Sunday, June 14, 2009

KOMENTAR

bersama Pak Parjo...

Siapalah saya mahu berjumpa:
Yang tersurat dan yang tersirat

Sebermula akan bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun(Tabib) Mahathir Mohamad berdukacita ia hingga berkatalah, "Siapalah saya mahu berjumpa Lee Kuan Yew." Adapun Tun (Tabib) Mahathir tahu bekas Orangkaya Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew itu disambut meriah oleh Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah. Maka tersebutlah suatu masa dahulu Orangkaya Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputeri itu tak disukai rakyatnya, kerana dipengaruhi sangat oleh Orangkaya Temasik itu, adanya.

Syahdan pada suatu ketika Seri Bija Diraja datang dari Singapura. Maka bendahara berkata kepada Seri Bija Diraja, "Orangkaya, telah amanat marhum Yang Dipertuan ini ganti kerajaan." Maka sahut Seri Bija Diraja, "Beta ada mendengar amanat." Telah Sultan Mahmud mendengar kata Seri Bija Diraja, baginda diam, pada hati baginda, "Tiada suka Seri Bija Diraja ini bertuankan aku, gerangannya siapalah aku mahu berjumpa dengan dia Orangkaya dari Singapura." Arakian berdendamlah baginda akan Seri Bija Diraja, kerana dilebih-lebihkan kepada bendahara itu, maka dibuat orang nyanyi:

Orangkaya Singapura datang
Gembiranya hati isteri bendahara
Jangan berpura-pura menatang
Air di daun keladi memang ketara.
Maka oleh sekalian orang banyak dimintanya suratkan di dalam 'Kitab Melayu' kepada:






HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment