Friday, June 5, 2009

KOMENTAR:


bersama Pak Parjo...

Takrif ulama, belajar di Mesir:
Kalau ilmuan di sini tak dikira!


Kata sahibul hikayat diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, berhimpunlah harakah Islam (PAS) itu di Shah Alam, bagi memilih pimpinannya tiga tahun sekali seperti juga keperihalan harakah Melayu (UMNO), adanya. Adapun seelok-eloknya tak diikut sangat cara harakah Melayu itu memilih ketua, kerana harakah Islam boleh melakukan setahun sekali atau dua tahun sekali. Syahdan, segala anak buah harakah Islam itu kecohlah mereka kerana mahukan para maulana dan ulama-ulama sahaja memimpin mereka, kerana mahu memperoleh berkat. Barangkali! Adapun takrif maulana dan ulama itu mereka yang belajar di Mesir seperti Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (gambar bawah), gamaknya.


Sebermula segala orang banyak yang belajar agama di tanah air atau pengajian pondok, tak dikira ulama atau maulana. Arakian, mereka yang belajar menjadi tabib, atau peguam, arkitek, akauntan apalagi pengarang tak dikira ilmuan Islam. Syahdan mereka itu tergolong sebagai tak ulama dan tak maulana. Apalagi yang tahu sangat ilmu gajah seperti dahulu kala, sebelah mata pun tak dipandang oleh Kadi Menawar di Melaka. Maka Tun Abdul Karim pun ke tengahlah. Maka Seri Dewa Raja tampil ke hadapan, duduk di kepala gajah.


Arakian dipalingnya Balidamani, lalu dilanggarnya pintu Kadi Menawar. Beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api (kerana ketika itu belum ada C4) dengan tempek sorak seperti tagar, tiada dihisabkan oleh Balidamani, dirempuhnya juga. Syahdan maka pintu pagar pun terbuka lalu masuk ke dalam. Maka sekalian orang pun hairan melihat tahu Seri Dewan Raja naik gajah, kerana gajah penakut jadi berani. Adapun gajah tak sama dengan seladang yang menebong apabila terluka seperti dipantunkan anak-anak muda:


Apa dibawa barang berwajah
Kain khaki buat penawar
Seri Dewa Raja penghulu gajah
Kahwin anak Kadi Menawar


Sebermula dikarang orang seperti dalam 'Kitab Melayu' oleh:









HIDUP BAHASA MELAYU

No comments: