Thursday, June 25, 2009

MENGENANG TOKOH TERBILANG...


Kisah percintaan Zaaba:
Hatinya terpaut di Batu Kikir

Pengkisahan Allahyarham Tan Sri Pendita Zaaba akan disampaikan oleh Kolonal Profesor Dato' Dr Haji Kamaruddin Haji Kachar dalam 'Majlis Tiipan Zaaba 2009' pada 2 Julai 2009 ini bertempat di Teratak Zaaba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol. Majlis pengkisahan berkenaan akan dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Dato' Haji Mohammad Razi Haji Kail. Pengkisahan Zaaba bagi mengimbau kembali sumbangan pendita terulung bangsa Melayu itu, di samping Teratak Zaaba yang dibina sekarang adalah di atas tapak tempat kelahirannya.


'Teratak Zaaba' yang diilhamkan sejak 1996, adalah berdasarkan model pembinaan 'Rumah William Shakespear' di London dan ciri-ciri Muzium The Vikings di Stockholms, Sweden. Barangkali 'kisah percintaan' Zaaba ketika menuntut di kolej tak banyak diselusuri oleh pengkaji yang sekadar membaca karya atau tesis mengenai sumbangan beliau. Kisah percintaan unik Zaaba sudah didokumentasikan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan ketika digerakkan oleh Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris. Justeru Haji Muhammad Tainu, Setiausaha pertama JPBMNS barangkali menyimpan dokumentasi percintaan Zaaba yang menyebabkan setiap cuti pengajian beliau tak balik ke Linggi di rumah ayahnya, tetapi memilih rumah neneknya di Batu Kikir. Begitulah!

No comments:

Post a Comment