Gerakan menentang PPSMI:
PAS hargai Hassan dan Pak Samad
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (Pak Samad) dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hassan Ahmad menerima Anugerah Pejuang Bahasa yang disediakan PAS, lapor lamna blog http://www.greenboc.blogspot.com/ . Hassan juga merupakan Pengerusi Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP), di samping itu Samad pula merupakan Penasihat GMP. Penghargaan PAS kepada dua tokoh pejuang bahasa itu dilihat sebagai keprihatinan parti berkenaan dengan perjuangan bahasa.

PAS turut menyokong usaha memansuhkan PPSMI, beritahu Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Dato' Abu Bakar Chik. Ini kali pertama PAS menyediakan anugerah tersebut.Kelmarin, Samad turut mendeklamasikan sajak pada sesi pembukaan Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-50 di Gombak.Datuk Abu Bakar Chik berkata, "Parti itu mengadakan anugerah bagi mengiktiraf perjuangan mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu."
Bagaimanapun di samping Hassan dan Pak Samad, ramai lagi pejuang-pejuang bahasa yang terlepas pandang oleh PAS, kata jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz, mengulas anugerah tersebut. Justeru beritahu Dato' Kamal Amir pejuang-pejuang bahasa menerusi PRIMA tak akan dipengaruhi oleh anugerah politik yang mahu memperalatkan sumbangan mereka. "PRIMA tak akan dipengaruhi oleh anugerah daripada mana-mana parti politik, kerana perjuangan bahasa adalah hak mutlak bangsa Melayu," jelas Dato' Kamal Amir.
No comments:
Post a Comment