Sunday, June 14, 2009

LAMAN BLOG ZAKARIA BIDIN...

Apa yang menarik dalam:
Blog lesungbatu hari ini?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua sahabat dan kenalan saya yang dihormati sekalian. Maaf menganggu ye. Mungkin anda sudah tahu dalam dunia cyber hati ini sudah muncul web baru sebulan jagung bernama www.lesungbatu.webs.com. Satu laman yang membicarakan isu-isu semasa. Ada tiga tajuk penting dibincangkan oleh penulis kita. Antaranya yang terbaharu ialah mengenai siasatan SPRM terhadap bumbung stadium Terengganu yang runtuh baru-baru ini.

Apa yang diduga siapa yang disyaki terlibat sudah mula mengatur langkah menjawab soalan-soalan cepu emas dengan pegawai SPRM yang sudah sedia ada butir-butir siapa mereka sebenarnya. Khairy Jamaluddin menyatakan bimbangnya dana Tekun sudah kekeringan wang untuk bantu peniaga kecil dan sederhana dan meminta kerajaan serius dalam membantu peniaga kerana katanya pertumbuhan ekonomi tidak semestinya dengan mengwujudkan projek-projek mega sahaja. Peniaga akar umbi juga memainkan peranan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

Presiden MCA sudah mula gatal mendedahkan hasil banciannya apakah wajar MCA keluar dari BN kerana majoriti telah pun menjawab patut keluar. Tapi Bung Moktar cabar Tee Keat supaya buat bancian supaya dia keluar dari BN, tengok berapa ramai orang Cina yang sanggup keluar ikut beliau keluar. Bila Pas mula tubuh Kelab Penyokong Pas (PPP) menjemput bukan Islam berjuang sama dalam parti, ramai ahli menyatakan kekecewaannya. Bila Presiden Pas keluarkan slogan Kerajaan Perpaduan, Tok Guru Nik Aziz pun keluarkan 'fatwa' bantahannya yang membuatkan Abdul Hadi terkedu dan tergagap-gagap nak jawab apa dia sebenarnya kerajaan perpaduan yang dimaksudkan.

Dalam Pemula kata hari ini, Datuk Ibrahim Ali pula yang lebih selesa dengan menjadi Ahli Parlimen Bebas sangat setuju bila Zaid Ibrahim menyertai PKR kerana di situlah sahaja terdapat liberalisasi yang tulin untuk ahlinya berbuat apa saja yang mereka suka. Ikut depan boleh, ikut belakang pun boleh. Semua boleh. Ruangan Jenakaria pula menghidangkan satu jenaka bertajuk Malu Atas Malu. Bacalah. Dalam ruangan gambar menarik memaparkan manusia yang sibuk berubah hingga sanggup mengubah wajahnya dengan cara lebih dahyat dari berbotok.

Mereka conteng muka warna warni bertatu dan tindik di mana saja ada ruang untuk menarik perhatian tentang keberanian dan kehebatan mereka. Selamat melayari laman web saya yang tidak sepertinya ini. Kalau ada apa-apa bahan untuk dikongsi bersama pelayar web lain, silakanlah hantar pada saya melalui e-mail ini. Selamat jumpa lagi.

1 comment: