Thursday, June 18, 2009

SUARA DARI SELATAN...


Sultan Johor murka:
Bina jambatan ketiga

Sultan Johor, Sultan Iskandar dilaporkan murka dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian Johor Timur. Dalam laporan Bernama hari ini (18 Jun 2009), baginda bertitah yang disampaikan melalui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, mewakili baginda pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, Nusajaya di Johor Bahru hari ini. Baru-baru ini Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan mengenai minat Singapura terhadap pembinaan jambatan ketiga berikutan pertemuan dengan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew di Putrajaya.

Mengulas isu berkenaan ketika ditemui media di Kota Samarahan, Sarawak, Najib berkata, kerajaan belum membuat keputusan berhubung pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura. Menurutnya, perkara itu masih di peringkat cadangan kerana, sebelum dilaksanakan, satu kajian secara mendalam perlu dilakukan bagi memastikan sama ada ia memberi faedah atau tidak kepada kedua-dua negara. "Ini bukan keputusan muktamad lagi dan kita akan mengambil langkah untuk membuat kajian dulu, selepas kajian kemungkinan dibuat, kita kena tengok sama ada jambatan ini bermanfaat atau tidak," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Pichin, Serian, di sini, hari ini.

Najib berkata, masih ada banyak masa untuk mengadakan perbincangan dengan Sultan Johor dan juga kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya projek ini hendak diteruskan.

No comments:

Post a Comment