Monday, June 29, 2009

SEKILAS PANDANG...


Pertikai keputusan hakim:
Boleh didakwa hina mahkamah

Assalamualikum,

Pensyarah undang-undang terkemuka dari Universiti Islam Antarabanngsa (UIA) Profesor Abdul Aziz Bari, seolah-olah memberikan sepakan penalti kepada UMNO apabila menghuraikan penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Katanya, adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan 28 Jun 2009, menyebut Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan.

"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

Profesor Aziz Bari mengakui, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan."Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Profesor Aziz. "Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.

Secara proses undang-undang Profesor Aziz dilihat 'menghina mahkamah' atau sudah meletakkan bola sepakan penalti untuk UMNO. Justeru, adakah Profesor Aziz juga akan turut diheret ke mahkamah kerana menghina mahkamah (contempt of court) apabila mempertikai keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan. Setidak-tidaknya rakyat Perak semakin terbuka minda mereka dengan isu yang berkaitan dengan 'krisis perlembagaan'. Apabila raja-raja Melayu yang dianggap 'bertakhta tetapi tak berkuasa' oleh pimpinan UMNO, justeru rakyat Perak harus diberi peluang, siapa lebih berkuasa apabila DUN dibubar. Isy isy isy...!


-Pak Dharma

No comments:

Post a Comment