Friday, July 10, 2009

AMARAN KEPADA PENGENDALI BLOG

Penyibar fitnah dalam khutbah:
Gejala buruk kerana pengamal media


Pengamal media termasuk pengendali laman blog dan web diingatkan tak menyibarkan fitnah hingga menimbulkan perkara-perkara negatif dalam masyarakat menurut teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh imam bertugas Ramli Ariffin di Masjid al-Khairriyah, Taman Seri Gombak, Selangor hari ini (10 Jlai 2009). Khutbah berkenaan difahamkan disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), turut menyalahkan media dengan gejala sosial yang berlaku, tetapi tak memberikan fakta berkaitan kes-kes terbabit. "Media seharusnya mendidik masyarakat, bukan untuk meruntuhkannya," kata imam bekenaan berdasarkan teks khutbah yang dibacakan.

Sejak Jun 2009 lalu pentadbiran Masjid al-Khairriyah sudah diambil alih oleh jawatankuasa baru membuat serangan pertama kepada media (tak diketahui sama ada media arus perdana, atau lain-lain termasuk Harakah, Suara Keadilan, Siasah, Buletin Rakyat dan lain-lain) dengan melabel sebagai penyibar fitnah. Imam yang bertugas sekadar membacakan teks sahaja, kerana beliau sendiri kurang memahami fungsi pengamal media; apalagi yang berkaitan dengan laman blog dan laman web, menurut salah seorang jemaah yang juga pengendali laman blog, Haji Abu Bakar Ninggal. "Kalau tuduhan yang dilabel kepada pengamal media tak benar, maknanya teks khutbah itu juga adalah penyibar fitnah," beritahu Haji Abu Bakar.

No comments: