindakan UMNO tak meletakkan calon. Dalam fenomena berkenaan penyokong-penyokong UMNO sendiri tak keluar mengundi apabila berada dalam keadaan serba salah. Sekiranya penyokong-penyokong UMNO keluar mengundi bermakna mereka mengundi PKR, kerana sia-sia memberikan undi kepada Bebas. Justeru SPR dan UMNO tak perlu bersandiwara; apalagi tempoh 2013 terlalu singkat bagi memulihkan semula keyakinan rakyat, kerana sekarang pilihannya ialah sama ada UMNO berubah atau rakyat mengubah?

1 comment:

  1. SPR dengan Umno ni bagaikan menyiasat kenapa taik kering melekat di punggung sendiri! Sedangkan mereka tau bahawa mereka degil tidak membasuhnya walaupun sudah disediakan air tetapi bila orang ramai hebuh bau taik, lalu mereka cuba memeriksa punggung siapa tak basuh, rupanya punggung Umno tak dibasuh oleh SPR.

    SPR kena siasat Khairy Jamaluddin yang menyeru orang Umno jangan turun mengundi!

    ReplyDelete