Friday, June 19, 2009

KOMENTAR...

bersama Pak Parjo...

Gerangannya Najib dan Muhyiddin:
Sudah menerima pemikiran Razaleigh

Arakian semakin heboh sekalian harakah Melayu (UMNO)) mahu menyebut 'kerajaan perpaduan' sekalipun sudah diterangkan oleh pimpinan harakah Islam (PAS). Adapun hari ini (19 Jun 2009, mengikut perkiraan anak cucu fakir) Orangkaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia di Kuala Krai, Kuantan di depan segala penitir canang. Maka lupalah ia 'kerajaan campuran' itu dicadangkan oleh Orangkaya Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, ketika mahu menentang calon mejadi penghulu UMNO suatu maa dahulu. Sebermula akan Orankaya Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Seri Mohd Najib, gerangannya bersetujulah ia menerima cadangan Orangkaya Tengku Razaleigh itu.

Sebermula maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka ia pun segera datang lalu masuk ke dalam istana. Syahdan dilihat oleh Bendahara raja belum lagi berhenti menyebut kalmah syahadat. Maka semabah Bendahara, 'Bahasa mana yang disebut raja ini?' Maka titah raja, 'Semalam beta bermimpi, berpandangan dengan keelokan hadrat Nabi s.a.w.' Maka segala mimpi itu semuanya dikatakan. Adapun alamatnya kalam raja sudah dikhatankan. Hatta maka hari pun asar, hebohlah sekalian orang banyak melihat Saiyid Abdul Aziz (bukan Dato' Nik Abdul Aziz) turun dari kapal naik ke pantai Melaka bersembahyang. Maka diperbuat orang pantun:

Kapal turun dari Judah
Saiyid Aziz sembahyang di pantai
Najib dan Muhyiddin ambil mudah
Dato' Nik Aziz nak bersantai

Maka oleh sekalian orang banyak dimintalah suratkan dalam 'Kitab Melayu' kepada:








HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment